Thursday, August 28, 2008

WARGA KOTA KUALA LUMPUR HANYA HARAPKAN BENDERA PERCUMA ; ADA PULA YANG KIBARKAN BENDERA YANG KOYAK DAN PUDAR WARNA - LAGI BIADAB ; INSAFLAH WARGA KL !

KUALA LUMPUR -- Dimana semangat merdeka kita ? sebagai seorang warganegara Malaysia, hanya setahun sekali kita merayakan sambutan merdeka negara tetapi sikap warga kota yang tidak ambil peduli , sikap tidak apa, sikap tidak kisah mengenai sambutan kemerdekaan ini memang sungguh mengecewakan.Adakah kita hanya sibuk untuk berpolitik sampai kita lupa dengan tanggugjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia? Apa yang negara harapkan dari anda ? -- Hanya sebuah bendera Malaysia - yang paling murah RM 1 harganya dikibarkan di kereta ataupun bangunan masing - masing.Warga kota terlalu di manjakan dengan pemberian bendera percuma.Mereka hanya harapkan bendera percuma sahaja apabila setiap tahun sambutan merdeka tiba. Takkan kita tidak boleh beli sebuah bendera dengan harga RM 1 ? Sungguh memalukan dan mengecewakan, sedangkan mereka boleh berbelanja untuk barangan lain.Sungguh mengecewakan lagi apabila kita nampak ada pemilik bangunan di Kuala Lumpur yang kibarkan bendera Malaysia yang telah pudar warnya dan ada yang telah koyak kainya - lagi biadap. Tiada maaf bagi mereka. Mereka perlu di hukum. Ada pula orang kenamaan yang pakai kereta - kereta besar tetapi malu untuk kibarkan bendera Malaysia di kenderaan mereka. Insaflah wahai warga kota Kuala Lumpur . Jalur Gemilang - simbol kebanggan kita - baca disini --Bernama.com ver 5.0

9 comments:

Jed Yoong said...

ke ke ke.
=)

Anonymous said...

biasala la tue. dah terbiasa dapat bendera free, mana ada ngat nak beli sendiri. kerajaan kita kan selalu manjakan rakyat nya..tapi rakyatnya tak tau nak berterima kasih...
x dapat apa yang di hajati mulala nak buat perhimpunan haram...issshhh...issshhh....

aileb said...

DALAM SITUASI NEGARA SEKARANG INI DENGAN PERIHAL POLITIK YANG TIDAK STABIL APABILA ANWAR KE PARLIMEN, DITAMBAH LAGI DENGAN KEPERLUAN BARANG YANG MENINGKAT, KERISAUAN PENGGUNA BAS APABILA TAMBANG NAIK DAN PELBAGAI MASALAH LAGI. EKONOMI YANG TIDAK MEMENTU, BEBANAN INFLASI PADA PARA PENIAGA, KUASA BELIAN YANG KURANG OLEH PENGGUNA DAN PELBAGAI MASALAH LAGI.........
MUNGKIN RAKYAT KECEWA DENGAN PEMERINTAHAN SEKARANG INI.???.
KALAU KERAJAAN NAK BAGI BENDERA PERCUMA PUN BUKAN ADA MASALAH DARI KERAJAAN. KENAPA TIDAK DILAKSANAKAN SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA. KITA PUN JARANG MENDENGAR KEMPEN KIBARKAN BENDERA MELAYSIA. DIMANA KEMPEN KIBARKAN BENDERA MALAYSIA YANG PERNAH DIADAKAN SEBELUM INI????.

ADAKAH PM TERLALU SIBUK DENGAN PROSES PILIHANRAYA KECIL HINGGA TIADA MASA UNTUK MENGIBARKAN BENDERA MALAYSIA.

P/S*** SAYA SEBAGAI PEMINAT SETIA BLOG INI PUN HAIRAN KENAPA EDITOR BLOG INI TIDAK MENYIARKAN BENDERA MALAYSIA DALAM BLOG INI.????
KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

PEMUDA HARAPAN BANGSA

KAMPUNG BARU KAMPUNG KU said...

kunjungi blog kampung baru

www.kampungbarukl.blogspot.com

WILAYAH KINI said...

Sdr Aileb,
Wilayahkini telah menyiarkan gambar - gambar bendera Malaysia dalam ruangan TERIMAKASIH MALAYSIA.Apapun , Wilayahkini akan siarkan dalam ruangan yang khas selepas ini.Terimakasih atas pandangan saudara.Salam Perjuangan !

Jedi Mastor said...

Dengar khabar edaran untuk PPR oleh DBKL kepada PPR hanya 20 helai

Anonymous said...

jgn membazir, simpan duit tu lebih baik beli makanan utk anak2 dari beli bendera utk bermegah...

Buat yg berfaedah said...

aku rase ler duit beli bendera tuh kalau aku sedekah kat surau ke atau masjid ke sampai akhirat ada tertulissss........nama aku.

Anonymous said...

WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara