Sunday, July 13, 2008

MINDA PENGARANG WILAYAH KINI : PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA..

Assalamulaikum dan salam perjuangan kepada semua pembaca!
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terimakasih kepada para pembaca yang telah memberikan sambutan yang begitu menggalakkan sehingga Wilayahkini telah mencecah lebih daripada 100 ribu hits setelah dilancarkan pada bulan Mac yang lepas.Kami sesungguhnya amat terharu dengan sambutan yang begitu menggalakan ini.Sidang pengarang yang diwakili oleh beberapa bekas Pengarang dan Wartawan yang berpengalaman dimulakan dengan tujuan untuk menampilkan berita - berita politik , am, rencana dan sebagainya khususnya melibatkan Wilayah Persekutuan.Malah, Sidang Pengarang juga telah membuat ketetapan untuk memberikan lebih fokus kepada berita - berita politik di WP khususnya melibatkan parti kesayangan kita - UMNO demi agama , bangsa dan negara.Kami berharap dengan adanya satu blog yang khusus untuk menceritakan fenomena dan juga perkembangan terkini mengenai UMNO di WP dan juga berita - berita sampingan yang lain -ianya dapat menjadi satu platform untuk semua pihak melontarkan pandangan , memberikan komen dan juga berkongsi idea secara sihat demi kebaikan kita semua.Kami juga ingin menegaskan disini bahawa - Wilayahkini , sepertimana namanya kini dan selamanya akan berfungsi dengan prinsip " neutral dan tidak berat sebelah untuk mana - mana pihak sepertimana sekarang".Kami sedia menerima kritikan bernas yang bersifat ikhlas demi kepentingan bersama.Kami juga ingin memberikan amaran kepada semua penghantar komen supaya jangan jadikan Wilayahkini untuk menyerang kaum - kaum lain dan sekiranya ada, kami tidak akan menyiarkan komen- komen tersebut.Pada masa yang sama, kami harap semua penghantar komen dapat memperkenalkan diri dengan nama samaran ( nick name) berbanding gunakan " Anynomous" untuk kebaikan para pembaca yang lain. Kami juga mengalu - alukan segala bentuk berita, komen dan rencana dari para pembaca untuk mempelbagaikan berita - berita di Wilayahkini dari masa ke semasa.Pada masa yang sama, Wilayahkini juga sedang dalam perancangan untuk menampilkan imej barunya dalam tempoh terdekat ini- Bentuknya akan lebih efesyen dan menarik.Kami juga banyak menerima respons yang baik dari akhbar - akhbar tempatan yang turut menjadikan sumber berita Wilayahkini sebagai sumber maklumat mereka.Ini adalah blog untuk kita semua berinteraksi secara sihat , aman dan sejahtera.
P/S : Kami ingin mengucapkan terimakasih kepada seorang teman istimewa bernama " SL" yang telah memberikan suntikan semangat yang kuat kepada kami untuk menjayakan blog ini !
SALAM dan TERIMAKASIH !
Pengarang Wilayahkini

13 comments:

alif, Monash said...

Tahnniah Wilayahkini.Semoga sentiasa kuat dan kental seperti sekarang.Well done.

freebirds said...

congratulations keep up the good work!

Pu3 Angels said...

Tahnniah Wilayahkini kerana telah menadapt lebih 100 ribu hits.Teruskan usaha anda.

shima said...

Wow, sungguh hebat . Tahnniah.Kami harap Wilayahkini dapat memberi ruang kepada ruangan personaliti atau pemimpin muda seperti Puteri dan lain - lain lagi.

UMNO Segambut said...

Teruskan usaha anda.Well done.

Max, Bangsar said...

Wilayahkini memang hebat.Kami gembira kerana Wilayahkini dah jadi macam Malaysiakini malah lebih baik dari Malaysiakini.Congtrats.

PeMuDa PuTrAjAyA said...

Siapa SL ? Kenapa Wilayahkini nak sembunyikan indentiti tersebut? Sharelah kat kami jugak? Well, apapun tahnniah kepada Wilayahkini.

Anonymous said...

Kami mahukan satu ruangan pendapat politik negara dari masa ke semasa selain berita - berita mengenai WP.

pemuda jalanan said...

Tahniah wilayahkini. Posting anda bersifat ilmiah dan membuka minda dalam membentuk peribadi ahli-ahli politik muda dan akan datang.

Hari-hari yang 'panas' bakal muncul lagi bermula minggu hujung minggu ni dan seterusnya. Harap wilayahkini dapat melapurkan perkembangan sekitar Wilayah. Kematangan cawangan2 dalam mengatasi kemelut yang ada sekarang.

Wangsa Mas said...

Tahnniah Wilayahkini.Kami memang bangga dgn pencapaian ini dan kami harap lebih banyak ruangan dapat disediakan .

wanita, KL said...

Its a good starting to hits 100k.All the best and keep it up.

wanita pantai said...

Tahnniah WILAYAHKINI. Teruskan usaha dan kami harap lebih ruang diberi kepada Wanita UMNO WP juga.

molot bau petai said...

ahniah Wilayah Kini...menyediakan satu wadah penulisan bangsa melayu bandar. Saya akan sentiasa bersama Wilayah kini bagi menyampaikan harat, niat, perjuangan demi kebaikan Melayu bandar.

Terima kasih WilayahKINI dan akan sentiasa Dulu Kini Dan selamanya