Wednesday, August 27, 2008

ahhhhhhh.......SEGELINTIR AHLI WANITA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN " MERAJUK " DI PERMATANG PAUH SAMPAI BALIK KL ? APA SUDAH JADI...?

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- ahhhh.....Segelintir ahli - ahli Wanita UMNO Wilayah Persekutuan merajuk dengan tingkah laku Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa berkempen di Permatang Pauh sehingga balik dari Permatang Puah sebelum hari pengundian? Ataupun mereka balik dengan rela hati ataupun isu lain ? yang mana satu betul ?
Wilayahkini difahamkan ada segelintir ahli wanita UMNO dari Wilayah Persekutuan yang berada di Permatang Pauh untuk membantu calon Barisan Nasional "merajuk " dan balik ke Kuala Lumpur sebelum hari pengundian gara - gara ketidak-puashatian dengan gerak geri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita Kepong?Apabila Wilayahkini cuba mendapatkan kepastian mengenai berita tersebut dan kami dengar dari cakap - cakap ahli - ahli Wanita di mana mereka berkata " memang ada yang telah balik.Ada perbezaan pendapat sikit.Kak Ijat kena tengok perkara ini dengan lebih serius", kata mereka.
Wilayahkini juga difahamkan kemantapan pasukan kerja wanita UMNO WP lumpuh apabila insiden "merajuk" ini berlaku. Apa yang terjadi sebenarnya? Mungkin ahli - ahli wanita daripada WP dapat berkongsi maklumat di Wilayahkini.
Wilayahkini juga difahamkan , Setiausaha Wanita WP, Salmah Pin yang juga merupakan orang kuat Shahrizat turut tinggalkan Permatang Pauh gara- gara perbezaan pendapat ? Apakah berita ini betul ?
Sementara itu Shahrizat yang juga merupakan Penasihat Khas kepada PM mengenai Hal Ehwal Wanita berstatuskan Menteri tetapi tidak boleh masuk mesyuarat kabinet - TETAPI...dan...TETAPI... tetap menerima semua imbuhan dan keistimewaan seperti seorang Menteri, kini sedang sibuk berkempen menjadi Ketua Wanita UMNO selepas tersungkur di Lembah Pantai.
Manakala di Lembah Pantai pula, sudah ada kedengaran mereka tidak mahu lagi calon dari "luar kawasan" bertanding di Lembah Pantai lagi.
Mungkin Shahrizat yang menerima gelaran " ratu bollywod" daripada Nurul Izzah semasa PRU yang ke 12 perlu kuatkan semangat sikit untuk menjaga hati wanita di Wilayah Persekutuan.

10 comments:

Jed Yoong said...

pasal "luar kawasan" ni saya setuju.
tapi pun jgn strict sangat..like just across the street then suddenly u r not from the constituency, byk masalah.
i mean the idea of parliament is IDEALLY that each community gets a voice and vote...not a ticket for ambitious politicians to become ministers, feed on the largesse...

re kempen ppauh

susah. kan azalina dgn pasal liwat ni pun sensitif sikit kan.

Cupin the Great said...

Azlina bukannya wanita UMNO. Borang pun tak isi.. Dia masih lagi puteri umno... hehehehe.... luar kawasan? hmm.... si sharizat nih kg mana yek? husband dia kelantan.... suruh dia bertanding kat kelantan la pulak.... Sapa sapa ada profil shahrizat jalil... dia lahir kat mana? besar kat mana? kecik kecik tinggal kat mana? sekolah kat mana? masuk U kat mana? ambik master kat mana? grad phd kat mana? kahwin kat mana? yang aku tau suami dia orang kelantan....

Kangkong ditepi Paya Bakti said...

Cupin,
Tak kesah le asal usul dia dari mana pun.Kalau bapak aku dari India,aku pi sekolah kat JB,laki aku orang Tampin,nak suruh aku btanding dimana plak?Kalau bolih buat kerje ok le tu.Kepimpinan Umno Lembah Pantai sendiri bawak YB Perak masuk kawasan sendiri kerana tak nampak calon lain yg bolih ganti tempat Ketua Puteri yg akan xpired.
YB Noli untuk Wakil Rakyat LP!!! Hidup YB Noli!!!

Anonymous said...

Shahrizat kena banyak berubah.Jangan terlalu angkuh untuk kepentingan diri sendiri.Sedar lah sikit.

Anonymous said...

Wanita UMNO WP juga sudah bosan dengan perangai ratu bollywood ini.

atukranggi said...

salam.....
untuk pengetahuan semua, penolong s/u wanita wp bukanlah merajuk atau lari dari tanggungjawab di permatang pauh tetapi beliau mempunyai urusan keluarga yang tidak dpt dielakkan pada hari sabtu.
sebelum balik, beliau tlh meminta izin kpd pengarah p/raya umno wp dan tugas beliau tlh digalas oleh penolong bendahari wanita umno wp.
tahniah kpd wanita umno wp kerana tlh bekerja keras walaupun tidak mendapat kerjasama dari wanita umno tempatan.....

wanita pantai said...

Ohh tanggungjawab keluarga ? Tapi Wilayahkini tak cakap pun dia lari dari tanggugjawab.Hanya menyebut apa yang berlaku dan apa yang di dengar.Atuk ranggi ni orang Salmah Pin atau bagi pihak dia? Memang kita tak nafikan wanita WP memang rajin bila - bila pun.Cuma apa yang berlaku di P.Pauh tidak enak di dengar.Ini tanggung jawab Kak Ijat lah.

pujanngga hati said...

Betul yang dikata oleh Wanita Pantai.Mungkin ada kekeliruan sedikit disana yang telah memberikan mesej yang tidak betul kepada orang lain.Mungkin Wanita WP dapat perbetulkan info tersebut disini.Tak salah kalau nak betulkan info yang salah kerana kami nampak Wilayahkini pun hanya memberikan gambaran kasar.Kami amat sayang dgn Kak Salmah Pin .Kami amat kecewa apabila dengar gossip mengenainya apabila dia dikatakan telah balik.Salam

Anonymous said...

Wanita WP perlukan perubahan.Cukuplah bagi Kak Ijat kita.

Anonymous said...

fahamilah ini wahai Melayu:

WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara