Wednesday, August 13, 2008

LABUAN KEMBALI BERGOLAK ; GARA- GARA SIASATAN KES BPR ; SAYA TAK DI SIASAT BPR KATA SUHAILI ! SAYA NAFI ADA PENIPUAN PROJEK KATA YUSUF !

Labuan ( WILAYAHKINI ) -- Percaturan politik Labuan semakin hangat dan menarik bagaikan pertandingan silat , hari ini Labuan dikejutkan pula dengan satu laporan akhbar mengenai seorang pemimpin Labuan sedang di siasat oleh BPR.Berita tersebut bukan sahaja menjadi perbualan yang hangat di Labuan malah telah mendapat liputan meluas akhbar - akhbar Labuan - muka depan.Semakin hangat dan sensasi. Ahli Parlimen Labuan yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Labuan , Datuk Yusuf Mahal nafi wujud penipuan projek ( SILA BACA DISINI ) .Manakala Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman pula berkata" Saya tidak di siasat oleh BPR" ( SILA BACA DISINI ).Sementara itu kedudukan terkini di politik UMNO Labuan menyaksikan Suhaili telah mendapat 16 pencalonan manakala Yusuf Mahal 2 pencalonan seatkat hari ini. 2 cawangan telah diarahkan "bermesyuarat semula". Sebanyak 21 cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat dan bakinya tinggal 9 cawangan lagi termasuk cawangan Layang - Layang, Kilan,Ganggarak,Sungai Labu, Durian Tanjung,Pantai, Patau - Patau 1 dan Bukit Kalam.Apakah insiden siasatan laporan BPR akan menyebabkan satu "turning point" di Labuan selepas ini. Apapun, pertama kali Labuan menjadi perhatian umum selepas beberapa insiden yang kontroversi gara - gara " face off " antara Suhaili dan Yusuf Mahal dimana Yusuf Mahal yang baru empat lebih terpilih menjadi Ahli Parlimen Labuan.Apa lagi selepas ini ? Sementara itu beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan kenyataan Datuk Yusuf Mahal berhubung laporan ACA tersebut dimana NST juga telah menyiarkan kenyataan Yusuf Mahal di muka hadapan hari ini. Yusuf Mahal menafikan sama sekali kewujudan unsur penipuan. malah beliau berkata "ini semua taktik agenda permainan politik kerana isu ini ditimbulkan semasa pemilihan UMNO dimana saya telah menawarkan bertanding jawatan Ketua Bahagian ", Katanya.

12 comments:

Anonymous said...

Luahan Anti Rasuah:
Apa dah jadi, gara2 bertanding Ketua Bahagian Labuan, macam2 hal peribadi dan tidak berkaitan timbul. Pendapat saya, Suhaili lah yang paling KORUP selama menjadi YB/Pengerusi PL. Tapi hairan belum lagi ada tindakan BPR. YB Yussof adalah orang Suhaili semasa dpt projek tersebut, adakah Suhaili yang mengumpan dia. Yussof mesti ada rahsia/tahu rasuah Suhaili, sila2 kan YB buka tong Suhaili pula. No secret, semua orang tahu rasuah suhaili, cth, projek PL Sulaiman Wan Cik, Pertama Makmur, Catering SARA Hotel...ini kecik2... yang besar..Tanah Anak Suharto Ranca2/Bangunan Wisma Oceanic dll.. Tunggu saja, lambat laun akan terbukti jua akhirnya.ALLAH MAHA ADIL.

Anonymous said...

saya nasihatkan bila ada bukti, silalah buat aduan kepada bpr, kalau tak ada duduk diam diam, tenung muka yb tu lama-lama sebab bila ada pilihanraya kecil nanti, hancur masa depan yb sekarang tu. ALLAH tu memang MAHA adil, pasal tu terbongkar semua kejahatan dan kebodohan yb datuk yussof, tak sampai setahun jadi yb dah tunjuk samseng. memang betul kata deep throat, yussof mahal tak semahal namanya

Anonymous said...

aku ingat setelah yb diasak bertubi tubi ni, habis segala tembelangnya terbongkar, silap silap melompat parti jugak yb kita ni, serik ikut umno. aku ada dengar kononnya beliau menawarkan diri untuk melompat parti kalau pkr sanggup menawarkannya rm40 juta. semahal itukah value awak wahai yb datuk yussof mahal? aku rasa rm4 pun tak sampai

Si Kurap Warisan said...

