Monday, August 4, 2008

POLITIK WANGSA MAJU BAGAIKAN FILEM FESTIVAL DI WP ! FACE OFF ANTARA ZAINAL dan SHAFIE, INSIDEN GADUH, TERSUNGKURNYA SUA BHGN, ASTAMAN BERKORBAN..dll

Wangsa Maju ( WILAYAHKINI ) -- Insiden pergaduhan, pertarungan ( face off ) di antara Pemangku Ketua Bahagian Datuk Zainal Nazeri dan Naib Ketua Bahagian Datuk Mohamad Shafie Abdullah , kemunculan semula bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz, tersungkurnya Setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju Ghazali Samsuddin mempertahankan jawatan Ketua Cawangan Taman Ibu Kota serta kempen - kempen yang " panas" di markas Restoran Al - Malik dan Old Town White Coffee di Platinium Walk yang menjadi gelanggang kempen dan pusat " one stop centre" politik semasa Wangsa Maju merupakan antara adegan - adegan menarik yang mewarnai politik Wangsa Maju sejak persidangan cawangan di mulakan sejak dua minggu yang lepas.
Sudah hampir pasti dan sudah SAH- perebutan jawatan Ketua Bahagian diantara Zainal dan Shafie.Wilayahkini difahamkan walaupun Shafie dikatakan mendahului senarai pencalonan dengan majoriti yang tinggi tetapi ianya dikatakan tidak akan menjadi faktor penentu untuk pemilihan jawatan Ketua Bahagian pada bulan oktober nanti.Kekalahan Setiausaha Bahagian Wangsa Maju - Ghazali Samsuddin di cawanganya sendiri, memang tidak dinafikan telah memberikan tamparan yang hebat yang ke 2 kepada Zainal Nazeri selepas mesyuarat cawanganya dibatalkan sebelum ekoran tak cukup korum.
Datuk Astaman pula dikatakan hampir pasti akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian dengan gandingan bersama Zainal Nazeri.Pemerhati politik di WP menyifatkan kali ini " Astaman berkorban untuk Zainal Nazeri ? ". Seorang ahli UMNO Wangsa Maju berkata kepada Wilayahkini - " Ini baru peringkat pencalonan dan mesyuarat cawangan.Tengoklah nanti aksi - aksi yang lebih menarik semasa pemilihan bahagian nanti.Ada kejutan besar. Jangan perkecilkan misi dan strategi Datuk A ( Datuk Astaman ). Ada pihak teralu ghairah macam dah menang".
Insiden pergaduhan sewaktu persidangan UMNO Cawangan P.Ramlee minggu lalu juga telah mencetuskan satu lagi kontroversi di UMNO Wangsa Maju. Sementara itu, Zainal Nazeri dalam reaksi yang segera berkata " Saya terkejut dan kecewa.Saya sedang menunggu dan meneliti laporan dari dua wakil pemerhati UMNO Bahagian Wangsa Maju yang dihantar oleh bahagian ketika persidangan berlaku. Bahagian juga telah membawa dan memaklumkan perkara ini kepada UMNO Malaysia dalam menyelesaikan serta memutuskan tindakan seterusnya".
Sementara itu, perkembangan semasa politik Wangsa Maju juga begitu panas dengan kempen - kempen yang begitu dari kedua - dua pihak.Bagi jawatan Ketua Pemuda bakal menyaksikan persaingan empat penjuru diantara-Taufik, Wan Shahrul, Khairudin dan Syed Yazid. Ada lagi kejutan lagi ?

7 comments:

cawangan melati men said...

Hidup Astaman.

Anonymous said...

ye la shafei ni mcm dah menang jer taula pencalonan ada 24 jgn ingat zainal nazeri tu dah tak kuat jgn nanti Pie kena mandi....

Old Town said...

Kami di Wangsa Maju mahukan kepimpinan Zinal dan Astamana kerana selama ini siapa yang jaga Wangsa Maju? Janganlah nak kacau kat sini.Ingatlah jasa baik orang lain di Wangsa Maju.

cikgu bad said...

Inilah politikus Wangsa Maju.Banyak drama apabila nak bertanding.

Anonymous said...

Masanya sudah tiba untuk Datuk pie ambil alih Wangsa Maju.Janganlah nak buang masa .Lu pikir lah

Anonymous said...

Hari Sabtu ini @ 9 Ogos 2008 jam 2:30 ptg semua mata tertumpu ke Taman Melati Kawasan 8, satu-satunya cawangan dlm Bhgn Wangsa Maju yang bersidang. Menjadi penentu kepada percaturan Dato Zainal, Dato Pie dan Dato Astaman ke Persidangan Bahagian nanti.

Datuk Pie tengah kuat melobi Pak Amir ketua cawangan TMK8 untuk mencalonkan nama beliau serta susunan orang-orangnya.

Tmn Melati Kaw 8 adalah tidak asing lagi bagi Dato Zainal dan Dato Astaman, sukar untuk Dato Pie menembusi kubu kuat Dato Z & A ini.

Sama2lah kita tunggu... akan adakah kejutan? Kita tengok nanti siapa yang kena.....

ahlicawtmk8.

atukranggi said...

Walau apapun yg terjadi di Wangsa Maju saya akan tetap setia dan ikhlas berdiri bersama Dato Zainal Nazeri dan Dato Astaman DEMI PERPADUAN UMNO WANGSA MAJU. HIDUP DATO ZAINAL TERUSKAN PERJUANGAN SEMUGA TERUS BERJAYA. INSYAALLAH HISHAM TED K.P.A