Monday, August 11, 2008

TERBARU MENGENAI ISU KAMPUNG BARU : JANGAN POLITIKKAN ISU PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU KATA MENTERI WP !

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini dengan lantang menyuarakan supaya jangan politikkan usaha pembangunan Kampung Baru. Beliau berkata untuk memastikan pembangunan Kampung Baru dapat dilaksanakan dengan efektif dan teratur kerajaan berpendapat ianya tidak boleh dipolitikkan dan pelaksanaan serta agensi pembangunanya harus berada di bawah kerajaan.SILA KILIK DISINI - Bernama.com ver 5.0 . Isu Pembangunan Kampung Baru menjadi perhatian baru-baru ini, apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor bersedia untuk membangunkan Kampung Baru dimana kenytaan tersebut dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad,Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan dan juga Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan - yang dengan lantang bersuara supaya Khalid Ibrahim jangan campur tangan dalam isu Kuala Lumpur dan memintanya menjaga Selangor . Sila rujuk berita - berita mengenai isu ini di Wilayahkini sebelum ini !

22 comments:

Anonymous said...

NAK TANYA SIKIT. MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE BUKAN ORANG POLITIK KE????????. PIKIR LAH SENDIRI. DATUK SERI PUN ORANG POLITIK JUGAK. JANGAN NAK KATA ORANG LAIN PULAK.

SAYA RASALAH LAH ORANG KAMPUNG BARU SEKARANG INI SEDANG MEMIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI MEREKA SAHAJA. DALAN SITUASI INI ORANG KAMPUNG BARU MAHUKAN SESUATU KAEDAH YANG AKAN MEMBOLEHKAN KEDUA-DUA PIHAK MENANG (WIN-WIN SITUATION).

SEPATUTNYA DBKL HARUS BERBINCANG TERLEBIH DAHULU, DARI MULA2 PERANCANGAN DALAM SOAL PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU. BUKANYA PELAN DAH SIAP BARU NAK BINCANG. INGAT SIKIT TANAH DISINI ADA PEMILIK. DBKL TAK BOLEH SUKA-SUKA NAK AMBIK TANAH DISINI.

SOAL BANTAHAN ADAKAH DBKL TELUS DALAM SOAL BANTAHAN INI.

pemerhati kg baru said...

Sokong saudara di atas, perkara ASAS kena betulkan dulu, jangan main nak ambik buat proposal sana, buat proposal sini, deraf itu dan ini. Hujung pangkal keliru. Kampung Baru ada undang-undangnya {Rules By Law} yang tidak pernah dimansuhkan sehingga ke hari ini. Kena ikut tatacara susila Enakmen MAS ni. Macam juga kita kena ikut DBKL Rules By-Law Undang-Undang Kecil Bangunan 1984.
Sebenarnya semua orang politik nak kaut keuntungan tanah ni. Nawaitu tu tak jelas. Ada udang disebalik mee!!!! Sekali buat proposal untuk DBKL berapa fee duit keluar? Setakat nak keluarkan duit bayar fee proposal yang tentunya salah/tak masuk akal, itu menghabiskan duit rakyat.
Kg Baru ramai anak tempatan intelek-intelek, kredibiliti dan berkedudukan tinggi dalam pentadbiran kerajaan macam Ambrin Buang, panggil mereka yang betul-betul ikhlas untuk membantu dan membetulkan apa yang silap agar masalah dapat diselesaikan. Mereka yang dah kena label Malaun, tak payah panggil lah, your time is over. Macam orang dulu-dulu main badminton 'SERVICE OVER'!!!

budak Kg Baru said...

