Saturday, July 19, 2008

ZAINAL NAZERI KENA TAMPARAN AWAL YANG KUAT - MESYUARAT CAWANGANYA DI BATALKAN KERANA TAK CUKUP KORUM !

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Harapan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian menerima tamparan awal yang hebat apabila mesyuarat cawanganya Taman Setapak Indah Fasa Satu terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.
Mesyuarat tersebut yang berlangsung hari ini hanya dihadiri seramai 68 ahli.Cawangan tersebut yang mempunyai seramai 281 ahli.Walaupun, mesyuarat tersebut akan ditunda untuk satu tarikh yang lain, peristiwa tersebut dikatakan telah memberi implikasi yang tidak baik kepada kepimpinan Zainal Nazeri selaku Pemangku Ketua Bahagian dan juga Ketua Cawangan- dan lebih - lebih lagi Zainal bercadang bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Wilayahkini juga difahamkan, pembabatalan mesyuarat cawangan Zainal Nazeri juga telah menjadi bahan percakapan utama ahli - ahli UMNO di Wangsa Maju dan Wilayah Persekutuan yang mula mempertikaikan kredibiliti Zainal Nazeri.Sekarang, ada pula cakap - cakap yang mengatakan Zainal akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian sekaligus membuka ruang kepada bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz untuk menerajui semula Wangsa Maju. Di satu sudut yang lain pula, penyokong - penyokong Datuk Shafie Abdullah pula yakin beliau akan menang kali ini.
" Apa yang berlaku hari ini memang cukup memalukan kepada UMNO Wangsa Maju kerana ianya menunjukkan kelemahan UMNO di bahagian ini sedangkan beliau merupakan Pemangku Ketua Bahagian", kata seorang pemimpin UMNO Wangsa Maju dalam emelnya ke Wilayahkini malam tadi.

9 comments:

Jed Yoong said...

Bro, Mana berita cawangan UMNO di Pahang yang "nominate" Najib sbg Presiden?

pemuda WANGSA MAJU said...

Memang cukup memalukan.Ini bukan soal mesyuarat semula tetapi mengenai kepimpinan contoh.Saya harap ahli - ahli Wangsa Maju kena faham.

Puteri Wangsa Maju said...

Tukah nasibnya Zainal Nazeri kerana terlalu taksub untuk nak bertanding Ketua Bahagian akhirnya diri kena jugak.Tuhan maha kuasa.Cukuplah, kalau cawangan sendiri pun tak tahu nak jaga, buat apa nak bertanding Ketua Bahagian.Insaflah.

cawangan melati men said...

Saya harap cawangan - cawangan yang akan mesyuarat sebulat suara sokong Astaman sbg calon Ketua Bahagian.

Mat Rempit, Titiwangsa said...

Apo nak di kato.Nasi dah jadi bubur.Itulah padahnya.Jangan lah malukan nama baik Wangsa Maju.Keluar paper lagi.Lah, cam mana ni.Lu fikirlah sendiri.

Sang Suria said...

Apa yang perlu ada baiknya jugak kerana peluang untuk dato astaman dan dato shafie kini terbuka.lebih baik astaman jadi ketua dan shafie jadi timbalan .apa macam?

Anonymous said...

Zainal Nazeri kena tanggungjawab dan letak jawatan jer.Sungguh memalukan UMNO Wangsa Maju ajalah.Kalau macam ni , macam mana kita nak sokong dia untuk ketua bahagian?

pemuda setia said...

Kami Pemuda Wangsa Maju amat sedih dgn insiden tersebut dan kami harap Dato Zainal perlu hentikan niat bertanding jawatan Ketua Bahagian kerana ianya akan menunjukan kelehamanya sendiri.

Jed Yoong said...

hey sdr,

mungkin masalah korum ni akan dihadapi oleh byk lagi cawangan sebab

1. faktor pak lah
2. faktor dr tiada lagi di umno

=)