PERMATANG PAUH (wilayahkini) -- Dalam kesibukan berkempen di Permatang Pauh yg ketika ini begitu panas sekali menjelang 24 jam lagi untuk hari pengundian ,pemimpin- pemimpin dari Wilayah Persekutuan turut menjadikan destinasi Permatang Pauh sebagai pusat operasi sementara - proses berkempen bagi pemilihan bahagian.
Walaupun Majlis Tertinggi telah mengeluarkan arahan supaya semua persidangan cawangan ditangguhkan sehingga Pilihanraya Kecil Permatang Pauh selesai, tetapi kehangatan kempen bahagian telah sampai ke Permatang Pauh.
Wilayahkini difahamkan beberapa Ketua Bahagian telah membawa "Team" pilihan masing2 ke Permatang Pauh untuk membantu jentera BN WP yg diketuai oleh Ketua UMNO Titiwangsa Drs. Suleiman Mohd.
Disebalik aktiviti berkempen inilah tersirat dan tersurat segala rancangan sulit - berkempen untuk mempertahankan nasib masing2 di bahagian nanti.
Apapun, Permatang Pauh menjadi medan berkempen untuk pemilihan bahagian dan juga Pilihanraya kecil.
Mengikut perkembangan terkini, penyandang Ketua Bahagian Batu, Seputeh, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Labuan, Putrajaya masih berada di zon panas.
Pada masa yg sama, Wilayahkini juga mendapati Pergerakan Pu3 dari WP begitu aktif berkempen di Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan BN.
5 comments:
selain dari tujuan asal untuk berkempen, adajuga yang mengambil kesempatan serampang dua mata dengan agenda peribadi. harap-harap tak de yang huloq duit noh....
apa lak tak huloq. takkan orang yg dibawa tu telan air liuk jer. Makan/minum/buah tangan? UMNO was never known as being voluntary!! Everything done comes with a price. Nak nominate, belum undi lagi, pon dah kena sogok. Macam mana tuh? - macik menyampah
Jangan tak tau... calon Putri Bhg pun sempat buat rombongan ke PP. Bagi duduk hotel,berkenalan dgn VIP...calon KPutri pun dah pandai la niiiiiii....bebudak cawangan pasti kagum...wahh,hebatnya..dari Melaka,Johor,KL,Pahang...semua mai.
http://bangsaku2020.blogspot.com
Bagi la Yusri tu lepas kat lembah pantai, korang ni tak de kerja asyik nak dajal dia je
Post a Comment