Wednesday, August 6, 2008

LABUAN : MESYUARAT CAWANGAN BATU MANIKAR TERCEMAR ; KERUSI DI BALING ; POLIS MASUK CAMPUR ! YUSUF MAHAL TERDESAK ?

Labuan ( WILAYAHKINI )--Mesyuarat UMNO Cawangan Batu Manikar Bahagian Labuan tercemar apabila kerusi dibaling selain insiden pertikaman lidah yang begitu hangat sehingga pihak polis dipanggil untuk mententeramkan keadaan.
Menurut berita yang diterima oleh Wilayahkini , gangguan perjalanan mesyuarat tersebut berpunca daripada keenganan Pengerusi Tetap cawangan tersebut -Awang Kanul Said yang tidak mahu melepaskan jawatanya walaupun sudah tamat tempohnya. Awang Kanul dikatakan merupakan orang kuat Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan.
Mesyuarat cawangan tersebut yang dihadiri seramai 118 ahli dijangka mencalonkan penyandang Ketua UMNO Bahagian Datuk Suhaili Abdul Rahman bagi jawatan Ketua UMNO.
" Ini semua permainan politik yang paling kotor yang diamalkan oleh Yusuf Mahal dan orang - orangnya dalam usaha untuk mendapatkan pencalonan.Tidak pernah berlaku insiden seperti ini dalam sejarah politik UMNO Labuan dibawah kepimpinan Datuk Suhaili sebelum ini.Mereka sudah melampui batas ", kata seorang pemimpin UMNO Labuan kepada Wilayahkini.Akhbar The Star juga telah menyiarkan berita tersebut hari ini. Sila klik disini -
Umno meeting gets out of hand.
Untuk rekod Suhaili yang juga bekas Ahli Parlimen Labuan telah mendapat 12 pencalonan setakat hari ini manakala Yusuf Mahal yang telah mendapat satu pencalonan, - memerlukan 6 pencalonan lagi untuk melayakkanya bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Sila rujuk juga laporan Wilayahkini sebelum ini - Labuan : Antara Realiti dan Pengorbanan; Apabila Manusia Cepat Lupa !

30 comments:

pemuda sg. lada said...

beginilah bila orang dah tamak kuasa. baru kena pilih jadi ahli parlimen tak sampai 5 bulan, dah nak bolot semua jawatan kat labuan, mula2 nak rebut ketua bahagian umno, lepas tu nak rebut pengerusi perbadanan umno. pengerusi persatuan playboy labuan tak nak rebut ke?

Anonymous said...

Mesti orang yang bagi maklumat hal ni pengikut Suhaili kan?

Ketulahan nanti... Kalau bukan di dunia, di akhirat

mujako said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

daripada rasuah sana sini dan buat rusuhan.

Bukan sokong siapa2, tapi kalau sudah melampau tu takkan mau disokong lagi kan?

bukan habis sudah orang BIJAK dalam Labuan.kalah tu kalah la.menang tu menang la.

Anonymous said...

dari 15 cawangan yang sudah bermesyuarat, 12 berpihak pada DS, 1 gantung dan 2 berpihak pada YB. Siapa yang kalah sebenarnya? Datuk Mulok & gang suda berkempen sehari lebih awal di Tg. Aru untuk YB, menyuap penduduk kampung di sana, siapa yang rasuah sebenarnya? Cikgu Awg Kalong sengaja melambat-lambatkan mesyuarat di Batu Manikar, supaya orang bosan dan balik, dan mesyuarat dibatalkan, tetapi tindakkannya memakan diri sendiri, jadi siapa yang memprovokasi suasana hingga terjadinya rusuhan? Memang ramai org bijak di Labuan, cuma kau dan YB bukan salah seorang diantaranya

Anonymous said...

yang tahu hal sebenar nya ni memang duduk sana.antara memang penduduk orang Batu manikar atau pengikutnya saja di tempat rusuhan tu.
memang kamu di sana kah?atau dengar dari orang lain bercerita saja....

Anonymous said...

bukannya Cikgu Awg Kalong cuma kata "agenda tu belum sampai" ka??dan "diminta jangan ditukar calon 1 2 kepada calon a b kerana takut mengelirukan penduduk kampung"?

tu pun mau buat rusuhan ka???cuba la bawa berbincang...ini macam budak2.

Anonymous said...

untuk makluman, saya ada di tempat kejadian. kertas undi suda tertulis a dan b, cikgu awang kalong lah yang meminta ianya diubah kepada 1 dan 2. agenda ni memang belum sampai, tapi cikgu awang kalong yang membincangkannya, wahwal dia tau agenda tu belum sampai. maknanya cikgu awang kalong lah yang tidak profesional dalam hal ni. yang cuba mencetuskan rusuhan juga adalah cikgu awang kalong, ketika dicadangkan supaya diadakan pemilihan pengerusi sementara, beliau seperti tidak mau berganjak dari mikrofon, tapi bila ada ahli menjerit dari belakang minta dipercepatkan mesyuarat, beliau seolah-olah memperolok-olokkan ahli dengan menghulurkan mikrofon dan berkata "kalau macam tu awaklah yang jadi pengerusi". bagi orang yang ada di sana, nampak sangat ini semua angkara cikgu awang kalong. memang patut dia dibaling kerusi

pemudaku said...

DAH NASIB... PENDUDUK TAK SUKA, SEDAR-SEDAR LA OK...

embun pagi said...

saya teramat setuju kejadian Batu manikar atas sebab kelembapan cikgu awg kalong yg tidak profesional dan berpihak kpd Yusof Mahal.Ini semua taktik kotor dia kerana Kuda2 Yusof da tau akan kalah sebab 3 sayap dan berpihak kpd Suhaili..mcm la kita org tak tau. Cuba tengok Sg Miri walaupun Suhaili tau dia kalah disana tapi Pengerusi Sementaranya yang berpihak kpd Suhaili sendiri bersikap adil dan tak berat sebelah dan dpt mengawal perjalanan mesyuarat dgn baik tanpa sebarang insiden berlaku.. itu baru profesional namanya beb.Saya hairanlah Awang kalong ni nape sebagai seorang GURU BESAR SEKOLAH tak pandai mempengerusikan mesyuarat,berat sebelah...dah la macam tu ini dia buat pula ahli-ahli persidangan mcm budak2 sekolah Tadika..sorry siapa yg terasa pedas..ikhlas dari saya.

Anonymous said...

PEREBUTAN JWTN KT BHGN LBN SEMAKIN PANAS DI ANTRA PYDG JWTN DTO SUHAILI DGN YB DTK HJ YUSF... KEPANASAN TRSBT SMAKIN MEMUNCAK SHINGGA YB DTK HJ YUSF TDK MAMPU MGAWAL EMOSI, SHINGGA TAK BFKR PNJG TLH MGHNTR SMS BRBAUR KMARAHN KPD BARISAN KPIMPINAN MUDA. APA YG BNR2 MGEJUTKN, SMS TRSBUT DDHULUI DGN PERKTAAN LUCAH IAITU "F..K YOU"..!!!! PSOALANNYA ADAKH WAJAR SEORANG PMIMPIN YG BGELAR "Y.B" MGHANTR SMS BRBNTK SDMKIAN, LBIH2 LG KPD BARISAN KPIMPINAN MUDA/PLAPIS UMNO!!! PD PDUDK LBN FIKIR2KN LAH, ORG YG MCM NI KH YG NK KITA JADIKN PMIMPIN UMNO DMSA HDPN???... PARADIAN KU TU..

cnnlabuan said...

Terkini - Jumlah Pencalonan 1. Dato` Suhaili 16, Datuk Yussof 2. 2 cawangan diarah bermesyuarat semula, 1 cawangan digantung (Batu Manikar). Jumlah cawangan yang sudah bermesyuarat 21, yang belum bermesyuarat 9. Antara cawangan yang belum bermesyuarat, Bebuloh, Layang-Layang, Kilan, Ganggarak, Sungai Labu, Durian Tunjung, Pantai, Patau-Patau 1 dan Bukit Kalam.

Anonymous said...

Dari Pemerhati Politik Labuan:
Sedih, sungguh sedih mengapa orang Labuan cepat lupa diri, terutamanya pemimpin2 UMNO (konon). Seorang pemimpin sepatutnya boleh membuat keputusan waras tanpa dipengaruhi/ditakuti/dirasuahkan dgn projek oleh SUHAILI yang tamak kuasa. Dia bagi projek kpd kuncu2nya, tapi dia orang pertama yang kaya. Fikirlah mana dia dpt duit kalau bukan rasuah.Apa busines dia ada, KOLEJ Antarabangsa LBN, menipu orang, PERTAMA MAKMUR pasti suap dia banyak sbb itu dpt banyak projek. SILA HUBUNGI BPR SESIAPA YG ADA BUKTI RASUAH SUHAILI... ramai dah kemukakan kpd BPR, semoga BPR akan ambil tindakan.. RASAKAN.. SUHAILI akan tetap LINGKUP insyallah.

Anonymous said...

KAMI ANTI RASUAH:
Kenapa YB DAtuk Yussof pula kena siasat BPR?? SUHAILI sepatutnya. Siapa tak kenal Suhaili Al Haj, sebelum jadi YB dah tipu orang Labuan. Inikah orang yg kamu nak pilih jadi pemimpin Labuan. Ketua Kpg kenapa takut sangat dgn DS? YB baru akan lantik KK nanti, bukan suhaili yg sombong dan bongkak dgn PENGERUSI PERBADANANnya. Sebenarnya DIA di PL, merendahkan MERTABAT PL sebab dia orang yang tidak bermaruah dan tidak ada kelas. dengar cerita DEGREE dia itu PALSU dan dibeli seperti dato yang dibeli juga.. sekarang buat PHD (Pengkhianat/Hasut/Dengki)itu pun nak beli juga. MasyALLAH/masaalah

Anonymous said...

saya rasa Dato Suhaili patut serahkan ketua bahagia kepada YB Hj Yussuf. Seperti dulu dia jadi YB orang tak rebut ketua bahagian. sekarang YB baru, dia lah sepatutnya ketua bahagian. Yang Suhaili berabis mau kekal Ketua buat apa? Ketua Bahagian tak ada kuasalah, YB yang ada kuasa. Nampak sangat, cwg2 yang sokong YB ditangguhkan mesyuarat, yang dah menang dibatalkan. ADIL KAH? Pengikut2 dan kunco2 Suhaili, jangan angkat dia sangat, sedarlah diri.

pemerhati69 said...

eeeehhhh... ye ker DEGREE beli?... dengar2 citer DEGREE kwn 1 tu pun beli jugak yer, suhaili tu memang nak serahkan pun kalau takde pencalonan, tapi.........sekarang dah terbukti 16 - 2, camner nak serah yer, ketua2 kg dan ketua2 cwgn masih nak suhaili.... kunco2 suhaili tu memang la angkat suhaili, dah namer pun kunco2, kunco2 yusuf camner pulak? tak nak angkat yusuf ker? nanti kalah teruk camnerrrr

kala jengking said...

