Wednesday, October 29, 2008

RUMAH TERBUKA NAIB KETUA BAHAGIAN WANGSA MAJU DATUK SHAFIE MERIAH !

KUALA LUMPUR -- Majlis rumah terbuka Aidilifitri Naib Ketua Bahagian , UMNO Wangsa Maju Datuk Mohd Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu meriah sekali dengan kehadiran beberapa tetamu utama. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Luar Datuk Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri Muhamad Taib, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam , Pemangku Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri Zainuddin serta beberapa Ketua - Ketua bahagian yang lain.

16 comments:

Anonymous said...

Suatu Kisah Di Musim Pemilihan Yang Perlu Dijadikan Renungan Semua Pihak......

Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain.

Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut: “Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”.

Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa.

Anonymous said...

tengoklah tu, duduk sebelah Tok Najib... start nak kipas ke?

. said...

Tuan,

Saya dah masukkan blog tuan dalam blogroll saya (25 posting terkini). Sekiranya ada kelapangan, jemputlah ke blog saya di htpp://nobisha.blogspot.com

Anonymous said...

setelah mencuri hasil negara dan hak rakyat mereka mula enjoy..esmua pemimpin-pemimpin united malays national organisation adalah PENCURI BESAR,mereka mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat..Hidup Sosialisma..!

Anonymous said...

Menolak orang bijak pandai ,menolak orang rajin berkerja ,menolak orang yang taat setia menolak orang jujur telah lama berlaku didalam Pertubuhan UMNO,Yang memegang jawatan dalam UMNO pula menukar berbagai peraturan dan syarat didalamm pentadbiran UMNO yang sedap untuk dirinya kroninya, kononnya peraturan lama tidak releven,Pemimpin2 lama yang berfikir bertungkus lumus menyediakan peraturan untuk jadikan UMNO Kuat dipinda begitu mudah tanpa memikirkan kesan, akhirnya yang tinggal sekarang ini ialah perpecahan, Berbalik kepada orang bijak pandai yg bersemangat untuk berada dalam UMNO ditolak.ini bermana yang tinggal didalam UMNO mereka yang fikir mereka pun tidak panjang, yg pandai difikiran mereka bagaimana untuk mengekalkan dirinya kroninya menjadi pemimpin utama yang dianggap kuat dan diterima ramai,cetusan yang dibangkitkan olih sahabat diatas jelas topik itu adalah sangat benar.

Anonymous said...

Salam..
Terima Kasih pada atukranggi yang amat prihatin membawa masaalah ahli akar umbi yang berpelajaran tapi ditolak oleh politik wang. Sesungguhnya untuk membersihkan gejala ini perlu dilakukan dari dalam perubahan yang ingin dibawa ini mengambil masa untuk di ubat. perkara ini berlaku di sekitar awal 90an, untuk membersihkannya dalam sehari mungkin tidak boleh tapi percayalah kiranya yang hitam dibasuh setiap hari pasti menjadi putih.rasanya saya tau siapa yg dimaksudkan, usahlah kecewa dengan perkara ini anggaplah ini ubat untuk kita bersama-sama memerangi politik wang. Genarasi muda yang baru naik ini perlu diasuh semula akan erti perjuangan yang sebenar bukan wang menjadi perjuangan. Kiranya ada segelintir ahli seperti sdr di setiap Bhg pasti ramai ahli UMNO sebenarnya yang menolak perkara ini. Kepada yang menolak politik wang marilah kita bersama-sama bersatu membersihkan parti, berbagai cara boleh di usahakan.
Walaupun kita hanya segelitir namun ia akan menjadi besar kiranya kita bersatu. Kepada sahabat sdr atukrangi jangan mudah putus asa, Ilmu pengetahuan sdr akan membantu kami yang kurang dlm pelajaran ini. Namun demi agama, bangsa dan Tanahair tercinta jangan mudah mengalah ramai lagi yang memerlukan Sdr. Saya jua ingin menghubungi sdr tapi tunggu isyarat dulu k
wassaalam...

