Monday, September 8, 2008

PUTRAJAYA MASIH BUNTU LAGI : MESYUARAT DITANGGUH LAGI KERANA TAK CUKUP KORUM ; AHMAD FAIRUZ KENA TUNGGU LAGI ; KU NAN YAKIN MENANG TANPA BERTANDING !

PUTRAJAYA -- Masih menemui jalan buntu lagi dan belum ada satu kepastian lagi di UMNO Bahagaian Putrajaya apabila dua mesyuarat cawangan yang dijangka akan menentukan nasib Ahmad Fairuz terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan kerana tidak cukup Korum.
Mesyuarat Cawangan Bunga Meranti dan Bunga Ixora yang dijadualkan bersidang semula pada Sabtu malam lepas terpaksa ditangguhkan semula.Walaupun sudah ada suara - suara yang mengatakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian ekoran daripada penangguhan kedua - dua mesyuarat tersebut namun penyokong - penyokong Ahmad Fairuz pula menafikanya sama sekali.Ahmad Fairuz yang hanya memerlukan satu lagi pencaloanan kini dikatakan sedang mengalami dilemma ekoran daripada penangguhan kedua - dua mesyuarat cawangan tersebut kerana tidak cukup korum.Apakah tindakan selepas ini ? BERITA SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL....dan Berita Wilayahkini sebelum ini mengenai Putrajaya yang disiarkan pada minggu lepas dibawah !

53 comments:

Anonymous said...

Salah ke kalau ada pertandingan yg sihat dan salah ke kalau seseorang itu hendak bertanding sesuatu jawatan didalam UMNO, kalau ada sesiapa yg bijak pandai kat sini boleh tolong beri penjelasan berkenaan syarat2 didalm perlembagaan "Salah ke seseorang ahli UMNO yg sah untuk bertanding didalam apajua jawatan di peringkat Cwgn, Bhgn, Kebangsaan sekiranya percalonan mencukupi"

Anonymous said...

Salam Perjuangan

Tangguh lagi... yelah aku tak dtg sure tangguh he he he...

Klu ada pertandingan rasa-rasa lagi meriah kut... macam Dato Nan Kata baru ada bukti demokrasi masih subur dalam UMNO & sebagai SU UMNO kenalah bagi contoh...

Apapun kalau AFO lepas sekalipun peratusan sokongan kepada beliau hanya sekitar 27% selebihnya Dato Nan... Apakah berbaloi dengan harga beliau diberhentikan kerja oleh Dato' Ali dan berhadapan dengan risiko sebegini besar...

Dato' Nan juga harus hati-hati org2 Fairuz spt Ahcong, Lokman dan lain2 yg merupakan org2 lama BTN sedang membantu beliau... klu sesapa tau yg lain2 sila bg tau ya... kita kongsi.

Mungkin BTN menyokong Fairuz dari belakang secara senyap bagi menjatuhkan Dato' Nan... ada org kata lah... ha sapa ada maklumat komen...

Aku dengar Dato Khairudinyg nak langgar Dato' Nan mula2... tp atas pakatan perdamaian... x jadilah... tp senyap2 Dato' Din support Fairuz lawan Dato' Nan nak tgk dan nilai sokongan ahli2 UMNO putrajaya pada Dato Nan...

Yang paling bijak dalam keadaan sekarang sebenarnya ... pendangan akulah DATO' kHAIRUDDIN...

apapun selamat berjaya buat semua yg bertanding... sapa menang pun jgn lupa yg kalah. ajak sama-sama membangunkan putrajaya.

Buat pemuda... aku rasa dua-dua calon sama berkaliber T.Faisal dan Zaki... tp klu bagi peluang pada T.Faizal apa salahnya zaki sekarang seperti mahu jadikan pemuda putrajaya batu loncatan shj... dengar-denganr dia nak jadi ketua pemuda wilayah pulah kalau lepas ketua pemuda putrajaya ni.... siap ada org janji...

aku tak gemar org yg macam ni.. aku cari pemimpin yg fokus dan bekerja... pentingkan dulu khidmat abkti di putrajaya... kita dah bagi satu penggal tp tak nampak usaha berkesan... takkan nak bagi lagi...

apapun goodluck lah malas aku nak campur... ha lepas ni nak buat meeting hantar surat cepat sikit... call kami semua jgn sms je takut tak terbaca pulak... jgn salahkan org kalau ramai tak datang...

renung-renungkan selamat berjuang

Anonymous said...

wilayah kini... x habis2 gambar sama je... gambar lain la plak

Anonymous said...

Mr Umno Seputeh,

memang x salah kalau nak bertanding... tapi tgk la dulu siapa lawan kita... kalau kita rajin turun padang... bertegur dgn masyarakat maka tak kesah la kalau nak lawan sekali pon... ini tidak jumpa pon buat muka cam biawak nak jadi ketua... cermin diri dulu kalu nak berlawan...bende- bende cam nie la membawa perpecahan... biler umno berpecah orang nnt ambil kesempatan!!!

Anonymous said...

LAKLOK HABISS HANG SEMUA..BULAN2 POSA NI TAK'BIK DO GADUH, CHEK ORANG BAIK CHEK SUKA TENGUK BENDA2 ELOK..TAPI NEGERI CHEK KAT TANJUNG LA NI GALUT SUNGOH..SEBAB TU CHEK SUKA DOK KAT PUTRAJAYA..LOOHH KAT PUTRAJAYA PUN GALUT CARA LAIN ?? NAK BALIK TANJUNG MANA NAK LETAK MUKA CHEK....??

