Monday, July 14, 2008

KL MENJERIT : WARGA KOTA GERAM, MARAH DAN TERSEKSA DENGAN GARA - GARA PERMAINAN POLITIK PARTI PEMBANGKANG !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini)-- Laluan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sesak teruk. Wargakota geram, marah dan begitu terseksa sekali gara - gara pihak Pakatan Rakyat dijangka akan menganjurkan demontrasi jalanan di Parlimen menyebabkan seluruh Kuala Lumpur tenggelam dengan kesesakan jalan raya.Wilayahkini juga menerima beberapa emel dimana lantang menyuarakan " jangan jadikan rakyat sebagai korban untuk permainan politik anda ".Begitulah luahan hati warga kota Kuala Lumpur dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang yang sudah tidak menghargai lagi mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka tetapi mereka sekali lagi mahukan rakyat dijadikan sebagai mangsa korban mereka.Inikah harapan rakyat? Warga kota tidak tahan lagi dengan karenah parti - parti pembangkang yang lebih suka untuk adakan demontrasi jalanan ala lagu menjilat, undi tidak percaya dan macam - macam drama lagi.Masanya sudah tiba untuk rakyat untuk memikirkan masa depan " ala reformasi pembaharuan".
NOTA: Gambar dari blog www.chunwai08.blogspot.com

- merakamkan laluan yang sesak di Lebuhraya Persekutuan pagi tadi.Sila juga baca blog laman blog tersebut berita bertajuk KL COMES TO A STANDSTILL !

9 comments:

Anonymous said...

Kami memang marah gila.Tolong jangan jadikan kami mangsa kesesakan jalan raya kerana kami tak dala tag kerajaan di depan kereta lainlah kalau Ahli Parlimen.Senang lepas sekatan.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim memang dasar pelakon yang hebat.

Razlan said...

Salam Tuan2,

Adakah kita akan menghadapi masalah seperti ini dalam masa 5 tahun ini?

Kemenangan telah diberikan kepada BN, sepatutnya semua pihak tumpukan perhatian kepada membina kembali ekonomi dan memajukan Negara.

Pihak-pihak yang terlibat dalam demontrasi merupakan mereka yang tidak mendokong hak Demokrasi.

Kita mengadakan Pilihanraya untuk memilih kerajaan, dan kerajaan telah dipilih, dan BN juga telah menang, dan kenapa perlu pihak Pembangkang tidak dapat menerima.

Mereka merangcang untuk membuat huru-hara didalam negara. Ini adalah taktik orang yahudi dan inilah perjuangan mereka.

Kita menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakkan yang lebih agresif dan lebih keras kepada parti pembangkang kerana tindakkan mereka ini.

Sekiranya keamanan yang mereka perjuangkan, sepatutnya tidak ada lagi demontrasi di jalanan selepas Pilihanraya.

Orang Malaysia ni bila dah kena ISA ke .. penjara ke .. baru takut .. dan Kerajaan kene ambil tindakan cepat.. jangan lagi kita dok berdolak dalih...

Rakyat nak sebuah negara yang aman dan tenteram.. anasir2 seperti ini perlu dibersihkan ...

Keputusan perlu diambil segera.. saya melihat banyak keputusan yang sepatutnya diambil tidak diambil .. sehinggakan satu perkara itu sudah menjadi bubur baru nak bertindak ..

Isu Majlis peguam mempersoalkan Hak ketuanan Melayu.. kerajaan masih senyap .. sekadar memberi amaran ..

Anonymous said...

Alahai...tensionnye gua sangkut jem....dah lah nak cepat...betull2 menyusahkan org ramai betul la...Akibat Kepentingan Diri ... Masyarakat Kota menjadi mangsa si dia tu...dah lah suka sesama jenis...masyarakat bandar pun dia nak bagi susah...masuk je dia nie dalam ISA sekali lg....baru dia tahu...masa dia dlm ISA...tak lah kecoh cam ni...yg si KJ tu memandai bagi yg suka belang tu kuar apahal!!!...ke KJ pun nak main belakang kot....KJ..jgn jadi virus dlm UMNO...

Anonymous said...

Saya setuju dgn cadangan Razlan.Lama tak dengar Sdr Razlan kita? Jadi bertanding Ketua Pemuda Seputeh? Mugkin Sdr Razlan dapat beri komen sedikit mengenai hala tuju Pemuda WP selepas ini?

Anonymous said...

PKR kene tukar Parti Kesesakan Rakyat....nyusahkan org lah....

Anonymous said...

Saya berpandangan dalam mesyuarat cawangan tak lama lagi kita semarakkan semangat melayu dengan membentangkan isu-isu hak Melayu macam Saudara Razlan nyatakan mcm isu Majlis Peguam, ketuanan melayu, keadaan bangsa melayu yang semakin lalai. Jangan jadikan mesyuarat cawangan setakat baca mukasurat membentang buku laporan, disokong, lepas tu kecoh nak undi dan pencalonan. Bagi pengisian kesedaran kepada ahli.

Anonymous said...

Ha... nasib aku naik motor...

Anonymous said...

mangkuk betul lah org umno nih.... hang ingat sapa yg suruh buat road block tu?... PM hang jugak lah..PM UMNO totok lah......Tkda sapa pun yg nk buat demonstrasi hari tu.... depa puak UMNo yg takut dgn bayang-bayang sendiri...