ANALISIS WILAYAHKINI
KUALA LUMPUR -- Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa sedang mengira masa.Enam hari lagi mereka akan berhimpun di Hotel Flamingo untuk bersidang .Walaupun jawatan Ketua Bahagian telah dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Suleiman Mohamad sekali lagi, perebutan jawatan Timbalan Ketua Bahagian , pemilihan G7 , pemilihan AJK bahagian serta isu - isu semasa politik negara khususnya masa depan UMNO Titiwangsa bakal menjadi perhatian utama.Lebih - lebih apabila UMNO Titiwangsa gagal mempertahankan kerusi parlimen Titiwangsa yang menjadi salah satu kebangaan ikon orang melayu di Kuala Lumpur.
Datuk Johari Ghani atau " Jo KFC " akan turun ke gelanggang mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagianya sekali lagi.Beliau akan dicabar sekali lagi oleh Datuk Rosman atau lebih dikenali sebagai " MiTV Man ""TANGAN - TANGAN TERSEMBUNYI"
Walaupun Johari dikatakan mendapat sokongan daripada " tangan - tangan yang tersembunyi" , Rosman dikatakan sudah bersedia dari segala sudut untuk memberikan tentangan sengit kepada Johari kali ini. Apakah Rosman dapat memberikan kejutan dibarisan kepimpinan UMNO Titiwangsa kali ini ? Ada yang berpendapat peluang perlu diberikan kepada Rosman kali ini . Manakala bagi jawatan Naib Ketua Bahagian , sepertimana yang kita sedia maklum Affendi Zahari menang tanpa bertanding.
PENCALONAN UNTUK SIAPA ?
Pencalonan UMNO Bahagian Titiwangsa untuk jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden juga dijangka menarik perhatian.Wilayahkini difahamkan sudah ada " senarai pencalonan" yang telah disediakan oleh pihak bahagian khususnya Datuk Seri Suleiman Mohamad.Sumber yang boleh dipercayai berkata, UMNO Titiwangsa akan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin bagi Timbalan Presiden melainkan ada kejutan pada minit - minit terakhir.Maklumlah UMNO Titiwangsa selalu ada perubahan di saat terakhir.Bagi jawatan Naib Presiden pula, masih ramai calon dikatakan sedang melobi Suleiman Mohamad.Selain itu, ramai perwakilan dijangka akan membahaskan hala tuju UMNO Titiwangsa yang dikatakan perlu diberi perhatian selepas PRU ke 12.Isu pembangunan Kampung Baru juga dijangka akan dibahaskan.Sementara itu mesyuarat Pemuda yang bakal berlangsung sehari sebelum persidangan bahagian pada 18hb Oktober di tempat yang sama juga bakal menunjukkan " signal" citarasa tertentu.Apa dia? Berita lanjut mengenai Pemuda akan menyusul.....
19 comments:
Asslamualaikum w.b.t,
Saya nak beri sedikit cadangan kepada admin. boleh kah kiranya dipaparkan senarai penuh pencalonan bagi kesemua jawatan 4 peringkat bagi pemilihan nasional kali ini. atau pun saya ingin mencadangkan dipaparkan sahaja pancalonan2 4 peringkat bahagian2.
bukanya apa, kami pu3 ni tak tahu siapa yang hendak dipilih pada masa persidangan pu3 nasional nanti.
buat pengetahuan semua, selain calon2 ketua pu3 nasiona, calon2 naib dan exco tiada seorang yg menghubungi kami puteri2 bahagian. setidak tidaknya, hubungi lah ketua2 pu3 kami. ini tidak, semua berharap pada senarai calon2 ketua pu3 yang bertanding. sistem rakit maksudnya atau bahasa mudah ikut kem. tidak semasa zaman azalina, calon2 exco pusat hendakkan percalonan, turun padang sendiri berjumpa untuk meyakinkan kami. ini lah masalahnya dengan kita ahli2 umno. mudah rasa selesa. saya hendak sarankan lah kepada semua puteri2 seluruh malaysia, terutamanya calon2 ketua pu3 bahagian, ahli2 jawatankuasa pu3 bahagian, kalau tidak adalah calon2 selain calon2 ketua pu3 malaysia yg datang berjumpa anda untuk meraih pencalonan, adalah baiknya ada calonkan sahaja ketua pu3 bahagian anda. kita jagi bagi mereka mudah rasa selesa, kalau dah selesa, selepas menang nanti adakah mereka hendak berkhidmat untuk kita. TIDAK, mereka akan berkhidmat untuk calon2 ketua pu3 mereka. bila ini terjadi, siapa kita nak salahkan, exco2 malaysia, naib kp3 malaysia??? siapa???? KITA SALAHKAN SAHAJALAH DIRI KITA. kita yg beri mereka selesa.
