Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemimpin - pemimpin parti komponen BN menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat sebarang keputusan katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN di PWTC sebentar tadi.
Sementara itu, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, Gerakan akan menimbang semula keputusan mengenai hubungan dengan UMNO Pulau Pinang selepas melihat bentuk tindakan yang akan diambil oleh MT UMNO terhadap Ahmad Ismail esok.Untuk rekod, malam tadi Gerakan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang yang diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Badawi setelah tindakan Ahmad Ismail mencabar Gerakan keluar dari BN dan mengoyakan gambar Koh Tsu Koon.
SAYA TETAP TAK AKAN MOHAN MAAF
Sementara itu, Ahmad Ismail yang disaman ke Putrajaya berjumpa dengan Abdullah Ahmad pula masih dengan pendirianya tidak akan meminta maaf dan mendakwa Gerakan yang membakar semangat orang melayu.SILA KLIK DISINI
Pada masa yang sama politik negara terus menjadi panas hari ini apabila Pergerakan Wanita Gerakan yang kesal dengan tindakan mengoyak gambar Koh Tsu Koon hari ini mendesak Ahmad dipecat dari BN dan tindakan ISA dikenakan terhadapnya.Manakala Ketua Pemuda BN Pulau Pinang meletakkan jawatanya hari ini dan tiga pemimpin dari Gerakan dijangka turut meletakkan jawatan mereka esok.
6 comments:
Boleh tahan kepala batu orang tua nih.....
baca novandri.blogspot.com untuk skrip ucapan press conference beliau. Kita tak nak kes ketuk ketampi warga cina berulang kembali.
udah ler kes nih udah selesai yg berucap tuh kena hukum abis crite.
Kita tunggu laporan polis, yang menghasut pemberita Sin Chiew Jit Poh tu. Kurang ajar!!
Yess, pemberita tu dah kena tahan ISA.
DISKRIMINASI KERAJAAN BARISAN NERAKA APALAH SALAHNYA TANGKAP JE KB BUKIT BENDERA TU SUMBAT DALAM ISA....TULAH KALAU KERAJAAN BN TAK LEH MENJALANKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT TUKAR JE KERAJAAN
Post a Comment