Saturday, September 13, 2008
KENAPA MUHYIDDIN SERANG PAK LAH DARI SINGAPURA ???
KUALA LUMPUR --Satu kupasan berita yang perlu dibaca dan direnungkan bersama. Kenapakah Muhyiddin Yassin yang bertopengkan Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Pindaan Perlembagaan UMNO memilih Singapura untuk menyerang Pak Lah ataupun mengulangi pendirianya ? Kini dia sudah kelihatan tidak beretika.Pak Lah tetap menghormati kebolehan Muhyiddin sehingga melantiknya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dengan mengambil satu risiko yang besar sehingga mengugurkan Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Rafidah Aziz...TETAPI Muhyiddin....baca selanjutnya di-Kenapa Muhyiddin serang Pak Lah dari Singapura? : Kelab Penyokong Maya UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
=)
Why Pak Lah cannot be criticised ah?
Wait till the country habis then everybody still happy, happy?
Really Emperor With No Clothes?
Jed,
Sorry to say bro, in this country, Ministers cannot have their own opinions. Everybody must toe the party line - Zaid Ibrahim, one of our hopes for the voice of reason now sudah tak ada suara...
nmpk gayanya mcm no.2 bersekongkol dgn muhyiddin?
apa yang muhyiddin cakap tu betul la... takkan nak tunggu umno hancur...sampai sekarang ni melayu telah di perlekehkan...kalau pucuk pimpinan tu orng takut segan berkarisma....tentulah anak buah pun boleh ikut....ini lembab je...boring la cakap pasal ni sebab semua org dah tahu...
SEKALIPUN Perdana Menteri Abdullah Badawi telah meminta orang ramai supaya berhenti membincangkan soal peralihan kuasa pucuk pimpinan UMNO kerana telah pun ditetapkan pada 2010 tetapi nampaknya reaksi mahukan perubahan itu lebih cepat menyerlah sokongannya apabila sahaja Naib President UMNO Muhyiddin Yassin mengistiharkan bahawa beliau sanggup menghadapi apa juga risiko kerana menyuarakan hasrat akar umbi.
Tindakan berani beliau itu yang diikuti dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO Dato'Sri Najib bahawa beliau menyerahkan keputusan cepat atau lambat perubahan itu kepada bahagian bahagian adalah ibarat membuka floodgate.
Seperti ada suatu konspirasi,kenyataan Najib itu diikuti serentak dengan kenyataan dari Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO,Hishamuddin Hussein Onn,Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah Aziz dan dituruti oleh beberapa orang menteri dan menteri menteri besar.
Kenyataan paling menarik ialah dari Rafidah Aziz untuk menemui sendiri Abdullah Badawi bagi menyampaikan hasrat hati dan denyutnadi akar umbi kerana beliau mahu perubahan pucuk pimpinan berlaku secara terhormat.Dalam kata kata lain Rafidah telah nampak jika Abdullah "terus buat tidak faham " maka beliau akan dipaksa berundur.
Rafidah mahu memberitahu Abdullah bahawa Wanita UMNO mahukan pengundurannya lebih cepat.
Ini adalah oleh kerana keputusan MKT menetapkan tarikh perubahan pada 2010 tidak dapat diterima oleh akarumbi.
Kenyataan Hishamuddin dan Khalid Nordin juga memberikan gambaran bahawa mereka tidak boleh lagi menidakan tekanan dan desakan diakar umbi yang menyeluruh,tidak sahaja di kalangan ahli UMNO tetapi rakyat keseluruhannya termasuk bukan Melayu.
Ahli MKT dan juga ahli UMNO yang walaupun rakus dalam soal wang tetapi bertradisi sopan santun dalam membawa perubahan dalam parti,hanya melangkah bila ketua memberi isyarat. Apabila sahaja"lampu hijau" diberikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Abdul Razak khamis lalu maka chahayanya pantas menyambar seperti api ke bahagian bahagian diseluruh negara.
Kenyataan Muhyiddin Yassin terlihat seperti menunggu saat yang sesoai kerana dengan sertamerta memperlihat seperti sudah ada suatu kesepakatan atau persetujuan bersama lebih dahulu diantara pemimpin pemimpin penting UMNO.
Ini terlihat setelah pertemuan Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang diikuti bersama oleh Tengku Razaleigh dan Sanusi Junid.
Perkembangan ini menjadi lebih menarik apabila kenyataan Muhyiddin bahawa Mahathir bersedia kembali ke UMNO tidak sahaja disambut oleh pemimpin pemimpin UMNO biasa tetapi oleh seorang menteri yang pernah berkata "lebih mudah jika Mahathir berada di luar UMNO" iaitu Nazri Aziz.
Menyedari perkembangan mengejut ini mendorongkan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairi Jamaluddin untuk menolak perubahan pucuk pimpinan kerana katanya" perubahan itu tidak akan menyelesaikan segala masaalah yang berlaku dalam parti"
Kenyataan ini jelas menampakan bahawa martabat kelayakan pelajaran tingginya tidak lagi dapat menutop "kerendahan taraf politiknya".Kepentinan diri tidak lagi dapat menutop kengerian menghadapi kemaraan ombak akar umbi.Beliau akan menghadapi kenyataan yang lebih pehit tidak lama lagi apabila usapan tangan tycoonnya tidak lagi dapat menambat kesetiaan.
