Saturday, August 2, 2008

PUTERI DI WP SUDAH MULA LANTANG DAN BANGKIT SEMULA ! PENCARIAN BERMULA ..........APA LAGI SELEPAS INI.........

Seputeh ( WILAYAHKINI ) -- Pertandingan merebut jawatan Ketua Puteri Seputeh semakin sengit sehingga Wilayahkini turut menerima beberapa emel selain dari komen yang dihantar.Sepertimana sebelum ini, Wilayahkini akan terus mengamalkan pendekatan neutral. Sebelum ini , sepertimana diketahui umum, Wilayahkini telah menyiarkan banyak berita mengenai perkembangan Puteri di WP yang menjurus kepada sebelum dan selepas PRU 12.Kita juga amat kecewa dengan kepimpinan Puteri UMNO WP dibawah Azlinda Rashad yang telah mengabaikan tangungjawabnya sebagai Ketua Puteri WP selama ini sehingga nasib Puteri di WP menjadi tanda tanya.Fikirkanlah.Melalui Wilayahkini ramai ahli - ahli Puteri sudah mula berani, lantang menyuarakan pandangan mereka.Ini jelas menunjukkan kesungguhan , kesetiaan mereka kepada UMNO khususnya berjuang untuk memartabatkan nama Puteri UMNO.Wilayahkini akan terus memberikan liputan yang tidak berbelah bahagi kepada berita - berita yang melibatkan Puteri UMNO di WP supaya ianya dapat "diangkat" oleh media - media tempatan.Kami juga telah menegur calon Ketua Puteri Nasional Ismalina Ismail beberapa kali. Cuma Wilayahkini tidak nampak sokongan dari WP kepada Ismalina secara terbuka memandangkan beliau adalah dari WP.Wilayahkini juga difahamkan pertandingan merebut kepimpinan Puteri di beberapa bahagian semakin sengit.Emel kepada kami kenyataan akhbar, berita dan sebagainya bersama gambar.Kami akan siarkan.Kami cuma ingin menegur komen-komen yang terlalu personal dapat dielakkan.Sekiranya terlalu peribadi , kami tidak akan siarkan.Dalam isu Seputeh, kami melihat "face off" antara Azliza dan Mona perlu dilihat dalam sudut yang positif.Jangan kita terlalu ghairah.Bertandinglah diatas kemampuan sendiri dan "track record" yang ada. Wilayahkini juga berharap Puteri Seputeh dapat menghidupkan semula laman webnya di www.puteriseputeh.com yang lama telah terbengkalai begitu sahaja. Ini juga merupakan tanggungjawab anda. Tak perlu kaitkan isu - isu sensasi seperti minyak dagu dan sebagainya. Di Segambut , Wilayahkini difahamkan, Fioana dijangka menang tanpa bertanding.Di Setiawangsa pula, Seri Wani dijangka menang tanpa bertanding selepas Roziana bersara. Di Wangsa Maju juga saingan dikatakan sengit selepas Ismalina.Di Bukit Bintang dan Labuan , Leni dan Rahimah dijangka menang tanpa bertanding juga. Cuma kini ramai Puteri juga sudah mengintai peluang untuk bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Apakah pandangan anda ? Berikan komen - komen yang dapat dikongsi bersama di Wilayahkini !

64 comments:

Anonymous said...

Sekalung penghargaan buat WILAYAHKINI yang sudi mengetengahkan isu2 Puteri WP. Satu2nya medium yg prihatin tentang Puteri WP (if salah sori eik).

Calon2 yg nak bertanding EXCO Puteri Malaysia tue diharap biarlah yg betul2 memperjuangkan Puteri dan bukannya yang mempuyai agenda personal.

Lagi satu kalau boleh biarlah calon2 ni semuanya yang betul2 ada 'grassroot' dan bukannya yg datang dari cawangan puteri yang hanya sekadar ada nama tapi ahli2nya 'bunian'. Bukannya apa, kesian tgk nanti exco puteri gi program sorang2 xde ahli2 puteri dari cawangan yang turut serta sebab cawangan tue ahli2nya bunian.

puteri seputeh said...

selamat bertanding kepada semua puteri. Harapan kami biarlah kami diketuai oleh puteri yang berkaliber yang mempunyai hala tuju. yang dapat memperjuangkan kepentingan kami bersama yang berani melindungi kami. Yang mesra yang... paham apa juga latar belakang kami, yang tidak merendahkan serta membezakan martabat kami.. yang setia... dan bertulang belakang.

Pu3 Angels said...

Betul.Azliza kena ambil note mengenai isu website pu3 seputeh yang lama terbengkalai.Jangan memalukan pu3 seputeh lak.

Puteri Bangsar said...

