Tuesday, July 29, 2008

KETUA UMNO BAHAGIAN KEPONG - DATUK RIDHUAN ABDUL HAMID CIPTA REKOD TERSENDIRI DALAM KARIER POLITIKNYA !

Ketua UMNO Bahagian KEPONG Senator Datuk Ridhuan Abdul Hamid yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dijangka menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian bagi penggal yang ketujuh berturut - turut. Manakala Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka menang sebagai Ketua Wanita Kepong bagi penggal keenam berturut-turut.Difahamkan jawatan - jawatan lain di bahagian Kepong juga akan dimenangi tanpa bertanding. Kemenangan Datuk Ridhuan merupakan satu rekod di Wilayah Persekutuan - selaku Ketua Bahagian selama tujuh penggal. SILA BACA DISINI-Utusan Malaysia Online - Politik
Gambar file : Datuk Ridhuan bersama Datuk Suhaili

11 comments:

Anonymous said...

Penggal ketujuh? Lama sangat tu, macam tak da pengganti ke? Elok lah undur diri kalau tak dapat memulihkan UMNO yang tenat ni. Hujan pun tau berhenti! Apa manifesto Datuk kali ni?

BUKIT KEPONG said...

Tak kisahlah tujuh atau lapan penggal ker.Yang penting ialah ialah perjuangan yang kental dengan penuh keihklasan macam Datuk Ridhuan kita ni.Bukan dia syok sendiri atau tikam dari belakang cam orang lain.Lepas ni Datuk Ridhuan kenalah naik pangkat sikit.

umno Bersatu said...

Jadikanlah pengalaman Datuk Ridhuan sebagai satu panduan untuk berjaya dalam UMNO.Kalau tujuh penggal , itu menunjukkan kekuatan dia.

pu3 kepong said...

Tahnniah kepada Dato Wan kita.

melayu ganas said...

Inilah semangat dan kekuatan sebenar UMNO Kepong yang gitu kukuh dan kuat.Hebat sungguh.

jinjangman said...

Kalau tak da latih pelapis, tak 'groom' kata orang susahlah!!!! Itu pun nasib baik dah banyak pecah sempadan. Kalau tak.........Apa-apa pun kita harap Dato Wan kita dapat membawa kelainan kali ini dengan lebih mantap lagi dan jelas.

jinjangman said...

Mana hero-hero Kepong senyap je? Boringlah Bahagian ni tak de isu yang mencabar..............maklumlah tujuh tahun!!! Under control, biar pecah diperut jangan pecah di........ blog Wilayahkini. Hebatlah blog nih.

WILAYAH KINI said...

Terimakasih Sdr Jinjangman.Kami harap dapat maklumat dan feedback untuk memperbaiki lagi blog ini.Jadikanlah ianya sebagai platform untuk berkongsi pendapat dan berita.Salam

jinjangman said...

Wilayahkini - Bahagian Bukit Bintang tak cerita ke? Kepong ni senyap ke saya tengok. Dah selesa kut. Mungkin ahlinya berdisiplin dan tahu hala tuju. Tahniah Kepong!!!!

BOSS said...

Tahniah Kepong.. sebagai ahli Pemuda Kepong, saya mengalukan pertandingan yang sehat dan berkompromi. Kalau ada pertandingan tetapi ahli berpecah belah tak guna jugak. Tahun ini kita akan jadikan Kepong sebagai model pembangunan Kepimpinan Masa Hadapan. Syabas Dato' !!!

puteri_kepong said...

i'm proud to be puteri Kepong!! hidup kepong!