KUALA LUMPUR -- Sekiranya persaingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa menyaksikan persaingan empat penjuru dua minggu lepas - persidangan UMNO Bahagian Setiawangsa pagi esok di Hotel Nikko bakal menyaksikan persaingan empat penjuru bagi jawatan Naib Ketua Bahagian yang melibatkan nama - nama yang " tersohor" di kancah politik Wilayah Persekutuan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Setiawangsa akan merasmikan persidangan UMNO Setiawangsa pagi esok dalam satu suasana yang ceria tapi penuh suspens.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, penyandangnya Datuk Abdul Halim Samad akan di cabar oleh Ketua UMNO Cawangan Seksyen 6 Mutiara Shuib Ibrahim. Sekiranya suatu ketika dulu Halim Samad dan Shuib Ibrahim yang disifatkan sebagai gandingan aur dengan tebing tetapi tahun 2008 menyaksikan mereka berdua sudah bertentangan antara satu sama lain bagi merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian - dimana disifatkan satu pertandingan " battle of Setiawangsa " oleh pemerhati politik. Apakah Halim Samad , sebagai orang lama dalam UMNO akan berupaya mempertahankan jawatanya kali ini ?
Namun tumpuan juga tertumpu bagi jawatan Naib Ketua Bahagian dimana membariskan beberapa nama yang tersohor dalam perjuangan politik empat penjuru. Mereka ialah mantan Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Datuk Izzudin Ishak, Bendahari Bahagian Datuk Fauzi Zahari, Ahmad Yamin Datuk Rahim dan Zainal Tan Sri Mahmood. Penyandang Naib Ketua , Kpt ( B ) Rafli Jusoh tidak mempertahankan jawatanya kali ini.Dikalangan empat calon tersebut, pertembungan antara Fauzi dan Izzudin dijangka menarik kerana orang - orang politik kata " ada isu lama tak selesai lagi". Apa dia ? Namun Ahmad Yamin yang mendapat "backing" daripada Shuib dijangka akan berikan saingan yang kuat dari sebalik tabir dan berupaya membuat kejutan. Bagi Zainal pula, dia juga dikatakan " mengharapkan jawatan Naib dan dikatakan sudah bersedia untuk turun ke gelanggang".
Perhitungan politik di Setiawangsa cukup menarik kali ini kerana penawaran diri ramai calon bukan sahaja memberikan peluang kepada akar umbi untuk memilih pemimpin pilihan mereka malah dasar keterbukaan di UMNO Setiawangsa - bakal memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO khususnya di Setiawangsa.
( Terimakasih : Gambar - gambar dari blog www.locengwangsa.blogspot.com )
15 comments:
syabas kepada semua yang bertanding esok, saya ucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada semua calon2.
Undi adalah rahsia tapi pilihlah calon yang berkaliber. Utk mantan pu3 yang sudah tamat usia dan ingin bertanding exco bahagian tu saya ucapkan syabas kerana awak berani dan saya tidak akan terkejut sekiranya awak tidak terpilih kerana awak masih muda dan ramai lagi kakak2 dan abang2 yang sudah lama mengintai kerusi tersebut....
buat homework dulu, kenal akar umbi awak tu dulu
Tahniah kepada yang menang semalam...
macam manalah si mantan debab tu boleh menang... isk isk isk...
dah hilang akal ka depa semua ni??? isk isk isk
En.Zainal Mahmood jangan kecewa... walaupun hanya dapat 20 undi!!!
Kami tetap menyokong anda. Next round kita lawan lagi. Tapi modal kene tambah sikit...
20 batang satey, cuma boleh buat tahi gigi...
100-200 batang satey barulah perwakilan kenyang tuan lawyer....
kepada pengomel tentang mantan puteri, apa macam? ketua yang korang ikut dah jatuh tersungkur. Abis duit shuib..korang telan tapi ketua kalah jugak. Tahniah mantan pu3 satu satunya wanita dalam ajk bahagian. yang lain gigit itu telinga sendiri la...kepada pu3 yang hasad dengki tu...buat kerja dan buat rekod sendiri, kau bagus baru orang pilih dan hormat. kau tak bagus, boleh berambus...
ko tolong tanya dia skit mcmana dia boleh dpt undi tu... kalau tak pasal ada orang masukkan dia dlm chai orang yang menang...ahaks....
kalau setakat nak ikut kan, tak ku ingat dia akan duduk kat situ.. sendiri mau pk
kalau setakat ikut bontot org tak payah lah nak bangga diri. Itu undi FREE!!!! tak de credibility..
