Sunday, July 13, 2008

PENCARIAN PUTERI DI WP SEMAKIN LAJU DAN PANAS ! SIAPA GANDINGAN ISMALINA UNTUK JAWATAN EXCO PU3 DARI WP ?

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- Selepas Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia kini segala tumpuan tertumpu kepada Ismalina dimana siapakah yang akan menjadi pilihanya untuk bertanding jawatan Exco Puteri UMNO dari Wilayah Persekutuan? Pada masa yang sama dikhabarkan kecuali di bahagian Setiawangsa, Cheras dan Kepong hampir kesemua bahagian akan menyaksikan pertandingan di peringkat puteri.Malah Wilayahkini turut mendapat maklumat kali ini akan ada beberapa muka baru diperingkat bahagian dan negeri.Malah, sudah ada gerakan " PENCARIAN PUTERI " di mulakan diperingkat bahagian.Wilayahkini juga telah mendapat pengesahan Ketua Puteri WP Azlinda Rashad ( Linda )hampir pasti akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia setelah cukup umur di Puteri. Cakap - cakap di ruang KLCC - di ruangan Restoran Dome juga kedengaran " mungkinkah Linda akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ?". Untuk rekod Azlinda@ Linda merupakan Ketua Puteri Kepong.Disebalik cerita, Ismalina dan Linda beberapa nama yang disebut mengintai peluang bertanding Exco Puteri UMNO Malaysia ialah, Ketua Puteri Seputeh Azliza Ahmad, Ketua Puteri Segambut Huzry Fionawathy, Naib Ketua Puteri Setiawangsa Seri Wani , Ketua Puteri Cheras Norlaili dan Wilayahkini juga mendengar ada seorang lagi calon yang berpotensi bernama Miss " S" yang sedang membuat perancangan. Wilayahkini juga ingin mengegur beberapa pergerakan bahagian di WP yang mempunyai laman blog tetapi amat sayang sekali " terbengkalai" begitu lama. Mungkin pergerakan Puteri lain dapat mencontohi Pu3 Segambut - www.segambutprincess.blogspot.com - Syabas dan teruskan usaha anda !
Emel atau sampaikan laporan terkini di bahagian masing - masing.Wilayahkini akan menyiarkanya demi tatapan bersama !!
Wilayahkini juga - mendapat maklumat terkini mengenai masa depan Puteri WP bergantung pada pemilihan pasukan yang akan dipercaturkan oleh Ismalina kelak kerana Ismalina dikatakan hampir pasti akan mengetuai Pu3 WP selepas ini.Manakala di kem Azlinda pula , sudah ada calon -calon tertentu yang sudah mula melobi diatas.Sekiranya ditakdirkan Ismalina memenangi jawatan Ketua Pu3 Kebangsaan - mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.Wilayahkini juga mendapat laporan bahawa, Ismalina tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya di WP?





22 comments:

WILAYAH KINI said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Nak kata Linda hebat payah jugak tapi nak kata Ismalina hebat pun payah jugak.Mungkin beri peluang kepada Puteri barulah kali ni jadi Exco .Fikirkan.

Anonymous said...

saya amatlah setuju dengan komen puteri bangsar. Takde ke wajah yang baru? Dah naik bosanla asyik orang yang sama aje.

Anonymous said...

Saya rasa jawatan exco puteri ini bukan sebarangan orang boleh suka-suka hati nak bertanding. kita kena ingat bahawa exco puteri malaysia ni mesti la yang boleh bekerja dgn ketua puteri untuk membawa puteri ke arah matlamat penubuhan puteri. kalau tidak, oraqng kata puteri lemah dan cuma cantik di atas pentas. Kita jugak kena ingat bahawa exco adalah wakil negeri untuk bawa suara ahli puteri dari negeri dan bahagian. lebih baik la yang bertandng exco puteri msia tu terdiri dari ketua puteri bahagian. kalau tak, dia syok sendiri la. sudahnya nanti ahli yang di bawah ni terbiar. yang untung adalah dia yg jd exco.

apahal dengan miss S ni? kalau dah rasa layak nk bertanding exco, kena la berani declare diri tu siapa. ini bukan selebriti yang terlibat skandal nak maintain dengan miss S.