nanti bila disoal anak cucu kita kenapa bangsa melayu kita mundur, kita jawab sahajalah, KAMI IKUT SENARAI JE, DAH MEREKA BERI, NAK CAKAP APA.
untuk makluman semua, ketua pu3 saya yang baru ini (TANIAH AKAK UCAPKAN, BUAT LAH YG SEBAIK MUNGKIN BERKIDMAT UNTUK BANGSA, AGAMA DAN NEGARA) ada memaklumkan kepada saya yang beliau hanya diberi senarai untuk dicalonkan(itupun hanya difaxkan ke pejabat beliau), dan selain daripada menerima (HANYA) panggilan untuk percalonan ketua pu3 nasional, tiada siapa yang berhubung dengan beliau untuk mendapatkan pencalonan. beliau merasa agak kecewa. agaknya la kan, sekarang ni dengan teknologi canggih, kita buat sahaja sidang akhbar, wujudkan blog, dan sedikit sms (nak sms banyak2 pakai duit), bodek calon2 ketua pu3, dan selepas itu duduk di coffee house bersama kroni2 dan tunggu pencalonan. dan menang. MUDAHNYA NAK JADI PEMIMPIN DI MALAYSIA. patut la exco2 pu3 yang ada semuanya tak berkebolehan. YB2 pu3 kita ni dengar cerita kempen piliharaya yang lepas pun ada yg dok duduk kat hotel sahaja tunggu rakyat jelata hini dina ni danat berjumpa (takut kotor gamaknya). lepas menang sampai la nie banyak yang tak pernah tunjuk muka. gamaknya dok sembunyi di pwtc kot. takut rakyat dok tuntut janji la nie. MUDAHNYA JADI PEMIMPIN DI MALAYSIA. kalau lepas ni ada pilihanraya, dan kalah lagi teruk, jangan salahkan rakyat pilih parti lain. SALAHKAN DIRI SENDIRI PASAL BAGI PEMIMPIN UMNO DUDUK SELESA.
dengar kata perkara yang sama berlaku juga didalam pergerakan pemuda. duduk depan kemera, announce hendak mencalonkan diri, lepas tuh duduk coffee house dengan kroni dok kira pencalonan. HAIIII.....MUDAHNYA JADI PEMIMPIN DI MALAYSIA INI.
dah tiada nilai gamaknya jawatan tertinggi umno zaman ini. jadi jangan marah kalau selepas ini ketua perhubungan umno negeri org ludah dan sepak dengan kaki (dah ada ketua bahagian umno yang kena macam ni). kerana kita yang letak nilai JAWATAN UMNO SERENDAH INI. jangan marah kalau org melayu dah tak ambil peduli parti keramat ini. KERANA KITA MEMUDAHKAN ORANG MENJADI PEMIMPIN UMNO ZAMAN NI.
TURUN KAMPUNG NAIK FERRARI,
ORANG KAMPUNG TENGOK NAIK GELI,
KITA ORANG UMNO SUKA RASA MEGAH DIRI,
JANGAN SAMPAI ANAK CUCU KITA BUAT KITA BAHAN MAKI.
salam buat semua dan ambil lah iktibar dari kata2 ini.
629785
Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.
Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.
Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?
Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?
BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?
