Monday, August 4, 2008

FORUM PELAN PEMBANGUNAN KG BHARU : TAJUK DI SENSASIKAN ; PENDUDUK KURANG SENANG DENGAN TAJUK ? TERKINI : JANGAN CAMPUR URUSAN KL , AMARAN SARAVANAN !

(TERKINI ) Kuala Lumpur-- Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan dalam reaksi segeranya memberi amaran yang cukup keras kepada Menteri Besar Selangor supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran di Kuala Lumpur dan memintanya menumpukan masalah yang timbul di Selangor. " Di Selangor ada lebih banyak masalah lagi seperti masalah kandang babi dan sebagainya.Jangan nak sibuk jaga urusan Kuala Lumpur.Kita tahu apa yang patut di buat di KL.Sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak lebih baik dia jaga kawasanya baik - baik dulu.Inipun orang sudah marah kerana dia tak turun Bandar Tun Razak dan sanggup korbankan jawatan Ahli Parlimenya kepada Anwar Ibrahim.Inikah cara nak jaga rakyat?", katanya kepada pemberita selepas majlis Forum mengenai Pelan Pembangunan KL 202- untuk pemimpin-pemimpin MIC di WP. Majlis tersebut dirasmikan oleh Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu. Sarawanan yang juga merupakan Pengerusi MIC WP dan Ketua MIC Bahagian Titiwangsa juga memberi amaran kepada Kahalid Ibrahim supaya jangan politikan isu ini untuk kepentingan diri sendiri . - Laporan dari Wartawan Wilayahkini
Sila baca laporan Bernama mengenai komen Datuk M.Saravanan - KLIK DISINI (English) dan Saravanan Minta MB Selangor jangan Campur masalah di KL - KLIK DISINI
Laporan WILAYAHKINI sebelum ini......................................................................
Titiwangsa ( WILAYAHKINI ) -- Ketika ahli -ahli UMNO di Titiwangsa sedang sibuk dan terlalu ghairah dengan persidangan cawangan dan kempen jawatan untuk pemilihan bahagian , Kelab Sultan Sulaiman dijadikan venue oleh Pakatan Rakyat menerusi kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa - Dr. Lo Lo untuk menganjurkan satu forum Deraf Pelan KL 2020 mengenai Pelan Pembangunan Kampung Bharu.
Namun Wilayahkini terkejut apabila tajuk forum tersebut ternyata di politikan oleh pihak pembangkang dengan tajuk : " MASA DEPAN KAMPUNG BHARU: BERSAMA SELANGOR ATAU DBKL". Wilayahkini yang turut menerima beberapa emel hari ini mengecam keras tindakan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang cuba menaikkan sentimen politiking yang terlalu kuat untuk kepentingan diri sendiri dan bukanya untuk masa depan penduduk Kampung Bharu.Mereka juga mempertikaikan niat sebenar Khalid Ibrahim secara tiba - tiba untuk mendampingi penduduk Kampung Bharu. " Kemana perginya si Khalid Ibrahim ini selama ini.Tak pernah tunjuk muka pun di Kampung Bharu.Kenapa tiba - tiba? tanya seorang pengirim emel kepada Wilayahkini.
Pengirim emel itu juga mempersolalkan niat sebenar Ahli Parlimen Titiwangsa Dr.Lo Lo yang bagaikan berlakon kerana sebelum ini semasa majlis Forum di DBKL beliau bercakap lain tetapi semalam cakap lain.Kenapa Dr.Lolo mahu isu ini dipolitikkan sehingga memberi kebenaran memberikan tajuk BERSAMA SELANGOR ATAU DBKL? Penduduk Kampung Bharu rata - rata memang mengalu - alukan sebarang perjumpaan untuk membincangkan masa depan Kampung Bharu dengan terbuka tetapi mereka tidak mahu isu ini disensasikan dengan tajuk - tajuk yang sensitif.
Apakah tindakan UMNO Titiwangsa dan agensi yang lain selepas ini ? Apakah reaksi mereka ? Apakah mereka akan berdiam diri begitu sahaja ? Ini semua berlaku kerana UMNO gagal mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU 12 baru - baru ini. Kita sama - sama tunggu .Apakah pendapat anda?
Pada pertemuan semalam, Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bersedia membangunkan Kampung Bharu kerana Kampung Bharu terletak di bawah Selangor suatu ketika dulu.

9 comments:

aku sayang kampung baru said...

Belum dapat 'digest' tajuk kali ini sepenuhnya pasal belum dapat maklumat dari orang kampung. Tapi Selangor saya rasa memang ada hak dekat Kg Baru, sebab tidak silap saya tapak tanah Pasar Minggu yang sering dirujuk untuk pembangunan itu di miliki oleh PKNS.(sila semak dengan pejabat tanah untuk kepastian) Kini PKNS di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Mereka secara otomatik bertapak di Kampung Baru. Namun begitu kuasa pentadbir Lembaga MAS mengikut enakmen jangan dipandang endah tak endah. Kerana mereka adalah badan bebas berkecuali dan tiada kaitan politik.

Cuma yang perlu kita fahami samada ada atau tidak penyerahan secara rasmi kawasan Kampung Baru ini oleh Selangor kepada Wilayah Perseketuan pada tahun 1974. Dokumen ini penting saya rasa.

Anonymous said...

