Friday, August 8, 2008

TERKINI MENGENAI PUTERI DI WP ........................................ !!!

VISI ISMALINA SEBAGAI KETUA PUTERI NASIONAL "Saya mahu memperkasakan Puteri dan mengikis segala persepsi negatif.Ada yang kata ahli Puteri gedik, suka cari suami orang, pakai lawa - lawa dan macam - macam lagi. Saya mahu seimbangkan keadaan.Misalnya, ada ahli Puteri suka berkaraoke tetapi kita nak pastikan , dia juga pandai membaca Surah Yasin.Kalau saya menang jawatan Ketua, saya akan berkerja dengan sesiapa saja yang menang jawatan Naib Ketua" begitulah reaksi calon Ketua Puteri UMNO Malaysia Datin Ismalina Ismail yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO WP dan Ketua Puteri Wangsa Maju ketika ditanya mengenai " Apa visi nak jadi Ketua Puteri ?"- (BERITA HARIAN-6hb Ogos 2008 )
_____________________________________________________________________________________ PUTERI LEMBAH PANTAI : SIAPA CALON KETUA PUTERI BARU ? Lembah Pantai ( WILAYAHKINI ) -- Pergerakan Puteri Bahagian Lembah Pantai melancarkan laman blog mereka dibawah nama -http://www.pu3lembahpantai.blogspot.com/ pada 29hb Julai yang lepas.Wilayahkini ingin mengucapkan syabas dan salam perjuangan kepada Pergerakan Puteri Lembah Pantai.Sementara itu perkembangan semasa di Puteri Lembah Pantai menyaksikan nama AJK Puteri Lembah Pantai Nor Asyikin Jaafar (gambar) naik untuk jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai setelah penyandangya Zalina Tan Sri Abdul Halim dikatakan sudah "expired' tempohnya dalam prasada Puteri. Keadaan di Puteri Lembah Pantai nampak begitu tenang tetapi ada pula cakap-cakap yang mengatakan mulai minggu ini keadaan akan bertambah rancak. Wilayakini juga difahamkan Nor Asyikin yang sudah bertaraf ibu kepada 3 orang anak ini juga sedang megintai peluang untuk bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Percaturan politik Puteri UMNO Lembah Pantai kali ini juga dikatakan akan menampilkan beberapa " muka baru " yang lebih berkaliber ?
____________________________________________________________________________________
WANGSA MAJU : 3 CALON JADI PILIHAN ? PUTERI INDAH DAN JAMIZA JADI PERHATIAN !
Wangsa Maju ( WILAYAHKINI )-- Perebutan merebut jawatan Ketua Puteri Wangsa Maju semakin panas sekali apabila 3 nama diketegahkan utuk jawatan tersebut termasuk Penyandang Naib Ketua Puteri Wangsa Maju -Puteri Indah Mohd Idrus yang dikatakan calon " favourite" menggantikan tempat Ismalina yang terpaksa melepaskan jawatanya kerana bertanding sebagai Ketua Puteri Nasional.
Walaupun di depan dengan senarai pencalonan yang tinggi, namun penampilan Datin Jamiza Zainul (Pu3 Cawangan Sg Mulia ) dan Rafeah Haji Omar ( Pu3 Cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu ) dijangkan akan memanaskan lagi fenomena semasa di Puteri Wangsa Maju. Sekiranya semuanya berjalan lancar, perebutan di Wangsa Maju bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
Wilayahkini juga difahamkan, pengaruh dan sentuhan Datin Ismalina Ismail dijangka akan menjadi penentu bagi persaingan di Wangsa Maju.Namun senario politik terkini di Wangsa Maju yang melibatkan pertandingan di peringkat bahagian juga dikatakan akan menjadi salah satu faktor kuat untuk menentukan siapakah bakal Ketua Puterui Wangsa Maju? , kata satu sumber kepada Wilayahkini.
Wilayahkini juga difahamkan beberapa restoran di Platinium Walk di Danau Kota telah menjadi "markas bagi kempen - kempen" yang begitu kuat dan membara di Pergerakan Puteri Wangsa Maju. Tetapi info tersebut di sanggah oleh seorang ahli Puteri Wangsa Maju.
Walaupun sudah ada cakap - cakap yang kedengaran bahawa Ismalina merestui Datin Jamiza , namun menurut laporan terkini yang diterima oleh Wilayahkini, Puteri Indah memang kuat dan kental dan sukar untuk ditumbangkan seperti namanya " Puteri".
Tetapi ada pula yang berkata, Puteri Indah bertanding diatas "track recordnya" tersendiri.
Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel mengenai kedudukan Ismalina di Puteri Wangsa Maju idi mana ada yang kata Ismalina sudah expired tetapi ada yang kata belum. Apapun Wilayahkini ingin merujuk kepada laporan media di Berita Harian - 6hb Ogos komen Ismalina yang dipetik berkata"Tetapi saya belum expired lagi". Wilayahkini juga difahamkan sekiranya seseorang calon berminat bertanding jawatan Ketua Puteri - mereka terpaksa melepaskan jawatan di peringkat bahagian?