Anonymous said...

sy mengenali tok nan sdh cukup lama dh tau asam garam dia berpolitik sb tuh kita kat sini sdh jelak dgn dia ttg siapa bdk yg nk lwn dia mmg sy tidak kenal tp kena tabik lah jugak sbb berani kehadapan....

Anonymous said...

Video Lingam: BPR panggil Tengku Adnan beri keterangan
09-09-2008 07:16:30 PM

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk merekodkan kenyataannya berikutan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap klip video V.K. Lingam, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam yang mewakili Tengku Adnan, Datuk Bastian Pius Vendargon, berkata, tindakan BPR itu adalah berkaitan kes jenayah dan dibuat beberapa hari selepas beliau memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan penghakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya itu.

"Tengku Adnan memberikan kenyataan kepada BPR hanya sekali sahaja. Ini sebenarnya prejudis kepada Tengku Adnan," katanya.

Pada ketika itu, Datuk V.K. Lingam yang mewakili dirinya sendiri, juga memberitahu mahkamah yang beliau dua kali dipanggil oleh BPR untuk merekodkan keterangannya selepas beliau memfailkan permohonan yang sama.

Peguam yang mewakili Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin, juga memberitahu mahkamah yang anak guamnya juga telah dipanggil oleh BPR berikutan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Anonymous said...

Sebenarnya kes Lingam inilah yang menyebabkan Datuk Khairudin tarik brek untuk bertanding Ketua Bahagian. Dia tau jika Datuk Tengku sangkut, dia akan dinasihatkan supaya melepaskan semua jawatan. Selaku Timbalan Datuk Khairudin hanya perlu menunggu, tidak perlu bersusah payah berdepan dengan Bossnya sepertimana ura-ura pada peringkat awal dulu. Malah dia sudah pun istihar untuk lawan Datuk Tengku kepada sekitar 50 orang yang hadir ke rumahnya di Bukit Mewah, Kajang.
Kalau nak kepastian lanjut boleh tanya Saudara Ibrahim Ismail orang yang mengaturkan perjumpaan tersebut, tetapi sekarang telah dipandang sebagai kucing kurap oleh orang-orang Datuk Tengku dan Datuk Khairudin. Satu nasihat kepada beliau, ini adalah lumrah dalam dunia politik, kuat semangat, bertindak mengikut pemikiran yang rasional, dalam perjuang, ketepikan kepentingan peribadi, insyaallah Saudara akan mendapat tempat juga akhirnya.
Saudara kena kenal pasti antara mereka yang jujur dan mereka yang ingin mempergunakan saudara untuk kepentingan politik sempit mereka.

Dengan brek yang telah ditekan oleh Datuk Khairudin, kini Datuk Tengku yang sibut dengan perkembangan politik peringkat nasional terpaksa menaruh harapan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Datuk Khairudin bagi mempastikan kedudukannya tidak tercabar sebagai Ketua Umno Bahagian Putrajaya.

Juga satu nasihat kepada Datuk Tengku, walaupun sebenarnya Beliau memang seorang yang sudah hebat dan tidak perlu lagi nasihat, saya simpul nasihat ini dalam perbidalan Melayu 'Jangan sampai sokong membawa rebah'. 'Harapkan pagar, pagar makan padi' Madu diberi tuba diterima. Ingat sifat kucing yang suka menyimpan kukunya. Dalam dunia politi tidak ada kawan setia selamanya dan tidak ada musuh kekalsepanjang masa.

Kepada Datuk Khairudin, Cukuplah sudah sendiwaramu. Orang Bagan semua tau. Malah ada yang menawar diri untuk datang ke Putrajaya kalau Datuk bertanding Ketua Bahagian. Biarlah tepat diluar, tepat didalam.

Anonymous said...

Sebenarnya kes Lingam inilah yang menyebabkan Datuk Khairudin tarik brek untuk bertanding Ketua Bahagian. Dia tau jika Datuk Tengku sangkut, dia akan dinasihatkan supaya melepaskan semua jawatan. Selaku Timbalan Datuk Khairudin hanya perlu menunggu, tidak perlu bersusah payah berdepan dengan Bossnya sepertimana ura-ura pada peringkat awal dulu. Malah dia sudah pun istihar untuk lawan Datuk Tengku kepada sekitar 50 orang yang hadir ke rumahnya di Bukit Mewah, Kajang.
Kalau nak kepastian lanjut boleh tanya Saudara Ibrahim Ismail orang yang mengaturkan perjumpaan tersebut, tetapi sekarang telah dipandang sebagai kucing kurap oleh orang-orang Datuk Tengku dan Datuk Khairudin. Satu nasihat kepada beliau, ini adalah lumrah dalam dunia politik, kuat semangat, bertindak mengikut pemikiran yang rasional, dalam perjuang, ketepikan kepentingan peribadi, insyaallah Saudara akan mendapat tempat juga akhirnya.
Saudara kena kenal pasti antara mereka yang jujur dan mereka yang ingin mempergunakan saudara untuk kepentingan politik sempit mereka.

Dengan brek yang telah ditekan oleh Datuk Khairudin, kini Datuk Tengku yang sibut dengan perkembangan politik peringkat nasional terpaksa menaruh harapan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Datuk Khairudin bagi mempastikan kedudukannya tidak tercabar sebagai Ketua Umno Bahagian Putrajaya.