Betul.Setinggi penghargaan kepada Wilayahkini yang telah memberikan satu imej baru kepada Pu3 WP dan bahagian yang ada termasuk kepada pemimpin - pemimpin.Marilah kita sama menjadikanya sebagai satu wadah perjuangan yang untuk berjaya.

Kj, segambut said...

Saya harap Mona dapat ambil teraju kepimpinan di Seputeh kerana beliau memang berkebolehan.Malah ada stye lagi.

Anonymous said...

salam,
aiks asal lak org segambut mask campur hal seputeh... saya harap kj, segambut adalah ahli seputeh kerana memberi statement macam tu.

saarah hj. ali bashah said...

Apa yang berlaku dalam umno hanyalah kerana agenda diri sendiri, susah nak cari yang benar ikhlas.

http://www.saarahali.blogspot.com
Komen saya ..gangster dan mafia politik.

saarah hj ali bashah

Anonymous said...

selamat bertanding kepada semua Pu3

Eye2Eye said...

Dengar cerita Fiona akan bertanding Exco, tapi kalau nak tengokkan layak ke WP nak bawak nama dia ke Exco? Kabar kata dia taklah sehebat Pu3 yang ada di WP tu, kekonon dia pun tompang ikut nama yang 'kuat' untuk bawak nama dia sama... entahlah, tengok kan tak ada karisma langsung si Fiona ni, setakat mengekor pergi function sana sini boleh lah ...

Anonymous said...

Jgn menilai org dari luaran. Tgk kualiti keje seseorng. apa guna jadi exco kalau sekadar jadi patung cendana je. keje satu hape pon xleh buat. harapkan glemer dgn jawatan exco pu3 malaysia je.

Ingat2lah sikit....

Anonymous said...

alahai.. kebanyakan ke2a pu3 bhgn kat WP.. sorry to say... cakap jek lebey.. buat keje tak pandai.. budak2 jugak yg buat, epas tu depa dapat nama... tolonglah berubah demi agama dan bangsa.. kalau setakat nak jual muka jerk... tak payah lah berangan nak jadi exco.. kepada perwakilan, pilihlah exco yg boleh membawa perubahan yang baik kepada pu3, yang boleh bekerja.. bukan melawa jerk..

-ahli pu3 gak-

Puteri Bangsar said...

Siapa lagi yang berminat selepas Fiona? Azliza, Leni dan dengar cerita Siti Fatimah dari Setiawangsa pun nak intai peluang ? Tapi saya nampak Fioana ni ok ada peluang.Jangan kita nak main tuduh aja..

CikSenget a.k.a Selendangpink said...

Setuju dgn statement puteri bangsar. jgn kita main tuduh je. setiap calon ada kekuatan dan kelebihan masing2. gunakan peluang yang ada dengan sebaik2nya.

kita asyik dok kata kain org koyak tapi sebaenarnya kita tak sedar puin yang kain kita koyak lebih besar dari kain org lain.

Renung2kanlah......

Mohamad, Segambut said...

Aku cinta pada Puteri Fiona.Memang ada potensi Exco.

Pemerhati said...

Setiap insan dilahirkan sebagai pemimpin tetapi didalam politik bukan semua orang boleh jadi pemimpin.
Banyak yang perlu dinilai pada diri sendiri sebelum menawarkan diri untuk merebut jawatan.
1) Niat..sebab apa bertanding? sebab rasa dah popular di grass root? sebab kalau jadi exco senang dapat projek? atau sebab nak glamour?

2) Masa...adakah kita ada masa yang mencukupi untuk buat program? datang mesyuarat exco? ikut progran KPUM? jgnlah jadi mcm exco yg ada sekarang,lepas dapat jawatan hilang lesap.tinggal 2-3 org yang cover semua kerja..alasan..jauh,sibuk,dan masing2 dah kerja dgn menteri.

3) Semangat Perjuangan..masih ada lagikah semangat untuk membantu puteri atau segalanya untuk agenda diri sendiri...kalau diri sekadar usahawan berjaya,dah pakai BMW,dah banyak duit dan merasakan diri layak jadi pemimpin utama,fikirkan lah balik.Puteri tak perlukan semua itu..wang anda bukan segalanya..semangat juang dan sayangkan parti lebih penting.

Kadang2 lucu bila melihat ada puteri kita yg tak dikenali pun tapi lobi untuk jadi calon p/raya,jadi senator dll..

Anonymous said...

Hidup Fionna!!!!

Kepada Bangsaku Melayu, Kerana Bangsaku Melayu dan untuk Bangsaku Melayu Selamanya.........



-syg puteri segambut-

CikSenget a.k.a Selendangpink said...

Go Kak Fiona!!!

sayang Wilayhkini said...

