Namun, Yusuff dikatakan sudah bersedia untuk mencabar Suhaili dan dipetik berkata , " berharap mendapat pencalonan yang mencukupi daripada 30 cawangan UMNO di Labuan untuk melayakanya bertanding jawatan Ketua Bahagian", lapor Wartawan Wilayahkini.
Sementara itu, Suhaili yang mula memimpin UMNO Labuan sejak tahun 2001 dipetik dari Akhbar Star ( 5hb Julai 2008 ) berkata " tidak semestinya Ahli Parlimen perlu menjadi Ketua Bahagian dan sayu tetap akan mempertahankan jawatan saya ", katanya.
Suhaili yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata" sebagai seorang Ahli Parlimen dia( Yusuff ) akan kehilangan banyak sekiranya tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian".
Sementara itu, Wilayahkini juga mendapati, " Faceoff" antara Suhaili dan Yusuff menjadi bahan berita utama di Labuan dan pemerhati politik pula berpendapat Yusuff perlu turun padang untuk membantu rakyat dan lebih menumpukan fokus tanggugjawab sebagai Ahli Parlimen yang baru ( baru 3 bulan ). Sebagai Timbalan Ketua UMNO Labuan Yusuff dikatakan boleh memainkan peranan yang penting bergandingan dengan Suhaili sebagai satu pasukan.
Suhaili yang dilihat lantang dalam menyuarakan pendapatnya membabitkan isu - isu semasa UMNO dan juga politik WP dikatakan sudah bersedia dalam semua aspek untuk mempertahankan jawatanya.
Manakala Yusuff pula dikatakan sedang melobi mendapatkan pencalonan dari ketua - ketua cawangan.Apapun satu kepastian yang diterima ialah UMNO Labuan akan mencalonkan Pak Lah untuk jawatan Presiden dan Datuk Seri Najib untuk - Timbalan Presiden.
Apakah reaksi kedua - dua pemimpin? Emel kepada Wilayahkini atau hantar komen !
10 comments:
Sepertimana yang kita tahu Datuk Yusuf Mahal .... org yang setia pada ketua bahagian tetapi Ketua Bahagian menikam beliau dari belakang. Apa yang harus dibuat????
Siapa Calon Bebas Yang menentang Datuk Yusuf Mahal pada PRU12sebenarnya???
Mungkin Ketua Bahagian sekarang dapat menjawabnya....
Yang Nyata dan Penting ... TANAH LABUAN ADALAH TANAH DEMOKRASI YANG HARUS DITEGAKKAN KEBENARANNYA!!!
Datuk Yusuf....kau memang Mahal la....memang patut kau langgar je Datuk Suhaili tu....biar org tahu bertapa Mahal nya Perjuangan dikau
Datuk Suhaili Tetap Pemimpin Unggul Di Labuan ... Lupakan Hasrat nak melawan beliau....dah fikir masak2 kee...
Ini semua angkara politik sahaja.Mungkin sekarang bukan masa untuk bertanding di Labuan.Kita tumpu kepada kesjahteraan UMNO sahaja.Harap Wilayahkini buka sikit cerita Labuan?
Yusuf Mahal baru jadi Ahli Parlimen.Kena tunggu dulu.Buktikan dulu sebagai Ahli Parlimen yang berjaya dan jangan terlalu ghairah kuasa.Nanti mati badan.
Mungkin telah tiba masanya penerimaan semua yang ahli parlimen tak semestinya Ketua Bahagian, dan Ketua Bahagian tak semestinya ahli parlimen. Biar ahli parlimen dengan tugas-tugasnya yang berat, Ketua Bahagian jaga kebajikan cawangan-cawangan dan ahli. Ini semua nak sapu.........larat ke? Selain ahli parlimen nak lawan, ikut selera kawsan setempatlah.
Tradisi UMNO lama ni kena ubah, kerjasama antara satu sama lain diperlukan. Mungkin Labuan boleh menjadi contoh untuk Bahagian-bahagian yang lain?
tapi kalau sampai sanggup tabur fitnah, buat surat layang dan bekerja dengan org luar yg pernah menghancurkan UMNO sendiri, itu bukannya tindakkan positif wahai YB. Fikirlah... Suhaili tidak pernah melanggar Mulok ketika beliau jadi ketua bahagian demi perpaduan UMNO. YB pernah kata YB tidak percaya kalau ada pertandingan, UMNO berpecah tapi lihatlah sekarang... UMNO labuan sudah ada team A dan team B. YB lihat la orang2 sekeliling YB, semua tu org reject. sijuling, situa pendek, si botak licin tu semua reject. dari saman isli sehingga suhaili mereka ni kena reject, kerana ingin menghancurkan UMNO. Orang dah bawa berkompromi tu ambil saja la. daripada putih mata tiada apa2. Teringin mau jadi YB kosong ka? tiada jawatan dalam parti & kerajaan tempatan?
Wahai pengikut dtk suhaili, jgnla taksub sgt sehingga sanggup tabur fitnah ke atas rakan sejawatan sdiri. Di dunia mungkin kau boleh terlepas, tapi di akhirat belum tentu kau dpt lari. Ingatlah, Tuhan itu maha adil.
dear datuk suhaili...
cukuplah diskriminasi terhadap rakyat labuan... janganlah dikau bermain kotor... sesungguhnya zaman mu telah tamat.. hidup sperti bola... redhalah di atas ketentuanNya... skrg adalah masamu, dulu zaman datuk mulok? tlgla jgn lupa ya...
dear datuk suhaili...
cukuplah diskriminasi terhadap rakyat labuan... janganlah dikau bermain kotor... sesungguhnya zaman mu telah tamat.. hidup sperti bola... redhalah di atas ketentuanNya... skrg adalah masamu, dulu zaman datuk mulok? tlgla jgn lupa ya...
Post a Comment