Juga satu nasihat kepada Datuk Tengku, walaupun sebenarnya Beliau memang seorang yang sudah hebat dan tidak perlu lagi nasihat, saya simpul nasihat ini dalam perbidalan Melayu 'Jangan sampai sokong membawa rebah'. 'Harapkan pagar, pagar makan padi' Madu diberi tuba diterima. Ingat sifat kucing yang suka menyimpan kukunya. Dalam dunia politi tidak ada kawan setia selamanya dan tidak ada musuh kekalsepanjang masa.

Kepada Datuk Khairudin, Cukuplah sudah sendiwaramu. Orang Bagan semua tau. Malah ada yang menawar diri untuk datang ke Putrajaya kalau Datuk bertanding Ketua Bahagian. Biarlah tepat diluar, tepat didalam.

Anonymous said...

Siapa yang akan lawan Khairudin Samad. Saya nak bagi 'bom' kepadanya free of charge.

Anonymous said...

wee...weekk..sapa noh doh sebut pasai Kampung penakan chek kat Bagan..jenuh chek pikea depa dok perli kat Datuk K, wat pa ? ..nie chek nok maroh nie..bulan2 posa dok cot..cet cot cet...

Anonymous said...

Salam ,Abe
Aku tahu Sapo abe ibrahim tu ,diam dia ada isi.aku selalu lihat dia dKat Dewan UKM bangi dan labry P8,dok buat Master katUKM. Kesian dia lepas peristiwa 50 orang kerumah Dtk K. Aku tengok dia dah sepi dipulau olih Orang sukri dan Dtk K.
Aku Nasihat dia jangan jujur sangat Main politik ni,Ramai kawan tidak guna nanti ramai musuh,Kawan bolih jadi Lawan. Biar la abe…….. Insaalah Dtk Tengku tahu abe tak salah. kawan mu.

Anonymous said...

Gua juga ada kinai itu Iblahim maaa. Lia lulu Latuk Din punya olang. sikalang lia sudah solang-solang maa. hali-hali lia bilang wang. ada masuk ka ada hilang. gua juga ada kisian sama lia. Tapi lulu punya jam olang cakap lia ala ampat muka. dipan lia tengok, bulakang lia pandang, kili dia nyenguk, kanan lia lihat. sikalang lia ada pandang atas sama bawah saja maa. atas lia tenguk mana mau pigi. bawah lia tenguk ada jatuh mana macam ada jadi. Ai ya abang aaa!! kalu lu ala baca ini lua ada tulis, lu nyangan malah maa.

Anonymous said...

Kedudukan Datuk Tengkua Adnan d Putrajaya sudah jelas, Dia talah mendapat majoriti pencalonan berbanding dengan pencabarnya yang sehingga kini masih belum cukup kuota. Untuk bertanding dia memerlukan 5 pencalonan. 1 pencalonan keramat yang masih ditunggu oleh belaiu. Adakah beliau akan memperolehinya.

Sehingga komen ini ditulis, 20 daripada 23 cawangan telah bersidang. Daripada tiga yang belum bersidang, 1 cawangan (Mawar) telah pasti digantung kerana masalah ahli/korum. Cawangan Meranti telah 2 kali gagal bersidang juga kerana korum. Daripada komen Setiausha Bahagian kemungkinan besar cawangan ini juga akan mengalami nasib yang sama seperti mawar. Cawangan Tanjung juga telah menerima pemberitahuan secara lisan daripada Setiausaha Bahagian yang cawangan ini telah digantung akibat daripada masalah keahlian bagi sayap pemuda. Dengan itu telah pasti ketiga-tiga Cawangan ini tidak akan bersidangan sehingga 14.9.2008 ini. Ini bererti Ahmad Fairuz tidak melepasi kuota untuk bertanding Ketua Bahagian dan Datuk Tengku telah boleh merayakan kemenangan beliau tanpa bertading.

Tumpuan pertandingan kini beralih kepada Timbalan Ketua Bahagian. Datuk Khairudin Samad akan dicabar oleh Azali Idris Ketua Cawangan Ixora yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Bahagian (lantikan) yang telah dilucutkan jawatannya oleh Ketua Bahagian baru-baru ini.
Sehingga kini beliau telah mendapat 4 pencalonan yang telah melayakkan beliau bertanding.

Namun demikian cawangan beliau (Ixora)telah diarahkan sepaya bersidang semula pada 6 Sept yang lal. Tarikh itu kemudian dtunda kepada 13 Sept ini. Apakah cawangan ini akan beryaja mengakan persidangan, kita tunggu tarikh tersebut. Dikhabarkan berita ada usaha dibuat supaya ahli-ahli cawanngan itu tidak turun bersidang, sepertiman yang berlaku di Cawangan Meranti Sabtu lepas, gara-gara cawanagn ini akan mencalonkan Ahmad Fairuz dan Azali untuk 2 jawatan tertinggi. KJika Cawangan Ixora gagal bersidang bererti Datuk Khairudin Samad juga akan mengikut langkah Bossnya menang tanpa bertanding.

Dengan itu perhatian beralih pula kejawatan Naib yang sudah pasti menyaksikan pertandingan antara pemegang jawatan Haji Nordin Hassan dengan Tengku Bidin Tengku Jusoh.