Fiona calon yang paling sesuai untuk Ketua Pu3 Segambut dan Exco Pu3 Malaysia.Kenapa tidak.Harap Wilayahkini dapatlah siarkan gambAR Fiona yang terbaru sekiranya ada.Hebatlah Wilayahkini.

sayang puteri segambut said...

sayang puteri segambut
sayang wilayahkini

Kami tetap menyokong perjuangan Kak Fiona....

Geng pu3 bkt bintang said...

Cayalah mona bertanding.. good old days sake.. hidup puteri.. remember bi election Sabah,pendang, perlis,lunas and anak bukit? Tabik.. kami di segmbut dan bukit bintang memberi sokongan. Hidup Mona!!

BB Gals said...

saya pun dr bkt bintang gak tp peliknya sy xkenal pun mona ni..nak kata sy baru xjgk,probably one of the pioneer.semua by-election pun sy pg xpernah kenal pun sape mona ni.

Kalau Azliza tu mmg kita cukup kenal.As Pg Biro Usahawan pu3wp dia mmg aktif buat pgm biro kat wp utk bg pendedahan dan ruang utk pu3yg minat berniaga.Tak pernah lokek ilmu mcm sesetengah KPB tu.very humble n down to earth walaupun vogue de vass gitu.

Sy sendiri pernah bekerja dgn beliau utk pgm biro usahawan.wat i can say a very dedicated,dilligent n committed person when it comes to work.She really knows what she need to do..bg assignment mesti boleh settle punya,n the best thing mesti jd grand bila kena sentuhan dia.

Bkn apa sy takut geng bkt bintang td sbnrnya bkn org bkt btg tp kroni mona sendiri,sy xnak terpalit sekali sokong dia..liza ada tokoh dan ketrampilan utk jd exco pd pandangan sy.Kredibiliti dia menerajui biro usahawan pu3wp harus diberi kredit.Bhgn kami pun selalu join pgm dgn seputeh,nmpk ada keserasian.Hal kat bhgn sy xnak campur,itu hal dlm kain.tp kalau utk sokongan ke exco kami tak ragu2 akan bantu dan sokong.

Itu bab liza...bab fiona ni..payah sikit la nak ckp.i think most of us kat wilayah ni tahu kredibiliti dia as kpb n exco pu3wp..xdtg mtg exco,memanjang sakit kalau ada pgm pu3wp,dgn komen2nya yg lebih kpd merungut xabis.semua org salah dia je yg betul n pandai buat keja konon tp sy tgk biro dia satu hapah pgm pun xjalan.

Sy setuju sgt dgn eye2eye, mmg xde karisma langsung fiona tu nak jd exco.satu wilayah tau dia dgn penuh selambanya pg cuti makan angin kat indon sampai mesy perwakilan pu3 bhgn pun xattend.mcm ni nak jd wakil kita kat wp..hancurr.mtg pu3wp pun susah nak dtg, mcmana la gamaknya nak pi mtg exco nnti.

tp dlm wilayahkini ni sy tgk byk promote dia,mcm ada kepentingan je.sy nasihatkan pd ahli pu3 di wilayah ni kalau nak pilih wakil kita di wp ni kenala tgk track record kerja bakal2 calon ni.jgn sokong membuta tuli.Ketrampilan dan personaliti juga merupakan satu faktor penentu.Kita xnak wakil kita nmpk selekeh.Satu lagi yg plg penting,latarbelakang pendidikan jgn lupa.ni nak pilih calon wakil wilayah bkn calon bhgn.jgn bikin malu wilayah...

jgn salah anggap pulak dgn komen sy.sy bkn pro sesape tp kebetulan sekarang ni dlm wilayahkini cuma nama liza ngan fiona je naik utk calon exco.kalau ada nama lain after this kita hujah bersama supaya dpt rumusan yg terbaik sape yg layak utk jd wakil kita di wp.sy cuma membrikan pandangan dr kacamata sy bgai ahli pu3 dlm wilayah.itu saje..tak berniat adu dombakan sesape.Jgn pulak liza ngan fiona bermasam muka lepas ni...kena professional mesti sanggup terima teguran.ni baru dugaan kecil,andai kata rezeki kamu berdua jd exco akan ada dugaan yg lebih besar.

cuma harapan sy calon2yg berjaya nnti kena bersatu tekad hati utk perjuangkan suara pu3 di wilayah dan jgn lebihkan kepentingan peribadi.

bb gals said...

terlupa satu lagi..leni n lily tu macamana pulak nak pg exco.dorang dah habis umur la...dah siap2 nak masuk wanita dah.harap sangat kalau boleh wilayahkini buat homework sikit sebelum nak post apa2 citer pasal puteri wilayah ni.yg crite leni menang tanpa bertanding kat bhgn pun dr sumber yg xbetul.leni(BB) akan melepaskan jawatannya setelah habis tempoh had umur sebagaimana ismalina(WM),lily(cheras),zalina(LP),azlinda(kepong),norita(TTWGSA)n rozi(STWGSA).

