Sunday, August 17, 2008

PEMUDA DI WP : MASIH ADA HARAPAN BARU ? PENCARIAN PEMUDA BARU YANG BERKALIBER SUDAH BERMULA ; PERSAINGAN MENJADI PERHATIAN DAN TUMPUAN !

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Perhitungan politik di peringkat Bahagian yang melibatkan Pergerakan Pemuda di Wilayah Persekutuan memang menarik perhatian dimana beberapa muka baru yang berkaliber menampilkan diri untuk memberikan imej baru kepada Pemuda WP setelah di tinggalkan begitu sahaja oleh Ketua Pemuda WP Datuk Norza Zakaria. Perangai Norza sebelum dan selepas PRU ke 12 bukan sahaja tidak disenangi oleh ramai ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan malah mereka mahukan satu kepimpinan yang lebih berwawasan di Wilayah Persekutuan selepas ini- dimana KL menjadi gerbang utama politik negara.
Wilayahkini difahamkan beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan menyaksikan saingan yang sengit termasuk di Batu , Segambut, Setiawangsa, Wangsa Maju, Titiwangsa, Putrajaya,Lembah Pantai Labuan dan di Seputeh.
Di Kepong, Bandar Tun Razak dan Cheras dijangka tiada pertandingan dimana penyandang Ketua Pemuda Bandar Tun Razak -Rizalman dan penyandang Ketua Pemuda Cheras- Syed Mehdar dijangka menang tanpa bertanding.
Mengikut rekod terkini hanya 3 orang Ketua Pemuda Bahagian di Wilayah Persekutuan yang layak dapat bertanding dan yang lain terpaksa melepaskan jawatan masing - masing kerana faktor umur. Ketiga - tiga penyandang Ketua Pemuda termasuklah - Ketua Pemuda Putrajaya ( Datuk Zaki ), Ketua Pemuda Cheras ( Syed Mehdar ) dan Ketua Pemuda Bandar Tun Razak ( Rizalman ).
Penyandang Ketua Pemuda WP Norza Zakaria yang juga merupakan Ketua Pemuda Wangsa Maju dan Ahli Majlis Tertinggi ( lantikan wakil Pemuda UMNO Malaysia ) dikhabarkan sedang mencari peluang bertanding kerusi Majlis Tertinggi.
Rata- rata bahagian - bahagian menyaksikan persaingan 2, 3 dan di Setiawangsa dikatakan akan ada pertandingan empat penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda. Antara kawasan panas ialah di Putrajaya yang melibatkan persaingan antara Datuk Zaki dan Pegawai Khas Menteri Pelajaran Tun Faizal, walaupun ada ura - ura akan ada usaha pendamaian.
Selain Putrjaya, persaingan di Batu, Seputeh, Titiwangsa dan Segambut turut menarik perhatian. Pencarian Pemuda - sudah bermula di Wilayah Persekutuan. Berita lanjut akan menyusul - mengikut bahagian. Nantikan di Wilayahkini ! ( Hantarkan komen , info terkini kepada Wilayahkini dengan gambar)

21 comments:

Anonymous said...

mana pergi norza dan syed mehdar... nasib baik zaki ada tu pun duduk kat kemah VIP dengan khairi apa tak turum kat padang tolong sama-sama team BN sorakkan PKR

Tak kelas ke campur dengan orang ramai

Anonymous said...

mana pergi norza dan syed mehdar... sorry DI PERMATANG PAUH hari penamaan calon nasib baik zaki ada tu pun duduk kat kemah VIP dengan khairi apa tak turum kat padang tolong sama-sama team BN sorakkan PKR

Tak kelas ke campur dengan orang ramai

Anonymous said...

Jom kita cari pemuda baru...

wmd 4859 said...

salam.....
adakah sikap ketua pemuda spt zaki yg pemuda WP perlukan?
dah lah diwar-warkan akan memegang tampuk pergerakan pemuda WP.....
semasa di permatang pauh, saya bersama 2 orang rakan2 UMNO tlh dikepung oleh penyokong2 PKR yg tlh bertindak gila seperti dirasuk hantu.....
Alhamdulillah, Tuhan sayangkan nyawa kami kerana kami tidak mempunyai niat utk menyakiti mereka.
adakah zaki dan bakal2 ketua pemuda WP pernah mengalami keadaan spt itu?
sy difahamkan, zaki tlh membayar khairun tan sri aseh sebanyak 500juta dlm bentuk projek dan tan sri aseh sendiri mendpt kedudukan tertinggi di beberapa GLC kerajaan.....

Anonymous said...