24 comments:

Anonymous said...

Hidup Pu3 Indah. Datin mana pulak nak bertanding? Ismalina memang tak ngam dgn Pu3 Indah dari dulu. Tapi berilah Naib dia peluang...

Anonymous said...

Wilayahkini, sebenarnya Kak Ina bukan terpaksa, tetapi melepaskan jawatan kerana telah tamat tempoh had umur.

Mesin Taip perasan byk info2 yang kurang tepat tentang Pu3 diWP yang dilaporkan oleh WK yang boleh mengelirukan pu3 pu3 diakar umbi. Harapan kami supaya WK dapat membuat kajian sebelum menyiarkannya di blog ini. Kebanyakkan pelayar web ini bergantung kpd info2 yg disiarkan. Sekiranya info meleset, maka byklah tanggapan negatif dari positif.

Anonymous said...

Saya nak komen sikit mengenai ulasan Mesin Taip.Dia mungkin terlalu emosional kerana Ismalina.Dia perlu ingat Wilayahkini telah banyak memaparkan berita- berita mengenai Pu3 WP termasuk mengenai kepimpinan Puteri di WP. Juga beberapa bahagian khususnya , Segambut, Seputeh, Lembah Pantai, Wangsa Maju dan berita - berita lain.Semua berita tersebut , infonya memang betul.Kenapa Mesin Taip terlalu ghairah kerana Ismalina? Isu had kelayakan umur tak penting. Dalam paper pun dah keluar dia tak expired.Tanyalah sendiri dengan Ismalina.Kenapa nak salahkan orang lain.Kami semua amat gembira adanya Wilayahkini kerana kita semua ada peluang untuk mengutarakan pandangan masing - masing dan yang paling penting Wilayahkini di baca di seluruh negara.Tanyalah dgn Ismalina kenapa dia tak bertanding di Wangsa Maju.Kami amat terhari dgn keprihatinan Wilayahkini kerana memberikan ruangan yang cukup besar bersama gambar kepada Pu3 di WP.Sebelum ini sesiapa pun tak layan kita.Kini kita kena gunakan peluang ini.Ukur badan sendirilah sebelum nak komen.Jangan lupa , Wilayahkini lah yang mula - mula . ingat saya dua bulan lepas telah melancarkan " PENCARIAN PUTERI DI WP" dgn satu laporan khas.Kini ramai pu3 sudah tampil dengan berani dan lantang.Jangan gadaikan maruah Pu3 WP sepertimana yang telah dilakukan oleh Azlinda dan Ismalina.Apa mereka buat untul kita? Semua nak jaga kepentingan diri sendiri aja. Pu 3 Segambut boleh komen sikit? Salam

Anonymous said...

Saya setuju.Mesin Taip, pls check your facts. Dont over- react.

Anonymous said...

Ismalina could have done better in Wangsa Maju, but her politiking had spoil Wangsa Maju Puteri.Inilah sikap dan perwatakan sebenar Ismalina.Hidup Pu3 Wangsa Maju.

Princess Alleesya said...

Saya sokong statement dari sayang wikayahkini. memang wilayahkini adalah satu2nya medium yang mengetengahkan isu2 pu3. seharusnya kita semua manfaatkan sebaik2nya ruang yang ada untuk sama2 berbincang demi kebaikan dan faedah untuk pu3 di WP.

Sekali lagi jutaan terima kasih untuk WILAYAHKINI di atas peluang yang diberi untuk pu3 WP.

Anonymous said...

Tolong baca ni betul2 ye adik2...

Untuk jawatan ketua pu3 bhgn, had umur adalah 35tahun. Had umur ketua pu3 msia adalah 40thn. Pls refer to Peraturan Pu3 sebelum bagi komen ye...

so, siapa yang emosi kat sini..

Anonymous said...

Apa info yang kurang tepat yang diberikan oleh Wilayahkini? dan apa pula yang cuba dikelirukan oleh Wilayahkini? Jangan main taip aja macam mesin taip. Cuba komen pasal Ismalina mengenai Pu3 UMNO.

Anonymous said...

errm... kalau tahun ni aku perwakilan.. aku tak pangkah sesape pun utk jawatan ketua puteri.. sbb bg aku semua yang nak bertanding tu berpura-pura..

ismalina, boleh tak tolong jgn make-up macam tu.. tebal mcm kepura-puraan kau lah.. politik dia ni kotor...