Harap maklum....

sayang puteri segambut said...

Khas buat semua,.

Buat BB GALS - Mesy perwakilan pu3 bhgn yg mana satu yg fiona xde tu? mesy perwailan pu3 bhgn yg mana satu yg fiona gi mkn angin kt indon tue? Ada bukti ke?

cukup2lah nak mengata / memfitnah org. pu3 ni bknnya ramai mana pun. dahlah sayap pu3 ni org salu perlekehkan, Ni pun salah satu sebab kenapa org pndg rendah kat pu3. Sebab ada budaya mcm nile. Xbole ke kalu ko nk berkempen utk org lain dgn cara yg berhemah tanpa perlu mengaibkan org lain dgn cerita2 yang ko sndri tk pasti kesahihannya. Ko pun dgr dr mulut org lain. Kalu cete tue tk btl takke dah jatuh fitnah? Ko tau tak apa hukumnya org yg suka memfitnah org lain?

Cukup2lah budaya kutuk-mengutuk, hina-menghina, mengadu-domba ni. Berkempen biarlah secara sihat. Jgn sentuh peribadi org lain. Kita suka ke andai satu hari nanti org lain sentuh peribadi kita? Jgn lupe skrg ni Allah balas cash. Dah tk payah nk tggu kt akhirat. Klu mungkin tak jadi pd diri kita tp mungkin berbalik pada anak2 kita, ahli2 keluarga kita. Fikir2kanlah.

Pd calon2 yg nk bertanding apa jwtn sekalipun BERTANDINGLAH SECARA SIHAT. Jgn sentuh peribadi calon lain. biar org pandang tinggi pada Pu3.


HIDUP TAK HEBAT TANPA CABARAN

WILAYAH KINI said...

Salam kepada semua, Wilayahkini tertarik dgn pandangan yg terbuka dari seorang insan disebalik 'BB GALS'.Wilayahkini mengalu - alukan pandangan daripadanya dlm perspektif yg positif. Inilah pendekatan dan amalan kami selama ini. Sejak Wilayahkini dilancarkan, banyak berita2 mengenai Pu3 telah dilontarkan untuk tatapan kita bersama - utk direnungkan dan di hayati bersama( sila rujuk posting2 kami sebelum ini mengenai Pu3). Pu3 WP memang punyai kredibitinya sendiri. Ramai ahli Pu3 di WP mempunyai karisma yg baik TETAPI kerana kepimpinan yg tidak pragmatik telah menghanyutkan nama Pu3. Kami juga tidak mempunyai agenda utk promote mana2 Pu3 termasuk Fiona, Mona, Azliza, Leni, Seri Wani ataupun sesiapun. Tetapi, sekiranya ada kebenaran- kami berani suarakan demi niat yg baik. Banyak Pu3 di WP mempunyai blog, tetapi berapa ramai yg masih maintain blog2 tersebut? Mereka biarkan begitu sahaja, kecuali Pu3 Segambut yg masih mempertahankanya. Inilah semangat yg perlu kita ada untuk berkongsi maklumat. Dgn adanya, Wilayahkini, kami sedia memberikan liputan yg neutral kpd semua pihak dan kami juga sedang menyiapkan laporan - mengenai perkembangan di bhgn lain khususnya di Wangsa Maju, Bt Bintang, Lembah Pantai dan BTR. Kami juga mengalu- alukan sebarang maklumat bersama gambar. Kami juga difahamkan, berita2 di Wilayahkini ini akan 'diangkat' oleh media tempatan. Mungkin kita dapat memberikan komen secara berhemah. Kpd BB gals, kami di Wilayahkini sudah bersedia. Nantikanlah berita2 sensasi selepas. Mungkin BB gals dapat emelkan sedikit info bersama mengenai perkembangan di BB ? Kami juga sedang mengemaskinikan laporan khas mengenai - calon2 utk exco. Kita promote Pu3, ada org yg kata kami pro kepada Pu3 tertentu. Well, kami sentiasa akan berikan liputan yg luas dan sama rata. Salam !

Eye2Eye said...

Syg Pu3 Segambut...
Berita Fiona xde pd Mesy Tahunan Bhg dikhabarkan oleh Wakil Pu3 WP yang jadi wakil ke Bhg tersebut. It was the topic of the month at that time. I still remember.

sayang puteri segambut said...