Beliau akan menghadapi realti orang UMNO pun pakai nasihat Tok Guru Pas, Nik Aziz"orang bagi ambil,jangan tak ambil,tapi undi jangan......"
Tidak syak lagi angin perubahan ini yang telah diciumi lebih awal oleh Mukhriz Mahathir telah menyebabkan beliau lebih dahulu mengistharkan untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Abdullah Badawi dikira telah membuat suatu kesilapan besar apabila beliau menyatakan terkejut dengan tindakan Muhyiddn Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah ditetapkan pada 2010.
Tentunya Abdullah sekarang berada dalam keadaan yang lebih terkejut kerana bukan sahaja Muhyiddin yang berganjak dari 2010 tetapi telah dituruti oleh Najib,Rafidah,Hishamuddin,Khalid Nordin.
Kenyataan"political animal" Nazri Aziz turut mengalungalukan kepulangan Mahathir ke UMNO menunjukan bahawa beliau telah mendapat isyarat yang cukup jelas dari akarumbi.
Adalah tidak bijak bagi Khairi,Kamaruddinh, Zaki,Kamal,Anwar Zaini,Kalimullah dan lain lain di tingkat empat dan dipinggirnya untuk menyekat media terutamanya akhbar menutop banjir yang melanda ini kerana limpahannya adalah keyakinan rakyat seluruhnya kepada formula untuk pemulihan tidak sahaja UMNO ,Barisan Nasional tetapi negara.Formula itu ialah perubahan segera pucuk kepimpinan UMNO dan Negara.
Kenyataan berani Muhyiddin telah menyerlahkan segalagalanya.
Bagi pertama kali sejak negara berada dalam krisis keyakinan,rakyat telah dapat melihat cahaya dihujung terowong.
Pandangan ini tidak sahaja dikalangan ahli UMNO tetapi juga rakyat yang mengharapkan apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan UMNO selepas Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO pada Disember depan,Tun Dr.Mahathir yang ketika itu telah pun kembali ke dalam UMNO akan dilantik menjadi penasihat kepada kerajaan dan UMNO.
Atau apa salahnya menjadi Menteri Mentor seperti Lee Kuan Yew di Singapura.
posted by Maharaja @ 2:38 PM 0 comments
menteri kabinet pun sudah mempertikaikan peralihan kuasa. ini menunjukkan bahawa pak lah sudah tidak relevan lagi menerajui tampuk kerajaan. muhyiddin adalah seorang yang berani meluahkan pendapat sendiri. ini adalah pandangan beliau yang iniginkan perubahan didalam umno.
umno semakin menyimpang dari landasan dan akan jatuh bila banyak tekanan dan beban yang dibawa.
Tun Mahathir pernah berkata Berhenti makan ketika sedap.Nampaknya Pak lah belum sedap lah tu...(kalau UMNO hancur).barulah pak lah sedap kot.Lupikir lah kaki ampu Pak lah.....
WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
Tak yah bazir ruang nak hantar lirik lagu lah bro. Asalkan kena kritik sikit nak naikkan isu maruah bangsa lah,hak kita lah,jadi mcm Singapura lah..sokmo nak takutkan org.
Kalau tak ada perubahan pd parti sekarang,memang K.O le kita semua.
berada joebodoh gua nak bagi tahu lu itu lirik lagu masa tengku razali lawan mahadir dulu gua ingat lu tak tahu sejarah pati asal usul lagu umno masa itu mahadir menangis minta simpati pemuda gua ada dalam kem btn itu mahadir datang naik halie jam 1.30 pagi lagu itu lah lagu semangat bangsa sedarlah wahai melayu macam mahadir kata melayu mudah lupa
berada joebodoh gua nak bagi tahu lu itu lirik lagu masa tengku razali lawan mahadir dulu gua ingat lu tak tahu sejarah pati asal usul lagu umno masa itu mahadir menangis minta simpati pemuda gua ada dalam kem btn itu mahadir datang naik halie jam 1.30 pagi lagu itu lah lagu semangat bangsa sedarlah wahai melayu macam mahadir kata melayu mudah lupa
berada joebodoh gua nak bagi tahu lu itu lirik lagu masa tengku razali lawan mahadir dulu gua ingat lu tak tahu sejarah pati asal usul lagu umno masa itu mahadir menangis minta simpati pemuda gua ada dalam kem btn itu mahadir datang naik halie jam 1.30 pagi lagu itu lah lagu semangat bangsa sedarlah wahai melayu macam mahadir kata melayu mudah lupa
berada joebodoh gua nak bagi tahu lu itu lirik lagu masa tengku razali lawan mahadir dulu gua ingat lu tak tahu sejarah pati asal usul lagu umno masa itu mahadir menangis minta simpati pemuda gua ada dalam kem btn itu mahadir datang naik halie jam 1.30 pagi lagu itu lah lagu semangat bangsa sedarlah wahai melayu macam mahadir kata melayu mudah lupa
Ko yg tak pandai,hantar komen 4kali.Aku paham & hafal lagu tu..jangan salah faham.Aku menangis bila nyanyi lagu tu..jangan cepat melatah wira46.Aku cuma cakap kita jangan takut untuk bersuara demi perubahan yang perlu diadakan.
Aku tak soalkan lagu WARISAN -cuma heran kenapa nak tulis lirik lagu je.
SAYA SOKONG MENGUNDURAN PAK LAH...ZAMAN PEMERENTAH YANG PALING GALUT, NAK TUNGGU APA LAGI ???
Post a Comment