Anonymous said...

saya rasa kita ni jangan nk kutuk pemimpin yang ada. sebelum nk komen kat orang, apa kata kita cermin diri kita dulu. kita ni aktif tak? boleh PR dengan orang awam dan orang UMNO tak? Orang miskin kita tolong tak? atau kita ni golongan Starbuck aje? Pegang jawatan ni amanah. Jgn dok syok sendiri rasa boleh pegang jawatan tp sebenarnya tak penah rasa pun

Puteri UMNO Bahagian Segambut said...

Saya ni amatlah menyokong penuh kalau Fionna nak bertanding Exco bukan saja kerana dia tu Ketua Puteri saya tapi kerana Kualiti yang ada dalam diri beliau. Mungkin dari segi wang ringgit beliau tidaklah semewah calon2 lain tapi itu bagi saya bukan halangan untuk beliau berbakti pada masyarakat.

Fionna seorang yang banyak idea dan kebanyakkan program yang dijalankan di Bahagian Segambut adalah program yang lebih berbentuk kepada untuk membantu masyarakat.

Walau apa pon kami di Segambut sentiasa berdiri di belakang Fionna dan akan terus menyokong Fionna.

Terima kasih juga untuk Wilayahkini atas kredit yang telah diberikan kepada BLOG PUTERI SEGAMBUT.

Anonymous said...

Apa yang disampaikan oleh Wilayahkini memang betul dan kita sebagai puteri perlu ambil atau terima dgn hati yang terbuka.Mungkin ada kebaikanya.Mengenai Miss S tersebut, kita minta Wilayahkini untuk ulasnya kerana mungkin ada sebabnya.Mengenai Ismalina , kami percaya beliau mempunyai sokongan yang kuat di WP , mungkin tak nampak kerana Pu3 di WP belum tampil nyatakan sokongan yang sepenuhnya secara terbuka kepadanya.Kami juga terdengar, Izana Salleh ( anak Kak Ijat ) dijangka akan bedrtanding di Puteri Lembah Pantai ? Mungkin Wilayahkini dapat buat satu berita mengenai Izana ? Apapun syabas kepada semua dan syabas kepada Beloved Wilayahkini yang telah mendapat 100 hits.

Anonymous said...

Cool.Izzna nak bertanding? Dia memamg ada bakat yang kuat macam mak dia.Sila rujuk majalah Tells keluaran bulan April 2008.Ada rencana khas mengenai Izzana di cover.

Anonymous said...

Terimakasih kepada Wilayahkini kerana , sejak Wilayahkini dilancarkan , banyak news megenai PU3 WP diberi ruang.Ada jugak publisti untuk kami di blog.Terimakasih sekali lagi kerana dapat hits 100 ribu.Siapa Miss S tu ? Jgnlah nak beri suspens.Cakaplah.

Anonymous said...

Well done Pu3 Segambut, and Congrats to Fiona.All the best and keep it up.

Anonymous said...

Siapa Miss 'S' nie?? Di bahagian mana? Tolong komen. Kita perlu puteri lebih berkaliber.

Izzana mmg bertanding.. Ini berita terkini saya dgr dari mulut dia. Tolong reportkan nya Wilayahkini. Dia dah mmg promo di tahap bawah.

Anonymous said...

Tahniah PU3, atas berminat dengan posting yang baru ini. Kini tiba masanya setiap ahli baik PU3, Pemuda dll sentiasa bersedia berkhidmat dengan ikhlas walaupun tiada jawatan, tiada kewangan yang lebih. Demi bangsa kita terjah cabaran. Ingat PU3 bernasib baik dari mereka yang tidak menjadi ahli PU3, sebab setiap usaha yang PU3 buat demi kebaikan orang ramai, pahala ganjarannya. Itulah imbuhan tak nampak yang paling besar Allah beri kat kita dan juga kemudahan-kemudahan anugearahNYA lain di hari mendatang. Selamat maju jaya PU3.

