Titiwangsa ( Wilayahkini ) -- Sudah hampir pasti AJK UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Aziz Jamaluddin yang juga merupakan calon BN- UMNO yang tewas pada PRU baru - baru ini di Parlimen Titiwangsa akan mencabar Datuk Seri Suleiman Mohamad untuk jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa.Datuk Aziz dijangka akan mengumumkan pendirianya pada bila - bila masa kata satu sumber kepada Wilayahkini hari ini.UPDATE TERKINI 11/7/08 : Wilayahkini juga difahamkan " Deklarasi Titiwangsa" yang dirancangkan oleh Suleiman Mohamad juga mendapat jalan buntu dimana majoriti ahli - ahli UMNO di Titiwangsa mahukan pertandingan untuk tiga jawatan tertinggi parti diteruskan."Deklarasi Titiwangsa" - yang diusahakan oleh Suleiman Mohamad mahukan jawatan Ketua, Timbalan dan Naib dikekalkan tanpa bertanding.Pada masa yang sama, Wilayahkini juga menerima beberapa respons mengenai hala tuju dan suara UMNO Titiwangsa dalam isu Pembangunan Kampung Baru ? Beberapa emel yang diterima menyatakan rasa kekesalan mereka dengan UMNO Titiwangsa yang bersikap " tidak ambil tahu" mengenai pelan Pembangunan Kampung Baru - dalam Pelan Pembangunan KL 2020.Pada masa yang sama , isu UMNO Titiwangsa telah dibangkitkan pada perjumpaan PM bersama semua Ketua - Ketua Cawangan UMNO di WP , Rabu lepas di PWTC !
TERKINI : ULASAN WILAYAHKINI DALAM RUANGAN KOMEN ...15/07/2008
24 comments:
Well done for this wonderful blog.
Kekalahan PRU12 akan menyusul di Bahagian juga. Walaupun nama di 'endorse' sebagai calon oleh Pak Lah, jelas ia tak 'carry weight'. Good Luck Titiwangsa...........
Hidup General2 masing-masing.....tp kan....ada sorang general ni....dah kene sealed lah.....hahahahaha........siapakah general itu....hahahahah.....
Apa lagi General-General ....masa dah tunggu dah tiba....masa nie lah yang dikatakan hari raya ... masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Dah Fikir Masak2 ke? .. Byk ke balance yang disimpan masa PRU12 tu.... ke...ada org yang oakai jam mahal sponser
Zohri tak pegi ke? Kan nama dia naik kuat masa PRU12? Aku harap dia tawarkan diri untuk yang tinggi-tinggi juga, top 3 ke?
mat bubur lambuk ni....ejaan pun salah.....
Hidup Datuk Aziz...semoga berjaya menentang Ketua Bahagian. Saya Doakan Datuk Aziz Berjaya coz kalau berjaya boleh lah lekat calon lagi.. ada harapan Dr Lo Lo Menang lagi PRU13 .. .. ..
Saya tak kisah siapa pun yang memang...yang penting...saya nak tanya ... Di Mana AHMAD ZUHRI???
AHMAD ZUHRI...ada....dia mmg COOL....
Org Lolok memang lah laloq... suka Aziz menang senang nak ajak join buat bubur... Malanglah nasib UMNO Titiwangsa kalau Aziz Crazy Frog menang... Dah tentu Titiwangsa tukar nama jadi Titibubur... Kah... Kah.. Kah...
Hidup Tok Leman....
General-General samada yang dak kena sealed ke belum... ingatlah jangan jadi pengkhianat semata-mata kerana duit... Kat duit tu ada Kepala Agong dan Agong tu orang Melayu... Kau sukakan Melayu sama Melayu Gaduh... Orang cammni sama macam Yahudi...
Semua ahli UMNO Titiwangsa kena faham dan baca enakmen Malay Agricultural Settelement (MAS) dulu baru boleh nak respon hala tuju Kampung Baru. Kalau tak rujuk enakmen ni, cakap apa pun tak guna, pasal isu pokoknya masih tergantung.
Kalau UMNO Titiwangsa hanya nak sapu dan kaut tanah-tanah orang melayu kat situ demi kekayaan individu, maka merekalah petualang orang melayu yang sebenar.
Dey Tambi... MAS tu orang putih yang buat dan dah Outdated.... Orang UMNO Titiwangsa memang sayang kat Kg. Baru... mana taknya tempat buntingnya UMNO... Tapi yang nak kaut untung nie sapa orang Titiwangsa ke... cuba sebut nama-nama orang UMNO yang dah jadi kaya raya gadai tanah orang Melayu kat KL... Kita orang dah macam ayam mati kat kepok padi... apa taknya di Titiwangsa nie segala pusat ekonomi dan pembangunan sebaliknya anak tempatan semua merempat dan jadi peniaga kat pasar chow kit je... Siapa yang kaya... ha tuuu... yang kat DBKL tu.. yang pengkhianat-pengkhianat tu... sampai projek kelas F untuk anak-anak Titiwangsa pun sampai habis diorang kebas... orang buat projek kat depan mata.. ketawa terbahak-bahak untung meniaga kita kat sini... tengok je la...
