Seputeh ( WILAYAHKINI ) - Ketua UMNO Bahagian Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid masih di depan dengan mendapat 15 pencalonan berbanding pencabarnya Mustapha Kamal 2 pencalonan setakat hari ini. Di Seputeh juga bahang pencalonan dijangka semakin rancak minggu ini melibatkan semua jawatan kecuali jawatan Ketua Wanita. Bagi jawatan Ketua Pemuda , dalam pertandingan 3 penjuru, AJK Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Razlan masih di depan dengan 11 pencalonan manakala pencabarnya Alawi - 5, dan Mustakim - 2 pencalonan.
Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Ghazali - Bernama telah mendapat 6 pencalonan,Badrul - 6,Mat Nayan - 5,Mohd Anuar - 1. Ghazali yang dilihat sebagai "running mate" Razlan dikatakan mempunyai peluang yang terbaik untuk menang kali ini kerana karismanya dilihat dapat membantu menaikan imej Pemuda bersama Razlan.
Bagi jawatan Ketua Puteri persaingan antara penyandang Azliza dan Mona Liana semakin hangat sehingga kedua - dua calon sudah mula mengerakkan jentera masing - masing.Persaingan antara Mona dan Azliza semakin maenarik setelah ianya di paparkan di Wilayahkini minggu lepas. Bagi jawatan Naib Ketua Puteri pula melibatkan persaingan antara Wati dan Yan? Kita lihat percaturanya minggu ini.
Manakala seorang lagi calon - Saarah Ali Bashah(gambar sebelah) yang sebelum ini di war- warkan akan bertanding jawatan Ketua Bahagian dikatakan telah menarik diri apabila gagal mendapat pencalonan sehingga hari ini, kata seorang pemimpin UMNO kepada Wilayahkini. Namun disebalik penarikan dirinya, Wilayahkini amat tertarik tulisanya bertajuk " Gangster dan Mafia Politik" dalam blognya.
Penerangan Gambar : Razlan bersama ( bercermin mata ) dua lagi pencabarnya Mustakim dan Alawi.Manakal gambar kecil - Ghazali( calon Naib Ketua Pemuda )
20 comments:
aku sebagai pemuda di bahagian seputeh akan menyokong dan menjayakan apa juga aktiviti yang di anjurkan pemuda tidak kira siapa pun ketua nya.kerana semua calon yang bertanding mempunyai misi dan visi yang baik sekali.namun sedikit perbezaan yang dapat di lihat ialah gandingan saudara Razlan dan Ghazali agak menyerlah dan dan mempunyai visi dan misi yang lebih kehadapan. bukan nak memuji atau mengangkat sesiapa, tapi sesiapa yang duduk dalam pemuda seputeh dapat rasakan akan perkara ini..
Kenapa Razlan dan Ghazali? Apakah kelebihan mereka?
saya dan beberapa rakan pernah berkesempatan untuk berbual dengan saudara razlan.beliau ada menyatakan yang di kawasan seputeh khususnya bagi pemuda, perkara yang harus dibangkitkan ialah isu sosial dan agama.kerana 2 perkara tersebut agak merisaukan kita pada masa kini.dan beliau ada menerangkan perkara2 yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini khasnya di kawasan seputeh.walaupun tidak dapat menghapuskan gejala ini..dapat mengurangkan pun sudah cukup baik.maka, saya merasakan yang apa yang cuba di bawa oleh saudara razlan ini adalah amat bersesuaian dan bertetapan pada masa sekrang dan dengan apa yeng telah berlaku.
Assalamualaikum,
Pertama sekali terima kasih diucapkan kpd moderator wilayahkini kerana menyiarkan berita tentang UMNO Seputeh didalam blog ini.
Keduanya apa yang saya baca sebagai seorang ahli dan insyaallah bakal perwakilan dari cawangan,saya dapati blog ini berlaku tidak adil kepada calon2 yang lain baik dari peringkat bahagian,pemuda dan puteri.