Dearie eye2eye,

1. Ketidak hadiran Fiona pada Mesyuarat Perwakilan Bahagian 2005 adalah disebabkan urusan kerja dan telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bahagian. Bukannya seperti yg dikhabarkan oleh BB Gals - Fiona tidak hadir ke Mesyuarat Perwakilan Puteri Bahagian untuk bercuti ke Indonesia (dah salah fakta BB Gals. bila dah salah fakta dah jadi fitnah. bila dah jadi fitnah dah dpt dosa).

2. Walau apa pun yg korang cakap psl fiona tapi kami di Segambut tahu apa yg telah beliau buat. Fiona melalui biro usahawan puteri umno bahagian segambut telah berjaya melahirkan usahawan2 dikalangan wanita, puteri dan juga ajk umno bahagian sendiri. Just imagine apa yg mampu beliau buat seandainya beliau mempunyai peluang yg lebih lagi.

3. eye2eye and bb gals, aku rasa korang ni mesti mereka2 yg ada didalam barisan exco pu3 wp kerana isu2 yg korang utarakan ni hanya orang2 didalam exco je yg tau. ahli2 biasa mcm kami ni tak tau pun.

Be professional. Sudah2lah budaya kutuk mengutuk tue. cukup2lah. Selama ni rasa2nya Fiona tak pernah kutuk sesape. Saya rasa saya tau sape BB Gals and eye2eye ni. Klu nak bertanding pun biarlah dgn cara berhemah.

Jgnlah hanya pandai lempar batu sembunyi tangan

Acha said...

Salam berkenalan.Saudara wilayahkini bahan yang dibahaskan di blog saudara sangat bernas dan membuka minda kami di warga kl.
Biasanya blogger berada di press club.Bgaimana saudara dimana mana-mana club?

Tipah Tertipu said...

Salam. Baru terjumpa blog ini - menarik terutamanya berita Puteri yg selalu kurang mendapat tempat di media.
Semua calon Puteri yang bertanding hebat-hebat belaka... tapi tak boleh kalahkan YB dari Perak yang bertanding kerusi Ketua Puteri Lembah Pantai!! Sepatutnya YB muda yang berkaliber ini diberi laluan sebagai Ketua Umno Bahagian sahaja!! Baru lah setanding dengan Nurul Izzah. Nak harapkan Pakcik-pakcik tua fight dgn Nurul...pehhh, mcm tak semangat aje.

Anonymous said...

sayang puteri segambut...
of coz lah u kena support ketua puteri u, if not siapa lagi kan..

apa2 pun, HIDUP ISMALINA

sayang puteri segambut said...

alah kalu korg pun aku rsa sure gak back up your KP kan....


i pun admire Datin Ismalina. HIDUP FIONA! HIDUP ISMALINA!

Jari Hantu said...

Betul ke Seri Wani akan menang tanpa bertanding? JH dengar dah ada satu pencalonan untuk mencabar beliau dan naib nyer serta kuncu kunci nya.
Dari maklumat yang JH dapat, calon naib kepada pihak lawan adalah bekas ahli pu3 Titiwangsa yang kalah tersungkur teruk semasa dia disana.
Setiawangsa yang sebelum ini AMAN DAMAI telah porak peranda oleh anak beranak ni.
Pesan JH kpd bakal Ketua Pu3 Setiawangsa, bijak lah memilih barisan yang akan dipimpin.
Pesanan dari JH lagi, ibarat bukan semua sampah boleh dikitar semula.
Paham2 je lah.

meRdEKa!!!!

minta lalu, nak komen tempat lain pulak....

Anonymous said...

salam to all,

sokong tipah tertipu...YB Tualang Sekah mmg sesuai untuk menerajui UMNO Bhgn LP if kite nk tawan kembali LP..mmgla baru sesuai bertemu dng Nurul Izzah.

ShawlPinkishLah.. said...

haaa.aaah kalo kome nak cari calon buat bini pun nak cari yang terbaik..inikan pulak bab nak cari calon exco. Jangan buat pasal kawan...ini suara kita di wp. Pilih orang yang betul2.I dengar2 Exco yang ada sekarang ni pun ramai yang selalu tak hadir mtg xco....selalu sangat..Tak tahulah.Busy agaknya dengan kerja ke?boyfriend?laki? kahkah...
inilah perwakilan yang pilih...
tengok muka cantik, duit banyak pilihlah.dah lepas pemilihan sombong..tak kenal orang...dah selalu sangat cerita ni didengar..
Pilih yang komited.Jangan cakap sahaja pandai.Tapi nilai dari segi tracck record bahagian..ini ada KPB yang incumbent ecxo pun buat lelap mata ahli puteri 3 orang jke datang..mesyuarat perwakilan jalan...malu wei malu....(nasib baik bukan dr WP)!!!
kawan2 kita ingat tau...(apalah nasib i bertanding G2 nanti....)

