Thursday, July 31, 2008

SUARA WILAYAHKINI : GELANGGANG POLITIK NEGARA EDISI KE 2 DI BUKA ; BERMULA DI PERMATANG PAUH TERSUNGKUR ATAU BANGKIT SEMULA?

TIADA KEJUTAN...Begitulah yang dapat digambarkan apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberikan laluan kepada suaminya- Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding semula, sekaligus menghidupkan semula karier politik suaminya selepas tahun 1998.Selepas 10 tahun,hari ini Wan Azizah menyerahkan kembali amanah Parlimen Permatang Pauh kepada Anwar Ibrahim.Dalam tempoh masa 10tahun yang lepas, Wan Azizah telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan politik untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh , namun akhirnya beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut untuk diserahkan semula kepada suaminya yang tercinta.Permatang Pauh merupakan- tempat dimana nama seorang insan bernama Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai pemimpin UMNO yang tersohor sehingga bergelar sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Segala - galanya bermula dari UMNO.Ini adalah realiti ataupun satu sejarah yang tidak dapat dinafikan sama sekali.Tanpa UMNO , siapalah Anwar Ibrahim. Wilayahkini mengucapkan syabas kepada Wan Azizah yang telah menyerahkan amanahnya kepada Anwar Ibrahim selepas 10 tahun- demi suami yang tersayang.Apa pun, perhitungan selepas ini pasti memberi seribu makna kepada UMNO dan juga masyarakat Permatang Pauh.Apakah Anwar Ibrahim akan dapat menghidupkan semula riwayat politiknya di tempat yang sama ataupun bermula dan tersungkur di Permatang Pauh? Anwar mungkin boleh berkata, Gombak, Bandar Tun Razak ataupun Kulim kawasan yang selamat - tetapi yang pasti Permatang Paung sahajah yang dapat memberikan suntikan semangat , suntikan kemenangan kepadanya. Memang tidak dinafikan sama sekali Anwar Ibrahim telah mencemarkan nama baik BN khususnya UMNO -parti yang menjadi tunjang utama negara dalam tempoh masa terdekat ini khususnya selepas PRU 12.Orang - orang melayu bercakaran sesama sendiri selepas PRU yang ke 12.Inikah yang kita harapkan ? Kita jangan lupa,.. apa yang terjadi kepada BN pada PRU 12 bukanlah kerana UMNO semata- mata, tetapi kerana UMNO - lah BN dapat meneruskan pemerintahanya hari ini sehingga ahli- ahli UMNO dapat bermesyuarat dengan selamat, aman dan makmur hari ini.Ianya merupakan kenyataan yang tidak dapat disanggah sama sekali.Masa depan parti UMNO - menjelang pemilihan bahagian dan peringkat kebangsaan akan dipercaturkan, diperbahaskan, diperhalusi melalui hasil keputusan pilihanraya Permatang Pauh nanti? Pemerhati politik berpendapat keputusan pilihanraya Permatang Paung nanti bakal memberikan sedikit implikasi kepada UMNO dan pucuk pimpinanya.Gelanggang permainan politik negara edisi ke 2 telah dibuka setelah edisi 1 - PRU 12 menjadi satu mimpi hitam tsunami yang kuat.Bagaimana selepas ini ? APAKAH PANDANGAN ANDA ?

5 comments:

Anonymous said...

Hebat Wilayahkini saranan anda.Cukup kuat.Ayuh UMNO ..Ayuh Bangsaku.

Anonymous said...

Kita perlu bersedia untuk tidak diperbodohkan oleh DSAI sekali lagi.Kita kena bantu selamatkan UMNO kita, yang ibaratkan bagai nyawa kita sendiri.Ketepikan sengketa dan marilah kita berjuang di Permatang Pauh.

Anonymous said...

Hidup Melayu!!!!!

Anonymous said...

bro memang betul tanpa umno, tiada anwar sebagaimana satu superstar politik international.

tapi umno kini bkn-lah umno yg dulu.

spt parti2 politik yg telah berkuasa utk terlalu lama dibawah satu pemimpin yg terlalu kuat, Dr M, ia telah menjadi penindas rakyat yang kejam dan zalim.

apakah parti politik biarkan rakyat2 menderita sambil pembesar2-nya membuka boutique di pavilion dan membeli kereta mewah?

subsidi minyak patut dihapuskan tapi bukan macam ni-lah. kerajaan mesti pasti rakyat dapat menampung beban hidup. kan wang tu want kita semua?

yang kononnya dijimat tu pun dimakan oleh kroni yang kaya raya.

Anonymous said...

Banyak isu yang berlaku untuk kesedaran kita di perbaiki. Pemimpin UMNO sendiri harus cerminkan diri mereka sendiri, apakah kesilapan mereka dalam memenangi hati rakyat sebelum ini.

Namun begitu dengan kebangkitan seorang 'bekas hero' ini telah memporak perandakan sistem, keselamatan, keamanan , kemuafakatan, kemuhibbahan negara tercinta ini. Sejarah lalu beliau tidak harus dilupakan begitu sahaja. Beliaulah yang telah 'memaximizekan' sistem dalam parti untuk kepentingan beliau suatu ketika dahulu. Mengenepikan arwah Tun Gafar dengan cara terhina sewaktu pemilihan dahulu.

Hanya seorang ini yang saya anggap gila kuasa keterlaluan sanggup menggadaikan maruah negara.

Saya berharap di permatang pauh adalah medan terbaik untuk memberi 'bom' yang hebat dan mengimbaukan segala kesilapan DSAI dimasa lalu untuk renungan, samada boleh dimaafkan atau tidak orang yang macam ini.

Jentera harus menggunakan cara terbaik dan mujarab untuk memaklumkan orang Permatang Pauh yang sengaja membuta dan memekakkan diri mereka akan kebenaran. Jangan sampai nasi menjadi bubur...................