Wednesday, August 6, 2008

"IRONMAN" TITIWANGSA - SULEIMAN MOHAMAD SERANG MB SELANGOR ; JANGAN KELIRUKAN PENDUDUK !

Kuala Lumpur --( WILAYAHKINI )-- Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad hari ini memberikan amaran yang keras kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim supaya jangan kelirukan penduduk Kampung Baru kerana sebarang campur tangan tersebut akan mengeruhkan lagi suasana.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dan orang lama di Kampung Baru berkata Khalid Ibrahim tiada hak untuk campur tangan kerana tanggungjawab membangunkan perkampungan Kampung Baru terlertak di di bahu Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL .Sila baca komen Suleiman Mohamad - KLIK DISINI -
Utusan Malaysia Online - kota . Suleiman yang juga merupakan bekas Pengerusi UMNO WP turut menyelar sikap Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo .
Sementara itu Yang Di Pertua Persatuan Penjaja - Penjaja Kecil Melayu WP Baharim Razak turut menyelar tindakan Khalid yang tidak profesional dan memberi amaran kepada Khalid supaya menjaga kepentingan orang - orang Selangor kerana Kuala Lumpur tidak perlu seorang Datuk Bandar lagi kerana Kuala Lumpur sudah mempunyai seorang Datuk Bandar dan Menteri
.( Sila rujuk berita Utusan Kota hari ini )

7 comments:

aku sayang kampung baru said...

Tahniah Datuk Seri Sulaiman atas kelantangan Datuk memberi amaran kepada MB Selangor akan usahanya mengelirukan penduduk Kampung Baru.

Saya merujuk juga pada Dewan Rakyat Parlimen Sebelas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua (DR 27.6.2006) - Bil 36 Selasa 27 Jun 2006 (check di internet) - Jawapan kepada pertanyaan Datuk Astaman yang dijawab Datuk Seri Nazeri Aziz. Datuk Seri Nazeri memberikan pecahan bilangan Lot Dalam Kampung Baru:-
i) lot kediaman 835 lot
ii) lot padang atau pun kawasan lapang - 4 lot
iii) masjid - 1 lot
iv) surau - 5 lot

Dari 835 lot kediaman, 827 telah dikeluarkan hakmilik dan bakinya dalam pertimbangan Pejabat Tanah Galian Wilayah persekutuan KL. Menurutnya lagi bagi tapak surau dan kawasan lapang, hakmilik belum dikeluarkan lagi.

Maka apakah kedudukan sebenarnya tapak Pasar Minggu berdasarkan kenyataan yang direkodkan, dibincangkan dan dikeluarkan dalam Dewan Rakyat di Parlimen pada 2006 itu? Semakin 'confuse' kami. Mungkin kita mahu dapat statistik terkini dari Pejabat Tanah, khas untuk kawasan keramat ini.

Si Kurap Warisan said...

Hidup Tok Leman....

Hambat umat yang tak tahu hujung pangkal dan suka menangguk di air yang keruh...mereka tu lagak sebagai pejuang... tapi sebenarnya menggadaikan bangsa melayu... kat DAP dan PKR...

aku sayang kampung baru said...

Sila juga baca THE KAMPUNG BARU ISSUE dalam Malaysia Today 24 May 2008 oleh Azira binti Aziz
PMB Management Services Sdn Bhd
bagi pihak Persatuan Kebajikan Peniaga-peniaga pasar Minggu.

Beliau telah merujuk kepada peruntukan enakmen MAS dalam isu Pasar Minggu. Mungkin kita boleh renung-renungkan hala tuju tempat kita ini.

Anonymous said...

terima kasih kepada Datuk Seri Suleiman Mohamed di atas keperihatian Datuk terhadap isu Kampung Baru. Kita patut terima hakikat bahawa Parlimen Titiwangsa kini dibawah pemerintahan PAS.Semua orang kampung baru kenal siapa Datuk Seri Sileiman yang telah menjadi ahli parlimen titiwangsa untuk beberap penggal. Tapi sedikit mengecewakan adalah mengapa semasa dibawah kepimpinan datuk seri masalah ini tidak selesai. seperti Pasar Minggu, seingat saya semasa tahun pertengahan 90an lagi cerita pembangunan di pasar minggu telah menjadi isu yang penting di parlimen titiwangsa. tetapi isu ini masih tidak selesai lagi dan diteruskan pula oleh Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz, sehinggalah sekarang pembangkang telah menguasai titiwangsa. jadi siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. setiap ahli parlimen mempunyai rancangan mereka sendiri. begitulah juga kepada pemerintahan sekarang ini.

Tornado said...

Salam - kenapa gambarpgambar dalam blog ini kurang menarik? Harap mutu gambar dapat diperbaiki.

bisik-bisik kg baru said...

Terdengar dalam wawancara dengan Pengerusi Eksekutif GABEM dalam Radio24 berkenaan Kg Baru. Penekanan banyak terhadap aspek keuntungan wang ringgit semata-mata. Hak asas dalam penyelesaian keperluan Islam iaitu menyelesaikan masalah Pusaka hendak diketepikan begitu sahaja.
Manusia apakah ini?

KAMPUNG BARU KAMPUNG KU said...

TERIMA KASIH DATUK SERI. KEMBALIKAN UMNO SEMULA KE TITIWANGSA