ala yg kau nak angkat2 sgt Yusof tu tak der ape2 ke, poket da kosong kot?? kalau rasa poket kosong, dapur dah tak berasap minta tolong je le kat Yusof. Kalau dia tak bole bantu kau org sokong dan mintalah pada Suhaili..garenti punya dia bole bantu..nak tau kenapa suhaili bole bantu sebabnya selama ni Suhaili memang cukup dah bantu org2 Umno labuan termasuk lah yg ada sekarang ni konco2 yg ikut ikut punggung Yusof..apa lagi nak citerr yer...Oh yer pula.. Suhaili sebelum jadi ahli parlimen, ketua umno bahgian dan juga pengerusi perbadanan Labuan di memang dah jutawan pun..yg kita jealous dgn kekayaannya kenapa pula!!! itu da rezeki dia ba. Kalau si Ah Chong kaya ko tak bising pun malahan panggil TAUKEE lagi woo..Hai..yaa Ini mcm ka!!agaknya ko org ni da kena virus PHD kot (Penghasut, Hasad, Dengki)sebab tulah ko org ckp membabi buta. Lu Fikir lah sendiri!!!

pemerhati69 said...

betul tu kala jengking...... diorang tu memang di bwah penasihat PHD... last week diorang baling kerusi, kita tengok minggu ni entah aper diorang baling, cian nyerrr

peradian anwar gunawan said...

standard laa, bila YB yg dorang sokong sangat tu abis terbongkar segala kejahatannya, mula laa nak alih perhatian pada pihak lawan. habis segala 10-20 tahun lepas punya cerita dorang cuba bongkar, dengan niat supaya tembelang yb kesayangan dorang tu terlepas pandang. pasal ketua bahagian ni, mulok dulu pun masa jadi yb berabis lawan isli untuk dapatkan ketua bahagian, tapi tak dapat2, sehinggalah isli serahkan kepada mulok secara sukarela. suhaili pun tak lawan mulok untuk ketua bahagian bila jadi yb, mulok yang tinggalkan bahagian umno, hingga arwah datuk omar bledram jadi pemangku, pas tu diserahkan pada suhaili. tradisi yb mesti jadi ketua bahagian ni tidak ada di labuan, yussof saja ingin buat eranya sendiri... sayangnya terlalu cepat. nasihat saya untuk yussof, fikirkan dulu kes rasuahnya, skandal seksnya dan kebajikan penduduk labuan yang memilihnya jadi yb. jangan asyik nak rebut kuasa. ni nak rebut kuasa ni mampu handle ke? satu di ambank tu pun tak mampu handle, nak handle satu labuan? kesian

semangathijauputih said...

sapa laa punya idea ni? kononnya yb yang lantik ketua kampung ni? ni kat mana belajar? pi satu malaysia pun bukan kuasa yb nak tukar atau lantik ketua kampung. kawasan pas ke, kawasan bn ke, kawasan dap ke, mana-mana la, pbt yang lantik ketua kampung. yb takde kuasa nak lantik ketua kampung ni. yang ada kuasa ni macam presiden majlis perbandaran, mayor, ceo pbt (macam perbadanan labuan). satu lagi apa sangat laa kuasa yb? apalagi kalau yb kosong. kerja yb cuma untuk menjaga kebajikan kawasannya, dan membahaskan di parlimen. kuasa yb ni terbatas, apalagi kalau takde duit. nak harapkan peruntukan parlimen tu? berapa kerat sangat. bagi aku title yb ni kalau tak mampu handle, bukan bawa kebaikan pun, bawa beban ada laa. aku mungkin tak suka suhaili dulu, pasal dia umno, aku pas. tapi aku tak suka yussof pasal aku memang tak suka yussof. dan aku dengar silap-silap, akan ada pilihanraya kecil kat labuan ni.. yussof tak layak langsung pegang yb kat labuan. baru setengah tahun jadi yb, habis segala keburukkannya terbongkar. kalau melibatkan peribadi tu aku tak kisah sangat la, kita ni kubur asing-asing, tapi bila membabitkan wang rakyat... tak banyak, sikit mesti terlekat badinya kat orang labuan. tu aku termasuk tu pasal aku station kat labuan

Anonymous said...

mengkali aku ni buta it tapi bila kana bagitau pasal skandal seks ni berabis aku menyuruh anak buahku mencari di internet. astagfirullah... cematu rupanya yb ketani ani. indaku sangka. mati-mati aku inda sangka. anaknya macam alim, bejabang betupi, tapi bapanya... ajk masjid lagi tu bapanya atu... ih..ih..ih.. sama pasal projek pasar atu, mati mati kuingatkan si cinggam punya, rupanya yb punya. aku memang yakin 100% la memang datuk suhaili yang menulungnya dapatkan projek atu, pasal taim atu ia nada apa-apa. tapi sudahla urang yang menulungnya atupun kan dipangkahnya, ditipunya lagi urang melaya. sudah nyangku, urang melaya ani kalau kau baik arahnya baik jua dibalasnya, tapi kalau dibawa bejahat.. durang ani lagi jahat ni... anak anakku nanti kalau kan kawin sama askar.. baik pikir masak masak

pemuda sg. lada said...

aku dengar title datuk dia tu pun datuk suhaili yang tolong. kalau tak.. harapkan title tuan haji je laa. tu pun aku rasa haji dia tu patut renew tu

Anonymous said...

kenapa kamu semua emosi sangat. Sampai peribadi pun dibangkit... dosa besar.. Apa kamu dapat melaga-lagakan orang. Wow ramai juga konco2 suhaili buat komen, konco2 yussof mana. suhaili VS yussof, bagi aku setelah meneliti kes2 yg diheboh2kan,yussof di pihak yg underdog sbb orang baru belum pandai berpolitik. suhaili pula dah biasa dgn tipu helah dia. tengok saja apa yang akan rakyat labuan dpt daripada krisis mereka ini. Kemungkinan besar kedua pihak akan terjejas. BPR tentu akan siasat kedua sekali, sebab dengar2 suhaili lagi banyak kes menanti. kita sama2 tunggu dan lihat apa kejadiannya..

Anonymous said...

tarus tarang cakap, aku lg suka waktu suhaili memerintah. UMNO inda pacah balah, keluarga pun inda pacah balah. skrg apa jadi???
rakyat kan minta bantuan di opis yb pun nda kana layan. lalai kan merabut kuasa.

wahai yb, jalankanlah tugasmu skrg. kami anilah urg2 yg mengundi kau dulu.

ging karas anuwar said...

kemarin ada jua live di RTM LABUAN FM, ada ka yb cakap "KEPADA RAKYAT LABUAN, FIKIR-FIKIRKANLAH, BIASANYA ORANG YG MENAWARKAN UNTUK BERTANDING MELAWAN KETUA BAHAGIAN NI JARANG UNTUK MELAKUKAN KEKECOHAN, TAPI YANG MEMPERTAHANKAN JAWATAN TU PASTINYA AKAN MELAKUKAN APA SAJA DEMI MEMPERTAHANKAN JAWATANNYA"..... astaga yb, dari sana pun rakyat labuan boleh berfikir apa punya yb ni menjadikan rtm labuan fm sebagai alat untuk kempen peribadi, padahal ari tu labuan fm ani tah yang yb ugut untuk gantung kamera kalau aktiviti yb inda diikuti, sekarang labuan fm jua tempat yb minta tolong, memang la kalau ditanya yb dijemput oleh labuan fm untuk live, tapi tau jua orang tu yang sebenarnya minta slot di labuan fm atu.,dulu kami mengundi bulan 3, sampai yb manang, sekarang sampai bulan 8 belum ada apa2 lagi projek di kampung, kali yb mau tunggu siapa cawangan yang mencalonkan yb jadi ketua bahagian baru tah yb kan on projek2 atu, astaga yb... baik tah sadar2 dikit, jangan sampai yb gunakan peruntukan projek untuk kempen umno tah pulang. Baru-baru ani ada rakyat datang kan minta bantuan, ada ka kana suruh balik, alasannya yb sibuk, pasa meeting cawangan-cawangan.. astagaaaaaa

Anonymous said...