Namun demikian pertandingan yang lebih menarik adalah bagi jawatan Ketua Pemuda. Pemegang jawatan Datuk Zaki, Pegawai Khas PM akan ditentang oleh Tun Faizal, Pegawai Khas Hishamudin Tun Hussein. Ada yang kata siapa saja yang menang Pemuda tak akan kemana, kerana kedua-dua lebih membawa agenda peribadi dengan menjadikan Putrajaya sebagai batu loncatan untuk mendapat jawatan diperingkat negeri.

Tidak kurang menarik pertandingan untuk Ketua Wanita yang memperlihatkan pertandingan tiga penjuru, Antara Azizah Mohd Nor, penyandang jawatan, Sadiah Abu Bakar Naib Ketua sekarang dan zarina Ismail bekas calon Ketua Wanita dimusim pemilihan yang lalu. Mendahului dengan pencalonan adalah Sadian Bakar. Namun ramai berpendapat pencalonan tidak akan menggambarkan tren undi. Tidak banyak kelebihan yang diperkatakan tentang ketiga-tiga mereka. yang banyak disebut hanyalah kelemahan dan kekurangan masing-masing. Ada yang mengatakan kedudukan Azizah untuk menang adalah tipis walaupun dikatakan beliau mendapat sokongan daripada Ketua Bahagian. Zarina juga melalui laluan sukar kerana beliau dari Tim Fairuz Othman. Kekuatan sebenar calon-calon ini banyak bergantung dengan siapa mereka berpasangan untuk jawatan Naib Ketua.

Puteri tiada pertandingan. Tahniah Hamizah. Saya tunggu kad undangan. Kalau tak ada saya akan hantar rombongan jumpa Pak Dollah Zawawi. bukan untuk saya tapi untuk .....

Anonymous said...

wahai pemerhati celik adakah dgn penjelasan kau tuh sdh cukup utk mmbawa kemenangan kpd tokdi...n?
tp kalau tok nan aku sokong 100% kemenangan nya krn si fairuz tuh byk sgt angan2 nya.

Anonymous said...

DTk Nan ngan Dtk K guna taktik kotor sekat AFO ngan Azali bertanding.

Kita Bolih Berfikir,

Setakat Hari ini ,Ramai ahli Umno Putrajaya tertanya-tanya kenapa Dtk Nan dan Dtk K beria-ria mencatas AFO dan Azali supaya tidak dapat bertanding. Sedangkan mereka itu ahli umno .Pertandingan itu terbuka jika difikirkan layak…. Kalau ada pertandingan rasa-rasa lagi meriah kan?... macam Dtk Nan Kata kat Wartawan, ada bukti demokrasi masih subur dalam UMNO & Tapi Kata2nya itu lembut Gigi dari lidah.contohnya dimana?......dibibir?.

Jawabnya senang, Mereka Tahu disebalik penafiannya didlm hati kecilnya salah,tapi apa bolih buat Kuasa dia melebihi daripada Jasa mereka berdua. Dtk Nan dan Dtk K ada menyembunyikan kegerunan yang amat sangat mengenai sokongan ahli dalam pemilihan peringkat Bhg ( 9 Okt- 9 Nov 08)nanti. Lebih2 lagi liputan media masa, Dtk Nan sebagai SUAgong dan Tim.Bhg bertaraf …….? Bolih di cabar olih Budak ingusan Parti, atau sebaliknya.

Kedua, Dari kenyataan percalunan mereka dikira hebat jika dilebel menang tanpa bertanding, (Kalau AFO/Azali tidak cukup Percalunan). Jika tidak kekurangan sokongan bolih membawa rebah. SUAgong dan Tim. Dtk K dicop kurang berkaliber dikalangan Ketua Bahagian /Timbalan diseluruh Malaysia yang ada pertandingan. Mereka perlu menjaga Maruah mereka.

Secara emosi ,Mereka sedaya upaya akan guna taktik kotor di Peringkat Cawangan yang mencabar mereka agar hilang kelayakan percalunan tersebut. Menyekat,menangguh atau kehadiran korum itu adalah senjata bolih dibatalkan.

Mereka pon tahu dibulan Puasa banyak permasaalahan kehadiran ahli,Mungkin ada yang berpuasa dengan keluarga, berehat tanpa memikirkan hal politik,Janjian manis Wang Raya tanpa kehadiran Korum dan sebagainya bolih juga terjadi.Contohnya Caw.B.meranti.

Satidaknya kita sama-sama menilai secara selektif, apakah perbuatan itu baik atau tidak baik.

Bepenganglah pada prinsip untuk sentiasa baik jauhilah pada perbuatan menghandaikan kepada yang tidak baik. Akhirnya akan menghancurkan masyarakat,bangsa kita sendiri.

Anonymous said...

Sejak daripada musim pilihanraya dulu, setiap kali Datuk Tengku Adnan berucap dan buat sidang akhbar kata-kata gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam, talam dua muka, musuh dalam selimut sentiasa berada dibibirnya. Baru-baru ini Setiausaha Agung Umno itu yang ditemui akhbar Watan yang disiarkan dalam tajuk OPERASI BERSIH UMNO, 'operasi pembersihan itu perlu dilakukan di semua peringkat termasuk bahagian dan cawangan. Pembersihan itu perlu disasarkan kepada ahli-ahli parti yang menjadi gunting dalam lipatan dan juga mereka yang menjadi talam dua muka cuba memecahbelahkan parti. Pembersihan ini perlu dibuat segera dan dimulakan di peringkat Cawangan-cawangan UMNO seluruh negara.'

