Bekas Pengerusi MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang kini kononya bergelar dirinya sebagai Pengerusi Gabungan Untuk Selamatkan Kuala Lumpur yang diwakilili sebanyak 35 Persatuan Penduduk yang bertaraf kaya raya disekitar Bangsar dan Damansara mendesak Kementerian WP dan DBKL menangguhkan meluluskan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur ( KPCP) 2020. Beliau turut mengertak kerajaan bahawa Gabungan tersebut akan mengadakan demontrasi jalanan sekiranya Perdana Menteri tidak mahu menerima tuntutan mereka.Inilah sikap dan perawatakan sebenar Tan Sri Abdul Aziz apabila terlalu terdesak sehingga lupa daratan.Adakah beliau lupa jasa baik DBKL kepada penduduk sekitar Damansara dan Bangsar selama 50 tahun sebelum ini? Kenapa sampai mahu menamakan Gabngan Selamatkan Kuala Lumpur ? - Adakah KL dalam keadaan yang begitu sampai nak runtuh?Jangan cuba nak jadi hero ataupun tikam dari belakang ketika BN tidak mengusai Kuala Lumpur.Jangan cepat lupa.Sekiranya terlalu ghairah - tiada banyak beza antara si Aziz ini dengan pihak pembangkang di Kuala Lumpur. PERTAMA SEKALI, orang seperti Aziz ini perlu ingat, KL bukan sahaja di wakili oleh 35 Persatuan Penduduk dan YANG PENTING sekali PELAN DRAF KL MERUPAKAN HANYA SATU PELAN DERAF SAHAJA dan bukanya telah di GAZETKAN.Belajarlah nak berikan pandangan dengan secara berhemah dan bersopan dan jangan bersikap kurang ajar sampai nak mengertak kerajaan.Wilayahkini juga tidak menyokong sebulat- bulatnya pelan tersebut kerana ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi dan pihak kerajaan telah memberikan masa kepada kita semua untuk kemukakan bantahan dan marilah kita sama berikan pendapat secara baik dan tatatertib, bukanya dengan cara yang emosi !
Komen Datuk Bandar Kuala Lumpur - SILA KLIK DISINI
Komen dari rakan blogger - SILA KLIK DISINI
14 comments:
kalau si Aziz tu nak popular sangat kita boleh popularkan dia.Jangan lupa kisah yang lampau.
v don't need a kl draft plan!
apalah si aziz nie....dulu dah kaut duit kerajaan punya la banyak...ni mula nak tunjuk baik plak....pirahhhhhhh
Kepada Tan Sri Aziz, jangan jadi melayu bongak dan angkuh.
Inilah jadinya apabila melayu kita lupa kepada balasan yang lepas.
Kementerian WP dan DBKL janganlah nak ambil peduli mengenai si Aziz tu.Kami boleh bantu untuk dedahkan mereka.
Kita jangan nak salahkan DBKL aja.Bila ada masalah kecil kat kawasan kita di Damansara siapa yang jaga? Bukan Aziz tapi DBKL.Ini hanya pelan deraf sahaja.Kenapa Aziz bising? Kita pun tahu apa dia buat sebagai Pengersi RA di Damansara.Nak kami dedahkan?
We support u Datin ....ada pro and con lah.Dont be nastly lah Aziz.
Apa yang penting, deraf ni kadang-kadang tidak buat EIA terhadap kajian kenderaan di sesuatu kawasan sebagai keputusan pembangunan. Macam PLAZA RAH di Kampung Baru, sikit punya tinggi density penempatan tu. Habis tenggelam penempatan orang Melayu kat situ. Bayangkan bila dah penuh esok, semua kereta nak keluar serentak pergi kerja, alamat jam lah Jalan Raja Abdullah tu.
Saya hairan macammana DBKL boleh masuk campur luluskan projek itu, padahal Pihak Berkuasa terhadap kawasan tu ialah Lembaga Pentadbiran MAS Kampung Baru Kuala Lumpur? Dan Yang Dipertua Lembaga Pentadbiran MAS ialah Datuk Bandar sendiri!!!!! Ada kemusykilanlah dengan keadaan yang berlaku.
Say sokong suara Aku Sayang Kampung Baru dan kita harap DBKL segera ambli perhatian.UMNO Titiwangsa sila turun padang.
Kalu kita baca enakmen Malay Agricultural Settlement, kat kampung Baru tu hanya penempatan khas untuk orang Melayu sahaja dibenarkan. Komersil tak leh ada kat situ.
Kalau ikut enakmen, bangunan NAZA, PERODUA, kedai kereta tak leh di dirikan asalnya.
Semakin saya baca enakmen ni, semakin sayang saya kepada kampung Baru. Tempat Melayu dah lebih 108 tahun. Apa UMNO Titiwangsa dah buat selama ni untuk mempertahankan tempat ni? ENAKMEN BOLEH DI DAPATI DI PEJABAT LEMBAGA PENTADBIRAN MAS DI JALAN HAJI HASHIM,pegilah ambik baca .
Mungkin UMNO Titiwagsa tak ada masa untuk orang melayu.Mereka kan do9k sibuk nak kempen aja sampai melayu kita kalah disana pada PRU.Mungkin penduduk disana buat satu rundingan meja bulat bersama penduduk.Apakah Sdr Sayang Kampung Baru tidak mahu Kampung Baru dibangunkan?
saudara mat rempit,titiwangsa,
Saya mahu lihat kampung baru dibangunkan. Tapi jangan jadi caca marba macam Bukit Bintang dll. Ianya kena berlandaskan ciri melayu dan elemen agama Islam dalam pembangunannya.Ia tetap jadi penempatan orang melayu selama-lamanya. Kalu ia terbuka kepada semua bangsa, hilanglah melayunya di telan bangsa lain!!! Pegi ambik enakmen tu dan kita baca sama-sama, merangkak bulu roma............
Tu La... Apa ingat orang UMNO Titiwangsa timang telo je ker...Untuk 3 tahun berturut-turut dah dijadikan Usul Bahagian tentang pembangunan Kg. Bharu dan diangkat ke pihak Perhimpunan Agung.....
Tapi pemimpin yang dok diatas ni bila cerita nak bangun kg. bharu bukan nak ambil perhatian pun... semua teloq simpan sebab nanti kena picit dengan Khairi.... Apa-apa pembangunan pun mesti refer kat Patrick dulu...
#PS. tu la.. orang tak berhenti kutuk Tok Leman sedangkan dia pejuang bandar yang betul-betul tulen... tapi korang semua campak fitnah kat dia...
Sekarang padanlah... pejuang korang buang dan angkatlak tukang buat bubur ....
Post a Comment