Wednesday, September 3, 2008

SETELAH PUTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DITINGGALKAN MERANA ; AZLINDA KINI SIBUK BERKEMPEN BERTANDING EXCO WANITA UMNO MALAYSIA ! BAKAL ??? DI WP ???

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- Penyandang Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Azlinda Rashad kini sedang sibuk berkempen untuk menjadi Exco Wanita UMNO Malaysia setelah nasib Puteri Wilayah Persekutuan dibiarkan begitu sahaja.
Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap kepimpinan Azlinda selaku Ketua Puteri Wilayah Persekutuan tetapi Azlinda terus mengorak langkah untuk menghidupkan karier politiknya untuk bertanding Exco Wanita UMNO Malaysia dan dikatakan kini sedang sibuk berkempen di seluruh negara.
Azlinda yang juga merupakan Penyandang Ketua Puteri Bahagian Kepong yang- umum mengetahui tidak sehaluan dengan Naib Ketua Puteri WP Datin Ismalina yang kini telah menawarkan diri bertanding Ketua Puteri Nasional.
Ramai ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan dikatakan masih " kurang puas hati " dengan tingkah laku kepimpinan Azlinda di Wilayah Persekutuan sampai masa depan Puteri di Wilayah Persekutuan dibiarkan begitu sahaja.Azlinda juga dikatakan menerima jolokan " ratu cantik Puteri WP" juga dikritik hebat kerana melepaskan tangungjawabnya sebagai Ketua Puteri WP.
Untuk rekod Wilayah Persekutuan sudah mempunyai tiga wakil utama di kepimpinan utama Wanita UMNO Malaysia termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ( Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita WP dan Ketua Wanita Kepong), Datuk Faridah Abu Hassan ( Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia merangkap Ketua Wanita Cheras dan Naib Ketua Wanita WP) dan Senator Datuk Azizah Samad ( Penolong Bendahari Wanita UMNO Malaysia merangkap Ketua Wanita Seputeh ). Sementara itu Ketua Wanita Lembah Pantai Datuk Sharifah Aminah juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia.
Ada pihak sudah meramalkan Azlinda sedang mengintai kerusi Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia ?
Wilayahkini ada dengar cakap- cakap yang mengatakan Azlinda juga dikatakan akan mendapatkan restu daripada Shahrizat sebagai bos wanita di Kepong dan WP untuk memastikan kemenanganya?

8 comments:

Anonymous said...

AMBOI!
So heavy touch-up photo!

Hasbullah Pit said...

Tudungnya iras Benazir Bhuto

Anonymous said...

Tiada jalan untuk Puteri masuk ke Exco wanita kecuali begini. Biarlah Azlinda cuba nasibnya dalam pertandingan.
Bukan sahaja cantik...pandai + berkelayakan.
Beginilah nasib Putri Wilayah - bila ada dua nakhoda, kapal pun tak bergerak.

Anonymous said...

lawa juga ketua puteri WP ni
ada sapa2 boleh beri contact no dia tak?
aku nak berkenalan le.

Anonymous said...

Sapa yang nak contact dgn Ketua Puteri WP ??? kalau nak mengorat pun
kena lah kenalkan diri...

Anonymous said...

saya boleh kenalkan diri
tapi nanti orang lain pula
yang nak ngorat kita.
anyway sebagai salam perkenalan
saya dari UMNO Bahagian Batu.

Anonymous said...

woi, nak mengorat pun jangan kat sini...tak professional langsung, Apa hangpa ingat ni tempat ruangan berkenalan ke...

Anonymous said...

biarlah bang/dik... takkan nak talk serius je.. sesekali layan lah jenaka bangang nih kan... huhuhu