Komen Pu3. best gak patut siapa nak bertanding jumpalah akar umbi jgn nak ikut kem ajeerrr. bakal ketua pu3 jgnlah pilih group yg dekat ajerr. patut turun semua caw yang bukan pilih kita.. muka jgn manis kat depan masam kat belakang. cepat kedut nanti.
sistem kuota tu ada baik ada buruk. mukriz pun dah cukup pencalonan kj n kt pun kena ikut law. bukan mukriz nak sekat tp akar umbi yang tentukan masa pencalonan dulu pun mukriz kuar paper colum pun kocik, KJ separuh muka depan. KT pun adalah colum kecik. now biarlah perwakilan yg tentukan sape kami nak pilih. kami ni pun ada baca sape yang nak bertanding bukan main ikut ajerr..
so yang patut Berani Berubah adalah perwakilan. beranikah mereka merubah Pemuda UMNO menjadi harimau yang lebih garang bukan lebih mengaummm. dan Pu3 lebih tegas bukan main tarik rambut.. fikirkanlah...
Saya rasa saudara anonymous-2 tu tak berapa reti pasal perlembagaan.Mukhriz minta supaya sistem kuota dihapuskan.Bukan kuasa Mukhriz utk hapuskan bila dia dah lepas utk bertanding.Nampak saudara anonymous ni sokong calon lain.Tapi tak apa lah,masing2 ada pendirian kan.Saya pun bukannya sokong sgt pun kat Mukhriz tu.Cuma saya nak perbetulkan kenyataan anonymous-2 tu.
Sememangnya Mukhriz ada pemimpin yg BERANI BERUBAH.
Tahniah Dato'Mukhriz Tun Mahathir kerana lepas percalonan utk Pemilihan nnt.Kepada calon2 lain,insyaallah akan lepas juga sbb masih byk lagi bhg yg belum bersidang.Kalah menang biar dlm gelanggang.Jgn sekat percalonan calon2 lain.
kenape org berebut2 nk kan jawatan dlm parti ni..adakah utk dptkan pengaruh? dptkan business?.maybe byk faedahnye tapi yg aku nampak lagi menyusahkan ada la. jgn kejarkan harta n jawatan di dunia ni je..kalo ikhlas nk perjuangkan parti xper ni smpai bertikam2 lidah n bmasam2 muka aper citer??
ntahlah tepuk dada tanye selera..
peace, love n harmony 4ever
Saudara anonymous, mesyuarat dah berjalan dengan sistem kuota. Dah berbuih isu ini dilontarkan untuk dihapuskan sebelum ini. Tiba nak tarik balik dah tak fairlah. Macam budak-budak main cup-cup pulak.
Contoh sahaja, tiba-tiba KJ tak cukup pencalonan, Pak Lah nak tarik handbrake suruh hapuskan sistem kuota, nampak sangatlah selama ini dia hanya pentingkan diri sendiri bukan parti. Maka sistem kuota yang ada ini perlu diteruskan. Lagi satu penggal baru cerita lain. Siapa yang jadi mangsa kuota? Kita lihat siapa yang kena............
Komen takde kena-mengena ngan tajuklah.
Dato Rosman ni calon bermusim, bila ada pertandingan atau mesyuarat baru muncul.Sombong pulak tu. aku pegi kem dia jgn kata layan salam pun taknak. harap pada Jeneral 3 Din je.....
Bukanya org Dato Jo tapi Dato Rosman sengal.....
Titiwangsa..sebenarnyer kelam kabut start pada pru2004...masuk pru 2008 terus jadi bygon...jo kfc marah kan astaman...jo kfc marah kan aziz shamsudin so sapa yg ikhlas...korang tak habis-habis sabotaj baik umno..komponen ikut aje..tapi pasal phd..cerita adik..abg je lebih.. ..sebenarnyer yang sulaiman tak payah bertanding..patut Datuk Jo bertanding or di calon ketua bahagian..perubahan yang sebenar harus belaku di Ketua Bahagian..why u are not strategik enough Jo...u should take charge Titiwangsa..yg tua tu bagi jadi consultan..dah laa..if u can't think outside the box just throw your accounts deg from the seas in the basket man...come on Datuk Jo berani Berubah yg blood are needed for this coming PRU...u also yang cakap..or not just lets Lolo do the business..fikir la sendili Datuk Jo..
to anoy..