Dah aku kata kan said...

apa2 pun skang ni baru pencalonan je... jgn lah gelabah.. lepas ni kena buat kerja lebih sikit..jgn harapkan kempen mgr or macai je.. sendiri mau ingat

geng pu3 bkt bintang said...

wei bb gals..kau lahir tahun berapa? biler masa kau join pu3? Mona tu orang lama..cuba kau tanya naib kau.. naib bkt bintang dan ketua2 pu3 . Yang aktif je lah dulu..kalau setakat kau hingus tak kering tak payah ler... kitaorang yang habis2 depan FRU..kau tau aper... eleh nak cakap tu pikir2 ler.Liza tu pun belum masuk puteri lagi tau ker? Ini otai 2 dulu. Kau memang ler tak kenal... kau sapa. Ghairah sangat dengan Liza.. Dia pernah ke pergi gerak gempur..wei masa tu dia belum puteri lagi pun ha.. pegidah...

geng pu3 bkt bintang said...

wei bb gals..kau lahir tahun berapa? biler masa kau join pu3? Mona tu orang lama..cuba kau tanya naib kau.. naib bkt bintang dan ketua2 pu3 . Yang aktif je lah dulu..kalau setakat kau hingus tak kering tak payah ler... kitaorang yang habis2 depan FRU..kau tau aper... eleh nak cakap tu pikir2 ler.Liza tu pun belum masuk puteri lagi tau ker? Ini otai 2 dulu. Kau memang ler tak kenal... kau sapa. Ghairah sangat dengan Liza.. Dia pernah ke pergi gerak gempur..wei masa tu dia belum puteri lagi pun ha.. pegidah...

lyn putrajaya said...

Aku setuju... Liza tu hampeh... pu3 putrajaya pun tak heran sama dia..kasi langgar.

Bulat said...

Azliza cetek pemikiran, perasan, menyombong... kita setuju langgar kasik penyet!! Ni aku nak habaq.. kalu ada trophy pu3 paling tak guna . Hampeh.. kosong sokmo..itu dia.. Azliza.. free pun kami tak mau eh. kami ni pu3 seputeh. kami tak suka orang mengarut ni...

Cinta said...

Ni nak tanya..pu3 seputeh tu ada apa? Kosong sokmo! soma takda. malu la... lagak ada.. otak takda.pu3 mesti tuka ketua. Kita tak mahu Azliza. Kami nak mesra rakyat yang otak padat.

Anonymous said...

ehm..aku nie buat tinjauan dari jauh...aku raelah yang hantar memburuk2kan Azliza Ahmad nie bukanlah dari kalangan puteri coz tak mungkin ahli puteri umno wilayahtu nak jatuhkan satu sama lain, nak bukak pekong di dadA..kita semua patut bersatu untuk wlayah...dah lah PRU 12 kalah teruk...nie dok sibuk bukak , aib kan maruah sesama sendiri..aku rasenie mesti kutuk mengutuk nie si geng puak nak pertahankan jawatan di peringkat bhgan punye kerja..Dont judge a book by its cover, nampak macam warak tapi menghancurkan anak bangsa! siapa cekik cili terasa ler ko...Puteri tak mungkin punyai ketrampilan yang busuk perut cam nie.apa2 pun kita dok hentam menghentam... puak majlis peguam tengah adu dombakan bangsa dan agama kita tapi ap yang kita buat??? kita dok mengutuk sesama sendiri...ada puak lain yang menagukk di ayor yang keruh...sempena bulan kemerdekaan nie tolonglah kita ramai2 pikior sejenak...betapa pejuang UMNO telah berjuang memerdekakan negeri Tanah Melayu ni dari penjajah..dan atas perpadauan lah kita bangsa Melayu melalui UMNO berjaya keluar dari belenggu penjajah..kalau ada diluar sana yang mungkin tidak puas hati dengan mana-mana pemimpin yang akan menerajui, tolonglah bagi teguran membina, skap budaya aib mengaibkan hanya akan bawa Melayu kecundang kerana tanpa perpaduan PRU 12 terbukti..takan nak tunggu kampong dah tergadai baru nak realise ! Perkuatkan barisan, bagi teguran yang membina dan Insya Allah parti kita akan terus menerus menerajui bumi tanah melayu tercinta ini

Razlan said...

Anonymous...

Terima kasih diatas teguran dan nasihat yang diberikan ...

Saya sokong .. kadang-kadang terlalu asyik berpolitik .. kita lupa apakah agenda sebenar memasuki UMNO ...

Kita dok sibuk cari Ahli ... lepas tu .. ahli yang mentah ni .. selalu merasakan diri mereka dipergunakan oleh kita yang inginkan jawatan ...