Kami anak Kampung Baru ingin ucapkan ribuan terimakasih kepada Datuk Seri Zulhasnan Rafique sebagai seorang Menteri yang bertangungjawab di WP dan sebagai seorang anak melayu dengan lantang dan jelas telah membuat satu kenyataan yang begitu inforamtif untuk direnungkan bersama kerana ianya satu info yang menceritakan cerita yang sebenar disebalik Pelan Pembangunan Kampung Baru. Kami juga ingin ucapkan tahnniah kepada beliau kerana di zaman beliaulah isu Kampung baru ini dapat dibentangkan sebagai satu pelan dan dibukukan dalam Pelan Deraf KL 2020 yang bervisikan bandaraya maju di dunia.Seperti katanya, ianya hanya merupakan satu pelan deraf.Masa inilah kita sebagai anak Titiwangsa kena bersatu memberi cadangan , bantahan yang patut kepada DBKL dan juga Kementerian WP.Jangan kita nak sibuk main politik dan bersilat aja.Kalau macam ini tabiat kita Kag Baru ini takkan maju bila - bila masa pun.Inilah pelluang terkahir kepada kita semua untuk bentangkan semua cadangan - cadangan yang kita mahukan.Kita kena baca kenyataan Datuk Zulhasnan di akhbar tempatan hari ini.Bacalah betul - betul.Jangan nak asyik desperado aja.Jangan jadi macam Lo Lo dan Khalid Ibrahim yang konon -kononya nak bantu Kampung Baru dengan niat yang lain.Buat tajuk : Kg Baru membangun bersama Selangor atau DBKL ? Itulah otak mereka.Tak pandai fikir.Tahnniah kepada Wilayahkini yang juga telah membongkarkan isu itu juga.Khalid Ibrahim ini hantu malam.Jangan percayakan dia.Kami semua tahu apa agenda dia.Marilah kita sebagai umat Melayu bersatu memberikan kerjasama kepada Menteri yang sama bangsa dgn kita untuk membangunkan Kg Baru.Kalau esok dah ada Menteri dari Majlis Peguam jadi Mnteri WP..lanyaklah kita semua.

Mat Rempit, Titiwangsa said...

Cantik saranan budak Kampung Baru .Kita kena baca betul - betul apa yang ditulis di akhbar melayu hari ini.Bacalah kat Berita Harian tu.Menteri sendiri menulis pasal isu Kampung Baru.Dia menulis atas kapasitinya sebagai Menteri.Kita tabik dialah, kerana dia menulis satu bentuk sejarah yang tersirat dan tersurat mengenai pelan deraf KL yang membabitkan Kampung Baru.Kalau kita nak tolak Pembangunan Kampung Baru pun Menteri dan DBKL tak rugi apa apa pun cuma yang kena kitalah.Kampung ini tak akan maju pada bila - bila masa.

Anak UMNO said...

Tahnniah Datuk Seri kerana bantu menyuarakan isu mengenai Kampung Baru ini.Sebelum ini Datul Leman dan Bahrim juga telah suarakan dgn lantang.Khalid Ibrahim lebih baik jaga kandang babi di Selangor.Jangan nak kacau di KL.Mananya pergi kamu sebelum ini.Untuk Lo Lo pulak jangan lah nak cari publisti murahan.Nak beri RM 50 ribu konon.Kerajaan dah belanja 100 juta untuk pembangunan infrastruktur Kampung Baru lah.

TOM YAM KG BARU said...

Baca betul - betul rencana Datuk Zulhasnan di akhbar hari inilah sebelum nak komen tu.Tahnniah Datuk.Satu rencana yang mantap.

Anonymous said...

Ibilah sikap segelintir orang melayu.Apabila seorang Menteri sama bangsa dgn kita nak bantu mereka kata macam- macam.Bila kita nak maju.Bacalah betul - betul.Kita kena tengok kronologi sepertimana yang diceritakan oleh Datuk Menteri.Seperti kata seorang rakan, sebagai seorang Menteri Islam beliua telah ambil langkah untuk dgn niat untuk memajukan Kampung Baru.Orang lain tak kisah langsung tapi beliau begitu prihatin sejak tahun 2004 dalam usahanya untuk membuat pelan dan seterusnya disertakan dalam pelan pembangunan KL.Tahnniah Datuk Seri.

Kamal, jentik Pemuda said...

Saya juga nak ucap syabas kepada Menteri WP selepas baca rencananya di akhbar Utusan dan BH hari ini.Memang satu kebenaran.Harap Dato dapat buat satu seminar sehari bertajuk : Masa Depan Kampung Baru .

setiawangsa gals said...

Tahnniah Datuk.Teruskan usaha anda.

UMNO Segambut said...

Hidup Kampung Baru dan Hidup Melayu.

bisik-bisik kampung baru said...

Saya ada baca dan semak juga dengan orang kampung. Ada maklumat yang bercanggah. Unit Khas Pembangunan Kampung Baru yang di sebut oleh Menteri yang di anggotai oleh pegawai DBKL, Pejabat Tanah dan Kementerian di Dewan Serbaguna, Jalan Hamzah sebenarnya dah tidak wujud sejak 2 tahun yang lepas. Isu - isu tanah orang kampung di tadbirkan sendiri oleh Lembaga Pentadbiran (M.A.S.)Kampung Baharu Kuala Lumpur sehingga ada orang kampung yang meletakkan geran tanah mereka untuk disimpan di pejabat Lembaga MAS. Segala rekod-rekod hakmilik tanah dari awal pembukaan tanah masih ada di pejabat Lembaga MAS.

