Tuesday, July 22, 2008

UMNO TITIWANGSA : DRS.SULEIMAN MOHAMAD BERGAYA DAN GAH DENGAN KEJAYAAN 40 - 0 SETAKAT INI !

Titiwangsa ( Wilayahkini ) -- Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad hampir pasti dinobatkan semula sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa tanpa bertanding untuk penggal yang ke empat setelah beliau berjaya menidakkan semua andaian dan spekulasi mengenainya sebelum ini. Sehingga semalam, daripada 87 cawangan di Bahagian Titiwangsa 40 cawangan yang telah bermesyuarat telah mencalonkan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP dan mantan Timbalan Menteri itu untuk jawatan Ketua Bahagian.Suleiman juga berjaya menewaskan segala ilmu politik yang cuba dilemparkan terhadapnya sebelum ini menjelangnya persidangan cawangan. Malah ketika spekulasi kuat bertiup dimana dikatakan AJK UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Aziz Jamaluddin dijangka akan berentap denganya juga akhirnya tinggal mimpi semata - mata apabila , Suleiman berjaya mematahkan segala percaturan politik tersebut.
" Suleiman Mohamad memang sukar digugat ketika ini dan beliau memang layak untuk menerajui semula bahagian Titiwangsa sekaligus membawa satu harapan baru kepada bahagian ini yang sedikit tenggelam selepas PRU yang ke 12 akibat kekalahan calon UMNO disini" ,kata seorang pemimpin UMNO Titiwangsa kepada Wilayahkini.
Namun kejutan tercipta, untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian apabila , Datuk Rosman Ridzuan yang juga merupakan AJK Bahagian telah mendapat 10 pencalonan setakat ini untuk menentang Timbalan Ketua Bahagian sekarang- Datuk Johari Ghani.
Manakala, Datuk Aziz Jamaluddin yang diwarkan - warkan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian selama ini telah mendapat sebanyak 4 pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Bahagian.Pencalonan yang diterima Aziz dikatakan telah menaikkan bulu roma beberapa pihak di Titiwangsa dan pemerhati politik berpendapat Naib Ketua sekarang Affendi Zahari terpaksa kerja keras untuk menyelamatkan masa depanya selepas ini.
Wilayahkini juga difahamkan, penampilan Aziz Jamaluddin untuk jawatan Naib Ketua dibayangi oleh Drs Suleiman ? Malah, sudah ada cakap - cakap diperingkat bawah, sekiranya sesiapa pun yang ingin menang perlu mendapat " restu Suleiman " . Apa yang pasti dalam tempoh masa seminggu lagi banyak lagi perustiwa bakal dirakamkan di Bahagian Titiwangsa ini.- IKUTI PERKEMBANGAN DARI MASA KESEMASA DI WILAYAHKINI- Pengarang

22 comments:

Anonymous said...

Hidup Datuk Seri Dr Suleiman

*U**rkan Datuk Rosman
Buburkan Aziz Baba

Anonymous said...

bukan ke anak dr suleiman pun akan bertanding sebagai ketua Pemuda ...

tak silap Boy nama samaran dia yang sekarang ini memegang jawatan naib ...

emmmm ....

Anonymous said...

Hebat sungguh Datuk Leman kita ni.Belajarlah dari dia.Lagi pun ,dia lebih ketahui mengenai Kampung Baru.Calonkan semula Leman sbg Ahli Parlimen.

Anonymous said...

Suleiman memang kuat, hebat dan tersohor.Tahnniah

Anonymous said...

Saya juga sokong saranan cawangan kampung pandan.Belum ada pemimpin yang layak gandi datuk leman kita di sini.HIDUP DATUK LEMAN.

Anonymous said...

Pada pandangan saya Tok Leman hebat bukan pasal strategi politik atau percaturannya... Tapi dia hebat sebab dia jaga buat bakti dan berjasa pada bahagiannya dan cawangan-cawangan didalamnya... setakat muka-muka sekadar nak tunjuk hensem boleh jalan la...

Kena berjasa pada rakyat barulah tersemat kesetiaan sejati...

Kalau terlalu berpolitik... sepandai-pandai tupai melompat ketanah juga di di tersembab mati..

Teruskan Perjuangan.. Hingga ke titisan darah yang terkahir Demi Melayu Untuk Melayu...

Meremang bulu roma dengan ucapan perasmian Tok Leman hari ahad hari tu...

Saya tengah cuba dapatkan CDnya dari member kalau dapat saya akan Publish kat YOUTUBE

Anonymous said...

