Wilayahkini telah menerima beberapa emel daripada beberapa ahli yang begitu berminat menyertai Pergerakan Puteri tetapi niat mereka terbantut apabila dihalang oleh penyandang Ketua Puteri di cawangan - cawangan yang tertentu.
Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan segera - UMNO khususnya Puteri UMNO dikatakan akan kehilangan ramai remaja dan boleh mendorong mereka menyertai parti pembangkang.
"Kenapa kita nak halang ahli - ahli baru yang muda, berkaliber dan berpendidikan di peringkat cawangan? Inilah yang menyebabkan ramai remaja sudah bosan dengan perangai segelintir pemimpin Puteri UMNO dan tidak berminat menyertai UMNO kerana penampilan mereka disekat di peringkat akar umbi", kata seorang pengirim emel kepada Wilayahkini.
Wilayahkini juga telah memulakan siasatan mengenai aduan tersebut - dan kami berharap para pembaca juga dapat berkongsi pandangan dalam isu ini.Anda ada maklumat? Sila emel kepada dan hantar komen.
Wilayahkini juga difahamkan "insiden sekatan" ini berlaku kerana - penyandang Ketua - Ketua Puteri di cawangan tertentu tidak mahu jawatan mereka di cabar atau dirampas oleh calon - calon baru ? Apa nak jadi ? Nampak gaya pemimpin tertentu di peringkat Puteri di WP juga sudah pandai " bermain silat sepertimana berlaku di peringkat bahagian".
17 comments:
Inilah berita yang saya tunggu - tunggu di Wilayahkini.Saya dimaklumkan oleh kawan saya mengenai berita ini.Terimakasih kepada Wilayahkini.
Saya merupakan salah seorang mangsa.Saya dan beberapa kali buat permohonan untuk sertai Pu3 di peringkat cawangan tetapi setiap kali nama saya dicantas oleh Ketua Puteri cawangan yang saya nak masuk.Apa agenda mereka? Kalau macam ini ramai remaja akan sertai pembangkang.Wilayahkini tolong bantu kami.Saya dah emel.
Ada pemimpin Pu3 di cawangan sudah mula tunjuk belang mereka.Mereka takut kehilangan jawatan mereka.Terlalu taksub kepada jawatan dan lain - lain.Inilah pu3 WP.
Perkara ini berlaku di Batu jugak.Lebuh teruk.Mereka nak control semua.Lah...Apa nak jadi?
Pu3 Angels,
Aku nak gak tahu, apa yg berlaku kat Batu? Kalau nak kata kpu3 cawangan yang ada giler jawatan, 99.9% kpu3 cawangan menang tanpa bertanding..
Kecuali cawangan kpu3 bhgn yang sedia ada skrg ni.. Ada pihak yg menaja utk menjatuhkan dia.. Sbb ada org GILER JAWATAN lah ada pertandingan kat Batu tu..
Nak kata halang org muda drpd masuk UMNO, aku rasa pu3 Batu antara yg aktif cari ahli baru.. Itupun nasib baik kpu3 bhgn tolong hantar ke ibu pejabat UMNO Msia, kalau hantar melalui pej bahagian, alamat sampai beranai lah borang2 tu..
Cubalah berfikir atau selidik betul2 sebelum nak mengata pu3 angels oii.. Dan aku rasalah, aku kenai ngan ko ni..
penipu tetap penipu. yg kpu3 bhg hantar ke ibu pejabat tak melalui pej bhg kerana takut terbongkar penipuan dia. import org luar utk pegang jawatan dalam caw orang.
Hahaha.. Cuba check betul2.. Berapa cawangan yg kpu3 bhgn import org luar utk pegang jawatan? Kelakau lah korang ni..
Koranglah di antara manusia yg x reti bersyukur.. Macam mana nak menang pilihanraya, macam mana org muda yg berminat ngan UMNO nak masuk UMNO kalau ada org macam korang ni?? Nak masuk UMNO pun payah ker? Nasib baik ada kpu3 bhgn yg reti nak fikir cara lain untuk memudahkan proses org muda masuk UMNO..

Cuba pu3 kat Wilayah ni buka minda sikit.. Yg kondem kpu3 bhgn ni mesti bukan org yg menyokong.. Pada pendapat aku, kalau nak terus majukan Pu3, biarlah pu3 ni ada stand sendiri.. Jgn dok follow jer apa yg org lain suruh.. Mcm lembu kena cucuk hidung.. Semua pemimpin termasuklah pemimpin Pu3 perlu punya cara untuk memastikan UMNO ini terus relevan dimata dan pandangan generasi muda zaman ini..
Buatlah apa cara sekalipun.. Perlu berani.. Dah namapun kpu3.. Kalau pu3 blh hormat org bhgn, knp org bhgn x blh hormat pada pu3? Bukannya perlu takut pada bayang2 sendiri.. Yg tua dihormati, yg muda disayangi.. Bak kata Dato' Aza.. "kalau takut dilambung ombak..jangan berumah di tepi Pantai, Kalau takut pada cabaran, jangan digelar diri PEJUANG!!!"