Anonymous said...

AMBOI..comelnya puteri2 ni.
ahli politik ke "hiasan" orang politik?
macam mana-lah nak lawan Pakatan..
AMBOI, cute-nya...jadi-lah TV Host...

Hasbullah Pit said...

Mulanya saya mushkil juga bagaimana artikel ini masuk beras Terpilih, Rupanya Jed.

Anonymous said...

Saya suka baca wilayahkini. terima kasih wilayahkini kerana sering paparkan cerita pasal umno wilayah. tak payah la kami ni round satu KL untuk tahu cerita.

Siapa yangbagi komen lak, saya harap kita semua cool. apa kata kita berhenti hentam peribadi orang. baik kita bagi cadangan macamana nak bantu kemelut di bahagian ni semua. kadang2 kita hentam kromo, tak baik tau!

orang kat luar yang baca komen kita mesti gelakkan kita. Kalau orang dah tak respek, macamana kita nak angkat muka bila berjalan pakai T-shirt logo UMNO?

Anonymous said...

"Saya mahu memperkasakan Puteri dan mengikis segala persepsi negatif.Ada yang kata ahli Puteri gedik, suka cari suami orang, pakai lawa - lawa dan macam - macam lagi"

memang patut pon! cuba pantau sikit mana mana ahli puter or even exco puteri malaysia yang dok kejar laki orang!

-bambi

Anonymous said...

Siapa yang kejar suami orang ? Pu3 di WP ker?

Anonymous said...

if i tell you who then would you do something??
Perangai kaum puteri yang dari component "gedik, suka cari suami orang, pakai lawa - lawa dan macam - macam lagi" membuat saya MENYAMPAH. Ini bukan rekaan ini dari pengalaman. This particular puteri mungkin satu dari ribuan ahli puteri tetapi saya tak faham macamana dia dan golongan tersebut dalam mencapai misi yang kononnya sayangkan negara tapi mempunyai hati yang sungguh busuk.

-bambi

Anonymous said...

Why not? Kita minta WILAYAHKINI jadi moderator disini.

Anonymous said...

Tolong update sikit mengenai Pu3 yang minat bertanding sebagai Exco....

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua..apa yg mesin taip taipkan itu betul.Had umur ketua puteri bahagian adalah 35 tahun manakala bagi Jawatan KPUM ialah 40 tahun. Usia Datin Ismalina sekarang telah mejangkaui 37 tahun dan sah-sah tak boleh lagi pegang jawatan puteri di wangsa Maju sebab nama dah automatik masuk list Wanita, tetapi beliau layak bertanding KPUM...Puteri Indah tidak pun mendapat pencalonan sebagai ketua puteri cawangan, adalah tak cantik untuk bertanding ketua puteri bahagian.

Anonymous said...

akhirnya....

Anonymous said...

Apa yang akhirnya....

Anonymous said...

akhirnya kini pasti...

Anonymous said...

dear mesin taip..
aku rasa la..hang ni mental problem la.y not hang masuk parti PKR ka..parti PAS ka..parti DAP ka..senang sikit semua..kalau betul la menyokong pu3 umno..jgn la nak menjahanamkan pu3 umno..tak pun hang kuar parti la..tak layan pun hang dok lam umno..tak menolong langsung..

Anonymous said...

apasal lah benda benda kecik pun kau nak cakap orang mental problem setakat provoke sikit macam tu pun dah cakap orang mental problem macam man nak berjuang cik kak oiii aku tak de nye nampak apa yang mesin taip cakapkan boleh menjehanamkan UMNO tapi apa yang hang cakap tu boleh lah menjahanamkan ahli UMNO pikir pikir kan ya!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

saya amat sokong komen2 mengenai ketua pu3 wp dulu ismalina. dia tak pernah tengok bawah asyik mendonggak pasal tu tak nampak keperuan pu3 wp. ramai yang terkilan pabila dia asyik dengan saya saya saya punya idea tetapi sebenarnya kami kami kami barulah betul.
sbagai pemimpin kita hanyalah kapten kapal tapi bila lupa nak jaga engin nescaya kapal tenggelam. dah tenggelamkan kapal nak lari pergi ke kapal besar dan tunjuk dan cari kesalahan exco dan selainnya.
jangan angkuh atau cuba tanding kepopularaan suami. biar ikhlas memimpin baru dirahmati. IQ tinggi tak bererti EQ bagus, janganlah sombong dengan ijazah kerana ia hanya kertas dan masa anda masih tidak diluangkan ke ahli2 wp hanya pada pu3 nasional. jangan terlalu mengipas nanti makan diri. balasan yang tertinggi DIA.

pu3 wp