Menurut sumber , persetujuan tersebut telah dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan di Seri Perdana sampai awal pagi tadi antara Pak Lah dengan semua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Menurut laporan yang diterima , mesyuarat tersebut juga memutuskan Pak Lah bertanding Presiden dan Najib sebagai Timbalan Presiden sebagai satu pasukan. Antara perkara lain yang diputuskan ialah Peralihan Kuasa 2010 dikekalkan sepertimana yang dirancang sebelum ini.
Untuk rekod , semalam UMNO Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan untuk mencalonkan Pak Lah - Presiden dan Najib - Timbalan Presiden. Sila baca laporan ~Pak Lah set to defend Umno presidency. Wilayahkini juga difahamkam tindakan Pak Lah yang suka mendengar rintihan dan keluhan ahli - ahli UMNO sebelum bertindak telah memperkuatkan kembali dirinya khususnya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru - baru ini apabila empat pemimpin UMNO menegurnya dengan " keras".Pada saat ketika penyokong Pak Lah bangun untuk mempertahankanya Datuk Seri Najib dikatakan mendamaikan suasana. Jika tidak ? Keadaan mungkin menjadi tidak menentu.
Sementara itu , Wilayahkini juga mendengar berita mengenai rombakan kabinet sebelum 9 Oktober ini. Adakah ianya akan menjadi satu lagi khabar angin atau realiti ? Kini politik negara banyak dipercaturkan dengan permainan tarikh - apabila Anwar memulakan tarikh 16 September kemudian 23 September dan kini UMNO pula menunggu tarikh 9 Oktober.Kita tunggu dan lihat.
11 comments:
1 Oktober sasaran baru Pakatan, kes Anwar esok
Oeh G. MANIMARAN dan ARIFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru - 1 Oktober ini - cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.
Pada 16 September lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun menolak permintaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.
Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.
"Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.
"Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti," katanya.
Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.
"Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.
"Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman," katanya.
Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.
"Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu," katanya.
Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu.
Esok, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.
"Esok mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua pihak untuk mementukan permintaan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," kata salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi.
Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan esok ataupun sebaliknya kerana ia bergantung kepada mahkamah selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.
"Sukar untuk dikatakan sekarang... kami ada banyak perkara untuk dihujah," katanya.
Pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan esok ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.
Anwar, 60, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar kini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
Yang kes katb atas nih sdh satu hal, yg satu hal lagi 4 org pemimpin UMNO yg menyerang PL masa mesyuarat MT tuh. Kalau ler aku ketua atau boss, org bwhan aku x dgr kata atau senang crite melawan taukeh sdh tentu aku keluar kan mrk dr pejabat akau atau pecat terus lg senang sbb mrk sdh tidak sependapat dgn aku dan aku akan lantik pekerja2 lain yg masih hdk berkerja dgn aku, very simple kan. Gerenti senyap punya mulut dia....tak percaya cuba PL buat sekali.....
Boleh lah Anwar jadi PM. Jadi PESAKIT MENTAL.
Apa jadahnya Pak Lah nak jumpa dia bincang pasal negara dan peralihan kuasa bagi kat dia?
Dah mengarutlah sekarang PKR ni.Taktik tak menjadi nak salahkan orang lain. Macamlah dia tu tak de salah. Tak logik langsung.
Semua orang ada buat silap lah!!!!
Dulu masa zaman Tun Mahathir ramai pengikut DSAI serang Tun Ghaffar smpi arwah Tun Ghaffar merajuk tapi Tun Mahathir cepat perasan sekali dia buang 9 menteri kabinet dia rombak termasuk dgn DSAI sekali pengikut2 DSAI nak kata apa sbb masa tuh Tun Mahathir is the BOSS...BOSS IS ALWAYS RIGHT...
perihatin,
Masalahnya dah terang lagi bersuluh!!!!!! Kalau cakap orang bawahan/rakyat tak nak nak faham.... mamang susah. Ada lah 4 orang ni yang berani bersuara.
