Saturday, September 6, 2008

" ORANG YANG MAHU BERKUASA SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA" ; UMNO TERUS MARA ..............

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- Isu politik wang ataupun rasuah politik terus menjadi perhatian dan terus " membara" semasa pemilihan cawangan ketika ini ; sekaligus menjadi lebih hangat menjelang pemilihan bahagian pada bulan Oktober nanti. Pemimpin - pemimpin tertinggi UMNO juga sudah mula risau dan ada yang sudah " give up " ekoran daripada gejala politik wang dalam UMNO kian berleluasa dan sukar dibendung sampai ada pemimpin UMNO ditahan BPR.
"Saya hairan semakin banyak etika pemilihan,semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya.Mereka tahu,jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa mereka boleh terlepas dari tindakan", kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Suhaili yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, " orang yang gila jawatan dan mahu berkuasa sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai", katanya.Sila KLIK DISINI untuk berita yang selanjutnya.
Malah banyak laporan telah dibuat kepada Lembaga Disipilin UMNO, Pengurusan UMNO dan juga pihak - pihak yang tertentu. Wilayahkini difahamkan , Lembaga Disipilin UMNO sudah mula mengorak langkah meniliti setiap aduan yang diterima manakala BPR pula dikatakan sedang mula " memantau keadaan " dari masa ke semasa, termasuk di Wilayah Persekutuan dan negeri - negeri lain.
Wilayahkini juga difahamkan, di Wilayah Persekutuan ada beberapa laporan yang telah dibuat kepada Lembaga Disiplin. Akan ada lagi laporan dibuat selepas ini ?

2 comments:

mujako said...

Akan ada lagi laporan dibuat selepas ini? Sudah tentu! Kalau bukan laporan yang sah, mesti ada yang buat laporan sebab nak takutkan pihak lawan, atau laporan counter-attack, bila dia kena lapor, dia lapor balik hal lawan dia... nilah politik namanya. harap2 jangan bpr dipolitikkan sudah

Anonymous said...

abis tuh klu dh lembaga displin pun mcm sama jugak apmacam?