Friday, July 11, 2008

ISU PRU SEGAMBUT MENDAPAT PERHATIAN PAK LAH !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- Perkembangan politik di bahagian Segambut yang dibawah pimpinan Senator Kamaruddin Ambok mendapat perhatian pada majlis perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama semua Ketua - Ketua Cawangan di Wilayah Persekutuan rabu lepas di PWTC apabila Bendahari UMNO Segambut Hadi Md Zam membangkitkan " Isu peruntukan duit PRU yang ke 12 " kepada Presiden UMNO di hadapan lebih lebih 500 ketua - ketua cawangan seluruh WP semasa sessi dialog.
Wilayahkini difahamkan ketika Hadi yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Segambut muncul dihadapan mikrifon untuk bertanya soalan tersebut - semua pandangan tertumpu kearah Pak Lah dan Ketua UMNO Segambut Senator Datuk Kamarudin Ambok yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP.
Perdana Menteri dalam jawapanya kepada Hadi berjanji Majlis Tertinggi akan merujuk segala kes - kes tersebut termasuk semua laporan mengenai sabotaj PRU yang ke 12. Cakap - cakap sudah kedengaran bahawa Hadi Md Zam sudah bersedia dan mempunyai semangat keyakinan yang kuat untuk menentang orang kuat Segambut Datuk Kamarudin Ambok. TERKINI : SILA BACA ULASAN WILAYAHKINI DALAM RUANGAN KOMEN !

12 comments:

Anonymous said...

Kami harap PM akan bertindak dengan tegas kali ini kerana kami tidak mahu UMNO Segambut jadi tempat black money.

Anonymous said...

Wilayahkini telah melaporkan satu kebenaran tetapi tak cukup kuat ayatnya.Mungkin dapat cerita dengan lebih lanjut lagi.

Anonymous said...

CONFIRM DATUK KAM VS HADI.SELAMAT BERJUANG.

Anonymous said...

Dato kamarudin ambok nak jual muka!Kesian hantar sms dekat bini........contohi mpemimpin ini!

Anonymous said...

Hidup Datuk K, biasalah kalau ader lebih boleh pakai dulu... Yang Hadi tu bising-bising kat Gerakan dah bagi ... Dei Tamby berapa banyak u mau ha...

Anonymous said...

ye ye je nak tegakkan penyalahgunaan wang rakyat.. hak rakyat... hello ???? kat area ni lah politik at its best! Ketua Pemuda Bahagian pun macam real je.. Hidup 3K !

Anonymous said...

Isu Segambut sepertimana yang dilaporkan oleh Wilayahkini memang telah ditimbulkan semasa perjumpaan dgn PM di PWTC baru - baru ini dan saya nampak Wilayahkini tidak membuat laporan yang yang tepat tetapi telah melembutkan berita tersebut macam nak mempertahankan Datuk Kamaruddin Ambok.Isu ini memang perlu diketengahkan secara berani dan adil.Kami sebagai ahli - ahli UMNO di Segambut memang sudah muak dgn perangai setengah ahli politik di Segambut.Kami berani dedahkan dan adakah Wilayahkini berani siarkan pendedahan kami? Dulu sekalipun , Wilayahkini menyiarkan berita lebih memihak kepada Datuk Kamaruddin.Kami tidak menyalahkan pendekatan Wilayahkini yang lebih bersikap terbuka dalam semua hal termasuk semua pemimpin.Kami memang hargai sumbangan Wilayahkini kerana , dgn adanya Wilayahkini politik Wilayah sudah ada platform sampai mendapat tempat di akhbar - akhbar tempatan. Tepuk dada tanya selera .

Anonymous said...

Well said by Dato Medan Damansara.Lets go to real busines here.

Anonymous said...

Mungkin sebagai orang berniaga Datuk Kam Datuk Kam telah berjaya membina kekayaannya sendiri dengan menapak dari bawah dan memakan masa yang lama. Lepas PRU dia maintain je nampak caranya.

