Thursday, October 30, 2008

MESYUARAT MT ESOK ; PEMILIHAN KEKAL MAC ATAUPUN NAK TUKAR LAGI ?

KUALA LUMPUR -- Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 3 petang dijangka sekali lagi menjadi tumpuan walaupun Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pelan peralihan akan KEKAL pada Mac 2009 manakala pemilihan untuk jawatan tertinggi parti juga akan dikekalkan pada bulan mac tahun depan sepertimana yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi pada mesyuarat yang lepas.
Walaupun ada suara - suara yang nakal yang mahukan pemilihan untuk jawatan tertinggi parti dikembalikan semula pada bulan december tahun ini ,atas alasan tempoh empat bulan untuk berkempen terlalu lama dan boleh menyebabkan gejala politik wang berleluasa dalam parti.
Namun pemerhati politik berpendapat Majlis Tertinggi perlu mempertahankan kredibilitinya kali ini kerana sekiranya Majlis Tertinggi kerap menukar keputusanya maka persepsi orang terhadap Majlis Tertinggi mungkin berbeza dan mula akan ada unsur - unsur tidak percaya terhadap keupayaan Majlis Tertinggi - yang menjadi tunjang utama politik negara.
Mesyuarat esok juga dijangka akan membincangkan isu - isu semasa negara termasuk keadaan politik semasa dan perjalanan mesyuarat bahagian yang kini sedang rancak berlangsung di seluruh Malaysia.
Wilayahkini juga tertarik dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Tajol Rosli yang berkata , tempoh kempen yang panjang boleh mengurangkan kes politik wang di UMNO. Bagaimana ?
( Terimakasih : Gambar The Malaysian Insider )

8 comments:

sahabat gunung said...

DEMI UMNO, JANGAN JADI ASKAR UPAHAN

www.sahabatgunung9506.blogspot.com

Kita harus sentiasa ingata bahawa Parti UMNO dilahirkan atas himpunan semangat kebangsaan Melayu yang tulen untuk memperjuangkan kebebasan, keadilan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya Orang Melayu. UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, bukannya sistem diktator ataupun kuku besi. UMNO sentiasa mengutuk penindasan dan penyelewengan kuasa, ataupun mereka-mereka yang GILA KUASA. UMNO mendapat kuasa pemerintahan negara melalui undi dari rakyat, bukannya menerusi ugutan dan rasuah.

Pendekkata, UMNO adalah parti yang ditaja oleh rakyat. Ini bermakna kita bukanlah ditaja oleh golongan atau pemimpin-pemimpin tertentu yang mempunyai niat yang tidak baik, niat yang terpesong dari falsafah perjuangan sebenar UMNO. Sedarlah, sedarlah tuan-tuan dan sidang perwakilan, sedarlah bahawa, perjuangan yang ditaja dengan wang ringgit atau lebih mudah saya katakan, rasuah politik, ia bukan sahaja akan mendatangkan kesan kepada pengamalnya, tetapi lebih teruk lagi ia akan mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada UMNO itu sendiri.

Sanggup kita kita mengadai UMNO semata-mata permainan wang ringgit ini? Sanggupkah kita melihat UMNO hancur, UMNO lemah dek permainan politik wang yang berlaku pada hari ini?

Oleh itu, kita jauhkan diri kita daripada menjadi calon tajaan berlandaskan wang ringgit semata-mata. Jauhkan diri dari menjadi calon bagi kepentingan kelompok atau pemimpin-pemimpin tertentu dan jauhkan diri dari politik sempit mereka yang berkepentingan diri sendiri, bukannya perjuangan yang berlandaskan falsafah perjuangan UMNO.

Kita juga harus melihat amalan politik wang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi. Budaya politik wang tidak memberi kesaksamaan kepada setiap ahli mendapat peluang yang sama dalam parti. Politik wang akan membawa UMNO kembali kepada amalan di zaman Jahiliah- yang kaya menggunaan kekayaan untuk menjadi Tuan, sementara yang miskin bakal menjadi hamba suruhan. Malah lebih malang lagi, jika tuan yang dimaksudkan itu terdiri daripada golongan bangsa lain. Atas suara dan semangat demokrasi, setiap ahli UMNO di semua peringkat harus berpegang tegas dan menyokong penuh usaha pimpinan parti untuk membersihkan UMNO dari amalan buruk ini, ibarat kata peribahasa melayu: Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah.

Saya berharap supaya setiap seorang ahli UMNO tidak mengizinkan diri kita untuk menjadi askar upahan semata-mata wang ringgit. Kita perlu sentiasa ingat bahawa perjuangan kita hari ini bukan sekadar untuk memenuhi kepuasan nafsu kuasa diri kita sendiri, tetapi kepuasan ahli-ahli dan keseluruhan masyarakat yang kita wakili pada hari ini.

Anonymous said...

Sekiranya pencalonan kepada kedudukan pimpinan tertinggi tidak dicabar, ie. presiden parti, maka pada ketika selesainya mesyuarat bahagian pada 9 November, keputusan muktamadnya ialah Najib presiden parti yang baru. Pada keadaan itu kita seolah-olah ada dua orang presiden. Maka cakap siapa yang kita nak dengar demi hal tuju negara?
Oleh itu sekiranya ini berlaku, Disember 2008 adalah masa yang amat sesuai untuk pemilihan agong yang bersejarah ini. Keadaan yang ditentukan ALLAH pasti menentukan segala keputusan.

Anonymous said...

Kita tunggu lepas Jumaat nanti apa cerita dia orang kat atas tu..........

Anonymous said...

Bukanlah kita tak suka Pak Lah tapi bagi mengurangkan permainn politik wang Mesyuarat agong perlu dipercepatkan. pernyerahan jawatan PM kemudian boleh di rundingkan. Tugas Presiden UMNO dan PERDANA MENTERI berlainan apa masaalahnya. Sama gak ngan Wanita apa beza Serah tugas pada jun09 ngan serah terus aje pada Sharizat sekarang jangan kak.fidah buat malu orn lama ajerr.
Walaubagaimanapun terseralah pada Pak Lah buat keputusan. Kita dah kuat diasak dek org luar. Kami tetap menyokong pada yang buat kebaikan bukan kemungkaran.

Anonymous said...

saya sokong cctv, harap menang Muhyiddin minggu ni, dapatlah dipercepatkan peralihan kuasa bulan 12 ni.

Anonymous said...

saya sokong cctv, harap menang Muhyiddin minggu ni, dapatlah dipercepatkan peralihan kuasa bulan 12 ni.

Anonymous said...

ini pendapat peribadi saya;

pak lah seolah-olah tidak belajar dari kesilapan yang dibuatnya pada pru12 yang lepas. tempoh berkempen yang panjang akan merugikan kita. pru12 pak lah bagi "can" calon-calon pilihanraya untuk berkempen selaha 13 hari ini suatu yang merugikan bn sendiri.

sekarang umno calon-calon dalam umno diberi peluang sekali lagi untuk berkempen sehingga mac 2009. saya berani jamin ini akan mengakibatkan kes-kes politik wang, lobi-melobi akan berlipat ganda kerana pak lah sendiri memberi peluang para pelobi memudahkan mereka menjalankan tugas-tugas mereka tanpa risau dateline. paklah yang bagi ruang untuk mereka bernafas.

paklah cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Kempen lama ni macam-macam hal boleh jadi. Sedangkan bola sepak lagi beberapa saat nak habis game macam-macam boleh jadi dengan keputusan permainan. Ini masa tambahan melebih-lebih. Jangan Pak Lah nak buat taktik kotor suruh BPR siasat itu dan ini akhirnya melenyapkan peluang orang-orang tertentu yang tak membela anak menantunnya. Maka dengan itu kita semua kena sepakat nak bulan 12. Kita nak PRESIDEN baru. Kita nak PRESIDEN baru mula bekerja dengan kapasiti barunya. Kita nak PRESIDEN membina kekuatan semula dengan memulihkan perpaduan. Kita nak PRESIDEN baru memimpin secepat mungkin..................