Jadi .. keharmonian disemua peringkat perlu dipupuk .. UMNO hari ini bergaduh kerana kepentingan peribadi yang tinggi ...

Peringkat Atasan mesti mencari formula bagaimana untuk mengubah secara total ...

Perkara yang diceritakan disini bukan terjadi di WP sahaja ... perkara ini terjadi di SELURUH Malaysia ....

Jadi .... bertandinglah secara sihat ..

sekian ....

Pejuang Sejati said...

Aku salute habis dengan Azliza.pasal dia geng bukit bintang n bb gals bertekak.bahagian lain beb...satu bahagian lagi tp bertekak pasal KPB lain..hahaha.aku rasa yg takda otak kat sini bukannya si Azliza tu tp bebudak bb ni la.Yg hangpa sibuk pi campoq bhgn lain tu apahal timah,pastu adalah pulak dari putrajaya nak jadi penyokong pulak apa cite???orang putrajaya pun takde akai ka..kata baguih sangat KPB korang tu siap ada master?ke PHD? aku pun xtaula,tp kalau tak boleh nak mendidik anak buah sendiri sampai sibuk dok crite n ngutuk pasal org pendapat akula tukar je la KPB Putrajaya tu jgn buat malu DS Kunan.aku sokong 100% anonymous tu aku rasa depa2 ni soma bukan pejuang sejati pu3wp.org wp takda pemikiran mcm hangpa ni soma timah oii.Bila masa pulak pu3wp ni belajar pecah belahkan org.walaupun semua kepala2 kat wp ni ada pendapat masing2 tp bila ada org nak sentuh bab pu3wp ni automatik semua akan jd satu.drpd hangpa dok ngata azliza tu kosong tak padat fikiran hang cermin tak diri sendiri.dari bahasa korang je org dah tau kat mana patut letak korang ni,sikit lagi nak kena letak bawah tapak kaki tau.sape yg cetek pemikiran dan kosong pun aku tak tau la.biarla org yg membaca menilai.sebab aku tak nampak pulak penyokong2 Azliza ni guna bahasa kesat dan rendah mentaliti mcm korang semua.mmg betul ckp anonymous tu tak mungkin pu3wp lagi2 yg mengaku dr seputeh ada ketrampilan yg busuk perut mcm ni.kalau ye pun nak bg malu org seputeh tak payah la dok menyamar jd pu3 seputeh.Apa2 pun tahniah dan syabas pd Azliza kerana telah berjaya membuktikan bahawasanya anda merupakan salah seorang calon yg paling hangat diperdebatkan di sini baik dr sudut positif mahupun negatif.kalau di nilai dr perspektif psikologi anda mempunyai aura/tarikan yg cukup kuat sehingga semua org memberikan tumpuan kpd anda dan mgkn juga dianggap sbg ancaman atau pencabar utama bg semua pihak.Kuatkan tekad dan semangat,insyaallah kejayaan sentiasa bersama anda.Syabas sekali lagi..

Penyokong Liza said...

i pun sokong Azliza all the way.. xde lagi nampak sapa yang layak.. if ada kedepan lah, jgn cakap je..

Sahabat Seperjuangan Liza said...

"Apa2 pun tahniah dan syabas pd Azliza kerana telah berjaya membuktikan bahawasanya anda merupakan salah seorang calon yg paling hangat diperdebatkan di sini baik dr sudut positif mahupun negatif.."

Azliza yg sy kenali mmg seorg yg mempunyai cara pemikiran yg terbuka.Beliau tdk cepat melatah dan emosi terhadap apa jua komen yg diberi kpdnya.Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan telah terbukti melalui komen wilayahkini mengenai laman web puteri bahagian beliau di mana tindakan yg pantas di ambil utk memperbetulkan kelemahan.

Selamat Berjuang Sahabat..Doa kami untuk kamu.

Anonymous said...

jgn cuba guna nama Putrajaya utk melaga-lagakan sesama sendiri.Itu bukan cara Puteri Putrajaya.kami dah siasat dan tiada yg terlibat.hati2 ramai 'penyamar'!!

tak suka diprovoke said...

betul, i sokong... byk penyamar kat sini, diroang nak provoke kita...

cayalah kak azliza said...

betul tu aku setuju sangat dengan penyokong liza, kak aliza tu okey tak sombong aku pernah menyertai masa Program Puteri Anggun masa itu bahagian aku ada sekali best betul jarang sekali Puteri WP buat program macam tu aku tabik dengan kak azliza walaupun dia nampak macam sombong tapi dia joint jugak dengan aku dengan kawan kawan aku masa kita orang tengah bungkus door gift walaupun kami orang dari bahagian yang lain, salah sangkaan aku rupanya dia taklah sombong. bila dia datang kat kami orang dia berbual aku betul betul tertarik dengan kak azliza ......... Kak AZLIZA THE BEST ..... moga moga kak liza terus berjaya dalam bidang politik ini

Kaki Bodek said...

