Tuesday, August 19, 2008

ASTAMAN HIDUPKAN SEMULA KARIER POLITIK ; PENAMPILANYA MENJADI TUMPUAN DI WANGSA MAJU !

Wangsa Maju ( WILAYAHKINI ) -- Bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dijangka akan kembali menghidupkan semula karier politiknya selepas mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Walaupun dua minggu yang pertama, Astaman terpaksa bertarung dengan pelbagai karenah politik untuk mendapatkan pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian, namun akhirnya Astaman berjaya mendapatkan kuota pencalonan yang mencukupi pada minggu lepas. Untuk rekod, Astaman yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa ( 2004-2008) dibebaskan dari penggantungan ahli UMNO ekoran daripada kes politik wang dua bulan yang lepas.
Astaman yang juga sebelum ini di war - warkan akan bertanding jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju dikatakan memberi laluan kepada Pemangku Ketua Bahagian Datuk Zainal Nazeri.Apakah gandingan Zainal dan Astaman dapat mengusai politik Wangsa Maju pada pemilihan Bahagian pada bulan Oktober nanti? Apakah Astaman dan Zainal dapat menyekat kemaraan Datuk Mohd Shafie yang telah "memonopoli pencalonan" daripada cawangan- cawangan ?
Apapun pemerhati politik menyifatkan kebangkitan semula Astaman bakal menyaksikan beberapa episod yang menarik di Wangsa Maju selepas ini. Mereka berkata, isu pencalonan tidak langsung akan mencerminkan - undi bagi jawatan Ketua Bahagian dan juga jawatan - jawatan lain di Bahagian .
Diatas kertas, semua calon di lihat dapat menandingi antara satu sama lain dan apa yang pasti akan ada kejutan di Wangsa Maju kali ini ? Astaman dilihat sebagai seorang pemimpin yang penuh dengan strategi khususnya apabila " keadaan yang cemas" !

7 comments:

Anonymous said...

Tahnniah Dato.Mulakanlah satu perjuangan yang baru selepas ini di Wangsa Maju dan kami akan sentiasa berada di belakang Dato.

Anonymous said...

Well Dato Astaman merupakan hero Wangsa Maju.Beliau tetap akan menjadi hero di Wangsa Maju.Marilah kita sama - sama memberikan sokongan yang jitu pada beliau.SALAM

Anonymous said...

Hidup Dato Astaman.

Anonymous said...

kembalikan lah semangat wangsa maju well done dato'

Anonymous said...

Salam
KIta jangan lupa ade pencabar untuk ketua bahagian!

Anonymous said...

actually, DA lagi berkaliber dari DZ.

Anonymous said...

alahai, timbalan ketua, takde ape2 la. Kalu shafei naik kena ikut telunjuk dia. kroni dia pon naik tokcang la. DA derma duit ke anak yatim lagi baik. Doa anak yatim tu! kalu orang umno ni, tak pernah bersyukur pon!