Tahniah kepada Datuk yang nak BERSIHKAN UMNO. Sebenarnya penolakan ahli-ahli parti terhadap parti yang telah diterjemahkan semasa pilihanraya ke 12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah disebabkan rasa muak dan meluat ahli2 peringkat bawah terhadap pemimpin2 tertinggi Umno diperinkat Nasional dan Bahagian. Dengan itu pembersihan yang hendak dilakukan, pertamanya perlu disasarkan kepada pemimpin2 UMNO di dua-dua peringkat ini.

Pemimpin2 ini cakap tak serupa bikin termasuklah Datuk Tengku sendiri. Di satu sudut Datuk berkata tentang amalan demokrasi yang perlu di suburkan, tetapi apa yang terjadi di Putrajaya. Cuba tanya dengan jujur di hati Datuk dan cuba juga tanya apa yang telah Datuk dan orang-orang Datuk buat bagi menyuburkan demokrasi di Putrajaya. Kalau Datuk iklas, jawapannya orang seperti Datuk, Timbalan dan Setiausaha Datuk di Bahagian Putrajaya itulah yang sepatutnya perlu dibersihkan. Orang-orang inilah yang telah merosakkan amalan demokrasi di Bahagian Putrajaya demi menjaga ego diri yang begitu tinggi dan serakah kuasa yang tak berpenghujung.

Ugutan dan tekanan dengan kuasa yang ada diguna tanpa mengira Perlembagan Parti dan Peraturan-peraturan Persidangan yang digubal. Tataekika Ahli hanya menjadi alat untuk untuk menekan ahli. Ugutan terbesar, cuba Datuk igatkan kembali kata-kata, 'Jangan ada sesiapa yang cuba mencalonkan selain daripada Pak Lah dan NajiB untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti, 'I'LL TO HIS TROAT'. Apa maksudnya ini, kalau bukan ugutan. Ugutan yang sungguh hebat.

Sebagai Setiausaha Agung Parti, Datuk sepatutnya menjadi tunggak bagi mempastikan Perlembagaan, Peraturan dan Tataetika Parti tidak dicemari. Cuba tanya sekali lagi dengan penuh tulus dan ikhlas dihati Datuk, adakah saya adil dalam mengamalkan prinsip dan peraturan yang digubal, atau adakah saya mengamalkan dwi-tindakan. Aku buat tak mengapa, orang lain buat salah semua. Siapakah dalam hal ini yang perlu dibersihkan?. Jawablah dengan jujur, tulus dan ikhlas, bukan kepada kami ahli-ahli UMNO Putrajaya. Memadai Datuk jawab di dalam hati kepada diri Datuk sendiri.

Datuk, Datuk pandai berkata, berucap dan berceramah, 'saya perlu menyampaikan dan menasihatkan kepada saudara-saudara, jika tidak diketika saya nak melangkah masuk ke syurga, muncul Ketua Cawangan, kerkata, nanti dulu'. Bukan sekali Datuk ucapkan, ingatkanlah baik-baik.

Dalam konteks UMNO Putrajaya. Cuba Datuk jawab siapakah Musuh dalam Selimut, Musang berbulu ayam, Gunting dalam lipat dan Talam dua muka yang Datuk ucapkan semasa musim piliharaya dulu. Kalaulah benar Datuk nak MEMBERSIHKAN UMNO denngan niat murni lagi jujur, Datuk bersihkanlah UMNO Putrajaya yang Datuk jadi ketuanya dengan membersihkan orang-orang itu. Walau pun Datuk tidak pernah menyebut namanya tetapi sebagai ahli yang mengikuti perkembangan dan setiap ucapan Datuk Di Putrajaya kami tahu siapa yang Datuk maksudkan.

Kami mendokan agar Datuk berjaya Membeersihkan UMNO, Namun itu untuk berjaya:-
1. Datuk perlu membersihkan diri Datuk dulu dengan niat yang jujur dan ikhlas. Tidak memilih kasih dan tidak mengamalkan dwi sikap.

2. Membuktikan dengan membersihakn UMNO Putrajaya dari Musang berbulu ayam yang Datuk sebutkanmasa pilihanra dulu. Pengertian perosak kepada UMNO Putrajaya perlu ditafsir secara jujur. Adakah orang yang menawar diri untuk bertanding dan memberikan khidmatnya dianggap perosak?. betulkan tanggapan ini.

3. Setelah 1 dan 2 dapat dilakukan, Insyaallah Datuk akan berjaya membantu membersihkan UMNO yang sedang nazak sekarang. Kalau 1dan 2 berjaya memadai untuk saya mengiktiraf Datuk Seri sebagai seorang pemimpin yang hebat. Saya mendoakan Datuk Seri berjaya dan diberikan kekuatan dengan bertindak berpandukan lunas-lunas yang diredhaiNYA. Amin.

Anonymous said...

Untuk Saudara/i yang memberi komen selang satu di atas. Atas rasa takut dan gentar itulah tiga Ahli Jawatankuasa (Lantikan) dilucutkan jawatan menjelang Persidangan Perwakilan Bahagian. Ketiga-tiga cawangan mereka mencalonkan Ahmad Fairuz sebagai Ketua Bahagian. Dengan pelucutan itu Ku Nan dapat mengurangkan undi Ahmad Fairuz.