SAYA TELAH MENJADI PENGUNDI BN (UMNO) KHASNYA SELAMA 49 TAHUN, TAPI SAYA AKAN BERUMBAH UNDI JIKA ORANG MACAM MAT ZAKI DI JADIKAN PEMIMPIN ..INSYALLAH GOOD BYE.

BELIA PASAR MINGGU said...

tumpang lalu

pemuda jalanan said...

Segambut menyaksikan usaha perubahan ka arah satu budaya politk yang baru,, iaitu cuba mengnyahkan politik wang sebagai sandaran untuk mendapatkan kedudukan dalam pencalonan dan pemilhan. Sekiranya gagal di pemilihan, setidak-tidaknya ia cuba membuktikan sesuatu yang baru, sekiranya menang itulah perjuangan tulin untuk membersihkan nama UMNO yang tercalar teruk dengan budaya yang tidak sihat ini. Di doakan saudara Rizal berjaya membuktikan dasarnya.

pemuda WANGSA MAJU said...

Saya setuju dgn berita Wilayahkini.Norza telah abaikan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda WP yang baik selepas tak dapat jadi calon.Tapi dia merupakan Set Pol, MKT yang dilantik dari Pemuda Malaysia.Kalau dia betul - betul iklhas nak bantu, dia dah lama bantu dah.Inilah contoh pemimpin yang pentingkan diri sendiri. Website Pemuda WP pun dah lam tak update sepertimana di lapor di Wilayahkini dulu.Cukuplah penderitaan ini.Marilah kita singkirkan pemimpin seperti ini di WP.Buang masa aja.

Anonymous said...

Setuju saranan Wangsa Maju.Apahal di Setiawangsa? Betulker 4 penjuru ?

piut panglima said...

pd pemuda2 & puteri2 yg dikasihi...saya menyeru agar anda jdkan tahun pemilihan ini sbg satu penanda aras bg anda maju ke depan. btulkan & ikhlaskn niat hati anda . marilah kite bersama2 bangkit membela bangsa, agama & negara yg tercinta ini. jgn biarkan org lain pijak kite. ini tanah hak milik kite. kite dh tak de tempat lain utk kite merantau seandainye kita dihalau dr bumi bertuah ini. fikir2kan lah ape yg saya bicarakn disini. sesungguhnya allah bersama2 dgn hambanya yg ikhlas...insyaallah

Anonymous said...

wmd4859

A'kum rakan2 seperjuangan. kpd WMD4859, inikah perjuangan kamu ?
kenapa kita sesama bangsa duk mengutuk & menjatuhkan sesama umat islam. ada kita terdengar pemuda mca @ mic kutuk ketua mereka?
brader, pandai-pandailah berkawan, jgn tak dapat apa yg diminta, lepas tu belasah org tu. cuba beratus kali lah. sy pun bnyk kali gagal tapi tak pernah dendam dgn mereka. akhirnya dapatlah jugak 1 kerja, mereka bantu cuma kadang2 tu kita taknak tahu kelemahan kita dlm memenangi tender @ rundingterus.
oh,ya... mana punya maklumat kamu dapat yg dato' zaki beri projek 500juta kat khairun. ooo, kalau khairun tak bertanding, dapt projeklah.. inilah sikap org melayu. suka tuduh menuduh. tapi kalau khairun dapat projek 500 juta, baguslah, org melayu jugak yg kaya. apa nak dengki sgt. berap ramai org melayu yg kaya berbanding dgn kaum lain ? so apa nak dengki sgt.
lagipun, dato' zaki bukan punya kuasa utk beri projek sebesar itu. kena lalui pelbagai prosuder ketat. tak semua pegawai kerajaan akan beri laluan mudah kpd projek runding terus. syarikat yg benar2 layak akan diberikan. sy pernah cuba & tahu laluannya susah walaupun ada minit pm. cuba & terus berusaha.

Razlan said...

Pencarian ini bukan main-main..

Syed Medhar, Zaki dan Rizalman merupakan senior didalam Pergerakkan Pemuda WP.

Semangat dan Jasa mereka tidak perlula kita pertikaikan kerana mereka telah buat yang terbaik diantara terbaik.

Syed Medhar, merupakan Setiausaha yang disegani di WP. Semangat dan jatidiri didalam mengadakan program2 di peringkat negeri juga amat teratur dan baik.

Rizalman, Seorang yang kuat berkerja sampai BTR tidak ada pertandingan. Semasa memegang jawatan Ketua Penerangan, beliau telah membuktikan kemampuan beliau untuk menjalankan aktiviti yang baik dan bersemangat.

Zaki, sebagai Bendahari Pemuda telah menjalankan usaha beliau untuk memberikan pertolongan kepada Pergerakkan Pemuda. Dan tidak perlulah kita membangkitkan perkara yang tak pasti didalam Blog ini.