Pengerusi perhubungan negeri boleh cakap apa saja mereka suka untuk sedap dengar di halua telinga Pak Lah. Sebab sokongan itu yang nak di dengarkan? Percayalah keadaan akan berlaku sebaliknya.
Modus operandi Pilihanraya 12 akan berulang di Pemilihan Agung kali ni. 'Everything OK Boss' - Itu pun kalau perwakilan bijak, pandai, perihatin nasib parti,hendakkan kepimpinan yang tegas lagi mantap, tahu amanah mereka dipilih grass root sebagai perwakilan dan lain-lain.
Kalau tak tau memang perwakilan yang pergi tu semuanya mantaliti tak de standard. Maka hancurlah UMNO untuk selama-lamanya.
Observer,
You are right! Everything OK,pas tu tengok sendiri apa jadi...
PL dah hilang credibiliti. Masih lagi org nak suruh dia kekal - ada kepentingan sendiri tu.
Meh turun bawah nie,dengar keluhan org, dengar ketidak puasan hati orang..Duduk kat atas tu,memang le tak dengar apa2..
Berita ‘ paling gila’ …
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan laporan agensi berita AFP hari ini kononnya wakil beliau dan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim, sudah memulakan rundingan penyerahan kuasa sebagai berita 'paling gila' yang beliau pernah dengar.Agensi berita itu membuat leporan berkenaan memetik cakap Ketua Penerangan PKR Tian Chua. Kata Tian Chua kepada agensi berita AFP orang Pak Lah dan orang Anwar sudah jumpa lebih sekali pada hujung minggu lalu untuk bincang hal penyerahan kuasa "Niat kita mengadakannya ialah untuk peralihan kuasa kepada pembangkang, tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak sana," kata Tian kepada AFP."Setakat ini ia nampak baik dan kita akan tungguh dan lihat apa yang berlaku," tambahnya.- 23/9/2008
tn observer & tn amhad sayuti: siapa yg kerap mmbawa berita 'everything is OK?'takkan org cawangan nak pi tandas pun PL nk kena ambik tahu dah tuh apa guna no.2,3,4 dan MT serta Perwakilan, siapa kata PL x dgr keluhan peringkat akar umbi, rase2 sy PL ada buat perjmpaan dgn semua ketua2 cwgn negeri dan bertnya khabar dan masaalah tp bila jumpa PL lain yg ketua2 cwgn dok tnya, mrk dok tnya pasal royalti minyak, mrk dok bantai ketua bhgn masing2, mrk dok tyn cwgn tak dpt apa2 ke asyik bhgn saje yg lepas, klu nk pilih calon DUN pilih dikalangan dr ketua cwgn knp ttg peralihan kuasa mrk tak nak tanya PL face to face. sy rs PL pun x marah klu mrk tnya PL perkara itu. Siapa yg buat PL hilang kredibiliti adakah PL sendiri atau org2 disekeliling PL?
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
pada mu dollah dan najib buatlah diri mu sebagai sebatang lilin yang menerangi tetapi awas jangan membakar henfaknyer amin
isu over isu tak di selesaikan. Tengok petunjuk Allah, LRT pun bleh eksiden kat Bukit Jalil. Dlm bajet 35b utk penambahbaikan pengangkutan awam. Jangan tamak semua nak sapu utk keluarga bila membuat polisi utk kepentingan keluarga yang melampau.
Kita tengok je lepas ni apa jadi pulak.
masyaallah itu adalah bala' dr Allah swt dan jgn lah tn menuduh Allah swt menurunkan bala' pd seseorang wahal Allah swt menurunkan bala' pd semua umat manusia dimka bumi ini atas sbb2 keingkaran dan sdh lupa akan Allah swt...mungkin bala' ini adalah untuk menyedarkan kita padaNya...Amin Ya Rabulalamin
Post a Comment