Dalam selama mana dia jadi Datuk Ketua Bahagian, banyak jasanya. pejabat bahagian dia yang dapatkan, dewan-dewan di sekitar segambut dan lain-lain lagi. Nak adakan program, baju-baju rasmi AJK, dewan -dewan di hotel-hotel untuk mesyuarat Bahagian. Ada orang ambik tahu nak cari funding untuk buat benda-benda ini? Semua tahu nak kaut, kerok, sapu dari Ketua Bahagian. Nak bantu bagi fund tak de.
Lepas ini, sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Bahagian, no money also can talk. Yang kedekut pun boleh jadi Ketua Bahagian. Yang melalak, bersekongkol dengan GRO pun boleh jadi Ketua Bahagian.Yang penting kita nak tengok MANIFESTO mereka ini untuk 3 atau 4 tahun mendatang. Untuk menjadi ukuran semua pihak.

Anonymous said...

Tahniah wilayahkini, anda telah menyediakan platform yang baik. Harap ia bukan menjadi tempat tohmahan buta semata-mata. Harap ia akan membuka minda warga Wilayah akan kebenaran, kematangan, kepentingan, survival mereka yang bakal menjadi calon untuk bertanding.Kalau tiada isu bangsa melayu, tiada manifesto yang tegap hanya nak mainkan isu memburuk kan peribadi seseorang ini bukan ahli politik yang matang. Dah tak modal lain, nak main isu duit pilihanraya untuk menawarkan diri, sorry bro, jauuuuuuuuuuhhhhh lagi perjalanan. Senaraikan apa yang telah bakal calon buat semasa memegang tampuk dalam bahagian atau pemuda? Kalau tak da..........perlukah menawarkan diri?????????

WILAYAH KINI said...

Kami menghargai segala komen yang tekah disampaikan melalui ruangan komen.Kami mengalu - alukanya demi kebaikan bersama.
Bagi Wilayahkini , kami tidak pernah sama sekali menafikan komitmen Senator Datuk Kamarudin Ambok.Malah, peranan Datuk Kamaruddin Ambok lebih terserlah sejak dia diberikan ruang untuk menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan dan jawatan Senator.Ini merupakan tanggugjawab dan amanah.Jika dibandingkan dengan beberapa pemimpin lain yang bersifat Syok Sendiri , Kamaruddin Ambok memang jauh lebih beza.Kita sebagai seorang pemimpin perlu juga berjuang demi bangsa melayu kita pada pada bila - bila masa.Keikhlasan dan semangat perjuangan kita perlu sentiasa kental.Kita perlu meneruskan wadah perjuangan kita bersama pemimpin atasan dan juga pemimpin di peringkat negeri sepanjang masa khususnya apabila diperlukan -semasa waktu susah dan senang.Sebagai pemimpin kita perlu berpegangkan prinsip persahabatan pada bila - blia masa.Jangan pula kita bertindak sebagai pemimpin yang suka bertikam dari belakang sepertimana segelintir pemimpin.Mereka juga tidak pandai ukur badan sendiri tetapi suka menasihatkan orang lain pada hal rumah hal mereka lebih teruk dicaci orang.Bagi kami, isu Segambut , telah dilembutkan oleh Wilayahkini kerana beberapa sebab.Ini terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk memastikan kesahihan atau kebenaranya.Kami di Wilayahkini juga tidak menghalang mana - mana pihak bertanding untuk mana - mana jawatan.Itu terpulang kepada individu - individu yang merasakan diri mereka layak untuk bertanding dan keputusan ditangan perwakilan.Wilayahkini sedia untuk menyiarkan kenyataan dari kedua - dua pihak kerana kami tidak mahu menyokong mana - mana pihak dalam isu ini, ataupun terpulang kepada media massa tempatan untuk mendedahkanya? ataupun kenapa Badan Perhubungan UMNO WP tidak bertindak ? Apakah laporan telah dibuat? Bagi kami di Wilayahkini sepertimana yang telah disebut oleh seorang pembaca, sebelum inipun kami pernah menyiarkan berita mengenai Datuk Kamaruddin - dari segi positif .Dalam isu ini pun , kami telah menerima banyak emel tetapi kami hanya menyiarkan sebahagian setelah dilembutkan.Wilayahkini tidak mahu menjadi blog batu api kerana itu bukanya matlamat kami.Manakala, berita - berita mengenai pertandingan yang di siarkan ditapis daripada sumber - sumber yang boleh dipercayai.Kami sudah bersedia.Bagaimana anda ?

Anonymous said...

Dinooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!
Bakhtiaaaaaaaaaaaaaar!!!!!!!!!!!!!!

Good luck brother-brother ku.