Friday, July 4, 2008

POLITIK UMNO SEGAMBUT KIAN PANAS DAN MERUNCING ? EPISOD 2004 BERULANG KEMBALI ?

Segambut ( Wilayahkini ) -- Bahang pemilihan kian dirasakan di Bahagian Segambut yang diketuai oleh Senator Datuk Kamaruddin Ambok yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP.
Sudah ada kata - kata diperingkat akar umbi - " adakah insiden 2004 akan berulang kembali di Segambut dimana Kamaruddin Ambok terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagianya dalam pemilihan kali kedua selepas pemilihan kali pertama dibatalkan".Suasana kali ini dikatakan lebih panas kerana banyak pihak diperingkat akar umbi tidak puas hati dengan Datuk Kamaruddin Ambok dan " Tragedi Rahsia PRU" masih menghantui mereka.Malah Wilayahkini mendapat maklumat melalui emel satu bahawa satu laman blog akan dilancarkan tidak lama lagi oleh kumpulan tertentu bagi memberikan satu imej yang baru kepada UMNO Segambut.

Untuk rekod, pada pemilihan tahun 2004 , Kamaruddin Ambok menang pada pemilihan pertama dengan mendapat 120 undi manakala pencabarnya Azri Mohd Zain mendapat 105 undi-beza 15 undi ( Pemilihan pada 18 Julai 2004 di PWTC). Setelah bantahan , dalam satu lagi pemilihan Kamaruddin mendapat 119 undi dan Azri pula 108 undi.Beza- 11 undi. Untuk jawatan Timbalan pula, orang harapan Kamaruddin kalah - menyebabkan satu lagi tragedi politik yang ngeri kepadanya pada tahun 2004.
Kali ini , beberapa nama dikatakan sudah bersedia untuk berentap dengan Kamaruddin Ambok termasuk Bendahari Bahagian.Fenomena terkini di Segambut dikatakan begitu meruncing dan pemerhati politik WP sudah meramalkan akan ada kejutan besar !- TERKINI : Ulasan WILAYAHKINI dalam ruangan komen !!

21 comments:

Anonymous said...

Gomen kudasai.

Anonymous said...

umno segambut sudah bersedia untuk pembaharuan ala reformasi.Tengoklah nanti siapa yang akan menang dan apakah yang akan berlaku.

Anonymous said...

Masanya sudah tiba untuk Datuk Kam memberitahu kebenaran dan menyerahkan pucuk pimpinan kepada orang lain kerana kami mahu satu kepimpinan yang tulen bukanya ciplak.

Anonymous said...

Memang timely rencana Wilayahkini mengenai Segambut kerana sudah ada banyak cakap - cakap yang kuat di peringkat akar umbi.Pemuda , Puteri dan Wanita juga mahukan pembaharuan.Ayuh kita pulun habis- habisan.

Anonymous said...

Inilah dikatakan suara - suara Segambut yang dahagakan sesuatu pembaharuan.

Anonymous said...

Apa salah kepimpinan DKA di Segambut? Beliau tekah melaksanakan banyak program untuk UMNO dan BN.Jangan kita terlalu emosi untuk menolak pemimpin dengan begitu sahaja.Jangan nak buat demo pulak.

Anonymous said...

Datuk Kam orang kuat Datuk Zulhasnan Rafique.Banyak jasa Zulhasnan kepada Datuk Kam.tapi tak tahulah kali ini nasib dia kerana ramai dah buat spekulasi mengenai kedaan politik di Segambut.

Anonymous said...

Alahai, sekadar jadi orang kuat tak cukuplah bro.Buktikanlah keikhlasan pada masanya.

Anonymous said...

Inilah masa terbaik untuk Kamaruddin Ambok buktikan kekuatan dia di Segambut dan di WP.

Anonymous said...

Dah dapat Senator, Timbalan Pengerusi..cukuplah...apa lagi nak masyuk ..?

Anonymous said...

Fenomena dan persekitaran politik di Segambut masih dalam pola yang sederhana, tidak tenat dan belum menggugat.

Alah Bisa Tegal Biasa

Adat...musim pertandingan pelbagai cerita yang tercetus dan mengasak minda.