Anonymous said...

Betul Izzana nak bertanding ? Tak salah tapi mungkin dia dapat hantar konen ke Wilayahkini dari mulut sendiri kot ? Tak payah kita perlu tukang promo.

Anonymous said...

Wilayahkini mungkin dapat jolok sikit mengenai penampilan Izzana dan juga individu yang lain.

Anonymous said...

Aku Tetap sokong semua puteri wilayah bertanding...yang penting bawa suara melayu bandar ke pucuk pimpinan atasan. jgn dah dapat sit nanti tak buat kerja plak...korang kena memperjuangkan nasib melayu bandar nie...

Molot Bau Petai sentiasa mendoakan kejayaan PU3 Wilayah utk bertanding ke PU3 UMNO Malaysia...tak kira siapa pun...janji org wilayah....KITA MESTI BERSATU UTK MEMBAWA WADAH PERJUANGAN MELAYU BANDAR.

Anonymous said...

Saya sokong cadangan mencari puteri puteri baru. Selain penampilan Anak Kak Ijat, ada anak pemimpin lain ke? Kita perlu mula mencari pemimpin puteri dari sekarang.

Anonymous said...

Apabila kita berkata mengenai Pecarian Puteri kita kena fikir - fikir calon - calon yang sesuau dan yang mempunyai sokongan akar umbi.Calon - calon yang baru, boleh tunggu dulu dan ambik pengalaman.Sekarang kita ada dua Exco Puteri di peringkat nasional.Ismalina olklah, tapi aoa jasa Azlinda? Beliau bukan sahaja telah matikan Puteri WP malah di peringkat nasional pun tak ada apa pun jasa dia untuk WP.Pandai bersolek dan tunjuk glam adalah.Inikah yang Puteri mahukan? Fikirlah.Yang Azliza tu nak jadi Exco tak payahlah. blog pun tak update lama dan jadi exco konon,.

Anonymous said...

Saya sokong dengan berita Wilayahkini mengenai banyak PU3 di WP tak update blg mereka dan lama terbengkalai.Sekiranya mereka tak ada masa nak update blog untuk kebaikan anggota - anggota pu 3 mana nak layak jadi exco Fikirlah.Kerja senang pun tak dapat buat, nak jadi exco konon.Saya harap Ismalina pilihlah orang - orang yang lebih layak dan berwibawa dan jgn sekadar ala kadar jer.Buang masa.Takut kasut Guess, jam tangan Gucci kotor?

Anonymous said...

Datin Ismalina memang mempunyai sokongan yang kuat di WP.Kami yakin beliau akan berjaya dalam misinya kali ini.

Anonymous said...

Sekiranya si Izzanah bertanding apa salahnya? Kenapa dia tak nak umum di blog ini? Wilayahkini mungkin dapat siarkan berita tersebut dan tengok feedback? Boleh kot?

Anonymous said...

i think "puteri"/"putera" are too feudal. "puteri" further suggests a weak female dependent on a male. perhaps this is the malaysian/malay culture but will it prepare msians for the world out there? additionally, it implies that these putera/puteri are entitled to certain things than "peasants" aren't. i guess the only good thing about this "new" aristocracy is erm, anyone can join the club?

Anonymous said...

"s" tu puan Sarah Ali Bashah daripada Seputeh. Tapi rasanya tidak ada nilai-nilai ketokohan dan keterampilan yang sesuai sebagai Ketua Puteri Malaysia. Dari segi pembawakkan..tidak konsisten dan dari segi kaliber...sangat meleset.. tidak ada apa2 yg memberansangkn. saya rasa datin ismalina amat sesuai. Kalau dibezakan antara calon-calon..Datin Ismalina sangat sesuai.. Puan Sarah..sangat tidak sesuai . Kita mahukan ketua yang mencerminkan puteri dari semua segi.