Hidup Azliza!!!

All the best to you to Exco WP and National..

cap kaki 3 kipas kuat said...

Ho KB aku suka akan ayat engkau itu aku pun sokong kau, kau dari seputeh gak ke.... Hidup kak liza..hidup sampai ke Pentas EXCO yahooo.co.id

kaki ayam said...

helo kekawawan, aku ni tak la pandai sesangat politik ni... tapi aku setuju sangat ngan kekawan diatas...HIDUP KAK LIZA....the best of all for you...

kaki sapu said...

aku setuju kepada semua yang bertanding di wp

puteri suci said...

apalah diorang ni tak ada kerja ke

cap kaki 3 kipas kuat said...

eh eh ko ni ngapa biarlah aku nak cakap apa apa pun ko sibuk kenapa ko ni puteri suci dalam debu kee hidup kak liza

Jari Kelingking said...

engkau orang jgn lah nak bertekak pagi pagi buta nih... ramai lagi yang nak bertanding dan tengah berkempen sekarang. Mesy cawangan pun belum settle lagi. So, ingat ingat lah sikit. Yang nak bertanding tu, syabas diucapkan, bertanding secara sihat, jangan nak buruk kan hal orang lain. Kain dalam sendiri kena jaga. Jangan kain dalam orang yang engkau nak selak. At least orang orang yang nak bertanding tu ada guts jugak nak pergi, yang engkau orang ni, provokasi je lebih. Hidup kepada semua yang bertanding..

Hidup ISMALINA

cap kaki 3 kipas kuat said...

engkau JK macam ustazah pulak .....mana ada orang pakai kain dalam sekarang, seluar dalam pun tinggal tali jer apa citer

Jari Kelingking said...

oiii ko ingat ini forum engkau je ke.. masuk YM tengokkkk... asl?

cap kaki 3 kipas kuat said...

my id kakikipas.3@yahoo.co.sg,aku tunggu mari ler kalau berani, hidup Dato Arif PP

Pemerhati Luar Kawasan said...

pada kaki2 kipas n bodek...udahla tu cakap pasal azliza.dia dah cukup glamer dlm wilayahkini ni.kena kutuk pun dia kena puji pun dia jugaklah.apa kata kite citer pasal calon lain lak.tp sebelum tu aku mmg tabik springla kat ko liza.banyak peminat ko ropenye eh minah.biasalah tu dlam politik takkan ko nak kena puji je selalu sesekali bg free je la org lain kutuk skit,janji ko tau apa ko buat sudah.

HIDUP LIZA!!!Alamak aku pun dah mcm kaki kipas n bodek daa..tp yg ni ikhlas tp jauh geng.Selamattt

Anti Pendatang Tak Tau Hormat said...

Kita kasik mandi puteri yg bukan dr wilayah.kami org wilayah mahukan pemimpin dr wilayah sendiri untuk jd ketua kami.singkirkan pendatang tanpa izin.masuk negeri orang tak bagi salam macam best pulak nak jd ketua puteri wilayah.Awak tu sape???kat wilayah ni dah tak de pemimpin yg bagus dan berkaliber ke sampai nak kena import org perak?ke kat negeri sendiri pun org tak boleh terima??jawab YB jgn tak jawab...

GhostPrincess said...

" Hidup Fionna...!!

Hidup Segambut..!!

**GhostPrincess**

Anonymous said...

Puteri Seputeh punya web ni,rasanya kalau menang baru dihidupkan semula. itupun kalau menang, kalau kalah, dah tentu tak hidup lansung, jangan jadi macam daro Norza, lepas tak dapat jadi calon, abis semua dia lupakan, tak habis lagi tanggunjawab dah lepas, sekarang ada hati nak pertahan jawatn MT yang dilantik tu. Malu jee, Puteri Seputeh jangan jadi macam tu la.

Anonymous said...

Salam,

I suka cara KPU Puterajaya lemah lembut orannya, compare dgn KPU dari SEPUTEH.

Sorry ekk itu pendapat I

al;khalifah said...

kelembutan tidak boleh dinilai dari zahirnya,biar nampak keras tapi hati selembut sutera itu yang penting didalam kehidupan..... jangan menilai manusia dari luaran kerana manusia itu ada perasaan kadang-kadang yang cantik diluar itulah pemusnah dan yang hodoh itulah penyejuk didunia dan akhirat
salam,

bukan dari seputeh said...

puteri seputeh dah hidup kan laman web nye, ape cite ko, tak menang lagi pun tapi sikit lagi kut.... hee ko memang mulut jahat kan