Bilik yang pada awalnya ditempatkan Unit Khas Pembagnunan Kampung Baharu yang juga dikenali 'Bilik NADI' yang telah ditinggalkan itu telah diluluskan oleh DBKL untuk digunakan semula oleh Lembaga MAS sebagai pejabat urusetia Pertandingan Dam Aji, tetapi senyap aje kata nya. Kini bilik itu dipohon sekali lagi oleh Lembaga MAS untuk dijadikan pusat rujukan utama untuk 'MENGENAL PASTI PEWARIS' dimana setiap anak kampung baru dimana sahaja berada di dunia ini boleh merujuk dan mengenalpasti salasilah dan asal usul keluarga mereka semenjak seawal 1900 'an lagi. Saya rasa usaha yang murni ini kita patut sokong kerana ia dijangka boleh membuka ruang untuk menyelesaikan masalah pusaka yang menjadi tuntutan agama Islam. Dan menjadi tanggungjawab kita yang hidup untuk menyelesaikan yang mati.

anak jati Jalan Raja Uda said...

Tahniah UMNO SEGAMBUT kerana tempat awak ada bawak usul pasal tempat kami tahun lepas. Hidup Melayu, Hidup Kampung Baru.

aku sayang kg baru said...

Saya berpendapat Menteri Wilayah perlu menerangkan perkara yang sebenarnya mengenai Kampung Baru. 1. Dari segi kedudukan enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS)
2. Kedudukan Lembaga Pentadbiran(MAS) Kg Baru yang dipertanggungjawabkan mentadbir Kg Baru mengikut peruntukan enakmen
3. Kedudukan dan syarat kegunaan tanah di Kg Baru mengikut keperluan enakmen

Itu perkara asas yg perlu difahami oleh semua sebelum mebincangkan pembangunan kg Baru.

Anonymous said...

Saya sokong sama sayang kg baru, samada Menteri pasti tak item 1,2,3 itu dia faham. Dan juga fakta kenyataan akhbarnya yg tak 'up todate'. Kesian dia. Tapi pembangunan kita tetap ndak.

wakil jalan Raja Muda Musa said...

Apa cerita GABEM pasal KG Baru masa konvensyen hartanah Bumiputera ahad lepas? Siapa ada maklumat? Boleh kongsi sama.

Ya lah saya kesian juga kat menteri kita pasal pegawai dia tak buat research dan update kan info sebelum dia buat press statement kat Bernama.

wakil jalan Raja Muda Musa said...

Apa cerita GABEM pasal KG Baru masa konvensyen hartanah Bumiputera ahad lepas? Siapa ada maklumat? Boleh kongsi sama.

Ya lah saya kesian juga kat menteri kita pasal pegawai dia tak buat research dan update kan info sebelum dia buat press statement kat Bernama.

Anonymous said...

Sesiapa yang berhajat nak tahu lebih lanjut pasal Kampung Baru hubungilah pejabat Lembaga Pentadbiran MAS Kg Baru Kuala Lumpur di talian 03-2692 5220. Macam-macam ada rupanya dari undang-undang, peta, sejarah dan lain-lain! Saya baru dapatkan maklumat untuk projek semester saya.

ahli sejarah muda said...

Terima kasih sdr annonymous yang berikn no pejabat Lembaga MAS. Kini saya telah mendapat koleksi dokumen penting untuk tatapan dan simpanan saya. Saya dah faham dan kenalpasti asal usul Kg Baru.

Betullah, bilik Unit Pembangunan Kg Baru itu kosong tidak bertunggu. Satu pembaziran ruang pejabat yg boleh dimanfaatkan oleh Pejabat Lembaga MAS untuk faedah orang kampung.

Berbual dengan setiusahanya amat seronok sekali bila sejarah dirungkaikan. Memang benar, dokumen undang-undang MAS itu perlu dirujuk sebagai asas untuk membuat Deraf Pelan Pembangunan.

pemerhati kg baru said...

Dengar-dengar semalam ada seminar?

