Monday, September 22, 2008

POLITIK " PI MAI PI MAI TANG TU DAN KEJAB ADA KEJAB TAK ADA DI BANDAR TUN RAZAK" ; MOKTHAR SAMAD BERPELUANG KALI INI ? AMIL YAKIN RAMPAS KEMBALI !

BANDAR TUN RAZAK -- Politik UMNO Bandar Tun Razak di-ibaratkan sebagai " politik kejab ada kejab tak ada" dimana banyak pertukaran Ketua Bahagian sehingga ahli - ahli UMNO Bandar Tun Razak sudah naik bosan kerana ramai berpandangan kepimpinan UMNO Bandar Tun Razak tidak konsisten kerana asyik bertukar ganti.
Setelah Tamunif, Datuk Rahim Baba, Datuk Amil Salleh(gambar) kini rata - rata ahli UMNO Bandar Tun Razak mahukan satu kepimpinan yang mempunyai visi dan misi jangka panjang diperingkat bahagian.Kemunculan semula Amil Salleh untuk bertanding Ketua Bahagian selepas penggantunganya membuatkan ahli - ahli UMNO Bandar Tun Razak kurang selesa kerana sepanjang penggantunganya Datuk Rahim Baba telah menjaga dan mentadbir bahagian dengan baik. Kini Rahim hanya dicalonkan bertanding Timbalan Ketua Bahagian.
Pertembungan antara Amil Salleh dan Mokthar Samad bagi jawatan Ketua Bahagian disifatkan pertandingan penuh tradisi dan kali ini dikatakan akan lebih sengit walaupun diatas kertas Amil dikatakan mempunyai kelebihan.
Justeru itu, sudah ada cakap - cakap di bahagian yang mahukan Datuk Mokhtar Samad diberikan peluang untuk memimpin UMNO Bandar Tun Razak kali ini .Mokhtar Samad yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dikatakan juga mempunyai ciri kepimpinan yang efesyen sebagai bekas Ketua Bahagian Cheras sebelum ini.
Ketua Pemuda Bandar Tun Razak, Rizalman yang juga merupakan anak kepada Mokhtar Samad sekali lagi telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda dan dikatakan telah meletakkan Pemuda di tahap yang terbaik. Rizalman juga dikatakan mempunyai kewibawaanya yang tersendiri di Wilayah Persekutan sebagai pemimpin pemuda.
Seramai 70 perwakilan pemuda , lebih kurang76 perwakilan wanita dan sekurang - kurangnya 10 perwakilan puteri dikatakan sudah mengambil pendirian " tunggu dan lihat" .Malah ada segelintir dari mereka dikatakan tertarik dengan perwatakan Mokthar Samad yang lebih berhemah dan sopan santun.
Orang kuat Wanita UMNO WP dan Ketua Wanita Bandar Tun Razak Salmah Pin yang dikatakan pro Amil Salleh juga dikatakan mengambil pendekatan " berkecuali dan tunggu dan lihat".
Wilayahkini difahamkan " undi penentu" bahagian Bandar Tun Razak bagi jawatan Ketua Bahagian bakal ditentukan dari percaturan undi dari Wanita , Pemuda dan Puteri. Sementara itu, Wilayahkini juga difahamkan Amil Salleh sudah mula berkempen secara agresif untuk merampas kembali jawatan Ketua Bahagian walaupun UMNO Bandar Tun Razak baru - baru ini dikejutkan dengan insiden keluar dari UMNO dan menyertai PKR oleh beberapa pemimpin bahagian dan cawangan.

6 comments:

Anonymous said...

Datuk Amil seorang yang angkuh dan tak ada budi bahasa yang baik.UMNO BTR kena tolak dia.Dahlah kena gantung.Cukuplah.Beri peluang kpd Datuk Mokthar Samad.

Anonymous said...

Kami memang menghormati ketokohan Rizalman.Dia memang layak jadi Ketua Pemuda WP selepas ini.Orang layak tak layak.Dia ada kaliber.

Anonymous said...

Masanya sudah tiba untuk Mokhtar Samad.Saya suka dgn tajuk Wilayahkini.Politik Pi Mai Pi Mai Tang Tu...memang menarik.

Anonymous said...

Alahi. Datuk Amil.Cukuplah.Nanti menang pun kena gantung lagi.Susah kami.Under jer lah.

Anonymous said...

Hidup Dato Mokhtar Samad !

Anonymous said...

dato amil cakap tu jangan besar sangt,kalau rizalman budak muda pun pandai bercakap lembut pandai hormat org tua dan kawan2 seangkatan waima budak2 kecik pun dia pandai ambik hati..harap rendah diri lah sikit, Jika dato baik mesti tak kena gantung...