Tuesday, August 19, 2008

LEMBAH PANTAI : YUSRI BANGKIT SEMULA ; PERTEMBUNGAN TIGA PENJURU BAGI JAWATAN KETUA BAHAGIAN ! JAWATAN KETUA PU3 TURUT "PANAS" !

Lembah Pantai ( WILAYAHKINI ) -- Pemangku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad yang sebelum ini terpaksa berhempas pulas mendapatkan pencalonan bagi jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai akhirnya "bangkit semula" dan dikhabarkan telah mendapat pencalonan yang secukupnya untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai.
Dengan perkembangan tersebut, jawatan Ketua Bahagian Lembah Pantai bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Yusri, mantan Ketua Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik dan juga seorang muka baru Ahmad Zaharan Ibrahim.
Penampilan semula Raja Nong Chik ke dalam kancah politik Lembah Pantai bukan telah memberi tamparan hebat kepada Yusri yang dikatakan berhadapan dengan " Dilemma Pencalonan" sebelum ini. Malah, penampilan Zaharan, yang juga kurang dikenali tetapi berjaya mendapat lebih pencalonan daripada Yusri telah menyebabkan UMNO Lembah Pantai menjadi huru hara.Ada pihak sudah meramalkan dan membuat spekulasi yang macam - macam mengenai kedudukan Yusri di Lembah Pantai.
Apakah Yusri dapat mengimbangkan fenomena politik di Lembah Pantai selepas ini ? - Apa yang pasti, Yusri dikatakan perlu berkerja keras sekiranya ingin menang sebagai Ketua Bahagian kali ini. Untuk rekod, Penyandang Ketua Bahagian Lembah Pantai - Datuk Shahrir masih lagi dalam proses penggantungan ekoran daripada kes politik wang.
Bagi jawatan Timbalan pula,penyandang Naib Ketua Bahagian Adnan Mudzi,Rahmat Osman ( Ketua Cawangan) dan Ikhsan Samsuddin( Ketua Cawangan) - tekah menawarkan diri dijangka akan menjadi tumpuan.
Selain jawatan Ketua Bahagian dan Timbalan, pertembungan untuk jawatan Ketua Puteri juga menjadi perhatian ramai, apabila ADUN Tualang Sekah Nolee Ashilin Radzi yang juga merupakan AJK Bahagian dan Ecxo Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (gambar) menawarkan diri bersama seorang lagi calon yang berwibawa Norasyikin Jaafar yang merupakan AJK Puteri UMNO Lembah Pantai. Kedua - dua mereka dikatakan mendapat sokongan yang sama rata di Lembah Pantai berdasarkan proses pencalonan yang diterima dimana berkedudukan 9 - 9 !

12 comments:

geng kerinci said...

Yusri tu tanding jer jawatan Timbalan jer.Buat apa nak bertanding jawatan Ketua? Buang masa .Tak ada harapan.

Anonymous said...

Politik Lembah Pantai memamg menarik tapi, mungkin kali ini peluang Dato Raja Nong Chik naik.Alah, dulu Yusri pun orang Dato Raja jugak.Lembah Pantai perlu lebih kuat.

YB Noli's #1 Supporter said...

Kami minta pemimpin atasan pertimbangkan YB Noli untuk Wakil Rakyat Lembah Pantai! Dia sahaja yang mampu lawan Nurul Iza!!!

Kemboja di tepi Paya Bakti said...

Puteri LP tak appreciate YB Noli kita!! Beranikan diri, Puteri! YB Noli adalah harapan kita! TOLONG calonkan dia sebagai Ketua Bahagian!

kenanga said...

sokong YB Nolee terajui kepimpinan Pu3 LP! dengan pengalaman yg ada pada YB Nolee, sy percaya pu3 LP akan dapat diperkasakan dan dapat menawan semula anak2 muda di sini! beri peluang kepada beliau. beri sokongan kepada beliau. Hidup YB Nolee!

Anonymous said...

Saya percaya YB Nolee bukan saja mampu menawan semula anak2 muda LP bahkan husband orang pon dia mampu tawan

Semoga berjaya!!

-bambi

Perjuang PU3 WP said...

Aku puteri dari wilayah tapi bukan lah dari bahagian lembah pantai hari ini aku terbaca artikel dari lembah pantai ish ish ish aku tak berapa setujulah kalau YB Norlee yang kau orang bangga-bangga kan ini jadi calon kat wilayah.Macam lah lah wilayah tak ada calon yang cukup bagus ,ketua ketua puteri dari wilayah pun hebat hebat belaka cuma kami dari wilayah ini tak ada tempat nak dilantik jadi ADUN kalau ada huh....... ramai ketua puteri yang layak....... Kenapa yer c Norlee ni beria-ia sanggat nak jadi KP di WP orang perak dah tak nak dia ke tolonglah jangan buang masa balik jaga kampung halaman lagi baik aku ingat............

WP BOLEH said...

Saya amat setuju dengan PERJUANG PU3 WP tu ramai lagi calon dari WP yang mampu melawan Nurul Izzah tak payah panggil orang luar kami PU3 di Wilayah pun cukup POWER cuma perlu sokongan dari pihak atasan jer . Ya ampung tulung lah jangan calon ini orang di LP

Pu3... said...

tak fahamnya..yang korang sebok2 sangat nak cakap pasal YB Nolee yang layak bertanding ngan Nurul Izzah..kenapa eh?...YB Nolee tu lansung tak berminat nak bertanding ketua bahagian...ayat2 u all ni..boleh memecah belahkan orang lah....

Anonymous said...

ala pu3...u nie dr mane??org LP ker?dulu mase mule2 YB nolee masuk Lp ckp mcm tue gak skrip yg sama..masuk LP bukan nyer nk jd Ketua pu3 bhgn pun....now ape citer?so tak slhla kalu mmg ade niat nk bertanding jd ketua bhgn LP..baguihla tue Raja Nong Chik yg bawak masuk die..die pi langgar org yg bawak dia..sungguh baguih! mule2 jd Ketua Puteri Caw pastu Ketua Puteri Bhgn pastu jd Ketua Bhgn LP...tak lama pastu jd Wakil Rakyat plak...mmg balaci la org LP nie....main sauk je sesaper yg nk masuk LP..mcm takde maruah diri

ORANG KL said...

betul tu orang diatas aku pun tak tahu nak panggil sapa nama ko apalah orang lembah pantai ini macam tak berpendirian langsung sebab tu lah aku ingat diorang ini kalah perangai macam lalang kak ijat yang bagus pun diaorang buat macam tu inikan pula kat bahagia ubah lah cikit cik oii,

Anonymous said...

Yang korang semua takut Nolee nak rebut calon Wakil Rakyat kenapa? Soal calon Wakil Rakyat pihak atasan yang tentukan...buat lah apa saja jika Allah kata ya , ya lah tidak, tidak lah.. camtu la juga masa dulu masa Shahrizat dipilih jadi calon...masing-masing bertangguk ke Putrajaya submit memorandum la etc nak minta jadi calon..tapi pihak atasan tetap dengan keputusan calon yang mereka pilih.

Ni ala-ala puteri WP takut terjejas la tu..sampai mengata YB Nolee begitu sekali..Dalam politik dik ooi, jika ada yang berkaliber, berpotensi, berjiwa pejuang...itulah orangnya yang dicari-cari, buangkan sikap dengki dan hasad serta takut diri dan kerabat tergugat dek kerana keunggulan dan kehebatan orang lain.. Allah itu Maha Kuasa hanya dia yang Penentu siapa akan menjadi pemimpin...