Monday, August 11, 2008

KLIMAKS POLITIK DI WANGSA MAJU ; ZAINAL NAZERI BANGKIT SEMULA ! " CONFIRM" ~~ ZAINAL vs SHAFIE DI WANGSA MAJU !

Wangsa Maju ( WILAYAHKINI ) -- Berdasarkan info yang diterima oleh Wilayahkini petang tadi, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri telah berjaya mendapat had kelayakan pencalonan yang secukupnya untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian pada pemilihan bahagian pada bulan Oktober nanti.Pencalonan yang diterima dari Cawangan Taman Melati Kawasan 8 yang bersidang Sabtu lepas telah memberikan satu bentuk suntikan semangat untuk Zainal Nazeri untuk bangkit semula dalam usahanya untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian sekaligus menghidupkan peluangnya.
Perkembangan terbaru tersebut dikatakan telah memberi tamparan hebat kepada Datuk Mohamad Shafie Adbullah dan penyokong- penyokongnya yang begitu yakin bahawa Shafie yang juga merupakan penyandang Naib Ketua Bahagian akan menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian kali ini.Cawangan Taman Melati Kawasan 8 juga telah mencalonkan bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian.Para pemerhati politik menyifatkanya sebagai " klimaks politik" di Wangsa Maju. Wilayahkini juga sedang mendapatkan laporan lanjut mengenai situasi di Wangsa Maju. Akan menyusul !

5 comments:

cawangan melati men said...

kami nak ucapkan terimakasih kepada Wilayahkini yang telah menyiarkan berita mengenai fenomena pencalonan yang telah membuka mata kami di Wangsa Maju.

Anonymous said...

Tolong update sikit..

Anonymous said...

Hidup Tok Zainal

Anonymous said...

Tolong upadate sikit apa yang latest di Wangsa Maju?

Anonymous said...

Shafie tergamam...