Saturday, October 4, 2008

MENJELANG DETIK- DETIK KLIMAKS BERMULANYA MESYUARAT BAHAGIAN ; NASIB TUJUH KETUA BAHAGIAN DI WP BAGAIKAN PERTARUNGAN KALAH MATI ?

KUALA LUMPUR -- Bahang pemilihan di Wilayah Persekutuan kini kian memuncak menjelang detik bermulanya mesyuarat bahagian pada 9hb Oktober. Di Wilayah Persekutuan tujuh penyandang Ketua Bahagian bakal mempertaruhkan nasib politik mereka dalam perjuangan kalah mati kali ini. Mereka ialah Ketua Bahagian Segambut Datuk Kamaruddin Ambok, Pemangku Ketua Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri, Pemangku Ketua Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad, Ketua Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman, Ketua Bahagian Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid, Ketua Bahagian Batu Datuk Yusuf Hamid manakala Datuk Amil Salleh pula kembali bersaing untuk merebut jawatan Ketua Bahagian Bandar Tun Razak selepas bebas dari penggantungan politik wang.
Apakah nasib mereka ? Siapakah akan tersungkur dan siapakah pula bakal meneruskan karier politik mereka selepas ini. Walaupun kempen sudah mula rancak dan panas sebelum hari raya tetapi menjelang 9 oktober ini, Wilayahkini difahamkan jadual berkempen dipanjangkan sampai awal pagi di beberapa lokasi yang tertentu. Malah difahamkan , di beberapa bahagian pendekatan " lokasi rahsia" bertemu dengan perwakilan serta gerakan kawalan ketat terhadap perwakilan sudah mula digerakkan. Wilayahkini juga difahamkan, bahagian Segambut dan Batu berada dalam zon yang cukup panas sehingga macam - macam spekulasi mula di sebarkan. Di ramalkan lebih banyak spekulasi dan cerita - cerita politik akan mula disebarkan menjelang 9 Oktober ini.
Zainal Nazeri dan Yusri Ahmad turun ke gelanggang sebagai Pemangku Ketua Bahagian bagi memastikan kedudukan mereka tidak lagi digelar " Pemangku" selepas ini. Namun kedua - dua mereka dikatakan " bukan senang" untuk menang kerana cabaran yang kuat dari pencabar masing - masing.
Wilayahkini akan membuka ruang kepada semua calon yang bertanding - untuk menghantar pendapat ataupun pandangan bersama gambar.Sila emel ke wilayahkini@gmail.com !

9 comments:

Anonymous said...

Saudara Pengarang,
Saya ingin menyentuh pertembungan antara Zainal Nazeri dan Shafiee Abdullah di Wangsa Maju. Saya amat berharap saudara akan menyiarkan omen ataupun pandangan saya ini.
1. Saya tidak tahu dimana keperluannya Shafiee untuk mencabar kedudukan Zainal Nazeri. Saya menganggap Shafie sebagai seorang orang politik yang tidak mengenang budi Zainal yang selama dua penggal pilihanraya bertungkus lumus, ketika itu di mana Shafiee? Alasan terpaksa membuntuti Dato Najib bukan satu alasan yang boleh diterima akal. Dalam masa yang sama Shafiee mengarahkan penyokong2nya supaya jangan membantu BN Wangsa Maju.
2. Sebagai seorang Setiausaha Politik kepada Dato Najib, Shafiee sepatutnya tahu menghargai serta menghormati proses peralihan dan dia sepatutnya memberikan laluan kepada zainal nazeri bagi membuktikan kebolehannya sebagai ketua.
3. Shafiee nyata seorang pemimpin yang rakus serta tamak kuasa. Beliau impikan jawatan Pengerusi Perhubungan Wilayah kerana dato Najib bakal jadi Perdana Menteri.
4. Beliau menggunakan apa sahaja termasuk wang ringgit untuk menang jawatan Ketua walaupun selama ini dia tidak pernah menyumbang apa-apa kepada UMNO dan BN Wangsa maju secara keseluruahnnya.
5/ Shafiee sentiasa menjaja nama Dato Najib untuk mencari pengaruh dan sokongan sehinggakan Ketua-Ketua Cawangan tunduk kepada kuasa yang beliau tunjukkan. Sementelaha pula Ketua-Ketua Cawangan yang buta tentang politik, tahu minta duit je.
6. Kalau ada kesilapan Zainal, Shafiee tidak seharusnya mengajak Zainal bertarung sedangkan zainal tidak ada Godfather kalau dibandingkan Shafiee yang selalu sangat mendakwa bahawa dia bertanding jawatan Ketua Bahagian kerana diiznkan oleh Dato Najib.

