Wednesday, July 23, 2008

TERKINI DI WANGSA MAJU : SHAFIE - 18, ZAINAL- 3, ASTAMAN- 0 !

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Berita terkini yang diterima oleh Wilayahkini menyaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Mohamad Shafie Abdullah mendahului senarai pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian dimana beliau telah mendapat sebanyak 18 pencalonan, manakala Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri 3 pencalonan dan bekas Ketua UMNO Bahagian Datuk Astaman pula belum mendapat sebarang pencalonan setakat hari ini. Selepas 21 cawangan telah mengadakan mesyuarat , harapan Zainal dan Astaman kini bersandarkan kepada 22 cawangan yang belum lagi mesyuarat.Kini hidup mati perjuangan politik Astaman dan Zainal bergantung kepada 22 cawangan yang akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh masa yang terdekat ini seterusnya yang akan mencalonkan pemimpin pilihan mereka . ADA KEJUTAN LAGI ?

8 comments:

orang melayu said...

Masih terlalu awal untuk katakan Shafie dah menang.Ada cawangan lagi belum mesyuarat.Jangan nak terlalu ghairah.

KUBU AL MALIK said...

Ini semua adalah perancangan Dato Shafie yang cukup menarik.Jangan nak sentuh dia, akhirnya kedua- dua mereka akan hancur begitu sahaja.Jangan lah kita nak beradu nasib kalau ahli UMNO dah tolak mereka.Buang masa aja.Mereka kena faham politik Wangsa Maju.

melati men said...

Tahnnih kepada Wilayahkini yang memberikan laporan yang neutral untuk kedua - dua pihak.Apapun kita kena akui kelemahan Zainal Nazeri dan beliau harus beri ruang kepada Shafie untk jadi Ketua Bahagian.

kuda kepang said...

Confirm kali ini Dato Shafie akan dinobatkan sebagai Ketua Bahagian.Jangan buang masa.

RESTORAN SITI ZUBAIDAH said...

Kami dengar ada ura - ura katakan Dato Astaman akan pergi ke jawatan Timbalan Ketua Bahagian? Betulker? kalau betul, ianya tak relevan langsung.

Anonymous said...

Astaman nahas kali ni...

Anonymous said...

kita harus bersikap terbuka dan berhenti menghentam mana-mana pihak. tak semestinya pencalonan tertinggi dapat menang. segalanya bergantung kepada ketentuan ILahi.

Anonymous said...

kepada ahli UMNO Wangsa Maju. Gunakan akal fikiran. Buat lah pilihan yang bijak - pilihlah pemimpin yang betul-betul berkaliber. kalau sekadar berkubu di Al Malik, semua orang boleh