Yang kau tu sakit hati sgt aku mengata mantan apa hal?? ko laki dia ke?? *Oh lupe.. mantan tak berlaki lagi...*
Anyway, sebab aku sedar diri lah aku tak bertanding lagi... ko tinggu eh.. ko tunggu.... nanti dgn ko ngan mantan ko aku bedal!!!
yang pasti dia menang... yeyeye! n korang yang mengata dia sakit ati kan... tak pe, next time mengata lah lagi... semoga mantan puteri mendapat keberkatan Allah swt.
pada yang mengata dia ni sedar ler, korang lansung tak layak duduk kat atas tu... undi kesian ker, undi nasib ker... tak kira ler...
i know all of you... just watch out!
Dato Izudn..mana bolih tipu orang dua kali.Ahmad Yamin mana bolih ikut orang berkali-kali,En Zainal mana bolih labur hanya satu kali,Dato Fauzi Setiawangsa baru menang satu kali.Dato Halim yang cantik itu Kendi,Shuib kawan LALI
Semua yang berkaitan, jika anda benar2 pengikut setia UMNO Setiawangsa, menghormati Ketua Bahagian anda, hentikan kata mengata, anda dilihat tidak ikhlas, dan tidak jujur, silap langkah terbujur, ada yang tidak kena dengan masaalah peribadi, menyusahkan diri sendiri, anda masih perlu dipimpin, belum layak sebagai pemimpin dan belum boleh dicontohi keperibadian anda, masih lemah dari segi mental dan jiwa. Jika anda terus menerus begini, anda sebenarnya berpura-pura, menipu diri sendiri, lama kelamaan dunia tahu siapa diri. Kata-kata anda sedang dipantau, hati2 jangan buat kuntau, jaga diri sendiri, kalau tidak sendiri yang rugi. Jangan jadi Pak Turut, nanti sakit perut. Hormatilah Ketua Bahagian anda bantu-membantu bermuafakat berkat UMNO semangkin kuat. Jangan jadi hantu raya, diri manusia tetapi bahaya, pura-pura menolong tetapi polong, menjerit-jerit rupanya pelesit.
This is a free country. Everybody is free to speak up. tak kira lah ketua bahagian ke, ketua kampung ke, menantu PM ke. Yang salah patut di tegur supaya sedar dan memperbaiki diri.
Diam dan menurut tak mendatangkan faedah kepada sesiapa. Yang di atas terus lupa diri dan yang di bawah terus dipijak. Kata demokrasi???
Tak perlu lah menegakkan benang yang basah. Ketua yang jujur dan iklas PASTI dituruti dan hormati tanpa disuruh atau dipaksa.
"LU PIKIR LAH BEB"
nampaknya hak org ramai untuk bersuara telah disalahguna dalam blog ini..
What have been commented by you in this blog sir is not really citizen with the good faith and mind. You may comment or advised with good faith dan open mind, lesson to every body as a good citizenship, you already show your eggeoistic and not muture enough to come in this arena. We there not say you must keep quite and just follow, as a human being you got mind to think and give a very good advise to others, not just give a loose mouth "LU PIKIR LAH BEB". This is to show that your way of thinking is not good enough to join us as bloggers. Pse feel free to join us in the arena of blogers as what we call "A GOOD CITIZENSHIPs HELP PEOPLES TO BECOME A GOOD CITIZENSHIP. We hoped and prayed to GOD, that one day you will be too become a good citizen. Semuga ALLAH merahmati dan menyelamatkan anda sekeluarga dari musibah dan fitnah, kami mendo'kan anda menjadi manusia terbaik dikalangan ahli-ahli UMNO Setiawangsa. thanks. BYE.....
What have been commented by you in this blog sir is not really citizen with the good faith and mind. You may comment or advised with good faith dan open mind, lesson to every body as a good citizenship, you already show your eggeoistic and not muture enough to come in this arena. We there not say you must keep quite and just follow, as a human being you got mind to think and give a very good advise to others, not just give a loose mouth "LU PIKIR LAH BEB". This is to show that your way of thinking is not good enough to join us as bloggers. Pse feel free to join us in the arena of blogers as what we call "A GOOD CITIZENSHIPs HELP PEOPLES TO BECOME A GOOD CITIZENSHIP. We hoped and prayed to GOD, that one day you will be too become a good citizen. Semuga ALLAH merahmati dan menyelamatkan anda sekeluarga dari musibah dan fitnah, kami mendo'kan anda menjadi manusia terbaik dikalangan ahli-ahli UMNO Setiawangsa. thanks. BYE.....
Post a Comment