Saya sokong saranan Si Kurap Warisan, dan saya cadangkan Wilayahkini menyiarkan ucapan Datuk Leman untuk tatapan kita bersama untuk direnungkan.Ini amat penting dan kami memang gembira dengan adanya Wilayakini kita dapat bedrkongsi pendapat secara bersama .

Anonymous said...

Inilah dikatakan perjuangan seorang pemimpin melayu yang unggul.Marilah kita sama memartabatkan Pembangunan Kampung Baru dan juga UMNO Titiwangsa.

Anonymous said...

kita dah nampak panglima melayu sudah muncul di titiwangsa...semoga akan muncul lagi panglima2 melayu di bahagian2 lain.....panglima ini sanggup mengadai nyawa demi anak2 melayu...apa akan jadi sekira nya panglima2 melayu duk diam membisu..hancur melayu..orang melayu mesti bersama2 menperjuangkan hak org melayu di bumi tanah tumpah melayu..bangsa lain nampak nya menggangu dan cuba menafikan hak ketuanan melayu...ini dah kurang ajar...kita mesti perang habis habisan demi hak genarasi anak melayu akan dtg..ayuh kwn2 hidup melayu selama selama nya...bagi pemimpin melayu yg takut di gertak oleh bangsa lain dan juga nak jaga bontot sendiri( play save )..boleh jalan la..

Anonymous said...

Cara Titiwangsa ni macam ada elemen 'Gangsterism' lah. Nak dapat restulah , ini lah. Mana dia kebebasan kita sebagai ahli UMNO.....

Anonymous said...

Gangsterisma hanya wujud dikalangan mereka yang tidak mempunyai telur.. dan maruah...

Samseng dengan Pahlawan tak sama... ha.. kalau nak tau samseng macam Sarip Dol da.. samseng kg. Dusun.. asyik kacau orang saja...

Kalau banyak berjasa tak yah minta restu.. orang kenang jasa kerana budi dan keikhlasan... tetapi kalau setakat musim pertandingan je baru nak tunjuk muka dan berkenal-kenal dengan orang cawangan... pie jalan da....

Wahai cucu Datok Keramat... UMNO tertegak dengan darah, harta dan pengorbanan.... bukan semata-mata nak cari kesenengan dan pangkat...

Kalaulah orang yang sedemikian menawarkan diri maka hancurlah wadah bangsa kita...

Bagi mereka yang berhasrat nak bertanding sila ukur baju masing-masing sama padan tak atau sama warna... ingat.. ingat... ingat... nyawa melayu yang pertaruhkan tu... jangan menyesal bila dah hancur kelak...

Anonymous said...

Sorilah si Kurap Warisan, aku baca article Wilyah Kini tu, mantan Ketua Pemuda pegi chai mana?

Anonymous said...

Cucu dato keramat, kenapa sibuk dengan ketua pemuda? Dia nak kemana pun kenapa orang nak susah hati. Dia dah buat pilihan dia sendiri. Biarkanlah. Tak perlu nak provok orang untuk bertanding. Semua yang sukakan pertandingan, kerana nak masyuk...... Yang nak bertanding tu pun bukannya yang boleh buat kerja. Cakap je lebih. korang tengok jelah nanti, bila dah menang semua tidor. tunggu 3 tahun lagi, barulah nampak batang hidung. menonjol-nonjolkan diri. Kalau betul2 buat kerja, titiwangsa tidak akan lepas ke tangan pembangkang. nasib baik dapat pada PAS, masih lagi orang melayu. Kalau Cina.??????????? Lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Bukankah Ahmad Zuhri Dato'Idris masih ketua pemuda lagi belum jadi mantan... Permasalahannya sekarang kenapa diam dan senyap kalau berhasrat untuk memegang jawatan tertentu... mungkin satu pelan kopromi boleh diadakan bagi menyelesaikan kemelut ini...

Saya rasa pimimpin di atas ni semua boleh cerita pasal dari kata-kata mereka... mereka sayangkan UMNO TITIWANGSA... demi UMNO dan orang Melayu diaorang sanggup berkorban...

Cuma yang tak suka plan kompromi ni General-General sbab tak masyuk....

Anonymous said...

Hampir nak mantan lah tu. Apa yg biasa org cakap, menopos? Itulh dia, nak masyuk lebih, nak pastikan perwakilan cawangan dapat bagi undi, G2 nak dapat masyuk lagi untuk puak-puak diaorang saja kongsi. Berapa setiap cawangan-cawangan solid dapat untuk pencalonan kali ni? RM500.00? RM1000? Patut duit 'masyuk' tu salurkan balik kat cawangan untuk aktiviti. Biasalah mana ada pengorbanan bila dah nampak 'duit'.Gelap!!!!!!! Perjuangan dah tak da!