Macam saya cakap tadi, Pencarian ini bukan main-main, Penemuannya nanti akan dihidangkan dengan TANGGUNGJAWAB yang berat.

Sama-sama lah kita berdoa agar semua pencarian di setiap Bahagian nanti di TEMUKAn kepada Pemimpin yang Berwawasan dan Dirahmati Allah...

Jangan kita Menjadikan Fitnah sebagai RAJA didalam Blog ini, buatlah ruangan ini sebagai ruangan menyatakan visi dan misi ...

Ginggo ....

pemuda setia said...

Saya sokong cadangan Razlan.Wilayahkini telah membuka satu peluang untuk kita semua.Marilah kita sama - sama berjhujah secara rasional tanpa menyinggung perasaan mana- mana pihak. Salam

Anonymous said...

razlan,

saya memang faham tentang tugas2 berat mereka... tetapi dato zaki lebih memberatkan tugas beliau di perhubungan... kami yg di akar umbi ini diabaikan... setiap hari beliau menipu kami dengan janji2 oleh pegawai beliau... beliau perlu ingat tanpa kami siapalah beliau didalam umno bhgn!!!

Anonymous said...

Untuk pengetahuan mat anonymous yang 1st, zaki memang ada Permatang Pauh bersama-sama dengan Pemuda Putrajaya dan pemuda2 lain seperti Zailan Bukit Bintang, Hisham Penang,Tun Faisal, Hanif Kepong.......Semuanya lepak ditengah padang yang panas terik. Lepas tu dia bersama-sama Pemuda Putrajaya telah meredah hujan untuk mengambil kereta. Jadi kita jangan la jadi bangsa YAHUDI yang kuat menipu dan asyik nak menjatuhkan orang, nak memalukan orang......Aku nak tahu pukul berapa kau datang masa penamaan calon sampai nak kena pukul? Setahu aku siapa2 yang datang lambat je yang teruk kena kacau dengan orang PKR.

JANGAN JADI MELAYU HAPRAK......

Razlan said...

Terima Kasih saudara Anonymous...

Apa pun .. kita memang tidak sempurna, cuma saya khuatir apabila kita mempermainkan isu peribadi secara terbuka maka tidak ada kebaikkan yang dapat kita hasilkan.

Pencarian Ketua Pemuda adalah satu platform yang membuka kepada generasi baru untuk menilai dan mencari Pemimpin yang berjiwa Melayu dan Berwawasan ...

Macam ada Orang Lama Cakap gan saya...

Hadi Awang dengan Nik Aziz Bukan nya ngam ... tetapi mereka tidak akan berperang sesama mereka di Platform yang terbuka.. apa orang luar cakap nanti ...

Itu lah maksud saya.. dari segi kerja yang diabaikan .. perlu ditegur menggunakan Platform yang betul ..

Jangan kita gaduh di luar gelanggan kita .. orang tengok, malu.. dulu kalau kita gaduh pun .. orang PAS dan DAP tidak tahu ... sekarang ni .. satu Malaysia tahu ..

Itulah yang saya takut dan khuatir ..

sekadar berkongsi ...

pemuda jalanan said...

Nawaitu semua bakal ketua pemuda perlu jelas sejelas-jelasnya. Bak kata orang ramai, zaman agenda peribadi kini perlu di tinggalkan. Teruskan perjuangan insyallah Allah menentukan kedudukan kita di dalam masyarakat dan kepimpinan.

Perjalanana dato' Norza yang cukup hebat pada awalnya, dengan lantikan sebagai ketua Pemuda Wilayah, Ahli Majlis Tertinggi, Sect Pol Pak Lah dan lain-lain telah dirosakkan oleh dirinya sendiri. Akibat mengikut hawa nafsu untuk mendapat yang lebih 'atas ' lagi dalam kedudukan kepimpinan sebagai calon PRU. Allah maha menentu. Dia tak dapat. Akibat pemberontakan dalaman diri, beliau terus meninggalkan peranan dan tanggungjawab asasnya sebagai Ketua Pemuda Wilayah yang telah diamanahkan lantikannya sesama mereka sahaja (ketua-ketua pemuda wilayah), bukan akarumbi yang lantik.

Kesilapan sebegini, alhamdulillah kita dapat menyaksikan sendiri contoh bagaimana agenda peribadi telah merosakkan seorang pemimpin untuk terus berbakti kepada parti. Hanya akibat hajat tidak kesampaian.

Hanya sekadar renungan bersama untuk bakal-bakal Ketua Pemuda dalam Wilayah Persekutuan. Don't repeat the same mistakes!!!

Anonymous said...