Kenapa saya berkata begitu,blog ini saya lihat asyik mempromosikan individu2 tertentu.
Mustafa Kamal tinggal lagi satu percalonan utk beliau bertanding.Beliau berada di luar bahagian selama ini tetapi beliau tidak pernah melupakan ahli2 UMNO bahagian Seputeh.Beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui platform Komuniti Bistari dan beliau masih lagi membantu Pemuda dan Puteri dalam apa sahaja aktiviti yang diaturkan oleh sayap2 tersebut jika sayap2 ini memerlukan bantuan beliau.
Mengenai Pergerakan Puteri pula saya lihat Azliza dan Wati dan barisan pegawai2 dan ajk2 nya ada gandingan yang mantap kerana mereka lah yg berada didalam pergerakan puteri Seputeh selama ini yang bekerja keras memastikan puteri Seputeh tidak ketinggalan didalam apa jua program2 yang dijalankan baik di peringat bahagian atau negeri.
Mona Liana/Azian- calon tajaan Ketua Peneranagan Bhg-Kassim Karim org kuat Ketua Bhg. Tau tau apa2 pun.Perlembagaan Puteri pun tak pandai lagi.
Nak bertanding Naib Ketua Puteri Bhg. Calon kan juga nama di G2.Kalau calon tajan ini paham2 sendiri lah.Apa kata org ikutkan jer.
Mengenai Pemuda pula,lagi menarik.
Buat masa ini,gandingan Razlan?Ghazali yg dikatakan mantap dan berkarisma.Isu sosial dan agama yg diutamakan.
Untuk pengetahuan saudara moderator,baru2 ini sahaja Razlan dan Ghazali bersosial sbb meraka bertanding.Selama ini kalau ditanya kepada pemuda2 bhg Seputeh tak berapa berminat utk berkawan dgn Razlan kerana lagak beliau.Ghazali (TIMBALAN PENGERUSI BIRO AGAMA PEMUDA BHG) tak pernah nampak selama 4 tahun dan tiba2 muncul bila ingin bertanding Naib Ketua Pemuda Bhg. PENGERUSI BIRO AGAMA PEMUDA BHG - Saudara Zafizan (PA kpd Datuk Hisham Ketua BHG).
Apa yg mereka nak kempen kononnya isu sosial dan agama.
Kedua2 gandingan yg kononnya dikatakan mantap ini pun adalah tajaan Bahagian.
Apa kurangnya calon2 lain.
Alawi Dahalin - Naib Ketua Pemuda sekarang.Bekerja dan membantu disetiap kali program atau dimajlis yang dianjuran oleh pihak bahagian.JUga berjaya menganjurkan Kejohanan Bolasepak Piala Mustafa Kamal.
Mustakim @ Tonet b Narawi - Bekas Ketua Penerangan Pemuda Bhg. Dicantas kerana hanya satu sebab. Teks ucapan yg tidak membodek Ketua Bhg semasa Mesyuarat Bhg pada tahun 2005.Beliau Ketua Penerangan Pemuda tapi Ketua Pemuda masa kini membuat beliau seoalah-olah beliau Bendahari.Kalau boleh penghidupan seharian Ketua Pemuda Bhg juga perlu ditanggung oleh Mustakim.
Calun Naib Ketua Pemuda yg lain:
Mat Nayan (Ketua Pemuda Caw)-last term.Ada cara tersendiri utk membantu pemuda.Kempen beliau utk membantu Ketua Pemuda.
Badrul Ezan (Puan Mariam Minhat-ibu beliau juga bertanding Naib Ketua Bhg) (AJK Pemuda Bhg)- Pada mulanya ingin bertanding sebagai Ketua Pemuda.Selepas dikaji selidik.Beliau tak akan lepas percalunan utk menjadi Ketua Pemuda.Membuat perjanjian dgn Alawi. Sekarang ini adalah gandingan Alawi.
