Friday, August 22, 2008

POSTER KABINET BAYANGAN ANWAR IBRAHIM PANASKAN PARLIMEN DAN SUASANA KEMPEN DI PERMATANG PAUH ; DI NAFI OLEH PKR !

PERMATANG PAUH -- Perang poster di Permatang Pauh digemparkan dengan pengedaran poster" Bayangan Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim".Pengedaran poster tersebut masih lagi menjadi satu "teka teki " politik di Permatang Pauh ( Siapa yang disebalik tabir poster tersebut? ) kerana pengedaranya dinafikan datang dari PKR, kata pemimpin - pemimpin tertinggi PKR hari ini.Malah poster tersebut juga difahamkan oleh Wilayahkini diedarkan di Parlimen hari ini.Dalam kesibukan berkempen di Pertamatang Pauh - isu poster bayangan Kabinet Anwar Ibrahim menjadi tajuk cakap - cakap politik yang panas ketika ini. Fikirlankah,apakah hikmah disebalik poster tersebut ? Rakyat sendiri dapat menilainya.
Ketika Anwar Ibrahim begitu yakin dapat menubuhkan kerajaan seterusnya menjadi Perdana Menteri pada 12 September depan, isu kabinet bayangan ini terus menjadi perhatian.Kita tunggu dan lihat apakah akan berlaku lagi selepas ini. Pertamang Pauh menjadi ukuran ataupun Permatang Pauh menjadi tempat dimana bermulanya satu sejarah baru politik negara ?

8 comments:

Anonymous said...

Dilihat pada kedudukan carta tu...I tak rela 'U'..dah jadi macam negara jiran kitalah pulak...pikir-pikirkan lah wahai pengundi di Permatang Pauh...Jangan terlalu emosi biarlah rasional...marahkan nyamuk kelambu dibakar...

Dian...

piut panglima said...

i lg x rela...silap aribulan nasib kite serupe dgn negara2 dibwh jajahan takluk GWB tu...abih sumer rakyat mesia tak kire bangsa merana. mase tu menangis x berlagu pun dh x guner...

Anonymous said...

DENGARLAH LAGU...WARISAN...

Anonymous said...

sedihla..apala nak jadi ngan nasib kita ni..menjadi mangsa kepada org yang kemaruk nak jadi PM..agaknya lepas ni dia jual lak negara ni..org mcm tu bukan leh percaya...
sakit ati tullll.....

Anonymous said...

cayalah hadi awang teruskan duduk sebarisan dengan karpal singh..karpal singh mesti tolong kita bina negara Islam yang sebenar!!lepas DSAI( melayu )jd PM, kita amik lak bangsa cina dan seterusnya baru la aman Malaysia.demokrasi x bole, kita buat negara sekular pulak...sekular tu apa haaa.??aku pun x tahu hahahaha

Anonymous said...

sekular tue sejenis kuih koci....ha..ha...ha...

Anonymous said...

sekular tue sejenis kuih koci....ha..ha...ha...

Anonymous said...

NEGARA DEMOKRASI LAH PAKATAN RAKYAT NAK BUAT,BUKAN DEMO TAK KASI MACAM BN=BARISAN NERAKA