Wednesday, July 23, 2008

UMNO WANGSA MAJU : ZAINAL NAZERI BERI LALUAN KEPADA ASTAMAN ? EPISOD LAMA BERULANG DI WANGSA MAJU ?

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Perkembangan terkini politik UMNO Wangsa Maju menyaksikan kedudukan bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dikatakan kian kukuh dan sudah ada tanda - tanda yang menunjukkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri akan memberi laluan kepada Astaman.
Politik UMNO Wangsa Maju menjadi perhatian seluruh negara apabila mesyuarat UMNO Cawangan Datuk Zainal Nazeri sendiri " tak lepas" ekoran daripada tak cukup korum.Peristiwa tersebut dikatakan telah memberi tamparan yang kuat kepada Zainal Nazeri dalam usahanya untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian. Sumber juga mengesahkan kepada Wilayahkini, Zainal Nazeri akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagian seterusnya memberikan sokongan kepada Astaman dari belakang tabir. Malah, penyokong Zainal juga dikatakan sedang merencanakan satu formula untuk menjayakan visi tersebut. Gandingan Astaman - Zainal dikatakan sudah bersedia untuk menentang Naib Ketua Bahagian sekarang - Datuk Shafie Abdullah yang disifatkan sebagai salah seorang calon yang "favourite" untuk merangkul gelaran juara Ketua Bahagian Wangsa Maju, selain Astaman dan Zainal.
Isu cawangan Zainal yang tidak cukup korum bukan sahaja dikatakan telah menjejaskan reputasi Zainal sebagai Pemangku Ketua Bahagian, malah ramai ahli - ahli UMNO di Wangsa Maju berpendapat ianya telah memberikan imej yang buruk kepada UMNO Wangsa Maju ,khususnya kepada Zainal sebagai teraju kepimpinan utama di UMNO Wangsa Maju. Episod lama berulang di Wangsa Maju sekali lagi ?, begitulah reaksi seorang pemimpin UMNO Wangsa Maju kepada Wilayahkini.

6 comments:

Anonymous said...

Saya harap Dato Zainal tumpu aja untuk Timbalan dan beri laluan kpd Datuk Astaman.Lebih baik dan safe untuk dia jugak.

Anonymous said...

Semoga Zainal Nazeri insaf selepas ini.

Anonymous said...

Kalau tak cukup korum buakn satu masalah besar.Boleh mesyuarat lagi dan saya harap Zainal akan tetap bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian kerana dia memang ada peluang besar.

Anonymous said...

Elok rasanya kita melihat kupasan yang dibuat oleh blogger locengwangsa.blogspot.com mengenai senario politik Wangsa Maju, sekaligus meeneliti kekuatan diantara 3 calon yang bertanding Ketua Bahagian Wangsa Maju. Kupasannya amat prolifik dan bernas untuk direnugi oleh politikus di Wangsa Maju.

Anonymous said...

kita kena tanya gak, apasal hanya berita cawangan Dato Zainal yang dibuat liputan meluas. setahu aku, pada hari yang sama, di wangsa maju ada cawangan lain pun tak boleh bersidang sbb x cukup korum. Apa nama? Platinum Condo?? mesti dalam malaysia pun ada cawangan lain yg x cukup korum. ni highlight caw dato zainal aje. mesti ada org dengki dgn dia dan sengaja nk malukan dia. tak baik beb... ni masa dia. nanti korang kena balik. Insaf la wahai umat!!

nantero said...

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.Sudah banyak pemimpin wangsa maju bermula dari Dato'Dr.Suleiman,Dato'Zulhasnan,Dato'Astaman,Dato'Zainal dan yang terbaru Dato'Shafie...Apa yang selama ini UMNO Bahagian dan Cawangan Wangsa Maju lakukan selama ini.Bekas ketua pemuda wilayah persekutuan,Dato'Norza???
Lama sudah perkara ini ingin saya ketengahkan tetapi ada saja yang menghalang niat baik saya untuk memperkukuhkan UMNO WM ini.Bilakah kali terakhir Ketua Bahagian turun padang?tak kan masa bulan ramadhan je yang nampak batang hidung.program bantuan kepada ibu-ibu tunggal hanya orang yang sama sahaja setiap tahun.saya faham akan proses dari MAIWP dan BAITULMAL tapi dimana keadilan sekiranya yang menerima bantuan itu mempunyai gerai atau warung makan.dimana kesusahannya?saya bukan nak cemburu dengan rezeki masing-masing tapi pihak yang sepatutnya dapat pemberian itu tidak dapat menerima bantuan.ini baru masalah kecil sahaja dicawangan umno wangsa maju.
sekali lagi saya berharap agar ketua umno bhgn.wangsa maju dan seluruh pemuda dan puteri wangsa maju bangun dan buka mata mengenai masalah cawangan dan bahagian wangsa maju.jangan hanaya kroni sahaja.dulu Dato'Norza pernah berjanji akan membina kompleks sukan untuk semua golongan.tetapi yang naik adalah wangsa walk!apa ni semua!!!begitu juga umno caw.wangsa maju....harapkan pagar,pagar makan padi.
saya adalah salah seorang ahli umno wangsa maju dan tinggal dari awal pembukaan wangsa maju seksyen 1.bukan menyokong pembangkang atau mencari kesalahan tetapi niat ikhlas untuk kita semua.gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang laut nampak pula . . .