Muhammad Anuar (Sham) Shariff - Ketua Penerangan Pemuda . Calon yg awal sekali menawarkan diri utk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda. Tak tau kenapa amat berat utk mendapat percalonan kerana beliau bergerak tidak menggunakan mana pasangan.Calon Swasta.Setahu saya beliau sudah layak utk bertanding kerana 10/8/08 beliau mendapat lagi 2 percalonan.Ramai Ketua Penerangan DiWilayah senang dgn beliau.
Jadi disini.Hanya Mustakim sahaja yg masih belum layak untuk bertanding.Dari survey yg dibuat agak sukar utk beliau bertanding tetapi apa yg saya dapat tahu ada Ketua2 Pemuda Cawangan yg melepaskan beliau utk bertanding kerana tidak mahu Alawi dan Razlan terlalu selesa.
Jadi disini saya berharap pihak moderator biarlah adil kepada semua2 calon yg lain baik diperingakat bhg,wanita,pemuda dan puteri.
Terima Kasih.
Saudara Mantan Seputeh ...
Saya percaya tidak ada komen berat sebelah .. disini hanya mencerikan apa yang berlaku..
Berkenaan dengan calon tajaan ketua Bahagian .. semua orang boleh bercakap .. dan saya tahu saudara juga tahu siapakah yang sebenarnya ditaja atau menaja ..
Tak perlulah kita menceritakan tentang isu peribadi disini .. kalau nak cerita terlalu banyak dan tak membawa faedah ..
Saya nasihatkan saudara Mantan .. untuk bersama membela dan membina Seputeh .. bukannya membuka ruang seluas-luasnya kepada isu peribadi ...
Kalau kita nak main isu peribadi .. saya rasa saudara mantan tahu lebih banyak .. puteri, pumuda bahkan bahagian ...
Jadi .. nasihat saya sekali lagi .. janganlah disebabkan calon saudara tidak dapat banyak pencalonan hendak di malukan seputeh disini ..
Saudara sudah lepas Pemuda, biarlah pemuda dizaman ini lebih baik dari yang baik .. nanti disebabkan saudara, yang dulu hendak disamakan dengan sekarang ..
saudaralah sebagai sepeaker kepada ketua pemuda sekarang ... jadi jangan disebabkan kesilapan saudara .. saudara beranggapan pemuda sekarang sama macam zaman saudara...
Terima Kasih.
Anak Seputeh
syabas...anak seputeh.kupasan yg mantap dan bernas...ciri-ciri pemuda harapan agama,bangsa dan negara.....
Syabas Datuk Hisham, kerana masih didepan..Semoga Seputeh akan terus maju dibawah teraju Datuk.
Salam kepada Mantan Seputeh.
Wilayahkini ini mengucapkan terimkasih kepada Sdr yang telah memberikan komen yang cukup bernas dari persepktif saudara. Wilayahkini akan menjawabnya dalam masa sehari dua ini kerana kesibukan masa.Apapun terimakasih dan pandangan Saudara akan disirakan dalam laman blog utama !
nampaknya saudara mantan kita ni..secara terangan menyentuh peribadi calon.apapun itu hak mantan utk berkata sedemikian.cuma apa yang perlu sedikit peringatan dari apa yang saudara katakan itu akan mewujudkan satu suasana kurang senang dan boleh memecah belah kan ahli di kawasan seputeh.dan pendapat saya, itulah yang saudara mantan ingin kan agaknya.maklum lah kem beliau, tak berapa nak jalan and kurang berkesan. wallahualam.
Assalamualaikum,
Menyesali dgn apa yang telah saya komen semalam dan setelah dinasihati oleh seorang sahabat dgn saya memohon maaf diatas keterlanjuran saya ketika membuat komen itu semalam.
Tidak sepatutnya saya menyentuh peribadi sesorang.Memang saya akui saya sudah tak ada kena mengena dgn pemuda lagi cuma jiwa dan hati saya masih lagi didalam pemuda.
Saya berharap sesiapa sahaja yg terasa didalam komen saya semalam dapat memaafkan saya.
Diucapkan terima kasih juga kepada sahabat saya yang telah menasihati supaya memohon maaf ini.
