Di bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Suleiman Mohamad menang tanpa bertanding manakala anaknya Idham Yasser dipilih sebagai Ketua Pemuda yang baru selepas menewaskan pencabarnya Azzizul Rahman dengan kelebihan 13 undi. Azizzul merupakan - seorang Ketua Pemuda Cawangan.
Di bahagian Bandar Tun Razak pula, impian Datuk Mokhtar Samad pula akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan bekas Ketua UMNO Bandar Tun Razak Datuk Amil Salleh dalam satu pertarungan yang dilihat sengit.
Manakala anak Mokhtar Samad - Rizalman pula berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya menang tanpa bertanding kali ini. Kemenangan mereka dilihat satu "episod menarik" di politik Wilayah Persekutuan.
8 comments:
Eloklah tu WP takde raja jadi bolehlah lantik Ketua Bahagian ni sbg raja. sistem monarki takyah buat pemilihan lagi lepas ni jimat duit parti..
samada komen wilayahkini bermaksud..'mencacat sejarah' atau 'mencatat sejarah', kedua-duanya adalah relevan.
umno wp bertambah lemah.
apa yg kita kisah sangat. asalkan mereka boleh berjuang ok lah. kalau bukan gandingan pun tapi tak boleh berjuang apa guna.
Rizalman pemimpin pelapis,ikutilah kerja buat dan kerajinanya,Wanita sayang, Puteri sayang,Pemuda sayang cawangan pun sayang, kerana sifat berbudi pekertinya yg mulia, hormat orang tua,pandai menjaga hati kawan2 pemuda,cakap tak besar,tak pandai mengata-ngata sebab itulah MENANG TANPA BERTANDING.SYABAS ANAK MUDA BAKAL PEMIMPIN PEMUDA NEGERI WP
dua beranak ni memang tak nak orang lain maju kalau boleh orang dia saja. inilah sikap bangsa melayu. apa salahnya jika sianak memberi laluan sehingga bapanya pencen atau bersara terlebih dahulu. kemudian baru sianak naik menuju kepuncak.
cakap pandai,tunggu pak pencen lah, laluan lah, yang Menang kita beri pengiktirafanlah, yang kalah bertanding belajar cari kekuatanlah,kerana proses memilih calon dah selesai.apa duk ungkit lagi
Demi masa akan menentukan adakah gandingan keluarga akan memantapkan barisan UMNO pada PRU yang akan datang. Demi masa juga akan melihatkan samaada UMNO akan berjaya menawan kembali 10 kerusi yang telah tewas di WP atau terus berkubur. Bagi kami pengundi biasa melayu di wilayah demi masa akan membuktikan azab bangsa melayu.
buat apa pun tak kena ..yang pandai kau sorang aje,,,,
Post a Comment