Namun, ahli Segambut masih tenang seperti biasa, tiada gegak gempita cuma dihimpit seloka.

Provokasi hanyalah mainan atau senjata untuk mengusik lawan dan meraih simpati kawan.

Segambut tetap tenang dan menolak adu-domba.

Sayugia..Politik ini suatu wadah perjuangan... bukannya sepak terajang.

Anonymous said...

Best man wins!Publicity!

Anonymous said...

Dalam keadaan sekarang, Seganbut tak ada wakil rakyat, hanya Ketua Bahagian saja ada kedudukan Senator. Kalau dia pandai gunakan senatornya untuk kebajikan rakyat yang hilang wakil parlimen Segambut dalam PRU12, memang sepatutnya dia dikekalkan. Bahagian lain tak da Senator pun. Kalau dia tak pandai mainkan peranannya secara ikhlas, susah nak cakap.
Sepatutnya UMNO dah nak lingkup ni, kita kena hentikan aktiviti 'tanam menanam ' ni. cari kebun tanam pokok buah lagi baik da... Hargai kedudukan suara di Dewan Negara oleh wakil Ketua Bahagian dari mendengar suara yang tak pernah bersuara di khalayak ramai hanya berkokok ditepi reban untuk memimpin. Kekayaan untuk memimpin tidak cukup, banyak kriteria lain lagi. Aura, aura, aura dan suara pemimpin itu penting juga melalui pengalaman yang seseorang itu ada.

Selamat maju jaya kepada Segambut, jangan banyak sangat main 'kolam'. Kadangkala 'kolam' yang dalam itu ada anak air yang keluar ke 'lautan ' yang luas. Mainlah satu kolam yang betul dan jauh perjalannanya demi nasib bangsa Melayu.

Anonymous said...

Sebagai Ahli UMNO biasa di Parlimen Segambut saya setuju dengan komen yang tekah diberikan oleh Pemuda Jalanan.
Datuk Kamaruddin telah menjadi seorang pemimpin yang berkarisma tinggi apabila dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP dan memang tidak dapat dinafikan gandingan Datuk Kamaruddin bersama Datuk Seri Zulhasnan Rafique dicemburi oleh ramai pihak di WP .Malah Datuk Zulhasnan juga telah memberikan banyak peluang untuk Datuk Kam untuk memainkan peranan yang begitu luas di WP yang menampakkan stail Datuk Kam begitu terserlah selain menjadi Pengersi Gapem , Senator dan juga Ketua UMNO Segambut.
Mungkin , ada beberapa perkara dapat diperbetulkan oleh Wilayahkini kerana, semasa musim pertandingan perkara seperti ini adalah perkara biasa.

Anonymous said...

Banyak berita mengenai Datuk Kamaruddin yang baik - baik belaka di akhbar tempatan.Tak kisahlah.Suara Wilayahkini mungkin ada hikmahnya kerana politik Segambut memang cam gitu.Relax Dato, teruskan perjuangan. Dan kami hargai Wilayahkini kerana siarkan komen - komen kedua pihak dan tidak berat sebelah macam blog lain yang tak siarkan komen kami.

Anonymous said...

Datuk Kamarudin....Kau lah Jiwa Raga Segambut...Harap2 ... kau sentiasa bersama ahli UMNO Segambut bagi memperjuang nasib Org Melayu di Sini....Hidup Melayu...

Anonymous said...

Ketika ini dirasakan DKA patut dikekalkan memandangkan dlm keadaan politik semasa yg tidak menentu,sangat menyokong apa yg dikata oleh 'pemuda jalanan' memandangkan antara bhgn dlm wilayah yg ada senator.Somoga dlm pemilihan kali tiada taktik yg amat kotor dimainkan.

Anonymous said...

Pada 2004, orang harapan Datuk Kam untuk jawatan Timbalan Bahagian kalah dan atas sifat persahabatan beliau dilantik menjadi Bendahari Bahagian oleh Datuk Kam.