Azali dan Hasnul, sekalu Ketua Cawangan masing-masing ada proksi. jadi Ahmad Fairuz telah hilang 3 undi termasuk undi Taupek. Manakala dengan melantik 3 pengganti dari kalangan Ketua Cawangan yang baru dipilih, Ku Nan akan bertambah 3 undi. Jadi Ahmad Fairuz kurang 3 undi, Ku Nan tambah 3, Percaturan yang bijak dan adil untuk dirinya.

Tindakan ini juga bagi melahirkan rasa takut dikalangan ahli-ahli untuk menyokong Ahmad Fairuz.

Namun Allah maha besar, tindakan itu bukan menambah undi untuknya, Sebaliknya telah timbul cerita-cerita tidak puas hati Ketua-ketua Cawangan terhadap tindakan-tindakan dan permainan kotor oleh Bahagian terhadap tekanan kepada cawangan-cawangan yang tidak mencalonkan beliau.

Cerita majlis berbuka puasa yang menjemput AJK dan KC tertentu juga ada yang berkata. Ada AJK yang waktu pagi dijemput tapi waktu petang kata tak perlu datang, majlis dibatal kerana hujan lebat, macam ini pun ada. Dalam semangat Ramadhan Ketua Bahagian perlu bersikap dan bertindak rasional, jangan ikut Shori dan Dato Din saja. Ku Nan jangan lupa dia bukan Ketua Bahagian sahaja, dia juga Ahli Parlimen/Wakil Rakyat. Memang soal jemput majlis berbuka puasa hak mutlah dia. Tapi harus diingat hak mengundi adalah hak mutlak pengundi. jangan nanti sikap sebegini akan merosak pandangan masyarakat terhadap Wakil Rakyat KITA.

Anonymous said...

sapa kata dato' din tak laku kat bagan hah??? ha....mai sini aku nak cerita...nama aku halim....orang kenai aku kat bagan sebagai halim botak....aku tau orang yang dok cakap yang dato' din nie tak laku kat bagan nie semua penipu....depa bukan orang bagan....apa depa tau???

nak bagi tau kat sini....kalau hampa pi bagan...sebut nama khairudin samad...sapa tak kenai...orang bagan semua sayang kat dia....latiff mirasa gegar otak kalau dia turun bagan lawan ketua bahagian....

nie nak bagi tau kat ampa orang putrajaya....aku dan beberapa lagi ajk bahagian termasuklah 2 orang G5bahagian pernah pi jumpa dia untuk dia balik bagan lawan ketua bahagian tapi dia tak mau...dia nak jaga boss dia kat putrajaya.....pujuk punya pujuk memang dia setia dengan boss dia dan keputusan dia adalah sama...nak jaga boss dia...

aku kesian kat dia...dia punyalah berkorban kat boss dia, laaa ni apa yang dia dapat??? dok kena kutuk sebab boss dia...

orang putrajaya....hampa bawak-bawaklah mengenang jasa orang sikit....hampa kena belajaq politik...kami kat bagan ni bangga ada orang bagan macam dato' din.

Anonymous said...

saudara-saudari,

saya memerhati politik putrajaya sudah lama. sebagai pemerhati dan ahli politik yang lama, saya rasakan orang yang telah dipermainkan dalam politik putrajaya sebenarnya adalah datuk khairuddin. dia telah diperkudakan oleh datuk seri tengku adnan untuk politik beliau. apabila beliau tersepit di putrajaya, datuk khairuddin lah yang menjadi batu loncatan untuk beliau gunakan bagi mencari populariti di putrajaya. rata-rata ahli putrajaya sudah muak dengan datuk seri tengku adnan yang begitu angkuh.

Anonymous said...

Hari tu aku gi pasar ramadhan mampu milik terjumpa dengan satu orang, dia tau aku orang UMNO lalu dia beri tau ada orang janji kalau tak turun mesyuarat hari Sabtu dulu dia kata akan dapat duit raya. aku tak caya, tapi bila baca komen di atas macam sama lak.

Dia tanya lagi kat sapa nak ambik duit tu. Aku tanya dia sapa yang janji. dia kata orangtu sebut Setiausaha. aku tanya sapa nama dia, dia jawap tak tau.

aku cakap kat dia kalau benak, gi pej UMNO tanya nama Shokri, mintak kat dia.

Kalau lagu tu, sapa-sapa yang calonkan Datuk Tengku boleh la jupa Shori mintak duit raya. Aku pun nak gi sama noh.

Anonymous said...

tuan/puan diatas yang membuat komen pasal datuk tengku jemput buka puasa. kalau nak komen datuk tengku punya majlis, ape kene mengene pulak kau nak kaitkan nama shokri ngan datuk din. tak logik langsung. majlis dia orang lain lak kene tanggung maki. apelah kau ni yang tak kene mengene kau kaitkan.

Anonymous said...

Aku ni sebagai ahli UMNO dan masih menghormati kepimpinan peringkat cawangan dan bahagian merasa kesian apabila aku tengok korang semua dari team up FAIRUZ, aku tahu fairuz dah berhabisan tabur duit, ketua2 cawangan yang calonkan dia dah telan duit sampai kembong, sekarang ni korang dah macam orang gila talak sampaikan cawangan yang dah digantung mengikut perlembagaan pun korang seboleh-bolehnya nak buat juga. tak boleh paksa ketua cawangan, korang gunakan orang lain yang tak ada kuasa untuk jalankan mesyuarat, kesian sekali bila difikirkan sampaikan buat mesyuarat secara tidak sah dan memaksa ahli untuk hadir. (sumber dari ahli yang bijak)

Anonymous said...

cuba hang baca perlembagaan siapa yang ada kuasa gantung cawangan. Kalau Setiausaha Bahagian pun tak tau lebih baik letak jawatan. Orang bagi tau Ku Nan dah yang Shokri tu bukan tau apa tapi orang macam ni la Ku Nan suka sebab dia boleh cucuk hidung Aku cuma nak tanya Shokri siapa punya yang lebih .....