kouta ini ade la untuk mencukup syarat anda bertanding di pimilihan pada mac nanti..la...ni satu lagi hal..pak flip flop punyer akai..dia lanjutkan..and then kj will get nominations..so got others 4 month at the end DMM kena back slash on mac from all this pewakilan..Pemuda Titiwangsa..eager to hear from Titiwangsakini...coz it seem azizulrahman more wibawa..anak DS is like a runaway gangster..kalu tanya buat debat confirm azizul got merit..we pemuda tak mau dgr business nyer hal..or adik abg ..baju nyer cerita...kami just want to know what your visi on belia,kerjaya,idea,wawsan..to azizul u better prepare for the game...coming..and make sure what u said on kg.bharu meeting on KJ are true if not it will hounted u...pemuda titiwangsa...ada mata lihat,ada telinga dengar..yg paling penting ada otak berfikir la secara rasional smabil memetingkan alif,baa,taa...for Bro Man gajah u should fight for bhg maaa...
BENDERA MERAH.........
U salah faham mengatakan dato' jo marahkan dato astaman dan datuk aziz. Dia tak marahkan mereka tetapi dia marahkan pemimpin atasan yg kurang sensitif dengan kehendak akar umbi.
Takda yang sabotaj. Kita bekerja siang malam untuk memenangkan calun. Tapi kalau rakyat dah tak suka kita nak buat macamana. Seawalnya lagi kita dah maklumkan apa pandangan rakyat. Tapi pemimpin atasan tak nak terima. Mereka kata, kita yang pandai2 buat citer.
Kita memang nak kan calun dari titiwangsa, tapi biarlah yang boleh buat kerja serta mudah dihubungi jika kita memerlukan bantuan.
Kalau pemimpin yang bermusim, pandai2lah kita memilihnya. Keputusan ditangan tuan/puan para perwakilan.
Datuk Sulaiman gentelmen,beliau akan mengumumkan peralihan kuasa bila samapai nanti..mungkin selepas bolasepak piala dunia
to anoy...
sure or not...flip-flop memang problem dlm amalysis 2004..memang betui flip-flop bagi calon-calonnyer..but some of the calon are good people mcm mat hassan n9..or astaman..astaman is kg.bharu lad pure..anak jati..anak pada aishah ghani..salah satu honorable female malay nasionalis..aziz..also kg.bharu lad..walaupun adikong outsider..ke titiwangsa yg tak nak bagi org kg.bharu..reform..hihihi bagi saya org titiwangsa atau bukan it is not the problem..kiter bertanding atas nama pekembar/umno itself bukannyer kiter letak tunggul batu..itu la masalah org umno titiwangsa..kerja kuat siang malam ..anoy jgn lopa ramai org umno kerja kuat pasal umno..bukan pasal individu..for the love of pekembar..rakyat tak suka..tu la anoy to much playin around titiwangsa sampai tak tau..ape yg flip or flop...kalah ade dua faktor di titiwangsa satu peringkat nasional isu..dua masalah di bhg titiwangsa sendiri..for me Datuk jo if he is real born nasional yg lahir di kelab golf he should go for Ketua bahagian..not as naib jee..kudos
Malangnya Dato Jo kena main ngan Dato leman,
...for D Jo hardcore supporter or have link directly or otherwise(adikong)..tlng sampaikan ini..u are corporate man..like mat hassan n9 & astaman.. not a gomen servant old timer like flip-flop,roundess..so use your idea fight for your right..your profesionalisme..is your tools..come on young people are looking at u even the one in the late 40 to 50..Datuk Jo jgn end up like the seasoned one how don't one to think exceptional Tun M laa..nanti beku lagi..next pru i give my 100% analysis..u will not taste any victory..if still under the old regime..man..alots-lots of shit ..mcm Djo ckp la time tengah baru ni la kiter menawan hati rakyat dlm bhg kiter..itu la maksud berani berubah..DMM..dJo u got 5 days to convice him for peralihan kuas adirectly to you...my analysis..all the cwg dlm bhg will back u..from wanita,pemuda dan kanak-kanak..oldtimer
sebab apa calon BN kalah di titiwangsa adalah disebabkan rak sudah menyampah dengan pentadbiran yang ada sekarang. kita lihat titiwangsa adalah kubu kuat Bn dari dulu lagi. tapi mengapa tewas ditangan seorang wanita. apa keistimewaan dr lo lo???? mengapa BN ditolak rakyat titiwangsa.