Pejuang-pejuang kat sini semua tulen dan asli... tak de duit pun kita tetap berjuang untuk orang Melayu... untuk korang semua... buktinya.. siapa berani halau anwar masa reformasi dulu tahun 1999 orang UMNO TITIWANGSA tau... yang lain semua takde teloq.... siapa yang berani buat reformuis masa Lee Kim Sai kurang hajar kat sultan dulu orang UMNO Titiwangsa tau....
Ye na de chit pee... rah tambi lu poooodah... sayang kg. baru konon.
Kg. Bharu orang Melayu punya, ikut enakmen Malaysian Agriculture Settlement (MAS) tiada pembanguna komersial bole h dibuat, baguslah..
Wahai orang-orang Melayu Kg. Bharu, korang semua teruslah tinggal kat rumah papan buruk kau tu, Orang-Orang kat Kg. Manggis giatkan aktiviti dadah kat situ,kepada anak-anak kat Kg. Bharu yang dah jadi koperat dan dah punya rumah batu besar-besar, maka sewakanlah rumah-rumah kamu kat Aceh, Indon dan Bangla...
Dan jadikan Kg. Bharu sebagai pusat maksiat... itulah kg. bharu
Hello annonymous,
Kalau out dated apa pasal Peguam Negara senyap je, ikut rukun negara, kedaulatan undang-undang, enakmen ni masih hidup, kalau masuk court masih bleh dirujuk sebagai dokumen yang sah! Minta Peguam Negara repairlah. Kau tau tak ikut parlimen, Yang Di Pertua Lembaga Pentadbiran MAS Kg Baru tu ialah Yang Di Pertuan Agong. Hebat tu rupanya tempat kita ni. Kau tak ingat kes Batu Putih, dokumen-dokumen orang putih dah beratus tahun pun kena rujuk balik, ini kan pula enakmen MAS ni!!
Pasal ada enakmen ni, dah 108 tahun Kg Baru ni bertahan. Bukan kita tak nak kemajuan, tapi buat lah betul-betul. Bincang dengan Lembaga MAS, ni main hentam kromo je buat sesuka hati kat kawasan Kg Baru ni. Kalu tak de enakmen ni habis dah bangsa lain masuk!!! Tak berani dia orang masuk.
DBKL tu, Menteri Wilayah kena checking lah. Tak ada aduan dan perjumpaan pasal masalah ni, cakap belakang-belakang tak guna. UMNO Titiwangsa tak de power ke nak bantu ko orang?
Aku ada dengar banyak juga tanah orang kampung yang koperat ambil cagar kat bank, duit dia sapu, orang kampung yang nganga!!!! Yang ni kau orang tak nak pejuangkan pulak ?
Pasal halau Anwar ke Lee Kim Sai tu aku tak peduli lah, dah memang tanggung jawab ko orang jaga tempat tu, kalau senyap je tak de teloq lah, terima kasih diucapkan.
Kepada annonymous 2,
Bagus tuan dah baca dan faham enakmen tu yang komersil tak boleh. Tapi macammana dua bangunan tinggi macam Plaza RAH dan NAZA tu boleh naik kat situ? Heran kan?
Tanah dalam Kg Baru ni dengar ada company yang beli, ikut enakmen apa jadi dengan tanah tu?
Dulu difahamkan kerajaan ada bagi loan untuk kami upgrade rumah dari kayu ke batu. Pinjaman dari UDA, PKNS dan last sekali DBKL. Kat DBKL hanya beberapa rumah saja dapat loan ni, apa pasal DBKL berhentikan loan ni? Tak bagi kemajuan ke?
Apa-apa hal pun rumah papan ke, batu ke, ia tetap orang melayu punya, itu yang penting sekali. Dah dapat kat tangan bangsa lain, jangan mimpi nak dapat balik, macam dah jadi kat tempat-tempat lain yang tak de enakmen.
Yang saya tahu tanah Kg Baru ni ada lot-lot. Hal dadah itu kerja POLIS, ANTI DADAH, PEMADAM, PENGASIH. Bab Setinggan tu kerja PEJABAT TANAH GALIAN (PTG) DAN DBKL. Pegi komplen dan hentam merekalah tak buat kerja, atau sengaja nak dibiarkan diburuk-burukkan kawasan Kg Baru ni?
Saya tak tahu lah annonymous ni orang Melayu ke India. Sebab fasih dan suka menggunakan bahasa ibunda bangsa lain seperti thambi, poo dah dan sebagainya. Saya dah baca enakmen ikut klausa 5 orang yang dibenar duduk kat Kampung Baharu ini ialah orang melayu yang sah melayunya. Mamak pun tak boleh tinggal sana tau. Saya harap saudara annonymous tak tinggal kat sana, nanti kena halau kalau bukan Melayu!!!