Anonymous said...

Cek nak tanya juga kat Shokri duit raya dah bagi ka pada ahli cawangan meranti yang tak turun dulu

Anonymous said...

Tun Faisal yang nak lawan si zaki, orang AFO. Dia lepak kat mamak dgn AFO. Cawngan yg menyokong kuat dia semua menyokong AFO. Bunga Raya dan Kasturi. Mizi dan Baha mmg penyokong kuat AFO. Si Shahrel Azlee pair naib utk si Tun pun orang kuat AFO. mcm mana kami nak sokong kau tun.

Anonymous said...

bagi aku ape korank nk fitnah pasal tok din aku tetap hormat dye dan bg pendapat aku dye pejuang bangsa yg patut dihormati.dah terbukti dah kepimpinan dye selama nie.hidup tok din!

Anonymous said...

a'kum ahli2 UMNO Putrajaya.dengar cerite pada hari sabtu 20 september 2008 UMNO Bahagian Putrajaya nak buat program kacau dodol..so geng2 yang pengacau tuh aku nasihat kan xpayah lar ikut kacau..

Anonymous said...

uuuhhh...dia orang tu baik tak yah kacau dodol....asyik buat kacau jer...tangan dah kotor tu dok hulur duit suh sokong dia orang...kalau kacau dodol confirm dodol tu keras...macam ler kepala otak dia orang...keras macam batu...tak pernah guna........

Anonymous said...

saya menyokong program kacau dodol.ni idea datuk khairudin ni.program ni mmg bagus dulu pernah buat dah.ramai yang hadir masa tuh.terima kasih datuk khairudin kerana wujudkan program yang bagus macam ni.diharap lebih banyak lagi program macam ni dimasa yang akan datang

Anonymous said...

best la ada kacau dodolang. teringat aku kat kampung. bagus betul la program ni. aku sure la ni mesti idea datuk k. dia memang banyak idea untuk perpaduan dan mengeratkan silaturrahim. aku rasalah kan selama ni dia tak banyak involved sangat mungkin pasal adanya abu yang terbakar, shokri SUB. sebenarnya yang merosakkan putrajaya bukan sahaja geng2 fairuz je tapi termasuklah abu dan SUB sok sendiri tu.

Anonymous said...

betullah abu tu tak penah aku nampak pun. sokri tu memang tak reti ape pun. dia cakap besar tapi ape pun tak de.

Anonymous said...

betullah abu tu tak penah aku nampak pun. sokri tu memang tak reti ape pun. dia cakap besar tapi ape pun tak de.

Anonymous said...

kacau dodol...jom kita gi ramai-ramai

Anonymous said...

shukri tu mat sontot. cakap macam terror padahal menipu depan, blakang, atas, bawah datuk tengku. datuk tengku dok pecaya kat dia sangat.

Anonymous said...

Memang datuk tengku kena tipu dengan dia bulat-bulat. ada ke cawangan SUB boleh naik nama fairuz untuk lawan datuk tengku walaupun kalah. aku rasa la kan jangan-jangan shukri ni main belakang (macam anwar ibrahim la pulak main belakang nih).

Shukri ni talam dua muka la.

Anonymous said...

shokri @ syok sendiri.................shokri @ syok sendiri.................shokri @ syok sendiri.................shokri @ syok sendiri.................shokri @ syok sendiri.................shokri @ syok sendiri.................shokri @ syok sendiri.................shokri @ syok sendiri.................

Anonymous said...

shokri ni dia keje ape hah? aku tengok kereta dia gempak gila. macam playboy. kalau tangkap minah indon pun confirm minah indon tu lari...kalau kat kereta tu mesti minah tu tertarik tapi kalau dengar lenggok dia cakap, berserabut macam pejabat dia.

Anonymous said...

shokri tu ok lagi, tapi yang aku menyampah tengok ni rahimi, miza, abu khamis, yeop. nie semua lagi belagak. tak tengok langsung orang bawah. aku rasa la dia orang dah banyak ambik duit masa kat pelancongan dulu. dia orang sebab tu mewah sekarang nih. yeop boleh bagi makan kat kelab tasik tiap-tiap malam.

rahimi tu lagilah untung gila. duit 7 keturunan tak abis.

Anonymous said...

saudara di atas, saya sokong saudara. mungkin sifat semula jadi manusia, mudah lupa bila berada di atas.

Anonymous said...

zaki tingkat 4 nie lg leceh... jawatan mau tp keja xbuat... alasan tingkat 4 sebok!!! baru nie pergi umrah bwk org kiri org kanan pulak tuh... adoiii banyak duit mamat nih...

Anonymous said...

hahahaha ni mesti orang upahan shukri atau shukri... sebab belasah miza, yope, rahimi ... kakakaka... tok nan, dgr2 lah suara dari grass root... org dah muak dengan perangai shukri.. dia tak ada tokoh pun jadi SUB, buat malu Putrajaya jek.. dia ni cth 3rd class mentality, silap2 tak de class langsung...