Anonymous said...

salam semua,

Pertembungan di Seputeh seperti ulangan tahun 2004.

Datuk hisham akan bertanding dengan mustapha kamal.

Datuk Hisham merupakan seorang ketua bahagian yang menitiberatkan pendidikan.

Antara hasil selamat 4 tahun di Seputeh:

1. Mewujudkan program generasi ulul - albab, generasi yang mempunyai ilmu akedemi dan agama. Konsep ini telah dibuat semasa zaman kegemilangan para sahabat yang mana ramai cendiakawan dan pakar islam dilahirkan didalam mereka mempunyai ilmu al quran yang mendalam. Rombongan pertama telah dihantar ke mesir bagi jurusan kedoktoran pada tahun 2004.

Projek ini telah dijadikan program utama di WP dan sekarang WP telah menghantar anak2 ke mesir setiap tahun.

seputeh sekarang telah mempunyai dewan serbagunanya sendiri. Seputeh tidak perlu lagi menyewa hotel untuk mengadakan mesyuarat setiap tahun. Lengkap dengan aircon dan stage. Semua ini diusahakan untuk kemudahan umno seputeh.

sekiranya nak diceritakan apakah yang telah dihasilkan di zaman datuk hisham .. Sungguh banyak, dan diharap warga seputeh boleh lihat dan hargai.

Sdr Mustapha Kamal merupakan bekas KP seputeh yang cukup popular dgn aktiviti sukan, selain dari itu, beliau belum lagi dicuba jadi, saya kurang pasti apakan yang hendak dibawa olehnya, sekiranya ada dikalangan pembaca dapt berkongsi, maklumat ini amat diperlukan bagi kita sama2 mencari intipati perjuangan calon2.

sekian.

Anonymous said...

keep up the good work!

Anonymous said...

Sayangnya di Titiwangsa masih takde manusia yg berani cabar Tok Leman.
Hormat ke takut ngan Ketua Bahagian yg dah nak expired ni.

Anonymous said...

Salam Persidangan...
Bagi warga Bahagian Labuan pula, memang tidak dinafikan hak seseorang ahli yang boleh dipilih dan memilih dalam persidangan kali ini. Namun demikian, jangn pula lupa bahawa senario di Labuan bahawa pemimpin yang akan dipilih sebagai peneraju kepimpinan UMNO bukan semata-mata berdasarkan "pangkat" dan "jawatan" yang sedia ada, malah diambil kira dalam "bukti" pembangunan dan "perubahan" kemajuan yang telah dilakukan.

YBhg Dato' Suhaili Abdul Rahman perlu diberikan mandat meneruskan agenda pembangunan Melayu di Labuan, sekurang-kurangnya satu atau 2 musim lagi, kerana proses pembangunan yang berlaku kini sedang dalam menuju klimaks Labuan Maju. Lagipun YB Datuk Yussof Mahal baru saja memegang jawatan Ahli Parlimen, jadi apa salahnya buktikan kebolehan sebagai Ahli Parlimen. Rakyat Labuan hanya menuntut kebolehan YB sebagai pemimpin berpendidikan untuk meneruskan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat......rakyat Labuan BUKAN menuntut kebolehan YB merebut jawatan Ketua Bahagian. Fahamilah kehendak kami, kami warga Labuan masih memerlukan YBhg Dato' Suhaili sebagai Ketua Bahagian, dan YB sebagai Ahli Parlimen Labuan. Ini telah kami buktikan dalam 18 cawangan yang mencadangkan Ybhg Dato' Suhaili, dan hanya 6 cawangan mencadangkan YB. Itulah kehendak kami.

Bukti kebolehan kepimpinan Ybhg Dato' Suhaili sudah jelas dan nyata....tapi kebolehan YB selama 6 bulan ini di mana??...

Anonymous said...

AHLI BIASA JUGA:

Apa kena mengena Ketua Bahagian dgn pembangunan Labuan? Yang saya tahu selama ini, AHLI PARLIMEN yang diberi mandat untuk memajukan Labuan dengan peruntukan Parlimennya, bukannya sebagai Ketua Bahagian. Ketua Bahagian mana ada peruntukan utk pembangunan. You silaplah"ahli biasa". Ternyata konco2 Suhaili. Jangan main angkat saja, fahamkan fakta sebenar dulu... Penduduk Labuan bukannya BODOH.. Bagilah peluang YB baru pula,, apa yang boleh dia lakukan dalam masa 6 bulan.. Suhaili lainlah, baru jadi YB, "ketuk dinding DUIT berguguran", ujar Suhaili sendiri..dan dia kata duitnya ada 7 bukit, 7 ketutunan pun tak habis, banyak tu...

Anonymous said...

AHLI BIASA JUGA....
Betul juga pendapat AHLI BIASA JUGA tu... Penduduk Labuan bukannya BODOH... Tau pun... sebab tu Ketua Bahagian Labuan sekarang perlu meneruskan agenda pembangunan Melayu di Labuan...Faham?? saya ulang sekali lagi "agenda pembangunan Melayu di Labuan" baca dulu, baru respon... baca dan fahamkan, bukan baca seimbas lalu saja ok, jangan emosi membuta tuli.

Pasal duit-duit tu saya tak pastilah pula, yg itu saya tak mau sentuh, hal tu AHLI BIASA JUGA yang sentuh dulu, maknanya mesti AHLI BIASA JUGA ni konco2 YB sebab tau pula pasal duit Dato Suhaili, mesti AHLI BIASA JUGA ni bekas konco2 nya yang "kecewa".

Bagi kami yg bukan konco mana2 pihak ni tetap akan memberikan peluang kepada YB, tapi tunggulah masa yang sesuai, mungkin musim akan datang. Bukan apa, takut nanti kalah pula dalam pemilihan. Kalau kalah jangan pula salahkan ahli UMNO Labuan yang tidak mengiktiraf YB dalam barisan kepimpinan UMNO Bahagian Labuan (maklumlah, kalau kalah nama tiada dalam senarai kepimpinan jawatankuasa). Bak kata AHLI BIASA JUGA "Penduduk Labuan BUKAN bodoh".

Kalau boleh biarlah kita menjadi rakyat yang fleksibel dan berfikiran waras, jangan taksub membuta tuli, kerana sekiranya terlalu taksub pasti kita emosi akan mengawal fikiran, sehinggakan mencurahkan ketidakpuasan hati dengan menjadi "vandalisme", waktu bersahur pun ada pula yang menconteng di sana-sini, nasib baik pihak tertentu ada CCTV, dapatlah disiasat dalangnya.

Sedarlah, kita ni pengikut biasa, rakyat biasa, mana-mana pihak yang menang nanti kita akan tetap macam tu juga. Biarlah kita berfikiran rasional, jangan emosional.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tn Hj Ismail,

Apabila "Gelanggang" telah dibuka xkan nak tengok saja. Komen Tn Hj terhadap keperibadian Dato' Shafiee memang tidak tepat langsung.

Bagi saya, tiada salahnya pertandingan jawatan Ketua Bahagian ini diadakan. Ia milik semua ahli parti. Jika Tn Hj berminat Tn Hj pun boleh bertanding tapi pada pemilihan yang akan datanglah yer.

Kita dibawah satu parti, satu lambang, satu bahagian, walaupun Tn Hj org kuat Dato Zainal...kita sama saja. Jadi x perlulah menyerang, mengutuk, menuduh mana2 calon. Kita harus kuatkan Parti terutamanya UMNO Wangsa Maju agar kita dapat RAMPAS balik Parlimen kita daripada PKR.

Biarlah Mesyuarat 8 Nov nanti berjalan dengan baik.... adat pertandingan, akan ada yang Menang & akan ada yang kalah.

Untuk Tn Hj, didoakan agar berjaya jika bertanding mana2 jawatan di WM.

ikhlas drpd,
Anak Jati Wangsa Maju

Anonymous said...

merujuk kepada AHLI BIASA....
saya yakin dgn kebijaksanaan perwakilan yg mn mahu memilih Yussof atau Suhaili.perlu kita ingat bersama-sama, perjuangan membela NASIB ORANG MELAYU bkn pada duit yg katanya 7keturunan xabes makan!!!
kita harus melihat kepada 'PENGISIAN AGENDA MELAYU'.cuba saudara tiik berapa ramai orang MELAYU LABUAN yang menjadi tuan di pulau nya sendiri???berapa ramai,kemudian senaraikannya.
saya yakin,jumlahnya amat-amat-amat-amat menyedihkan!!!!
apakah,dgn mencalonkan orang lama maka kita yakin MELAYU LABUAN tidak akan terpinggir???!!! sejarah LABUAN,pun belum pasti mereka arif tentangnya.
setelah meneliti antara WANG-PANGKAT-AGENDA,cuba saudara soroti pula sejarah DATO ONN,pengasas UMNO sendiri.adakah ALLAHYARHAM ini punyai wang yang 7keturunan xabes makan???!!! agenda MELAYU itu penting!!!
bukannya kita harus BERTEMPIK,BERSORAK mengatakan sesuatu tentang harta,kuasa,pangkat!!!tapi,pengisian KOSONG!!!
FIKIR-FIKIRKANLAH!!!