mesti ada sebab disebaliknya, bila ahli umno pun tak undi calon umno macam mana nak menang.....
sikap hasad dengki didalam umno sendiri ketara kelihatan. pru 12 kena sabotaj oleh ahli yang tidak menyokong bn..... (baru padan muka)
sikap tamak pemimpin umno sendiri menjadi punca. tak kira mana post. pun sama makan sorang. kalau tradisi ini diteruskan jangan harap bn akan menang dimasa akan datang. orang sekarang pandai berfikir yang mana baik yang mana buruk. kalau setakat bagi duit untuk beli undi pemilihan cawangan ke?, bahagian ke?, tak payah cerita., banyak terjadi.....
itu pasal bn kalah bro kat titiwangsa. dengan pentadbiran yang prihatin dr. lo lo ....... umno boleh simpan dalam kotak saja.
*** macam mana cawangan yang tak de duit tabung boleh buat majlis makan2( besar peruntukkan tu) .....
ada tangan yang menghulur apa bila menjadi ketua cawangan.......
pikirlah sendiri bro.
princenine..
Orang orang UMNO perlu berubah...
Kita mesti sayangkan Parti lebih dari Pemimpin...
Pemimpin Adil perlu di Julang..
Pemimpin Derhaka Perlu disanggah..
sebab sayangkan pemimpin lah kita gagal dan UMNO kelihatan seolah olah bersengkongkol dgn pemiimpin yg yg tamak dan haloba..
Kita mesti berubah...
UMNO mesti berubah...
Kita mesti ADIL ..NAMPAK ADIL ..DAN SEMEMANG NYA ADIL ..
memperjuangkan nasib..orang Melayu serta lain lain bangsa Malaysia..
KITA MESTI BERUBAH...
JANGA PILIHH...YG BERMASAALAH...
Kalau orang kat luar sana kata kita ada pemimpin yg...
LEMAH..
KORUP..
RASUAH..
TIDAK IKUT PROSEDUR..
TIDAK ADIL..
MENINDAS..
BERBOHONG..
TIDAK CEKAP..
BUTA SERTA TULI AKAN HARAPAN RAKYAT..
APAKAH KITA AKAN DIAMM DAN TERUS SOKONG...
MAKA PEMIMPIN ITU AKAN MENANG JAWATAN DAN JADI PEMIMPIN NEGARA..
TAPI AKHIRNYA UMNO BN AKAN KALAH...
NAK BUAT APA..?
FIKIR FIKIR LAH TUAN TUAN DAN PUAN PUAN..
APAKAH KITA HARUS DIAM..
TAK KAN DAUN BERGOYANG KALAU TIADA ANGIN YG BERTIUP..
TAK KAN ADA SAMBAL BELACAN KALAU TIADA UNDANG NYA....
Kita harus sayang parti dan semua org melayu bukan hanya parti.
from kadirjasin blog
Ketua Perhubungan Kalah Undur Sajalah
Terlanjur bercakap fasal pemilihan Umno, saya harap yang tidak dicalonkan atau yang kalah pada Mac nanti tidaklah terlalu kecewa kerana dalam keadaan tenatnya sekarang, Umno memerlukan khidmat semua orang untuk melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation/pernafasan mulut ke mulut) ke atasnya.
Seelok-eloknya yang sudah tak ada steam atau yang masuk angin keluar asap tu (meminjam daripada Allahyarham P Ramlee) tak payahlah hemoi-hemoi tawar diri.
Orang macam pengerusi perhubungan negeri-negeri yang kalah seperti Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tak payahlah dipilih balik.
Ikutlah jejak Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang akan mengundurkan diri dan tidak bertanding jawatan presiden. Kalau setakat jadi ketua bahagian tu bolehlah kot. Itu pun rasa-rasanya janggal juga.
PS: Saudara/Saudari yang hendak terus berbincang isu ekonomi dan kontroversi Maybank-BII boleh buat dalam posting ini sebab isu ini elok dijadikan sebahagian daripada agenda perhimpunan agung dan pemilihan Umno.
harap wilayahkini dapat senaraikan nama calon yang bertanding di setiap peringkat bagi bahagian titiwangsa
Post a Comment