BlackList said...

salamz

bule saya ulas ayat ini :

Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman.

ulasan saya :

mungkin saudara terkeliru kerana tidak mengetahui apa berlaku disebalik tabir sebenarnya. Apakah beliau malu kerana beliau kalah kepada seseorang yang tidak lulus spm seperti yang beliau dakwa? Jiak beliau terus mempertikaikan apa yang telah berlaku tanya balik beliau dimana prinsip dan maruah diri beliau ketika menjadi calon pru12 sedangkan tidak sampai 0.000001% rakyat di mana beliau bertanding mengenali beliau namun rakyat akur dengan kehendak pucuk pimpinan dan kenapa ketika ahli menolak kehadiran beliau di dalam pemilihan ego beliau terlalu memuncak? Layakkan ini dibandingkan dengan phd yang beliau miliki? Muhasabah diri dulu sebelum menuduh orang sesedap rasa dan saya tidak menyebelahi ketua bahagian tetapi saya menyuarakan pendapat akar umbi yang memang mahukan perubahan tetapi bukan dengan cara beliau memaksa orang menerima beliau kononnya seorang ilmuan tetapi hampas .. kalau saudara rapat dengan beliau suruhlah beliau muhasabah diri dulu .. dan jangan sesedap rasa menuduh orang sedangkan beliau juga bermain dengan permainan yang sama .. Ancaman? suruhlah dia suluh diri beliau dulu sebelum mengeluarkan perkataan ancaman .. sungguh memalukan

Anonymous said...

Nak tambah sdr blacklist..
Bila kita jadi ahli umno kita kenalah kenal semua ahli d caw sendiri dan setiap caw dlm bahagian kita, paling kurang pun Jawatankuasa Caw 4peringkat bahagian seluruhnya. Setiap ceruk cawangan kita kena tau memudahkan kita bila nak buat kerja. itulah akar umbi. Bila dah ramai kenal tak perlu u nak tabur duit pun mereka akan sokong, kalau u buat kerja dgn betul. Setiap org ada sejarahnya, kita tak terus jadi pandai dan tak selamanya jadi jahat cuma kita perlu tau siapa diri kita (muhasabah diri)Belajar dulu selok belok berpolitik sebelum terjun kedalamnya. Cepat kita naik cepat jua kita tersungkur. Ilmu di menara gading tak sama dengan ilmu di pesada politik tapi boleh disatukan. Pucuk pimpinan memberi sdr ruang sbg calon dlm pru12 bukan 'UNDI' jadi isilah ruang kosong yang ada dengan sebaik mungkin. Pemimpin d Bhg jgn d ketepikan mereka adalah suara akar umbi. Baik kerja meraka baiklah dapatnya. Janganlah berfikir dengan ideologi tapi fikirkanlah di mana akar umbi kita.
"Sesungguhnya yang baik dari Allah, yang kurang itulah manusia."

Anonymous said...

dengar cite, datang tak dijemput, tapi tiba2 ada duduk kat sebelah Pak Jib... camno tu??? tak malu ke? ini kes nak aircond lah nih... malu nyerrrr

Anonymous said...

rasanya satu setiawangsa dah tau hasrat KB nak bertanding dengan berbaik2 ngan Pak Najib nih... tapi tindakan beliau seakan akan 'desperado' lah nak show yang dia ni kem Najib...

Anonymous said...

biasalah tu dah memang perangai dia macam tu nak buat macam mana dia ni memang pandai berpolitik bagi dia tiada kawan dan tiada lawan yang penting dia berjaya dapat apa yang di kejari yng lain pergi mampus

Anonymous said...

hahaha... dia ni memang muka tebal sikit. siapa yang tak kenal.

zaman-zaman miskin dulu pun sanggup berhabisan demi menghimpit orang ternama. dah kaya sombong.. dah la sombong, bodoh pulak tu!

Masa berkongsi bahagian dulu mana dia nak layan sangat si shafie ni. maklumlah time tu shafie belum dapat dato lagi and tak jadi org kanan najib! Tuhan nak tunjuk, bagi rezeki kat shafie... baru lah sekarang dia terhegeh2 nak himpit shafie.

harap-harap si shafie ni tak la bangang sangat.... kenal sape kawan dan sape lawan!

Anonymous said...

memang 'desperado'!!! iskk... malu lah nak mengaku satu bahagian!

Anonymous said...

dia ni pun panas satu badan ngan Astaman... tak paham betullah perangai KB tu

Anonymous said...

Dengki......MELASYU.....Dengki

Anonymous said...

ya betul... KB ni memang suka dengki kat orang lain!