ANAK JATI LABUAN terkilan:"peradian anuar gunawan" salah fakta.

Kalau tak tahu sejarah UMNO Labuan, jangan tah pandai-pandai buat cerita. Mana ada Isli serah jawatan Ketua Bahagian pada mulok. Dia tarik diri di saat-saat akhir pada hari pemilihan bah di Manikar Resort.Sebab dia tahu dia kalah sebab mesyuarat umno pada masa tu dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Umno dari KL. Kan dulu mesyuarat umno labuan banyak masalah dan penuh tipu helah utk pertahankan jawatan Ketua bahagian, hingga MT turun dari kl. Sepatutnya biarlah bertanding secara demokrasi... harap-harap MT umno kl pun ambil tahu tentang umno labuan kali ini..
KAMI CUMA PEMERHATI POLITIK DAN TAK BERPIHAK MANA-MANA, CUMA NAK BETULKAN FAKTA.

peradian anwar gunawan said...

ANAK JATI LABUAN terkilan

terima kasih laa kerana memperbetulkan fakta. fakta yang aku dapat tu pun dari orang2 umno lama juga, bunyinya lebih kurang; "isli menyerahkan ketua bahagian pada mulok kerana waktu itu ghafar baba dikalahkan oleh anwar (isli org ghafar, mulok org anwar) jadi isli tau dia tiada kabel di atas, maka dia menyerahkan jawatannya pada mulok" itulah yang aku dengar. apa-apa pun, minta maaf dan terima kasih sekali lagi atas teguran anda

anak muda labuan... said...

salam dear readers...

its very funny la...

ahahahahah

nakal jua paci2 punya ayat ni...

huhuhuhu~

ok2...

skrg maw jd matang sket

sbb aku ani damit lg...

huhuhuhu~

ni la komen anak muda labuan yang maseh belajar...

wahai rakyat labuan yang ku kasihi...

sudah lah, mengapa kita perlu bergeget utk UMNO

tolonglah...

cukup2 lah 2...

saya berharap agar datuk suhaili lepaskan lah jwtan...

bagi la datuk yusuf...

yg pasal datuk suhaili buat phd,

bagus la 2...

aku suka pemimpin yang berkualiti dan berpendidikan secara halal...

baru ada kelas!

bukan murahan2...

hehehhehehe

lagi 1, datuk suhaili jgn la seksa rakyat labuan...

kesian kami... sampai diugut untuk dipecat kerja di perbadanan labuan... sudah la kerja kontract...

pas 2 yg skandal datuk yusuf with d sex matter...

2 aku inda berapa taw... tapi macam kurang beretika la...

pastu pasal chairman perbadanan labuan

kenapa datuk gila sgt post 2?

ada kepentingan kn?

hehehhee... kedapatan

sudah la... byk sudah duit kita...

pergilah membuat amal jariah dgn keihlasan dan tawaduk...

nama cikgu awg kalong pun tekeluar,
ahahahahha

inda ku sangka...

tambahan lagi d kampung2

sudah hancur?

sadih ku meliat...

d kampungku

tapi belum lg la...

tp jgn la behantam

marilah bersama2 kita memakmurkan Labuan yang dicintai...

sampai bila maw macam ani wahai paci2 n maci2 ku...

ihlas dari ku yang maseh belajar untuk memimpin labuan pada masa akan datang... doakan lah kejayaan ku sehingga ke peringkat doctorate (p.h.d.) bukan pengkhianat hasut dengki ahh... bah doakan kejayaan ku k... =)

wslm...

Anonymous said...

P la ko suaili asalnya kuyuk andang d jalanan ngee hehe

Anonymous said...

p la ko dato penipu buaya cukup la tu beri la peluang yg baru mcm mana mentadbir kalau kena kacau aja.