Atas jawatan menjadi Bendahari, beliau telah banyak mendapat projek. Alhamdulillah, saya sebagai orang melayu bangga sebab ada anak melayu berjaya dengan mendapat projek melalui jawatan umno beliau.

Kini, atas perasaan tidak berterima kasih, Bendahari yang bernama Hadi ini, telah menawarkan diri untuk melawan Datuk Kam. Dengan alasan kononnya duit pilihanraya 2008 disalahgunakan. Sekarang tiada isu lagi sebab majlis tertinggi umno melalui bendahari umno malaysia setelah mendengar kedua-dua belah pihak, beliau mendapati tiada penyalahgunaan duit PRU12.

Sekarang, Hadi ni dah tiada isu lagi kecuali isu peribadi beliau dan koncu-koncu beliau.

Anonymous said...

Biarkan mereka yang tidak mengenang jasa ini akibat ketamakan menerima penolakan dari cawangan-cawangan sekitar Segambut. Duit PRU biasalah, di tempat saya Ketua Pemuda Umno Bahagian ....... sendiri merahsiakan terus duit pilihanraya yang diterimanya, sebaliknya segala urusan pilihanraya di bolotnya bersama konco-konconya. Di Segambut saya tak pasti bagaimana. Mungkin ada yang tahu?

WILAYAH KINI said...

Assalamulaikum.
Wilayahkini ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan pelbagai cadangan dan juga info yang terkini.
Inilah yang diharapkan oleh Wilayahkini kerana , ahli - ahli UMNO dapat menyuarakan suara hati mereka.Dalam isu UMNO Segambut, Wilayahkini menerima beberapa emel dan kami hanya siarkan sebahagian kerana kami tidak berniat untuk mempolitikan segala isu.Wilayahkini juga tahu mengenai peranan Datuk Kamaruddin di WP.Diharap Ketua Segambut Luar dapat hantar nama penuh dalam bentuk emel atau siaran media.Kami sedia untuk menyiarkan sepenuhnya.
Salam Perjuangan untuk semua .

Anonymous said...

saya nak jawab pada pemuda gempur. saya rasa cerita tentang ketua pemuda bahagian main duit tu bunyi macam sama aje di bahagian segambut.

difahamkan umur beliau di pemuda telah tiba masanya untuk ke bahagian. dan difahamkan juga pada masa PRU12, beliau ingin bertanding pada peringkat G7 sahaja. Akan tetapi dengan kuasa yang beliau kaut di peringkat pemuda telah naik ke kepala beliau dan apabila Hadi ingin berlawan dengan Dato Kamarudin sebagai ketua, ketua pemuda ini dengan tetiba sahaja tawar diri untuk jawatan naib ketua bahagian.

beliau langsung tak berfikir risiko yang beliau akan lalui. dan berapa ramai orang yang beliau akan laga di bahagian.

Akan dasar tamak kan kuasa, beliau sanggup lagakan ramai orang terutamanya calon ketua pemuda bahagian yang juga kawan beliau.

sekarang semakin hangat apabila calon ketua pemuda beliau yang ikut dato kamarudin dan beliau Hadi, beliau cuba menghasut calon ketua pemuda itu mencalon dan mengundikan beliau.

ini telah menimbulkan pelbagai reaksi diperingkat bahagian kerana ketua pemuda yang nak ke naib telah kacau pemuda.

sekarang, difahamkan calon ketua pemuda beliau ingin ke Dato kamarudin tapi naib ketua dan G2 pilihan beliau mungkin ke Hadi.

inilah dia politik pemuda-pemuda umno melayu di segambut. memang memalukan.

ada yang kata, duit PRU12 dapat kat ketua pemuda tapi tak diagihkan ke akar umbi, lepas tu tuduh Dato ketua bahagian songlap duit. dia tak cerita duit yang diberi untuk kegunaan PRU12 pergi kemana? Saya ada dengar beliau dan hanya kumpulan beliau guna duit tu pergi ke luar negeri. sahih tak sahih, tepuk dada tanya selera, jangan sekadar guna ayat suci Al Quran dan laungkan ayat-ayat suci depan orang.

wilayahkini citer pasal bahagian aje ke? pemuda amacam? mahu kah?