Insyaallah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.
Untuk pengetahuan cawangan saya bersidang dan saya tidak menjadi perwakilan cawangan.
Wassalam.
Assalammualaikum ....
Emmm panasnya kisah seputeh ....
akan tetapi saya amat menyokong pernyataan mantan seputeh .. ermmm cam kenal jer .... cuma nak diberi tahu .... satahu saya amat baguslah Badrul Ezan menarik diri untuk bertanding Ketua Pemuda Bahagian .... jadi kuranglah perpecahan ahli-ahli pemuda kita ....
Komen Calon-calon Naib Ketua Pemuda yang kureng dan ok la ... contohnya
Badrul = rasanya tiada masalah kerana beliau seorang yang berpengalaman dan sudah lama di arena Perg. Pemuda sejak zaman Mustafa Kamal lagi. Rasanya beliau pernah menjadi AJK Bahagian dan Ketua Remaja di zaman Tengku Adnan.
Ghazali = Calon yang jarang-jarang timbul di Bahagian, kalau ader masyuk untuk cawangan barulah nampak mukanya bersama si Lokman. Aktiviti bahagian atau pemuda boleh dikira. Kuat bodek ni ...
Anuar = sepatutnya lebih mendapat percalonan daripada Nayan ... tapi nak buat macam mana Nayan di bawah Ketua Bahagian .... KB mesti dia nak orang baru yang tidak tahu perangai dia ... dah nasib kau nuar .... bersabarlah
Nayan = masih baru timbul pun akhir2 2007 dan terus menyendeng2 Ketua Bahagian yang sentiasa pura-pura suka dia ... kesian lah ... tapi nasib menyebelahi dia ...
apa pun kepada semua yang bertanding terima hakikat inilah sepak,terajang dunia politik tak kira apa peringkat apa sayap pun...pada yang tak tahan dan rasa tak mampu nak menghadapinya senang saja anggap saja begini.. 'kalau kail panjang sejenkal jangan diuji lautan dalam'....patah balik ke dunia tanpa politik yang bergelora dan mencabar ni..tahniah pada saudara badrul ezan..pujian pada anda dari saya..mengakui kemampuan diri yang tidak semua mampu melakukanya.dan menarik diri sebagai perwira kerana berani berperang dengan diri sendiri..tahniah sekali lagi.
Laman Puteri seputeh,"This Web Site Is under Upgrading" hari ni 13 hb,harap2 tidak mengaambil masa yang lama ..
nampaknya persaingan utk naib pemuda juga tak kurang hebatnya.teruskan usaha kepada semua calon. hidup Seputeh !!!
Sara memang dah tarik diri.Tahnniah kepada Wilayahkini kerana promote semua orang secara neutral.
Harap Azliza dapat komen sikit mengenai visinya...
betul tu pu3 angels..nak jugak dengar apa yang cuba dibawa oleh puteri2 seputeh ni..tapi mcm mana lah nak tengok kalau website puteriseputeh tu masih lagi upgrade..berapa lama lagi ni !!!
kt seputeh ni...asal thun pemilihan je baru kelam kabut tunjuk muker and tyg body utk dpt pencalonan nk jd ketua la, jd naib ler segala bagai. lps tu hilang senyap kelibat pun tak nampak. cam tu yg dok tumpor liau nk jd ketua2 & exco? ade program yg bukan dr kroni dia langsung x tunjuk muke...pulaukan plak...pastu asyik masyuk dok salahkn & maki org lain...rentikan lah pilih mcm ni nyer rope pemimpin mike skalian. silap ari bulan mike di tapuknyer balik!bru dpt pencalonan sket dh sombong berlagak, jumper org kt tepi haram bg salam & jabat tgn. ketua hape rope itu!
salam anonymous...
Sapelah agak nye yg diperkatakan tu. Saya pun nak tau. Leh lah kite share. So far saya lum lg terkena mcm tu.
Mana Kak Sara kita...senyap jer..dah keluar gambar di Wilayahkini..
Post a Comment