Anonymous said...

wahai pembaca wilayah kini..mato2 siasat..ada calon yg nak bertanding menukar gaya mcm koparat..pastu over confident..jaga style..tak pandang perwakilan yg duk kat kedai kopi..low class kata nya...calon ni berkawan dgn org2 penting di umno malaysia..sponsor pun byk untuk calon bertanding melawan arus..calon ni lah akan hancurkan parti org melayu..pemimpin dari luar memang taknak melihat titiwangsa bersatu padu...mereka mengaburkan ahli umno dgn wang besar kpd ketua2 cawangan....calon ni mengikut arahan ahli umno yg menghancurkan umno satu malaysia semasa pilihan raya yg lepas..durjana ni memang memasang org supaya bertanding di seluruh bahagian umno di MAlaysia..buta ke ke calon2 yg mengikut arahan durjana ni..benggong melantun-lantun la calon2 tu..sekian dari mato-mato.

Anonymous said...

Setuju mato-mato,
Tak boleh pilih bulu, semuo eh kono bersatu tak kiro kayo mau pun miskin. Nampak gayo eh nak tengkarap UMNO ni kalau masih macam style lamo.

Anonymous said...

TERKINI
Dalam Utusan Malaysia 30 hb Julai 2008, PEMILIK JUAL TANAH KAMPUNG BARU DAPAT WANG DAN SAHAM.

Gabem ni faham tak kedudukan Kg Baru ni yang ada terkandungnya enakmen MAS ni? Nak jadikan KLCC fasa kedua? Macam buat kerja bodoh je Gabem ni nak ambik tanah orang Kg Baru. Kabinet dah lulus ke cara dia orang ni? Lembaga MAS ada dirujuk tak nak buat benda ni? Saya berharap ia akan kecundang di tengah jalan macam pelan deraf dan lain-lain sebelum ini, pasal isu pokok enkmen ni tak di rujuk sebagai terma rujukan utama!!!

WILAYAH KINI tolong buat tajuk khas pasal GABEM dan tanah ini.Kami di titiwangsa ingin melibatkan diri dalam hala tuju tempat kami agar ia dibuat dengan cara yang betul berlandaskan undang-undang.Bukan ikut sesedap rasa dan hantam kromo.

Anonymous said...

salam semua...knaper la org luar sibuk kan sangat kg bharu...apa agenda diorang ni...Kg baru adalah tempat org2 melayu di dlm bandar..para pemimpin harus tahu sejarah Kg baru...bila pemimpin atasan bukan asal dari KL..Jadi dia tak tahu sejarah..jadi pemimpin atasan harus membangunkan ekonomi org Kg baru..bukan suruh org Kg baru Jual tanah Kg baru utk projek mereka berbillion tu..diaorang ni semua nak jual bangsa sendiri...Pada Orang Kg baru..mato-mato saran kan pertahankan hak kita di Kg baru..mato-mato pun lahir di Kg Baru.....hidup org Kg Baru.

Anonymous said...

Mato-mato,
Orang Melayu luar masih tak faham tempat kita ni didokong oleh undang-undangnya tersendiri. Masaalah orang kampung masih dirujuk enakmen ni. Tuntutan pewaris harta pusaka masih diuruskan oleh Lembaga MAS.

Pemimpin baik di Wilayah mahupun negara masih tak dapat menjiwai semangat Kampung Baru ni. Biarkan Gabem jolok nak kan tanah kita ni, banyak cantik muka dia. Orang kampung pun belum dibawa berbincang, dia dah buatkan keputusan. Saya rasa 25% dapat wang lagi 75% dalam bentuk saham bi pun entah formula mana dia orang dapat. Kalau 90% wang 10% saham mungkin boleh diterima. Itu pun pada kadar 1 kaki persegi harga tanah dalam RM1000 ke RM2000.

Kita pakat orang kampung bincang dahulu dengan pihak berwajib yang jaga kampung kita. Niat utama orang luar ni kita kena curiga. Tatacara pembangunan ini haruslah sejajar dengan keperluan undang-undang dan tuntutan agama. Yang penting berciri Melayu.

Si Kurap Warisan said...

saya menjemput anak-anak titiwangsa untuk bersama-sama saya membincangkan masalah kg. baru ini...

sila ke titiwangsakini.blogspot.com dan saya menjemput anda menghantarkan e-mail anda diruangan comment untuk saya jemput menjadi moderator... ini blog terbuka semua orang boleh suarakan pandangan

dijemput

Anonymous said...

bro tak dapatpun titiwangsakini.blogspot.com