Suhali punya sejarah tersendiri apabila ambil jawatan Ahli Parlimen dari Gaffur.. Kalau tak salah saya... sedikit sebanyak dia dah banyak menang dengan bantuan kawan-kawan di Wilayah...

Jasa suhaili banyak jugak kat labuan nie... cuma sejak kebelakang nie.. dia nak jadi Warlord... dulu saya ada dengar khabar angin antara sebab Suhaili tidak dicalonkan untuk jadi Wakil Rakkyat adalah kerana masalah Rasuah... Projek sana.... projek sini.. cuma alasan Suhaili katanya nak menjaga isterinya yang sedang koma...

Tapi ni lah dia kesan musim pertandingan... memang Datuk Yusof Mahal memang kamcing dengan Suhaili dan banyak juga projek dah dibagi kat dia...

Labuan kecik je... pusing-pusing nampak batang hidung balik.. cammana kalau diorang ni berdamai kan bagus...

Bagi saya dua-dua OK

mujako said...

Gaffur? awak salah orang ni. tak pernah ada YB kat labuan ni nama Gaffur. Mulok tu ada la

Pasal berdamai tu aku setuju sangat. Tapi nak buat apa?, Datuk Suhaili balik-balik menyatakan hasrat untuk berkompromi tapi YB yang taknak. Demi UMNO, ada baiknya kita berkompromi, perpaduan tu.. Suhaili dah cakap dia akan bagi jugak jawatan tu kat Yussof, next term. Tapi Yussof ni gelojoh. Aku rasa kalau sekarang baru Yussof nak berkompromi, dah terlambat dah.. pasal pencalonan dah banyak untuk timbalan ketua bahagian yang baru.

Kita dah nampak contoh-contoh orang gelojoh ni akan rugi kelak, antaranya DSAI. DR.M dah kata nak bagi dia, tapi dia gelojoh nak ambik awal...

Si Kurap Warisan said...

Opss sory la... kadang-kadang CPU yang kat kepala ni korupt jugak.. sebab banyak infi yang nak disimpan

Hmm.. betul jugak tu... kalau suhaili dah nak pass the batton Yussof patut terima pelan damai...

Sebab pergaduhan hanya memburukkan lagi keadaan dan yang terinayaa.. anak bangsa

Anonymous said...

setuju sgt kalau suhaili dan yussof ni berdamai. boleh tumpukan perhatian kpd tugas2 yg telah diamanahkan. menjaga pembangunan labuan dan menjaga kebajikan rakyat labuan. bukannya berebut kuasa! ukurlah baju di badan sendiri.

mudah-mudahan aman....

mujako said...

amin

Anonymous said...

kedudukan terkini labuan; Jumlah pencalonan, dato` suhaili 18, yb datuk yussof 3, dua cawangan diarah bermesyuarat semula, satu digantung. tinggal enam cawangan sahaja yang belum bermesyuarat, durian tunjung (bukan tanjung), layang-layang, bukit kallam, ganggarak, patau-patau 1, dan kilan. pencalonan di cawangan pantai (cawangan umno pertama di borneo) memperlihatkan dato` suhaili memperolehi 130 undi, manakala yb datuk yussof 3 undi, cawangan sungai labu dato` suhaili 30, yb datuk yussof 70, dan cawangan bebuloh dato` suhaili menang tanpa bertanding (line up cawangan yang menentang tidak cukup korum, ada yang menarik diri, ada yang tidak ingin disenaraikan, pencadang menarik balik cadangannya disaat akhir).

Anonymous said...

haaa~

yang ni aku setuju...

bole la jua cam org berpendidikan...

kalau di universiti di panggil
INTELECTUAL LEADER...

ngam kn?

bagus2...

sudahlah wahai org melayu labuan...

panat sudah ku menulis ni...

esk ada kelas lagi pkul 8.30

lusa ada xm lg!

hehehehhe

Anonymous said...

wahai Dato2 yang bertanding jadi ketua bahagian wplabuan biarlah berlaku adil bukannya mcm budak2 pakai angkat tangan segala buatlah secara professional, gunakan lah secara undi baru lah adil...ha..ha..ha..

dondee said...

daripada bertekak teda dpt apa.. baik lepak download lagu di blog ezone4u MP3 Download Percuma Saja bah heheeh