Friday, August 15, 2008
DUIT OH DUIT........PEMIMPIN AMAL RASUAH POLITIK SEKADAR NILAI SEHELAI KAIN PELIKAT ?
Kuala Lumpur --Sekalipun hanya mesyuarat cawangan yang bermula dalam sessi menjelang ke perhimpunan agung UMNO pada bulan Disember kelak tetapi isu politik wangi kini sudah mula menguasai di peringkat cawangan - sesuatu yang jarang berlaku di UMNO.Dulu politik wang hanya menguasai di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi tetapi kali ini cawangan - cawangan menjadi sasaran untuk pencalonan dan sebagainya. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sampai tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden kerana politik wang yang didakwanya semakin parah di UMNO. " Teruk - teruk..ketika ini ada tokoh datang entah dari mana ingin bertanding tetapi duit mereka sudah sampai terlebih dahulu. Jadi biarlah saya tidak bertanding.Siapa yang mahu bertanding, bertandinglah, nak jadi Ketua cawangan ke, Pemuda ke, ambilah", katanya dengan nada yang begitu kecewa". Sementara itu, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyddin Yassin pula berkata " ramai yang saban hari menghubungi saya mengenai kes politik wang...saya tak boleh buat apa - apa dan saya mintak mereka lapor kepada Lembaga Disiplin parti ".Pemimpin amal rasuah politik sekadar nilai pelikat atau macam pakai kain pelikat? ataupun RM 500? Sila Klik Disini untuk laporan lanjut - Bernama.com ver 5.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
rasuah suah tidak akan jadi jika tiada yang menerima atau meminta
lawatilah blog www.beliapasarminggu.blogspot.com
Tidak jadi jugak kalau tidak ada orang yang memberi.
Yang memberi, dah tentu nak jadi pemimpin.
pelik.. pelik .. wang .. wang .. wang ...
Ni lah moral orang UMNO, masa ni laa, kereta rosak, masa ni laa rumah tak bayar, letrik nak kene potong,yuran sekolan tiusyen anak pun dah nak mintak kat calon.
Yang paling MURAH Maruah Melayu sekarang ni (UMNO)nak tambang bas pun pi mintak calon.
Dah tak ada maruah, dan tidak ada harga diri, SESENANG itulah mereka-mereka meminta duit dari CALON.
Bila calon tak kasi, cakap macam mana nak jadi pemimpin kalau masalah kecil macam ni tak boleh sattle.
Yang peliknya, mereka marah dan sanggup menjual maruah, walaupun kekadang tu umur tu dah kira kubur kata mari rumah kata pergi pun sama gak perangainya.
Ketua Puteri baru dan Ketua Pemuda baru Cawangan akan diajar oleh Ketua Cawangan meminta duit dari Calon. Macam mana tak rosak UMNO ni.
Siapa yang perlu disalahkan, Mak Bapak la, tak ajar anak jaga maruah, tak ajar anak jaga adap dan harga diri, tak ajar anak jaga erti tanggjunjawab hidup.
INILAH SEBENARNYA MELAYU, HILANG HARGA DIRI, HILANG SEGALANYA.
MAKIN LAMA MAKIN TERUK.
Melayu Kecewa.
Sebenarnya kain pelikat tidak bersalah langsung dalam hal ini. Yang dikhuatiri apa yang ada dalam celah-celah lipatan kain itu.
Namun begitu kesedaran hal politik wang kini berada di tahap yang amat baik. Kini masyarakat UMNO mula berusaha untuk membetulkan hala tuju perjuangan. Orang lama macam Tan Sri Aziz Tapa ialah ibarat intan dalam perjuangan. Beliau telah menyaksikan perit herih perjuangan Melayu ini sejak beliau masih budak lagi. Pandangan beliau jangan di pandang mudah.
Golongan muda perlu merujuk kepada yang tua, tetapi jenis tua yang ada moral yang baik. Ada juga yang tua kutuk tak sedar diri!!!!
Sedarlah wahai warga UMNO, kita betulkanlah perjuangan, pilihlah calon kita yang ingin ke arah perubahan dengan membuang budaya kotor politik wang. Kita mulakan dengan yang ini dahulu daripada tak mula kan apa-apa langsung.
wow. adnan also merajuk?
mana dapat $$$ banyak ni?
rakyat lain menderita dgn kenaikan harga petrol. tapi ahli2/pemimpin2 umno buat bisnes "pilihanraya umno"?
dashyat!
Kita mesti sokong Usul bagi mewujudkan Pilihanraya UMNO... barulah tak rasuah... kalau nak buat pun banyak tu 3 juta ahli UMNO yang layak mengundi... barulah orang puas hati
Sebenarnya kuota tu yang jahat, tak pasal-pasal kain pelikat yang jadi mangsa. nasib baik kain pelikat yang kita pakai tak ada kaitan dengan isu ni.
Kuota lah yang menjadi penyebab utama berlakunya perkara sumbang politik ni.
Tanpa kuota kita bebas. Kerja-kerja dan sumbangan-sumbanganlah yang menjadi penilaiannya.
Post a Comment