Monday, August 18, 2008

UMNO BANDAR TUN RAZAK : PERTEMBUNGAN "TRADISI" ANTARA AMIL SALLEH DAN MOKHTAR SAMAD BERULANG KEMBALI ; RAHIM BABA PERTAHAN JAWATAN TIMBALAN !

Bandar Tun Razak ( WILAYAHKINI ) -- Bekas Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad sekali lagi sudah bersedia untuk mencuba nasib untuk merampas semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dalam satu lagi episod pertembungan satu lawan satu dengan penyandang Ketua Bahagian BTR Datuk Amil Salleh yang di sifatkan sebagai "Pertandingan Tradisi".
Datuk Amil Salleh yang telah di bebaskan dari penggantungan kes politik wang baru - baru ini setelah digantung selama 3 tahun , dikatakan sudah bersedia berdepan dengan Datuk Mokhtar Samad. Mengikut info yang diterima oleh Wilayahkini, sehingga semalam Datuk Amil telah mendapat 31 pencalonan manakala Datuk Mokhtar pula 19 pencalonan dimana kedua - dua mereka telah melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Sepertimana diketahui umum, sepanjang tempoh penggantungan Amil Salleh, jawatan Pemangku Ketua Bahagian telah disandang oleh Datuk Rahim Baba dimana beliau dikatakan telah memimpin UMNO BTR dengan baik dan sistematik.
Walaupun ada ura - ura sebelum ini, Rahim Baba akan menawarkan diri jawatan Ketua Bahagian , namun Wilayahkini difahamkan Rahim telah memberi laluan kepada bekas "bosnya" Amil Salleh bertanding semula mempertahankan jawatanya?
Persaingan diantara dia jaguh BTR tersebut, Amil Vs Mokhtar dikatakan akan lebih menarik kali ini dimana Mokhtar dikatakan akan memberikan tentangan yang sengit kali ini. Apakah angin perubahan akan berlaku di BTR kali ini sekaligus memihak kepada Mokthar ataupun Amil akan terus kebal di BTR ?- soalan cepumas di BTR ketika ini.
Rahim Baba telah mendapat telah 23 pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian setakat berita ini ,ditulis hari ini. Beliau dijangka menerima tentangan dari Datuk Rahman dan Sahahrudin. UMNO BTR merangkumi sebanyak 56 cawangan dan 6 cawangan lagi dilaporkan masih belum bersidang.
Walaupun UMNO BTR dikejutkan dgn insiden bekas Naib Ketua Bahagian BTR Norasidi Salim serta 151 ahli UMNO BTR menyertai PKR baru - baru ini namun, perkembangan tersebut dikhabarkan langsung tidak mengugat kekuatan UMNO BTR. Malah, Norasidi dikatakan "tidak banyak penyumbang kepada UMNO BTR dan pemergianya tidak ada sebarang kesan kepada UMNO BTR", Kata seorang pemimpin UMNO BTR kepada Wilayahkini.
Penyandang Ketua Pemuda UMNO BTR, Rizalman Datuk Mokhtar dijangka sekali lagi akan menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda. BTR sekali lagi menjadi tumpuan di Wilayah Persekutuan selepas PRU ke 12 !

5 comments:

Anonymous said...

Dato Mokhtar Samad memang selalu rajin bertanding kerana benar.Apa salahnya kali ini kita beri peluang padanya untuk jadi Ketua Bahagian? Amil pun baik jugak.Tapi Mokthar difikirkan terbaik.Setuju tak ?

Anonymous said...

Sepanjang empat tahun yang lepas, Datuk Rahim Baba jugak telah menjadi Ketua yabng terbaik di BTR.BTR tak banyak isu, cuma kita kena kukuhkan lagi UMNO kerana BTR kini dah jadi kawasan kuat PKR.

Anonymous said...

Datuk Mokthar dan Datuk Amil Salleh masing - masing ada kekuatan masing - masing.Terpulang kepada perwakilan.

Anonymous said...

Datuk Amil tu tak yah nak bertanding lah. track rekod dah kotor. tak kan ahli2 BTR tak nampak. yang menyokong dia mesti golongan penyangak. heemmmmm

Anonymous said...

ehh...suker2 je ckp penyokong dato amil golongan penyangak...agaknya org yang tulis tu tergolong kot..bab tu la tau penyagak ke ape ke..tak baik tau. suka ati la dato amil nak bertanding ke ape ke...asal jealous??? ke org tu nk bertanding tp tak dpt pencalonan..ha..ha...cian...ciri2 org kecewa nie..