Salam,
Kepada semua puteri, bukan untuk menyokong atau menyebelahi mana-mana pihak. Cuma sekadar ingijn berkongsi pengalaman yang secubit ini. Saya berpandangan yang ada sesetengah Puteri kita ini terlalu sangat terikut-ikut dengan budaya UMNO yang lama. Mencantas,menghalang dan juga menolak permohonan ahli baru.
Tak usah kita persoalkan tentang borang puteri, malah ada kes di mana puteri yang cerah sikit yang ingin menawarkan diri sebagai AJK cwgn/bhgn... terus dipangkahnya/ditekannya..
Puteri seharusnya berfikiran terbuka menerima orang yang hebat , yang boleh bekerja utk mebantu parti kita. Teringat kenangan saya di Permatang pauh sewaktu hari pengundian, dengan berbekalkan hanya tag Puteri BN bewarna pink, sambil memegang kamera, dengan menaiki kereta sewa yang tidak langsung ada bendera/lambang BN. Saya telah diejek (dijelir lidah)oleh seleruh ahli keluarga didalam sebuah kereta. Bayangkan di manakah nilai sebuah perjuangan UMNO di mata mereka?...Terdiam saya sejenak memikirkan insiden tersebut..
Kalau kita pemimpin,Puteri UMNO sendiri tidak menghormati ahlinya,tidak menghormati Perlembagaan Parti UMNO, maka bersiap sedialah untuk menguburkan PUTERI UMNO itu sendiri. Kita seharusnya kini buka mata, dan bersedia membantu UMNO dalam apa jua cara.Kita kena selamatkan UMNO.
Saya benar-benar yakinPuteri UMNO mampu memberi sinar perubahan.. Dan bukannya menjadi pak pandir yang terjun ke dalam laut bersama labu-labunya...
Ini hanya sekadar pendangan peribadi saya. Maaf saya tidak berniat untuk memperkecilkan mana-mana pihak.
salam ramadhan,
mas ermieyati samsudin
ketua puteri UMNO Melaka/
www.emysamsudin.blogspot.com

maaf, bukan pak pandir.Tapi luncai dengan labu-labunya..
Salam
Saya sokong apa yg disuarakan oleh emy. Kami Puteri Bahagian Segambut mengalu2kan kemasukan ahli-ahli baru ke cawangan2 yang sedia ada bahkan kami membantu cawangan2 yg tidak ada puteri yang ingin menubuhkan puteri. Alhamdulilah tahun ini kami telah mempunyai 5 cawangan baru dan 1 cawangan penaja. Ini semua berkat usaha dan komitmen setiap warga UMNO Bahagian Segambut.
Tugas kita adalah untuk memastikan puteri umno terus relevan dan mampu menarik minat wanita2 muda untuk menyertai puteri. Jgnlah kita terikut2 dgn budaya lapuk UMNO. Kita harus pastikan yang puteri mampu menyumbang untuk agama, bangsa dan negara.
Salam perjuangan
Salam,
wahh hangat...hangit....pu3..
kalu cm ney x perlu la nk sibuk masuk pu3..nty smuer pun dh mls nk amik pot..bg ajer yg jawatan pd yg giler jawatan,,,huh bukan sja diWP Sel, dgn neg2 laen pon same..chett....tp paling teruk di wp...xleh buat aper..kesian....
from
LAyan Aje
Wahai la pu3-pu3 negara...... Apalah nak kecoh2. Berebut jawatan ada makna lain ke???? Betul, semua yang giler jawatan mempunyai agenda tersendiri. Kalau nak di fikirkan, jawatan yang tidak bergaji nie kenapa nak di rebut2.? Mestila ada udang di sebalik kuali.. Kalau berebut sebab nak memberikan perkhidmatan tak palah juga. Tapi nanti bila dah dapat jawatan, sebuk kejar sana sini cari projek dengan title Ketua Pue3 Bahagian. Pu3 - pue di bahagian akan tinggal kontang. Berhati2lah memilih pemimpin yang betul2 ikhlas. Jangan nanti menyesal kemudian hari.
Ini juga berlaku di beberapa cawangan WANGSA MAJU...Bah kan ada borang yang di hantar kecawangan tidak sampai. ini berikutan adanya sikap "KRONI" dimana di cawangan KC BAPA KW- MAK dah tentu KP3 ANAK! JAdi Saya Syokkan pada MT UMNO Supaya ini dapat dihalang. jika berterusan amalan rasuah dan pecah amanah akan berleluasa.
Salam Ramadhan
PU3 W/Maju
WANGSA MAJU LAGI!!!!
Apa kata pu3 wangsa maju tengok2 dan intai2 puteri PAS - An-Nisa'.. Dah ada blog nisa wangsa maju lagi.. Nisa wilayah persekutuan cukup hebat.. Mcm2 aktiviti.. Pu3 WP?????? No komen..
Post a Comment