Merujuk kepada satu Seminar Deraf KL 2020 yang merumuskan kampung Baru berstatus tanah pembangunan jelas ini juga menunjukkan Dr Yusuf ismail selaku Naib Yang Dipertua Persatuan Pembangunan Kampung Baru pun cuba membelakangkan isu asas mengenai Kampung Baru iaitu mengupas kandungan enakmen untuk disesuaikan dengan keperluan sekarang.

Usaha membenarkan bukan melayu memasuki kawasan Kampung Baru ini juga samalah macam saranan UiTM untuk membuka kuota kemasukan kepada Bumiputera. Apakah beliau pun juga PKR ke?

Sebenarnya mengikut undang-undang enakmen DBKL tak de kaitan langsung untuk dibawa berbincang. Bermulalah dengan badan yang sah iaiatu Lembaga MAS dahulu.

KEMBALI KEPADA ASAS!

KEMBALI KEPADA ASAS!

KEMBALI KEPADA ASAS!

Anonymous said...

Saya ingin tahu keadaan sebenarnya yang berlaku kat seminar tu. Dengar kata kecoh, iye ke? Tolong bagi tahu apa sebenarnya terjadi?

Anonymous said...

Sy pun baru dapatkan dokumen kat pejabat lembaga pentadbirn mas. Saya rasa kat muzium kena letak satu sudut sebagai warisan negara.
Kasi tahu kat semua orng sejarah tempat ni.

Anonymous said...

KEPADA YG HINA KHALID PASAL ISU BABI...SEDAR X ALI RUSTAM KAT MELAKA PUN BELA BABI...SEDAR X YG KETUA KAMPUNG KAT SITU MASA WARTAWAN TV3 INTERVIEW DIA PAKAI KERETA APE? MANE DPT DUIT? DRPD BABI KOT? SO PIKIR2KANLAH SEBELOM CKP...AKU PUN SENDIRI PERNAH TGK GELAGAT ORG2 UMNO NI...MASA AKU DULU BARU HABIS SEKOLAH..AKU KEJE KAT HOTEL...SATU ORG UMNO DRPD NEGERI BERSEJARAH..DAN LG SATU AKU PUN DH LUPA..SELAMBA AJE TONGGANG ARAK...ARAK IBU SEGALA MAKSIAT..SO KALO PEMIMPIN NI DAH IBU KEPADA SEGALA MAKSIAT...MACAM NAJIB PUN MINUM GAK MASA KAT OVERSEA...SO LAYAK KER JADI MENTERI? KENAPA MASA UNGKIT SOAL ARAK PASTU KENA BANTAI BALIK SI KJ DGN PASIR MAS OLEH PAS X JAWAB! SELAMA NI BERANI SURUH SEPUL ALJUBORI SUMPAH! TAPI SENDIRI XNAK...DAN BYK LG CERITA DRPD SUMBER SAHIH YG AKU DAPAT PASAL PERANGAI ORG2 UMNO NI...DIORG NI PNAH KEJE ATAU RAPAT...XKIRA LER BODYGUARD..DRIVER...SENANG KATA YG SELALU IKUT DIA DULU...AKU TAU LER...KORANG NI DAH BERDOSA...SEBAB MENGUNDI PEMIMPIN SEBEGINI...INGAT DIORG BUAT SALAH KORANG XKENA JAWAB NANTI? PAS UNTUK SEMUA..SIAPA YG HANCURKAN MELAYU? MELAYU...SAPE CKP? AL QURAN? YE KER? MMG...TIDAK AKAN BERUBAH SESUATU NASIB KAUUM ITU MELAINKAN MEREKA SENDIRI YG MENGUBAHNYE....KORANG XKAN BODOH SGT..BILE DGR PUAK IBRAHIM ALI CKP KAT TV3 ARITUE...DIA CKP KITA AKAN MINTAK HAK2 KITA...ABIS TUE..SAPE YG PERINTAH 50 THN KITA MERDEKA? MELAYU? SAPE PM DAN MENTERI2 UTAMA...MENTERI BESAR?..meLAYU...RAJA DAN SULTAN? MELAYU? BUKAN CINA..JGN NK SALAHKN CINA...SO MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...BKN KEPENTINGAN BANGSA..AKU SOKONG NIK AZIZ BILE DIA CKP SEKIRANYA ADE CINA MUSLIM YG LAYAK MENJADI MENTERI..DIA BG...SO KALO KORANG PUN DAH XPCAYA QURAN...MMG PON...SEBAB TOLAK HUDUD...BUANG JER...OK X?