Hebat hujah dari Pemuda Jalanan.Cukup bernas dan tepat.Kita dapat hayati sendiri.

Anonymous said...

anonymous

Salam semua,
Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.Sememangnya tidak dapat dinafikan kalau bersama dalam UMNO maka orang muda(baru) seandainya kelibat seseorang berpotensi menyerlah untuk menjadi pemimpin maka akan dicantas dari seawal mungkin. Bila agaknya keadaan akan berubah. Dato Norza umpama permata yang belum berkilat tetapi memandangkan cahaya sudah mula berkelip menerima nasib yang sama. Cubalah kalian amati ucapan beliau dan matlamat perjuangan beliau. Apa selama ini beliau berdiam diri dan berpeluk tubuh kah ? Apa yang beliau tak bantu dan apa yang beliau tak curahkan kepada generasi baru/ Bawa lah berfikir sejenak tidak kah rasa kesal dengan 'future' anak bangsa yang bernama Mohamad Norza Zakaria.

Anonymous said...

anonymous

Salam semua,
Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.Sememangnya tidak dapat dinafikan kalau bersama dalam UMNO maka orang muda(baru) seandainya kelibat seseorang berpotensi menyerlah untuk menjadi pemimpin maka akan dicantas dari seawal mungkin. Bila agaknya keadaan akan berubah. Dato Norza umpama permata yang belum berkilat tetapi memandangkan cahaya sudah mula berkelip menerima nasib yang sama. Cubalah kalian amati ucapan beliau dan matlamat perjuangan beliau. Apa selama ini beliau berdiam diri dan berpeluk tubuh kah ? Apa yang beliau tak bantu dan apa yang beliau tak curahkan kepada generasi baru/ Bawa lah berfikir sejenak tidak kah rasa kesal dengan 'future' anak bangsa yang bernama Mohamad Norza Zakaria.

Anonymous said...

SEREMBAN – Pemimpin dan ahli UMNO digesa supaya menghentikan segala perbalahan sesama sendiri sekiranya mahu menarik semula golongan muda yang dilihat semakin ramai menyokong pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perbalahan di antara ahli UMNO sendiri menyebabkan sokongan generasi muda terhadap parti itu semakin merosot, sekali gus berpihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, situasi itu amat membimbangkan sekiranya generasi muda terus menyokong pembangkang dan mula hilang kepercayaan terhadap UMNO, termasuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Masalah dalaman itu yang melemahkan parti. Ia akan menjadikan golongan muda keliru dan mula pandang serong kepada parti. Apabila mereka rasa UMNO tidak sehaluan antara satu sama lain. Mereka mula beralih kepada pembangkang,” katanya.

Beliau turut memberitahu, terdapat dalam kalangan pemimpin UMNO yang memberi contoh tidak baik kepada orang bawahannya dengan mencerca pemimpin atasan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Apa yang berlaku sekarang, wujud sikap seperti itu sehingga ada antara golongan muda tidak lagi berjuang untuk UMNO tetapi mengikut kumpulan tertentu.

"Susah kita mahu gerakkan parti apabila masing-masing tidak lagi sehaluan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Jamlus bagaimanapun berkata, ia bukan bermakna UMNO sudah terlewat untuk membetulkan semula keadaan, sebaliknya menyarankan agar semua pemimpin dan ahli UMNO sepakat bertindak untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Adalah lebih baik kita sesama parti berbincang selesaikan masalah bersama. Ini seolah-olah kita hilang panduan dan sikap itu akan merugikan parti sendiri,” katanya.

Sementara itu, bekas Exco Kerajaan Negeri itu berkata, sikap generasi muda yang mudah terpengaruh menyebabkan pembangkang mengambil peluang menarik golongan berkenaan untuk menyokong mereka.

“Ini sesuatu yang amat membimbangkan. Generasi muda ketika ini sudah tidak tahu sejarah, termasuk fungsi penubuhan UMNO dan bagaimana parti ini berjuang mendapatkan kemerdekaan negara.

“Sebaliknya mereka lebih suka menjadi pengikut dengan menyokong pembangkang. Mereka tidak ada lagi berfikir panjang dan semangat ingin tahu apa itu UMNO dan apa kesannya sekiranya pembangkang menjadi pemerintah negara,” katanya.

Beliau berkata, masalah ini sebenarnya berpunca daripada perubahan zaman terutama apabila wujud maklumat bebas menerusi internet yang mudah mempengaruhi golongan seperti itu.

“Tidak dinafikan, golongan muda sekarang lebih gemar mendengar berita yang lebih kepada mencerca pemimpin dan kerajaan. Biarpun kita memberi penjelasan, mereka tetap percaya dengan berita yang ada kalanya tidak benar. Ini masalah kita,” katanya.