MAS bukanlah badan bebas seperti yang saudara maksudkan. MAS mendapat sumber kewangan dari DBKL kerana pengerusi Mas adalah pengarah DBKL. jadi disini MAS bukan lah sebuah pentadbiran yang berkecuali kerana dibayangi oleh DBKL. itu sebab pelan pembangunan kampung baru pihak MAS tidak pernah mengeluarkan pendapat mereka tentang isu ini.cuba kita renungkan bersama sebelum ini pihak DBKL telah memanggil penduduk datang ke DBKL untuk mendapat maklum balas. Apabila diajukan soalan Pegawai yang ditugaskan tidak mendapat menjawab soalan dan juga mesej yang hendak disampaikan kepada pemilik tanah tidak sampai dengan sempurna. dan berlaku kekecohan.

berkaitan pasar minggu.... jika isu tanah menjadi ukuran sekarang memang PKNS berhak keatas tanah ini kerana tiada nama DBKL didalam geran yang telah disemak oleh penduduk disitu. beberapa bulan lalu kecoh kerana DBKL menghalau penduduk pasar minggu dan mengelar mereka sebagai setinggan.DBKL telah mendakwa tanah berkenaan telah dibeli lebih dari 20 tahun. kini jelas proses penukaran nama juga tidak selesai lebih dari 20 tahun kenapa????? dalam hal ini PKNS masih berdiam diri berikutan isu tanah di pasar minggu. hanya DBKL sahaja mendakwa telah membeli dan PKNS masih berdiam dan tidak pula mendak telah menjual. ATAU mungkin ada unsur penyelewengan ketika proses jualbeli tanah ini. itu tidak dapat dipastikan. kalau tidak silap saya penduduk pasar minggu ada blog mereka sendiri www.beliapasarminggu.blogspot.com

berkaitan dengan isu politik juga...... selama ini umno menjadi tunjang kepada penduduk kampung baru. tapi cuba kita lihat suasana di kampung baru sekarang. tiada projek yang memberi manfaat kepada penduduk yang ada hanya pengindahan persiar jalan kaki dan jalan raya yang diturap baru. selain itu tiada apa yang dapat dibanggakan oleh penduduk kampung baru. itu sebab mengapa bn kalah pada pru 12.

aku sayang kampung baru said...

MAS tidak bersuara kerana dari segi asasnya ia tidak perlu untuk bersuara. Kerana segala perancangan yang dibuat DBKL tidak merujuk langsung kepada keperluan yang terkandung dalam enakmen MAS. jadi buat apa Lembaga MAS nak sibuk bantu DBKL. Oleh itu pegawai DBKL tu tak faham 'BASIC' Kampung Baru dan akhirnya tidak mencapai objektif sesi tersebut. Pembetulan saudara Pengerusi MAS ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, bukan Pengarah DBKL. Kalau bukan Datuk Bandar yang berhak juga ialah Yang DiPertuan Agong.

Ikut kenyataan sidang Dewan Rakyat Parlimen Kesebelas Penggal Ketiga (DR.27.6.2006)Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato Seri Nazeri Aziz menjawab kepada Dato' Astaman bahawa Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 (The Malay Agricultural Settlement Rules 1951), Warta Selangor No.50/1951 masih lagi berkuatkuasa!Dan ia hendaklah terus berkuat kuasa dalam Wilayah perseketuan sehingga undang-undang bertulis itu dimansuhkan, dipinda atau dengan digantikan dengan undang-undang yang diluluskan parlimen.

Begitu juga GABEM, mereka perlu faham kedudukan tanah di Kampung Baru yang berundang-undang sebelum membuat apa-apa keputusan yang akhirnya membawa kepada kepincangan.

Anak Jati Jalan Raja Uda said...

Dato' Astamam, betul ke Parlimen jawab macam tu kat Dato'pasal Kampung Baru? Kenapa kami tak tau masa Dato' jadi wakil rakyat kami?
Jadi apa kesimpulannya?

Peminat Sejarah said...

Dari mana kami nak dapatkan Malay Agricultural Settlement Rules 1951 ni? Dari arkib negara ke, saya harap Wilayahkini boleh bantu?

bisik-bisik kg baru said...

dengar-dengar Kg Baru ada anjurkan Kejohanan Dam Aji? Bagus lh tu. Ada juga platform untuk rakyat jelata mewarnai permainan rakyat ni.

bisik-bisik kg baru said...

dengar-dengar Kg Baru ada anjurkan Kejohanan Dam Aji? Bagus lh tu. Ada juga platform untuk rakyat jelata mewarnai permainan rakyat ni.

Anonymous said...

future ke me

[url=http://umachinadvanc.blogspot.com]ugg machine advanced[/url]
[url=http://rowin-short-bla.blogspot.com]rowing shorts black[/url]
[url=http://boxohiki.blogspot.com]boxer oil hiking[/url]
[url=http://creplamd.blogspot.com]crepe lamp dog[/url]

mostly viewed tgs a

Anonymous said...

bookmarks bergz

[url=http://powlaatom.blogspot.com]power lamp atomic[/url]
[url=http://meta-hom-rai.blogspot.com]metal home rain[/url]
[url=http://tripod-head.blogspot.com/2009/10/3d-tripod-head-solidly-engineered.html]3d tripod head[/url]
[url=http://firewimougoogl.blogspot.com]firewire mouse google[/url]
[url=http://taztabadvance.blogspot.com]tazo table advanced[/url]

recent egfgp