Unknown said...

salam

Ahmad Fairuz telah layak dengan satu lagi pencalonan dr cawangan bunga tanjung. cawangan tersebut baru selesai bersidang pada jam 1.30 ptg tadi.

lanjut disini:

http://hasanalhadi.blogspot.com/

Anonymous said...

Tahniah. Hidup Subur Demokrasi. Buat Apa Dinafikan hak Bersidang. Kalah Menang adat pertandingan. Kalau pi tgk bola asyik walk-over jer baik jgn pi tgk.

Anonymous said...

manusia boleh merancang, Allah yang menentukan....

tidak bergerak sesuatu itu walaupun sebesar zahrah tanpa izin Allah....

jangan ingat kita hebat.. kaya.. berkuasa.. kita boleh buat apa yg kita suka...!!!!!

INGAT.. amat mudah bagi tuhan merendahkan darjat seseorang itu dan amat mudah bagi tuhan untuk menaikkan darjat seseorang itu....

kalau melihat bulannnnn , bintangggg, galaksiiii di atassss , jangan lupa RUMPUTTTTTT di bumiiiii....


banyak banyak lah BERMUHASABAH DIRIIIIII

Anonymous said...

Kepada sumpahan 7 keturunan...kenapa baru sedar....

RAHIMI REJAB TU ANACONDA KEPALA DUA
SENYUM DI LUAR HAMPEH DI DALAM....
SHUKRI ..???? TAK KENAL PUN...!!!

Anonymous said...

rahimi tu memang tak boleh pakai.... masa ada jawatan dulu eksyen orang mintak tolong pun susah la....maklum la dah ada jawatan...ttapi sekarang ni dia buat apa ha aku nak offer dia la kerja ngan aku jadi drebar senang aku ketuk kepala dia hehehe

Anonymous said...

aku dengar dia kerja balik kot ngan JPA...aku rasa la...tapi kalau kau nak tahu kau gi la tanya dia...

Anonymous said...

KALAU NAK TAU, ORANG2 MACAM INILAH YANG KU NAN SUKA LANTIK

Anonymous said...

Saudara/Saudari sekalian,

sahaja aku ingin INGATKAN.....sebarang tuduhan saudara/saudari sekalian terhadap AJK Bahagian atau mana-mana ahli UMNO di Putrajaya ini ..sekiranya betul seperti didakwa ...saudara/saudari mungkin "lepas" ke syurga nanti....
TETAPI SEKIRANYA IANYA SEKADAR untuk mengadu domba dan menyebarkan firnah tanpa sebarang bukti yang kukuh ...saudara/saudari sekalian akan menanggung risiko ke "Neraka" kerana tanpa keampunan pihak yang didakwa/dituduh semasa masih hidup. Dosa tersebut tidak akan diampunkan Allah s.w.t melainkan mereka yang difitnah sahaja yang dapat mengampunkan. Oleh itu, hati-hatilah kepada warga putrajaya agar gunakan kemudahan ii untuktujuan memberi nasihat atau komen yang membina, hindarkan lah dari memberi nasihat/komen yang meruntuhkan. Dalam hal ini, saudara/saudari tentu lebih tahu niat masing-masing ketika melontarkan mesej-mesej tersebut kerana melalui mesej semua pihak dapat mengagak tujuan sebenar saudara/saudari. UMNO di Putrajaya sangat dahagakan perpaduan begitu jugak di Bahagian2 yang lain, Oleh itu, setiap keputusan kita amat memerlukan kebijaksanaan agar UMNO tidak mudah berpecah belah, bagai retak menunggu belah.....Pentingkanlah nasib bangsa melayu yang sekarang ini bagai telur dihujung tanduk akibat kejahilan orang2 melayu sendiri yang tidak dapat memikirkan kesan dan implikasinya kepada anak cucu kita nanti yang bakal melukut di tepi gantang....maafkanlah hamba sekiranya pesanan ini mengguris mana-mana pihak kerana sebagai seorang muslim kita wajib berpesan-pesan supaya diredhai Allah s..w.t.

Sekian

Anonymous said...

aku setuju dengan daeng, org yg memfitnah tidak mendapat keampunan sesiapa melainkan org yg di fitnahkan.

oleh itu berhati hati lah kawan dlm membuat komen dan mendabur fitnah. nak komen buat dgn baik dan terpuji dan tidak merusak kan silaturahim sesama manusia umno di putrajaya.

kepada para perwakilan, penentuan nasib anak cucu kita dan yg dapat mempertahan marwah bangsa melayu dan menegakkan sinar islam di negara teercinta ini adalah di tangan anda.

pandai-pandai lah menggunakan pena.

selamat berdemokrasi..

Anonymous said...

TOK DIn KENCING KUAT!!!!!!! SATu HARI TOK AKAN KENA MANDI JUGA TUNGGU............

Anonymous said...

memang la dia kencing kuat!!! pasal dia minum banyak sangat!!! dia sihat pasal tuh dia buang air dari badan

x payah satu hari nk mandi2 kan dia

tiap-tiap hari dia mandi!!!

lain la cam ko!!!

PENGOTOR kencing tahan pastuh x mandi lak tuh... ade hari je nk mandi!!! adoi!!! bodo2 pakai pampers la weiiiii kencing dlm pampers je!!!!