Friday, August 22, 2008

LAWATAN MENGEJUT PAK LAH KE KL MENAIKI LRT ; MENGEMPARKAN WARGA KOTA !

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- Lawatan mengejut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke stesen LRT di sekitar Kuala Lumpur mengemparkan warga kota hari ini.Malah ramai warga kota yang ditemui melahirkan rasa " terharu dan tergamam " seketika apabila melihat Perdana Menteri menaiki LRT dan meninjau sendiri kesusahan yang di alami oleh warga kota setiap hari. Pak Lah sendiri mengakui sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur menunjukkan banyak kelemahan dan beliau sendiri telah melihat serta merasai segala detik - detik kesusahan warga kota hari ini. Apa pun, wartawan Wilayahkini yang turut berada di lokasi tersebut bersama Pak Lah, kagum dengan sifat keprihatinan yang telah ditunjukkanya oleh seorang Perdana Menteri sebuah negara hari ini.Rata - rata warga kota kelihatan " tidak percaya langsung" apabila melihat Pak Lah berada dalam tren.Ramai yang tampil bersalam dengan beliau sambil menceritakan pengalaman mereka setiap hari. Mereka juga menjemput Pak Lah duduk , tetapi beliau dalam keadaan yang tenang , terus berdiri dari stesen Serdang ke Stesen Sentral- seterusnya sampai stesen Masjid Jamek.

14 comments:

Anonymous said...

Baguslah turun padang dan jadi rakyat biasa, tapi macam ada sesuatu. Betul juga senyum kambing cakap, lepas ni naik teksi dan bas awam pulak.

Bukannya apa, monorail dengan rapid bas tu scomi pegang. Upgrade KTM tren pun scomi dapat. Dia nak tengoklah kat mana lagi nak buat duit lagi menjelang 2010 untuk anak dia.

Silap-silap semua bandar dia nak letak monorail. Lagi banyak kontrak keluar lagi bagus. Orang Hokkien cakap ' Chiak Be Liau' - makan tak habis.

Anonymous said...

Bukan senang jadi PM,apa dia buat serba tak kena,nak jenguk rakyat tak boleh, nak duduk dengan masyarakat naik LRT pun kena tuduh itu ini..tak pe Pak Lah biak depa kutuk yang penting nawaitu seorang pemimpin yang berjiwa rakyat ,insyallah tuhan akan memberkati segala nya...!!!

aileb said...

terima kasih pada pak lah....
kerana sudi menjenguk sistem pengangkutan di malaysia dan kesusahan golongan yang mengunakan sistem ini. masih banyak lagi kelemahan yang harus dan mesti diperbaiki.

TAPI KENAPA BARU SEKARANG PAK LAH BARU NAK MELAWAT YERK......!!!!!???

Sepatutnya dah lama dah.... penguna sudah banyak kali membuat aduan yang berkaitan dan mereka sudah lali dengan kelembapan sistem yang ada sekarang. seharusnya pak lah lebih peka dengan aduan pengguna.

kita lihat betapa susah pengguna menggunakan komuter di waktu puncak. ada masa komuter lewat sampai sehingga sejam lebih.

renung-renungkanlah kepada aduan pengguna.

Anonymous said...

A ah, kenapa sekarang nak jenguk kami? Bukankah kami yang membentuk populasi yang banyak dalam negara?

Harga minyak dunia dah turun, Pak Lah pun kena turunkan juga minyak kita. Tunggu apa lagi?

Lagi cepat lagi baik, kita nak tengok menjelang puasa ni, bila minyak turun, harga barang pun ikut turun juga. Samada mereka penjual ni nak turunkan ke tak ? Takkan nak untung lebih kut? Kerajaan tak boleh biarkan ini sekiranya berlaku.

Anonymous said...

Pak Lah,
Baru nak maiiiiiiiiii........ dah terlambat.

pemuda gempur said...

Terima kasih lah Pak Lah pasai esok minyak turun, buktikan pada Anwar mangkuk ayun, tak mengenang budi punya orang yang kita ada mekanisma kita jugak.

Lepas ni sabit kesalahan jangan bagi muka kat Anwar ni.Nampak angkuh lagi sombong dia. Kita tunggu akuan sumpah laknat dari Anwar dan DNA beliau.

Tapi Pak Lah harga barang runcit pun tengok kan juga. Depa bagi penaik atau jual barang harga stok lama masa minyak naik. Kena ada kawalan dan penting kejujuran peniaga. Biasanya keuntungan mengatasi kejujuran.

auraputih said...

kalau lihat apa yang telah PM kita lakukan sekarang ini ialah cuba untuk memenangi kembali hati rakyat.harap dapatlah kita buka sedikit ruang untuk beri peluang pada PM kita untuk mencantik kan apa yang kurang sebelum beliau berundur.

pemuda gempur said...

Semoga PM sedar dan dia ada juga membuat silap dalam keputusan. Memang banyak silapnya. Beliau akan tetap diingati walau apa pun berlaku.

Mungkin kalau amalan begini turun bersama rakyat dan meninjau masalah rakyat di buat dari 2004 lagi, beliau layak mendapat gelaran 'Bapa Berjiwa Rakyat'.

ANAK EMAS said...

OKlah Pak Lah Dah Pass Baguk Hidup Pak lah!

MariaFaizal said...

Hmm..I don't question his sincerity.It's just I'm not convinced improvement will be a.s.a.p for I have suferred a very long time using KTM Commuter and then Putra.Sigh...

alcapone said...

http://bangsaku2020.blogspot.com

Anonymous said...

Sudahlah tu... lawatan mengejut tu tujuan sebenarnya nak bagi kontrak membuat Keretapi kat syarikat Kalimulah... sebab kontrak buat monorel dah dibatalkan oleh Lim Guan Eng... Berhentilah asyik menggunakan rakyah untuk anak mu saja no...

Anonymous said...

Betullah bro, tengok bajet tak? Peruntukan untuk pengangkutan awam banyak sekali. Sahlah anak dia makan tak habis. Projek pengangkutan awam ini setahu saya tiadak mendatangkan return yang baik. macam belanja hangus.

Pak Lah setiap langkah mu orang boleh bacalah sekarang.

Konduktor bas mini said...

35Billion diperuntukkan untuk kecekapan pengankutan awam. Tempoh perlaksanaan dari 2009 - 2014.

Bajet yang paling banyak antara semua perkara. Betul tu ROI untuk transportation ni lambat almost zero.

Buat je lah, sebenarnya KTM buat masa ni, tambah keretapi je waktu sibuk. Biar 5 ke 6 kereta berjalan. Tempat parking kena banyak diwujudkan - park n ride.Kadar parking terkawal.

Buat kaji selidik destinasi orang nak naik ke mana pada waktu dan keperluan. Saya rasa tak perlu banyak macam tu. Kat situ agaknya pergi peruntukan subsidi minyak kita yang naik baru-baru ni.