Saya gembira tengok kaki lima kat Jalan Raja Muda Musa dah ada balik dan semakin cantik dengan lanskapnya bertaraf 5 bintang. Terima kasih pada Lembaga MAS dan DBKL kerana mengusahakannya. Tapi ada juga peniaga yang degil dan letak kerusi meja atas kaki lima ni balik, terutama Nasi Lemak .............. Harap ada yang menegur mereka. Jangan pikir nak untung sahaja tapi tak pikir hak orang nak lalu lalang!!!
Tahniah aku sayang kampung baru pasal bukak cerita enakmen klasik ni yang orang macam dah lupakan. Ibarat kain buruk tapi besar paedahnya. Pihak berwajib kenalah buat sesuatu, pasal bincanglah pelan deraf ke, pelan nak implimen selagi tak ada dirujuk enakmen tu dan berbincang dengan Lembaga MAS kira tak lakulah segala perancangan ni. Orang putih kata not valid.
Saya tertarik tengok dalam Star hari ini 15.7.08 bahagian Star Metro ada kisah Dr Lo Lo dengan penduduk Kampung Baru bincang pasal pelan deraf struktur ni. Setidak-tidaknya ada usaha nak terangkan kan orang kampung. Rata-rata kawan-kawan saya tak berapa nak faham mesej nya. Mungkin UMNO Titiwangsa boleh jelaskan lagi dalam satu sesi yang berlainan? Terima kasih pakcik ucapkan.
Banyak sangat hal isu enakmen ni. Apa bende semuanya ini? Lebih baik wilayahkini tolong jelaskan apa ke jadahnya enakmen ni. Kami tak tahu menahu.
Itulah dia... namanya perjuangan... dan kadang-kadang penat berjuang memekik demi Melayu takdak siapa yang nak dengar... Pegilah pekik kat Peguam Negara, Menteri Wilayah, Memanda Menteri habis meleleh air ludah kat baju sampai berbuih mulut membaca usul dan memorandum, siapa yang nak dengar...
Sayang Kg. Baru kata panggillah polis, dbkl dan atur semua ni... apa komen mereka... biasalah ini pusat bandar gejala sosial memang tidak terkawal disini kita serah kepada penduduk buat kawalan setempat... sampai sepenculik jom cari kucing pun bermaharaja lela disana. Nasib baik ada abang-abang PEKIDA tengok kat Kg. Baru.. Kalau tak..
Kalau Usul UMNO Bahagian Titiwangsa Berkenaan dengan Pembangunan Kg. Baru hanya layak dijadikan kertas tandas di Perhimpunan Agung.. mana ada makna... Apa maknanya suara Melayu tak kedengaran. Mungkin Kalau Patrick bisik... Pak Lah akan dengar...
Tanah Kg. Bharu tu... satu geran ada 20 nama dan ada diantaranya dah takleh dijumpai lagi pewarisnya melainkan yang menetap kat situ... Korang nak Kg. Baru selamat.. Kg. Bharu memang Selamat...
Tapi macam mana dengan Tikus yang sebesar kucing kat Nasi Lemak... Surau senget kat Kg. Paya, Pusat Pengedaran Dadah & Pendatang Asing Kat Kg. Manggis, Ha.. Pasar Minggu tempat Shah Rukh Khan berjoget tu pun habis terbakar dan peniaga-peniaganya merempat...
Jangan nampak tempat yang cantik.. cuba masuk dan tengok betul-betul dalam Kg. Baru... Ye Kg. Baru melayu punya tapi kalau Melayu B*****T buat apa... Cina kata puii... Melayu...
Yang korang nie skeptik sangat kalau Kg. Baru di ambil orang melayu akan hilang hak... Suruhlah kerajaan gantikan tanah kat Putrajaya tu kan Agung dah bagi approval... setidak-tidaknya Melayu berharta disegitiga emas.. tuan punya bangunan itu dan ini... dan punya perkampungan Melayu Moden di Putrajaya kan bagus...
Yang ambik geran tu dan cagar di Bank tu orang Melayu ke... Ke pengkhianat... Di Titiwangsa ni kita tsk bela pengkhianat kita sembelih je dia...
Si Lolo' pulak baru je duduk sini... sebelum dia si Astaman orang luar... apa dia tahu... semuanya dah diurus oleh orang tempatan... anak-anak Titiwangsa... yang diorang pegi tunjuk muka tu eksyen Politik je konon ambik berat...
Terimakasih atas pandangan semua pihak.Wilayahkini akan usahakan sesuatu mengenai perkembangan Pembangunan Kampung Baru ini dalam masa yang terdekat supaya semua pihak dapat melibatkan diri.Terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan pandangan masing - masing jelas menunjukkan keprihatinan masing - masing demi bangsa kita.
Salam
Saya cadangkan wakil wilayah kini berkunjung ke pejabat Lembaga MAS yang besar sekangkang kera untuk dapat cerita sebenar dan tepat pasal pembangunan kampung baru sebelum dimuatkan dalam blog ini. Takut nanti tersalah fakta. Kami kesian tengok mereka yang berusaha mempertahankan hala tuju warisan bangsa di pejabat itu. Mungkin wilayahkini boleh membantu.
Apa status pasar keramat yang terbengkalai tu sekarang ni? Macam tengah nak hidup balik tempat tu?
Post a Comment