Tuesday, September 2, 2008

REAKSI SEGERA : "PUTERI HARUS BERFIKIRAN TERBUKA MENERIMA ORANG HEBAT" ; KATA KETUA PUTERI MELAKA MAS ERMIEYATI SAMSUDIN !

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- " Tak usah kita persoalkan mengenai borang Puteri. malah ada kes dimana Puteri yang cerah sikit yang ingin menawarkan diri sebagai AJK Cawangan atau bahagian terus...dipangkahnya...ditekanya.Puteri seharusnya berfikiran terbuka menerima orang yang hebat, yang boleh berkerja untuk membantu parti kita" .Beginilah reaksi yang diberikan oleh Ketua Puteri Melaka Mas Ermieyati Samsudin kepada Wilayahkini susulan daripada berita yang disiarkan sebelum ini mengenai - Penampilan ramai remaja baru diperingkat puteri disekat di peringkat cawangan - No Entry. Komen penuh Mas Ermieyati Samsudin yang juga merupakan seorang Peguam - boleh dibaca dalam ruangan komen berita yang sebelumnya- SILA KLIK DISINI.

No comments: