Wednesday, October 8, 2008

TARIKH PERSIDANGAN UMNO PUTRAJAYA : BELUM ADA PENGESAHAN RASMI DARI BAHAGIAN ; HARAP BERSABAR !

BERITA TERKINI : UMNO Bahagian Putrajaya akan bersidang pada 8hb November 2008.
PUTRAJAYA -- Wilayahkini dihujani beberapa emel mengenai tarikh persidangan UMNO Bahagaian Putrajaya yang belum ditetapkan lagi. Kami difahamkan , tiga bahagian di Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya , Batu dan Bukit Bintang belum menetapkan lagi tarikh mesyuarat masing - masing.Sementara itu, sahabat blogger dari Putrajaya telah memaklumkan belum ada kepastian tarikh dari pejabat bahagian Putrjaya sehingga hari ini . Klik DISINI .Kita sama- sama tunggu dulu , pengumuman rasmi dari Putrajaya selepas ini. Harap bersabar. Sila rujuk berita Wilayahkini semalam mengenai senarai persidangan bahagian - bahagian lain di WP !

9 comments:

Anonymous said...

Salam perjuangan.

Maafla saya ahli biasa je di Putrajaya cuma setahu saya yang nak bertanding pun belum ada kepastian. Betul ke tiada pertandingan? Yang cawangan sah atau tak sah menjalankan persidangan pun berterabur.

SU Bahagian kata yang nak bertanding KB tak dapat sbb hanya ada 4 pencalonan tak cukup satu. Publish kat sini pun kata Pakma, Bunga Raya, kasturi dan Ixora je cawangan yg bagi pencalonan kat lawan so tak cukup la satu lagi.

pastu dalam mesyuarat ajk bahagian pulak datuk gelap pulak cakap kb dan tkb menang tanpa bertanding sebab hanya cawangan pakma dan Bunga Raya di kira sah. Ixora dan Kasturi akan digantung. pastu untuk calon Naib Ketua bahagian yang nak lawan the existing pulak akan di ambil tindakan tatatertib.

entahla...di tangan siapa untuk memnentukan layak tak layak. mungkin umno putrajaya dah jadi milik peribadi kot.

insafla bahawa tiada yang kekal...PEMIMPIN DATANG DAN PERGI.

TERIMAKASIH.
AHLI BIASA CAW MATAHARI.

Anonymous said...

tak payah la awak tu dok sibuk sibuk.

sampai masa nanti adala pengumuman tu dari datuk khairudin atau sukri SUB, they all tau la memang keje diaorang. ada nanti mesti diberitahu. yang nak meeting bahagian hari jumaat atau sabtu ni datuk din nak bagi tau tu la kot. walaupun dia dah tau apa dia nak buat tapi dia panggil gak maklum pada semua.

LAGIPUN AJK BAHAGIAN PUTRAJAYA BUKAN NAK KATA APA PUN, KALAU KB ATAU TKB BAGI TAU SEMUA KATA OK JE DAN DISAMBUT DENGAN YA MEMANJANG SO TUNGGU LA AJE MAKLUMAN. TEPUK TANGAN JE CAKAP OK.

Anonymous said...

bravo....

Anonymous said...

Tengku..Tengku..Putrajaya kan tapak yang cukup baik telah diasas dg sempurna ,penduduknya sangat taat pada kerajaan permintaan mereka tidak melampaui batas makan minum mereka cukup sederhana...semnagt jatidiri serta kerja berpasukan cukup memberangsangkan..org2 pun berpelajaran...itupun tak pandai nak jaga.nak yg macamana lagi...

Unknown said...

salam bro,

putrajaya akan menjalankan mesy perwakilan pada 08 november (08/11/08)

lanjut disini:
http://hasanalhadi.blogspot.com/

Anonymous said...

Yhoo Hurray! Aksi Lumba antara arnab dengan kura-kura…. Dah bermula bagi sapa yg nak ke Ajk Bhg. tapi awas tengok2 le buku tataetika tu.
Aku dpt tahu, Dtk K dah beri amaran sapa yang akan bertanding biarlah ada semangat setia kawan dan betandinglah secara sihat.. Tapi awas ketat kan semua screw kerusi jgn ada yang longgar,nanti susah nak baling. Masa pemilihan sayap nanti 18/10/08.( Sabtu).Kata Dtk K. Aku seronok mendengarnya dari kawan aku tu…..aku kata.
Itu belum lagi pemilihan AJK Bhagian Induk. Mungkin hebat lagi kot…. Lebih baik secara kompromi 55 orang calun yg layak tu semua duduk dalam AJK Bhg…induk.. jika ada lawan juga 35 yg tercicir tu saudara Jaslee bolih lobby minta ngan PKR 500 Ribu. Tubuh markas dlm Putrajaya. Maaf ya gurau aja……. Jom kita kerumah dtk K Makan Laksa dan Satay.

Anonymous said...

apa yang nak takut bro, kalau pencalonan afo cukup pun biar je la, kita tengok nanti sapa yang kena, pastu tak reti2 ke nak huluq kat perwakilan cwgn, kalau menang tanpa bertanding maysuk angin je la, itu yg tok k nak sangat sbb 1 sen pun duit dia tak kuar, blasah duit ku nan je, tengok la mcmana tok k buat sampai afo tak cukup pencalonan, ikut suka dia je nak gantung cwgn mana yg dia nak. kita minta tolong kat Tuhan supaya bukak la pintu ati tok k tu, dia dah la warga emas, kata pepatah orang sepanyol KUBUR KATA MARI, RUMAH KATA PIGI. sedar la tok k.

Anonymous said...

Aku nak beri amaran pada pengkomen di atas, kalau nak komen tulis baik2 sikit. Kalau tak ada Dato' K, UMNO Putrajaya tak hidup tau. Aku kecewa bila aku dengar yang kata Dato' K akan diambil tindakan tatatertib akibat daripada laporan yang dibuat oleh puak afo. benar kee cite ni?.

Anonymous said...

kahkahkahkah.....

dah lah tak leh bertanding skang nie sibuk dok ngumpat kat datuk k lak.....korang tu la yang gelap....GELAP HATI.......kahkahkahkah................